Ternampak satu artikel dlm FB.....
Nak
cerita pasal cara betul buang air besar. Lebih baik duduk mencangkung daripada
duduk masa buang air besar.
Sebab, cuba rujuk dalam gambar rajah di atas tu. Tengok
perbezaanya semasa duduk dan mencangkung. Kalau duduk, najis tak keluar habis.
Kalau najis tak habis keluar, apa akan jadi?
Ikut sunnah, masa mencangkung tu, mengiring sedikit
ke kiri atau tekan bawah perut sebelah kiri kalau rasa-rasa najis tu degil nak
keluar. Mengiring ke kiri memudahkan najis tu keluar dengan lancar tanpa
tersekat-sekat.
Kalau buang air kecil pulak, lepas habis kencing
tu, bagi yang lelaki tu, silalah berdehem-dehem 3 kali dan yang perempuan,
mengurut bahagian bawah perut (bawah pada pusat).
Ini kerana untuk memastikan tiada sakibaki air
kencing yang tertinggal. Nanti bila dah ambil wuduk, ada pulak terkeluar sikit
air kencing. Yang perempuan tu, janganlah kencing berdiri. Tak elok lagi tak
sopan.
Kat umah akk, dua-dua jenis tandas pun ada.....
Pada akk terpulang pada individu yg mana sesuai. Sbb kalau kita kata mencangkung tu lebih baik, bagaimana pula utk org yg baru lepas operation lutut?
Dan bagaimana pula utk org2 tua yg ada sakit lutut? Akk buat tandas duduk tu pun sbb memikirkan bila dah tua nnt, senang sikit....