Mulakan Dengan

Mulakan Dengan
Showing posts with label weekend. Show all posts
Showing posts with label weekend. Show all posts

20140401

++ Mini Gathering Part 2 ++

Mini Gathering kami di paparkan di surat khabar!!!!!

Berita Harian 29/3/2014.

Juga hebahan tentang Gala Nite kami yg akan di adakan pada 12/4/2014.














20140322

++ Mini Gathering ++

This is our small re-union.

Requested by my ex-school mate yg dah berkurun x jumpa di antaranya...  Nak jumpa kat kantin skol katanya. Mementang lah akk nih AJK PIBG, kannnn.....

Tak hingat dunia bila mak orang dah berborak... Mintak izin ngan HM sampai pkl 5, kesudah nya sampai ke pkl 6 tak jugak bangun....

This is us, small group of us, MGS Klang students batch 1990...





























20140223

++ AGM PIBG ++



Satu tanggungjawab besar kerana di pilih utk sesi 2014/15
sekali lagi.
Terima kasih semua atas kepercayaan...









20140218

++ Birthday Celebration ++

Seperti biasa, oleh kerana ada 3 org anak yg lahir bulan Februari, maka ibunya adalah save budget dgn meng'combine' kan celebration juga kek nya.....






Kek yg nie, ibu mengidam nak makan.
Abis satu kek akk sendiri balun.
Larik diet.... huhuhu....






20131230

++ Perjumpaan Keluarga Haji Omar & Munirah ++







Ahad, 29 Disember 2013.

Lokasi: Lot 5641, Jalan Sukepi, Jenjarom, Selangor.

Ekceli, ini adalah sebelah hubby akk. Susur galur keluarga sebelah arwah abahnya - Azaman.

Akk tak reti nak kira anak akk ni generasi ke-6 @ ke-5. Tapi rasanya ke-5 kot....

Cer korang fahamkan....

Anak-anak akk ---> encik hubby, Fakri Anuar ---> arwah abah, Azaman ---> arwah atuk, Kassim ---> arwah moyang, Samsuri ---> arwah Haji Omar.

Nak tahu lebih lanjut lagi? Meh klik kat sini. Ustaz Jamil ni adalah orang yg bertanggungjawab mencari dan mengumpulkan keturunan keluarga Haji Omar nih. Syabas Ustaz!

Perjumpaan ni adalah kali ke-3. Pasni tak tau pulak kat mana diaorang nak gather. Kot dedekat sini boleh ler kami join....











20131227

++ Camping Kat Belakang Rumah ++

Inilah aktiviti anak-beranak cuti sekolah ni.






Ayahnya telah merajinkan diri membuat barbeku utk anak2 nya.  Itupun pas anak2 nya remind 5-6 kali…. huk.. huk.. huk… Aterrrr…. ayah bizi keja manjang…

Kebetulan kami mula lambat aritu sbb bangun pun dah lambat. Pukul 3 baru dpt makan!

Sumer pun dah x tahan dgn bau yg menusuk-nusuk ke lubang hidung. Anak bongsu arwah angah pun kebetulan ada, hah… amik ko, 6 org anak akk…. Si kecik Wafa pun sibuk jugak…

Barbeku apa?

Kepak ayam

Peha ayam

Kentang

Sosej ayam

Sosej daging

Ikan pari

Nasi?  Eh, ada….. mana boleh tak ada. Tak sempurna lunch ayahnya tanpa nasi…

Buat black pepper sauce dgn kuah asam.  Perrgghhh…. Sodapppp….

Ngam-ngam abis jer membakar, tengah makan, hujan pun turun dgn lebatnya. Pastu tido, best…. hehehe….

Penat tp anak2 mintak buat lagik.  Ayahnya yg x larat…  Ibu follow jer….













20131125

++ Bertandang ke Pasir Mas ++

Kelantan....

Hubby adik ipar akk, Norulhuda.

Perjalanan pergi dan balik di iringi hujan yg kekadang lebat, kekadang sempoi.... Tapi alhamdulillah selamat pergi dan selamat kembali.

Kami bertolak malam Sabtu jam 9 malam. 34 orang....

Sampai jam 8 pagi. Suh pengantin amik. Alaaaa... lupalah nak amik no tipon penginapan tu. Best tempatnya. Tenang, sejuk, aman.... Sempat terlelap kat kerusi panjang ngan Wafa....

Sonok dapat tengok majlis orang, kan...

