Mulakan Dengan

Mulakan Dengan
Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

20140801

++ Normal Life As A Housewife ++

Perrghhh...

Ingatkan dok umah, boleh ler leisure kannnnn.....

Lagi baaaaanyyakkkkk keja ko...

Layan Nurin Wafa yg semakin jadi anak manja

Layan jahitan yg ada pasang surutnya tempahan

Layan my new biz as a leader kat Sophie Paris Malaysia

Layan jadi ajk pibg mgs klang utk tahun yg ke-2

Layan hubby dan anak-anak yg semakin terbiasa wife n ibu ada kat umah

Umah? Kadang2 tak terkemas sbb malas nak kemas 2-3 kali

Tapi akk HAPPY sbb family akk gumbira

Bangun tido mmg on time pagi b4 subuh sbb anak2 sekolah, hubby keja tp pastu leh sambung tido balik sekejap.

Solat pun tak terkejar2 sbb dulu keja takut big boss carik, maklumlah PAA..

Dhuha, inshaAllah dah blh buat...

Ya Allah, syukran di atas segala perancangan mu utk hambamu yg hina ini...

Alhamdulillah...






20140322

20140218

++ Birthday Celebration ++

Seperti biasa, oleh kerana ada 3 org anak yg lahir bulan Februari, maka ibunya adalah save budget dgn meng'combine' kan celebration juga kek nya.....






Kek yg nie, ibu mengidam nak makan.
Abis satu kek akk sendiri balun.
Larik diet.... huhuhu....






20140119

++ 4 Tahun Berlalu ++

19 Januari 2010.

Al-fatihah buat arwah SALMAH BINTI BAHMAN kakak sulungku yang menemui penciptanya setelah di uji dengan kanser usus selama setahun.

Perginya pada usia 47 tahun.

Meninggalkan 3 orang anak perempuan.  Kini arwah telah mempunyai 4 orang cucu - 2 lelaki dan seorang perempuan. Seorang lagi cucu lelakinya telah menemaninya di sana.











20140102

++ Kembali Ke Sekolah ++

Tahun baru dah bermula…

Begitu juga dgn persekolahan.

Kakak, Sya, Abang, Ammar, semuanya dah sekolah.

Kakak - form 4
PMR nya tidaklah flying colours mcm anak2 org lain. Tp akk berpuas hati sbb kami x hantar pun dia tuisyen kat mana2. Belajar kat sekolah, dengar cikgu ajar pastu attend apa2 kelas tambahan yg cikgu anjurkan. Alhamdulillah, compare dgn trial dia, mmg bersyukur sgt2…. Tengah tunggu vokay…

Sya - form 1
Walaupun akk sedikit kesal sbb dia x dpt sama sekolah dgn kakak, tp Alhamdulillah dia menerimanya tanpa byk rungutan sbb kami dah cuba tukarkan sekolahnya tp x berjaya. Mungkin sbb keputusan UPSR nya hanya dpt A utk BM dan Sains (which is her favourite subject). Kami bersyukur dgn segalanya krn kami tahu keupayaan anak2 kami… Yg penting its not below our expectation…

Abang - tahun 5
Aritu katanya taknak jadi pengawas lagi dah, tp last minute dia change his mind. Takpe, ibu ngan ayahnya follow jer. Bukannya benda yg x elok pun kan….  Sbb aritu masa ckp ngan cikgunya dia x nak jadi pengawas, cikgu ada gak sound yg sumer tu di ambil kira klau nak ke sekolah asrama nnt…. Semoga dia terus aktif dlm ko-ku dan berjaya dlm pelajaran.

Ammar - tahun 2
Alhamdulillah, ammar dpt naik kelas. Walaupun ada komplen dr cikgu kelas nya, tp dia berjaya juga especially subjek peberet dia – matematik. Boleh percaya tak, dia adalah lambat dlm mengeja tp part2 kira mengira ni mmg dia terer. Same as kakak yg minat maths.


