Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20131203

++ Yang ke-3 ++

Welcome to the world my new grand daughter....

No.3 dlm senarai cucu ku... hahaha... dah jadi nenda...





Sonoknya pak aji ngan mak ajah. Sekarang nih dah mula kira cicit pulak dah.... Maklumlah, anak2 nya pun ramai yg dah 'pencen'. Tapi insyaAllah next year dpt sorang cucu lagik.... Pastu tunggu adik bongsu akk kawin, kitaorang nak kira anak dia jer pulak...

Nenek akk panggil cucu akk nih, piut kan?

Cucu pak aji ngan mak ajah yg no.3 ngan no.4, dua2 pun lelaki. Lambat sket ler nampaknye.... Tapi pastu ada setahun tu diaorang dpt 3 cucu, tetiga anak dara ko..... Consider cucu yg no.5, 6, 7 ler tu. Sorang dah keja, sorang baru abis blaja, sorang lagi next year baru abis studi. Kitaorang mmg tengah tunggu nih, sapa yg nak jadi puan dulu.... huhuhu....

Pasti arwah along gembira di sana bila mendengar anak2 nya selamat melahirkan anak2 yg comel dan sihat. Dan semoga along juga gembira ditemani salah seorang cucunya di sana....

Al-fatihah buat arwah along dan arwah angah....















20131202

++ 16 Tahun ++

28 November 1997.

16 tahun yang penuh dengan segala macam dugaan.

Alhamdulillah, segalanya kami lalui dengan penuh muhasabah setakat ini.

1997 – ber dua

1998 – ber tiga

2001 – ber empat

2003 – ber lima

2006 – ber enam

2012 – ber tujuh

Amanah dan rezeki daripadaNya tak perlu di tolak, terima seadanya walaupun kita rasa kita belum bersedia dari segi kewangan terutamanya…. Dia yang memberi, pastinya ada perancangan untuk kita daripadaNya.

Hidup berumahtangga penuh dengan segala dugaan – manis, pahit, masam, masin, segalanya. Seperti juga masakan, kita perlu adunkan kesemuanya untuk menjadikan hidangan itu enak dan lazat untuk dinikmati. Jadi, jangan mencari manis sahaja kerana pahit masam masin itu juga perlu untuk kita nikmati….


Syukran atas segala kurniaMu, ya ALLAH….