Pas balik majlis terus ke Kota Bharu. Cadangnya nak ke Rantau Panjang, tp info mengatakan air dah naik, so kensel lah...

Lepas ronda kat pasar Siti Khadijah, dlm pukul 6 cenggitu kitaorang bertolak balik. Sampai umah dlm pukul 4 pagi. Pastu tido sampai ke tengahari qada' tido ngan kaki yg lurus sampaikan undangan hari ahad tu x terpergi.... kahkahkah... teruk benor...






20131113

++ Majlis Nikah Nurul ++

Adik ke-5 hubby akk, Norulhuda binti Azaman.

Selamat menjadi isteri kepada Wan Muhammad bin Wan Ab. Halim pada tanggal 9 November 2013.

Kali ni akk masak nasi impit, rendang hitam, kuah kacang, kuah lodeh.  Alhamdulillah, mencukupi semuanya....

Maka, selesai sudah tugas hubby ku untuk menjadi wali kepada adik beradik perempuannya. Hanya tinggal untuk menjadi wali kepada anak-anak perempuannya sahaja kelak. InsyaALLAH...... Hurrmmmm... bilalah pulak adik2 ipar lelakiku nak kawin ni? Ada 3 orang tu....





20131023

++ Majlis Nikah Farah ++

Adik bongsu hubby akk, Nurfarahain binti Azaman.

Selamat menjadi isteri kepada Muhd Syukri bin Shariffhudin pada tanggal 20 Oktober 2013.

SELAMAT PENGANTIN BARU!!!

Sorilah yea takde gambar yg akk ambil sbb nya tuan tanah sibuk memasak di dapur. Iye uols!!!!! akk yg masak.... huhuhu.... Nasi ayam special resipi mak ajah yg mendapat pujian tetamu yg hadir...





20130402

++ Berani Berniaga ++

Seminar Berani Berniaga 2013.

Anjuran Richwork (Dr.Azizan Osman) - 31 Mac 2013 di SACC Shah Alam.

Akk pegi ngan kakak akk yg tinggal sorang tu, Salwati. Lupa nak register kan adik akk sekali.... hehehe... sorry dik...

6.45 pagi udah ku kuar dari umah. Huh, giler ko.... tak pernah dibuatnya akk kuar umah seawal pagi cenggitu. Gi keja pun paling awal 7.30 pagi.

Petang Sabtu sampai umah dah ler maghrib.  Pastu, buat keja itu ini, kul 10 lebih baru tido.... Pagi ahad bangun awal... Selalu bangun Subuh boleh ler tido2 ayam sket pastu... Ni idak, terus kuar umah. 

Huh, migrain akk datang menjenguk. Tak concentrate sudahhhh.... Tapi, alhamdulillah ada sedikit ilmu yg melekat.... Semoga dapat dipraktikkan utk my biz...






20130401

++ Telah Menjadi Tunangan Orang ++

Nurul Huda dengan Wan Mohamed.

Tunangan nya berasal dari Kelantan, Tumpat kotttt..... akk lupalah.

Aterrr.... orang sibuk dok diskas kat luar, akk kat dlm bilik zzzzzzzzzzz.... tapi, tido2 ayam ler.... Penat giler ko.....

Ari Jumaat pun dah gi umah my SIL. Kul 10 mlm baru sampai umah. Terus kebabommm....

Pagi Sabtu ke sana ke mari ambil nenek2 sedara (tulah tinggal 2 orang jer.... takleh dilupakan....). Sampai pun pukul 8.45. Sib baik my SIL ada buat nasi goreng, mencekik jap pastu terus ligat memasak.....

Masak apa? Nasi tomato, ayam masak merah, acar timun, dalca daging. Idak ler akk ngambik gambarnye dik nun... kepenatan sudahhhh....


7 berbalas 5


dari pihak lelaki


dari pihak perempuan











20130329

++ Teaser: Pertunangan Andak ++

mekaseh incik gugel




Saat ini, akk adalah kebizian di rumah kakak ipar akk di Klang Perdana.

Semuanya kerana adik iparku nak melangsungkan pertunangannya esok hari.

Nurul Huda binti Azaman.

Perasaan:

Gembira sebab sorang adik iparku akan bergelar tunangan orang.

Sedih sebab MIL tiada utk menyaksikan anak daranya di sunting orang.

Gementar sebab akk kena jadik tukang masak!!!! finin sudah....

Setelah hampir 16 tahun.... akhirnya....











20130317

++ Pentaksiran Berasaskan Sekolah ++

@ PBS...

Sebagai ibubapa, adakah anda alert mengenainya?