Buku, peralatan, persalinan, yuran sekolah utk empat orang anak – 2 menengah, 2 rendah (kebangsaan + agama). Boleh korang imagine RM yg diperlukan? Alhamdulillah….. rezeki dari Allah utk kita menjaga amanahNya tak perlu di pertikaikan dan di ragui… Pasti akan ada… Yg penting berusaha tanpa putus asa… Amiinnnn....













20131231

++ Cruise Tasik Putrajaya ++

Hari Krismas aritu bawak anak2 naik cruise kat Putrajaya.

Huh, 1st time kami sampai.... sian kan????

Beli tiket pukul 1, time lunch, dapat naik pukul 2.15 after lunch.

Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat: 10 pagi hingga 6 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah: 10 pagi hingga 7 petang

Ada dua jenis bot. Satu tu perahu yang boleh muat 7 orang. Ngam-ngam utk kami sekeluarga. Tapi kanak-kanak di bawah umur 3 tahun tak dibenarkan naik.... Hampalah....

Tapi kami naik bot lagi satu tu ada aircond - passenger cruise. Huiii.... ramai betul orang.... penuh.

Harga tiket terkini boleh klik kat sini yea.... Tapi kami dpt diskaun aritu sbb krismas... walaupun tanpa pakej famili, sbb w/o pakej lagi jimat selepas diskaun tu. Kami jimat almost 35% dari harga tiket sebenar utk 4 dewasa, 2 kanak-kanak.




























20131230

++ Perjumpaan Keluarga Haji Omar & Munirah ++







Ahad, 29 Disember 2013.

Lokasi: Lot 5641, Jalan Sukepi, Jenjarom, Selangor.

Ekceli, ini adalah sebelah hubby akk. Susur galur keluarga sebelah arwah abahnya - Azaman.

Akk tak reti nak kira anak akk ni generasi ke-6 @ ke-5. Tapi rasanya ke-5 kot....

Cer korang fahamkan....

Anak-anak akk ---> encik hubby, Fakri Anuar ---> arwah abah, Azaman ---> arwah atuk, Kassim ---> arwah moyang, Samsuri ---> arwah Haji Omar.

Nak tahu lebih lanjut lagi? Meh klik kat sini. Ustaz Jamil ni adalah orang yg bertanggungjawab mencari dan mengumpulkan keturunan keluarga Haji Omar nih. Syabas Ustaz!

Perjumpaan ni adalah kali ke-3. Pasni tak tau pulak kat mana diaorang nak gather. Kot dedekat sini boleh ler kami join....











20131227

++ Camping Kat Belakang Rumah ++

Inilah aktiviti anak-beranak cuti sekolah ni.






Ayahnya telah merajinkan diri membuat barbeku utk anak2 nya.  Itupun pas anak2 nya remind 5-6 kali…. huk.. huk.. huk… Aterrrr…. ayah bizi keja manjang…

Kebetulan kami mula lambat aritu sbb bangun pun dah lambat. Pukul 3 baru dpt makan!

Sumer pun dah x tahan dgn bau yg menusuk-nusuk ke lubang hidung. Anak bongsu arwah angah pun kebetulan ada, hah… amik ko, 6 org anak akk…. Si kecik Wafa pun sibuk jugak…

Barbeku apa?

Kepak ayam

Peha ayam

Kentang

Sosej ayam

Sosej daging

Ikan pari

Nasi?  Eh, ada….. mana boleh tak ada. Tak sempurna lunch ayahnya tanpa nasi…

Buat black pepper sauce dgn kuah asam.  Perrgghhh…. Sodapppp….

Ngam-ngam abis jer membakar, tengah makan, hujan pun turun dgn lebatnya. Pastu tido, best…. hehehe….

Penat tp anak2 mintak buat lagik.  Ayahnya yg x larat…  Ibu follow jer….













20131203

++ Yang ke-3 ++

Welcome to the world my new grand daughter....

No.3 dlm senarai cucu ku... hahaha... dah jadi nenda...





Sonoknya pak aji ngan mak ajah. Sekarang nih dah mula kira cicit pulak dah.... Maklumlah, anak2 nya pun ramai yg dah 'pencen'. Tapi insyaAllah next year dpt sorang cucu lagik.... Pastu tunggu adik bongsu akk kawin, kitaorang nak kira anak dia jer pulak...

Nenek akk panggil cucu akk nih, piut kan?

Cucu pak aji ngan mak ajah yg no.3 ngan no.4, dua2 pun lelaki. Lambat sket ler nampaknye.... Tapi pastu ada setahun tu diaorang dpt 3 cucu, tetiga anak dara ko..... Consider cucu yg no.5, 6, 7 ler tu. Sorang dah keja, sorang baru abis blaja, sorang lagi next year baru abis studi. Kitaorang mmg tengah tunggu nih, sapa yg nak jadi puan dulu.... huhuhu....

Pasti arwah along gembira di sana bila mendengar anak2 nya selamat melahirkan anak2 yg comel dan sihat. Dan semoga along juga gembira ditemani salah seorang cucunya di sana....

Al-fatihah buat arwah along dan arwah angah....















20131202

++ 16 Tahun ++

28 November 1997.

16 tahun yang penuh dengan segala macam dugaan.

Alhamdulillah, segalanya kami lalui dengan penuh muhasabah setakat ini.

1997 – ber dua

1998 – ber tiga

2001 – ber empat

2003 – ber lima

2006 – ber enam

2012 – ber tujuh

Amanah dan rezeki daripadaNya tak perlu di tolak, terima seadanya walaupun kita rasa kita belum bersedia dari segi kewangan terutamanya…. Dia yang memberi, pastinya ada perancangan untuk kita daripadaNya.

Hidup berumahtangga penuh dengan segala dugaan – manis, pahit, masam, masin, segalanya. Seperti juga masakan, kita perlu adunkan kesemuanya untuk menjadikan hidangan itu enak dan lazat untuk dinikmati. Jadi, jangan mencari manis sahaja kerana pahit masam masin itu juga perlu untuk kita nikmati….


Syukran atas segala kurniaMu, ya ALLAH….                                                                            







20131113

++ Majlis Nikah Nurul ++

Adik ke-5 hubby akk, Norulhuda binti Azaman.

Selamat menjadi isteri kepada Wan Muhammad bin Wan Ab. Halim pada tanggal 9 November 2013.

Kali ni akk masak nasi impit, rendang hitam, kuah kacang, kuah lodeh.  Alhamdulillah, mencukupi semuanya....

Maka, selesai sudah tugas hubby ku untuk menjadi wali kepada adik beradik perempuannya. Hanya tinggal untuk menjadi wali kepada anak-anak perempuannya sahaja kelak. InsyaALLAH...... Hurrmmmm... bilalah pulak adik2 ipar lelakiku nak kawin ni? Ada 3 orang tu....





20131023

++ Majlis Nikah Farah ++

Adik bongsu hubby akk, Nurfarahain binti Azaman.

Selamat menjadi isteri kepada Muhd Syukri bin Shariffhudin pada tanggal 20 Oktober 2013.

SELAMAT PENGANTIN BARU!!!

Sorilah yea takde gambar yg akk ambil sbb nya tuan tanah sibuk memasak di dapur. Iye uols!!!!! akk yg masak.... huhuhu.... Nasi ayam special resipi mak ajah yg mendapat pujian tetamu yg hadir...





20130913

++ Bersedia Untuk November ++

Deposit untuk perkara-perkara yang penting telah pun di settle kan.

Kad pun dah on d way printing.  Awal bulan Oktober siap ler tu. Hopefully sebelum tarikh nikah Farah dapat distribute untuk sedara mara.

Pengantin pun dah pilih baju nak di pakai masa bersanding nanti. Tunggu nak fitting jer nanti...