Tahukah anda bahawa murid-murid Tahun 1, 2 & 3 serta Tingkatan 1 & 2 pada 2013 telah dengan secara rasminya menggunakan PBS...

PBS adalah merupakan pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek intelek, emosi dan rohani serta jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

Pelaksanaan PBS untuk UPSR adalah pada tahun 2016 manakala untuk PMR adalah pada tahun 2014.

Peperiksaan UPSR masih akan berjalan seperti biasa, namun berdasarkan kepada ratio 60:40 iaitu 60% dinilaikan melalui segala pembelajaran yang telah dinilai oleh sekolah, manakala 40% adalah kepada penilaian pusat.

Peperiksaan PMR pula akan dimansuhkan sama sekali. Maknanya murid-murid sekolah menengah hanya akan menduduki satu sahaja peperiksaan iaitu SPM.



sebagai wakil NYDP










20130304

++ Mesyuarat PIBG Lagi ++

Wakakaka..... mood attend meeting. 

Kali ni mesyuarat PIBG SK Telok Gadong plak (idak ku amik gambarnya...)

Sametime, abang dapat jemputan jugak utk dtg amik penghargaan.

Penghargaan sbb wakil sekolah hingga peringkat akhir zon Klang kategori melagukan syair.  Alhamdulillah....

Pi amik hadiah, dpt satu sampul. Abang jenguk-jenguk, dia bilang dia dpt $100. Huh, berangan.... bila ibu tengok, ada sekeping jer - $50.

Bila ibu kata boleh belanja sket drp duit tuh, gumbira sungguh dia... Nak patung rimau katanya.... but unfortunately, dia dah lupa kat mana dia nampak patung rimau bosar tuh.... Dia sememangnya pencinta haiwan.

Jadi, nak buat apa ngan duit tu? Simpan ler bangggg..... huhuhu.....




20130212

++ Makan Besar ++

Setelah tiga hari tiga malam semua pak sedara, mak sedara, sepupu, sumer berhempas pulas bersengkang mata, maka mari kita menjamu selera...

Tapi ini adalah buah tangan dari pak aji dan mak ajah yea.... sbb masing2 menolong kannn... tak kiralah, yg tolong bekerja, yg tolong makan, yg tolong komplen, segalanya lahhh....








++ 10 Februari 2013 ++

Selesai sudah majlis perkahwinan anak sedaraku - Norziana dan juga suami, Kholil.

Alhamdulillah.... migraine ku menjenguk acah-acah jer. Takde teruk sgt....

Gambar yg akk amik tak byk sgt... Maklumlah, kekonon bizi... huhuhu...

tengah sibuk pack doorgift

doorgift department

Selamat Pengantin Baru
Ziana dan Kholil
Nak tempah? Sila klik sini

pintu gerbang yg disediakan oleh mak andam


disponsor oleh pak sedara pengantin
Baharudin & Family

pengantin sedang bersiap









20110718

++ Reunion Sekolah Rendah Darjah Enam ++

Hari Sabtu lepas, bertempat di Gardenia Coffee House, Quality Hotel Shah Alam, berlangsunglah reunion kami budak2 darjah enam tahun 1985.

Sekolahnya?

Sekolah Rendah Methodist Pelabuhan Klang ataupun kami selalu panggil MBS...

Akk pun last minit konpem ngan organizer.  Bayar jer kat dia masa jumpa tu.... 

Ku hangkut sumer anak2 makan dari pukul 12 t/hari sampai pukul 5 ptg.  Ammar siap tido baring lagik sbb kepenatan tunggu ibunya bergossip sumer bagai ngan kengkawan lama.

Sungguh tak disangka, ramai jugak yg datang.  Out of 24 org yg konpem datang, rupa2 nya kedatangan adalah melebihi 30 orang!

Biasalah kan, kalau dah kumpul ramai2 tu, sumer pun tanya anak berapa? isteri berapa? tapi takdelah orang tanya suami berapa plak..... tettttttt.....

Jurugambar bertauliah dan tidak bertauliah adalah ramai sekali hari tu.  Tapi yg pasti Encik Shahrul Ariffin adalah membawa kamera yg paling besar dan canggih sekali.

Banyak jugak gambar yg di upload dlm fb, nnt akk akan cuba mengcopy kan ke sini....

Kot ada sesapa yg bersekolah rendah darjah enam di tahun yg berkenaan, sila-silalah ke fb.  Kami ada group khas utk darjah enam tahun tersebut.  Ada aktiviti lain yg di dalam perancangan....