Ehhhh.... banyak betul mende nak buat, kannnn?  Tulah dulu masa nak kawin tau pikir pasal diri sendiri jer. Pak aji ngan mak ajah just remind jer. Part kenduri gala bagai, taken care by them. Alaaaa.... adik badik sedara mara pak aji ngan mak ajah kan ramai, dok dedekat plak tuh...

Skang nih, dah jadi 'orang tua' yang uruskan segalanya, agak-agak miung jugak.... Ngah pikir pasal A, eh eh teringat pasal B plak. Ngah nak selesai A, C pulak datang menerjah... Wallawei....

Tapi, bak kata Pak Teh my hubby, banyak pahalanya tu nanti tolong orang dirikan masjid. Tambah pulak adik, kan.... Adik pompuan plak tuh, hubby ku jadik wali lagik.....

Migrain akk nih semenjak dua menjak pas raya tu, asyik ler datang menjenguk. Ntah ler kenapa. Aritu gi check, Dr. kata ok jer BP.... Sumer pun asyik suh gi check, nanti-nantilah yer dik..... Yang paling pentingnya, semoga sampai lepas kenduri kawin ni selesai, migrain ni datang main cak-ba ajer....






20130816

++ Habis Bizi Raya, Bizi Lain Pulak ++

Hihihi.... selepas sekian lamanya blog ini sepi...

Semalam, adik ipar akk yg paling kocik telah dirisik. End October akan bernikah.

Kakaknya pulak aritu lagi dah bertunang.

So, majlis kenduri keramaian meraikan pengantin akan dibuat pd pertengahan November nih.

Maka dgn itu jugak secara rasminya akk adalah dlm kebizian. Tinggal lagi beberapa bulan jer lagi nih.

Laaa.... korang paham-paham jerlah..... Hubby akk adik badik tuh kan anak yatim piatu. Sib baik ler ada along nya. Tapi hubby akk anak lelaki sulung, jadi wali gitu.....

Tetapi.... kakak iparku itu by the time kenduri di adakan akan sarat mengandung. Skang ni pun asyik ler tak sihat manjang.... Maklumlah umur dah 40+ kannnn.... Akk aritu pun ala-ala semput jugak walaupun belum 40 lagik....

Aktiviti tempahan menjahit akan di kurangkan sehingga keadaan menjadi stabil semula.... Ehhhh, korang... klau amik tempahan langsir rm25/kaki, ok tak? huhuhu....

Ke laut lagi ler blog ni nampaknya..... hurrrmmmm......






20130619

++ Antara Muqaddam dan Iqra' ++

Pernah tak anak2 korang ada masalah cenggini?

Bukan apa, anak akk yg no.4 tu, Qayyim Ammar, dia ada sket problem.

Mengaji ngan neneknya. Asyikkkkkkk ler kena marah, kena komplen ngan neneknya. Klau suh mengaji memanjang ler tak dapat nak ingat.

Tapi, dia asyik ler gitau kat akk dia dah sampai iqra' 3 kat sekolah.

Konpius jugak ibunya nih....

So, neneknya bilang cer bawak buku iqra' nak tengok betul ker dia boleh membaca....

Mmg betul! Dia membaca iqra' dgn lancar sekali....

Akk rasa masalahnya ialah..... Ammar ni mmg tak suka mengulang mende yg dia dah tau dan belajar. Dia akan cepat bosan belajar mende yg sama...

Anak2 korang klau lambat belajar ngaji, cer ajar iqra'.....










20130529

++ My Lavender Fashion Gallery ++

Dimiliki sepenuhnya oleh adik akk, Baharudin dan isteri, Aida Maizuriani.

Kedai yang terletak di Wisma MAIS, Seksyen 3 Shah Alam (belakang McD) ini menjual pelbagai pakaian kontemporari moden untuk wanita dan muslimah yang vogue dan terkini.

Silalah berkunjung ke sana. Dibuka dari 9 pagi hingga 8 malam.

Kedainya terletak di sebelah Hotel dan juga Dobi Pink. Ground Floor jer.... 