20110327

++ Breakfast at Hotel Seri Malaysia ++

Sapa pernah stay kat Hotel Seri Malaysia?

Tak kiralah branch memana....

Boleh share tak korang nyer experience breakfast kat situ.

This morning, kitaorang bangun pepagi gi breakfast.

U know what are the menu?

ONLY nasi lemak, mee goreng, bubur nasi n roti bakar. Drinks hanyalah kopi n teh sahaja.

NO cereal, no sosej, no omelette, no juice.

Dgn harga yg perlu dibayar, akk rasa breakfast tu adalah TIDAK berbaloi....

Tu sumer org tua leh ler makan. Bebudak yg dok lari2 tu, makan cereal ngan sosej, diaorang sukalah.... Alaaaa, jgn kata bebudak, org tua pun makan cereal gak, kan?

To the end, anak2 terpaksa lah jugak makan mee yg pedas tu, plus nasi lemak yg sambalnya kureng rasa....

Anddd... kelihatannya sumer pun memilih utk makan roti bakar jer, coz takde pilihan makanan lain lagik.

Atau adakah sebab kebetulan ramai orang berseminar di situ?

Tapi, kalau difikirkan balik.... kalau org seminar pun, takkan lah sampai cut cost sampai cenggitu sekali...?

Wonder if lain2 branch is serving the same menu of breakfast?

Nak gi lagi ke tidak ke Hotel Seri Malaysia yg lain?

Hurrrmmmmm.....







20110326

++ Hotel Seri Malaysia ++

Port Dickson.

Yes.... akk skrg berada di Pee Dee.

Meraikan perkahwinan sepupu perempuan akk. Bapanya adalah adik pak aji.

Almost semua adik badik pak aji menghadirkan diri sbb ini adalah perkahwinan pertama anaknya.

Akk bertolak pagi tadi dgn adik lelaki akk, Baharudin. Maklumlah, akk n hubby kan adalah bijak laksana kalau bab2 mencari jalan ni.... hihihi... ntah kemana kami sampai pulak....

Ini baru balik dari pasar malam batu 4. Dekat jer kan dgn hotel nih... Jalan kaki jer dua famili. Pastuh lepak tepi pantai sambil makan2 dan borak2.

Dah burrrpppp.... balik ler bilik coz mata tu cam dah takleh bukak.

Ptg tadi anak2 dah terjun dlm kolam mandi. Kat bakang bilik jer....

Kami tido satu malam jer... Saja bawak anak2 berjalan sbb cuti sekolah ari tu pun tak kemana....

Sok nak terjun ke laut plak...

Oppsss.... btw, un-officially akk adalah terlibat dgn earth hour ler tadi. Coz takdak org kat umah, maka umah adalah gelap. Berlebih-lebih jam lagik, bukan setakat 1 jam ajer... Boleh ke?






20110321

++ Big Family Dinner ++

Tajuk adalah pinjam dr FB my nephew - Chef Ijoule.

I told u my adik, Badli Sham, adalah membelanja kami adik badik makan malam kat Sijangkang.

Dia mmg berkenan betul ngan tempat tuh. Sbb ada stimbot, peberet dia tuh....

Meh sini layan gambor2 yg akk copy dr FB Chef Ijoule (sudah gumuk pas balik dari praktikal kat Langkawi ari tuh. Ehem... ehem... cintan cintun gitu....)




Keluarga besar Haji Bahman & Hajjah Som

Pak aji ngah buat speech pastu baca doa terus

Aminnn.......

Yg tengah diri tu lah adikku, Badli Sham

Nampak tak asap2 tu, stimbot ler tu....


Nota kaki: tidak dpt menghadirkan diri - abang iparku, Aminudin (hubby arwah along),

Uminadia (adik iparku, wife Baharin), Nurzalifah n hubby, Shamrul (anak & menantu along).

Kehadiran:-

Ziana, Zafira,

A.Khasan, Ijoule, Faten, Ijal, Myra, Naqiu,

A.Ayom, K.Abby, Iman, Khalidah, Khalisa, Nina,

K.Wati, A.Hafidz, Mira, Miza, Amir, Amirul,

Me, hubby, kakak, Sya, abang, Ammar,

Udin, Aida, Emileen, Irfan, Oyin,

Bahar, Qaisara, Mikhail,

Badli, Nasz, Zira,

Adik (Suzieyanti)

VVIP - Pak Aji (Hj. Bahman) & Mak Ajah (Hjh. Som)