Korang klau nak tengok new arrival stock boleh ler gi jenguk kat fb - My Lavender Fashion Gallery. 













20130527

++ Pemergian Si Kecil ++

Semalam, 26 Mei 2013, kami sekeluarga mengucapkan kesyukuran kerana anak sulung arwah along telah selamat melahirkan anak utk kali kedua.

Bertambah bersyukur kerana dia melahirkan twin baby, kedua-duanya lelaki....

Tetapi, panggilan telefon di pagi hari 4.50 pagi 27 Mei 2013, membuatkan akk sedikit terkesima. Salah seorang baby kembarnya telah menyahut panggilan Illahi.

Hanya 13 jam sahaja keizinan yang diberikan olehNya utk kedua ibubapanya utk peluk cium anak nya itu....

Walaupun kami telah mendapat perkhabaran mengenai kekurangan baby itu semenjak di trimester kedua kandungannya, tapi sebenarnya kami mengharapkan baby tersebut akan mempunyai kekuatan utk menempuhi rintangan lebih lama sedikit....

Tapi apakan daya, semuanya telah tertulis.... kami redha krn ini adalah yg terbaik buat dirinya....

Al-fatihah....






20130411

++ Ibu Terlupa, Dah Lewat Dua Bulan ++

Aaaaaaa....... korang jangan nak memandai-mandai buat spekulasi yea....

Di tengah-tengah kesibukan orang berkempen sana sini, gossip mmg banyak melanda....

Huk huk huk..... tajuk adalah tidak seperti yang anda sangkakan...

Eh, bukan ibu terlupa makan pil perancang keluarga menyebabkan terlewat datang bulan. Bukannnnnnn.....

Nurin Wafa genap setahun pada 14/2/2013.  Masa tu raya cina dan akk adalah sibuk dgn perkahwinan my niece.

Dek krn akk dah tua.... uhuk... uhuk.... terrrrrr lupa lah plak anak kecik kena amik imunisasi bila umur genap setahun.

Selamba kodok jer, langsung tak terlintas di fikiran nih....

Nak tau camana akk boleh teringat? Hah, ku ternampak entri BA pasal dia cucuk Qhalif genap setahun. Time-time tu jugak ku angkat tipon, ku tipon hubby ku....

Boleh ko..... dah dua bulan takde perasaan apa-apa....

Malam tu jugak gi cucuk. Ayahnya siap balik cepat semata-mata nak bawak anak gi cucuk. Ibuuuuuuuu jugak kena sound.... huk aloh..... majuk jap....

Bulan depan kena gi cucuk lagik, untuk Chicken Pox. Tapi doc kata ini alternatif, tak nak pun takper sbb dlm gomen nyer senarai imunisasi, yg nih x wajib.

Umur setahun setengah (18 bulan) nnt pun ada cucuk lagik. Yg last..... hurrrmmmm.... dlm bulan lapan lebih kurang cenggitu.... senang citer pas raya lah....

Korang tolong ingatkan boleh tak? 










20130401

++ Telah Menjadi Tunangan Orang ++

Nurul Huda dengan Wan Mohamed.

Tunangan nya berasal dari Kelantan, Tumpat kotttt..... akk lupalah.

Aterrr.... orang sibuk dok diskas kat luar, akk kat dlm bilik zzzzzzzzzzz.... tapi, tido2 ayam ler.... Penat giler ko.....

Ari Jumaat pun dah gi umah my SIL. Kul 10 mlm baru sampai umah. Terus kebabommm....

Pagi Sabtu ke sana ke mari ambil nenek2 sedara (tulah tinggal 2 orang jer.... takleh dilupakan....). Sampai pun pukul 8.45. Sib baik my SIL ada buat nasi goreng, mencekik jap pastu terus ligat memasak.....

Masak apa? Nasi tomato, ayam masak merah, acar timun, dalca daging. Idak ler akk ngambik gambarnye dik nun... kepenatan sudahhhh....


7 berbalas 5


dari pihak lelaki


dari pihak perempuan