Mulakan Dengan

Mulakan Dengan
Showing posts with label pengantin. Show all posts
Showing posts with label pengantin. Show all posts

20131125

++ Bertandang ke Pasir Mas ++

Kelantan....

Hubby adik ipar akk, Norulhuda.

Perjalanan pergi dan balik di iringi hujan yg kekadang lebat, kekadang sempoi.... Tapi alhamdulillah selamat pergi dan selamat kembali.

Kami bertolak malam Sabtu jam 9 malam. 34 orang....

Sampai jam 8 pagi. Suh pengantin amik. Alaaaa... lupalah nak amik no tipon penginapan tu. Best tempatnya. Tenang, sejuk, aman.... Sempat terlelap kat kerusi panjang ngan Wafa....

Sonok dapat tengok majlis orang, kan...

Pas balik majlis terus ke Kota Bharu. Cadangnya nak ke Rantau Panjang, tp info mengatakan air dah naik, so kensel lah...

Lepas ronda kat pasar Siti Khadijah, dlm pukul 6 cenggitu kitaorang bertolak balik. Sampai umah dlm pukul 4 pagi. Pastu tido sampai ke tengahari qada' tido ngan kaki yg lurus sampaikan undangan hari ahad tu x terpergi.... kahkahkah... teruk benor...






20131114

++ Caterer Pilihan Kami ++

BUTIK IMPIAN PERKAHWINAN
Lot 3514, Kg. Delek Kanan,
41250 Klang,
Selangor Darul Ehsan.

Puan Dayana 010-5401423 (in-charge andaman)

Encik Hisham 016-6884775 (in-charge catering)

All-in pakej. Catering + Andaman.

Harga? Within our budget.

Oleh kerana kami ada dua pasang pengantin, penambahan takdelah membebankan sangat....

Korang boleh jenguk jugak diaorang ni kat FB - Impian Perkahwinan Termurah.

Boleh jugak email kan ke impian.perkahwinan.termurah@gmail.com.

Yang penting, perkhidmatan yang diberikan adalah memuaskan hati. Makanan takde komplen. Servis budak2 penanggah, ok.

Khemah janji petang Jumaat sampai, sebelum sembahyang Jumaat diaorang dah turunkan khemah dari lori....








20131113

++ Majlis Nikah Nurul ++

Adik ke-5 hubby akk, Norulhuda binti Azaman.

Selamat menjadi isteri kepada Wan Muhammad bin Wan Ab. Halim pada tanggal 9 November 2013.

Kali ni akk masak nasi impit, rendang hitam, kuah kacang, kuah lodeh.  Alhamdulillah, mencukupi semuanya....

Maka, selesai sudah tugas hubby ku untuk menjadi wali kepada adik beradik perempuannya. Hanya tinggal untuk menjadi wali kepada anak-anak perempuannya sahaja kelak. InsyaALLAH...... Hurrmmmm... bilalah pulak adik2 ipar lelakiku nak kawin ni? Ada 3 orang tu....





20131023

++ Majlis Nikah Farah ++

Adik bongsu hubby akk, Nurfarahain binti Azaman.

Selamat menjadi isteri kepada Muhd Syukri bin Shariffhudin pada tanggal 20 Oktober 2013.

SELAMAT PENGANTIN BARU!!!

Sorilah yea takde gambar yg akk ambil sbb nya tuan tanah sibuk memasak di dapur. Iye uols!!!!! akk yg masak.... huhuhu.... Nasi ayam special resipi mak ajah yg mendapat pujian tetamu yg hadir...





20130913

++ Bersedia Untuk November ++

Deposit untuk perkara-perkara yang penting telah pun di settle kan.

Kad pun dah on d way printing.  Awal bulan Oktober siap ler tu. Hopefully sebelum tarikh nikah Farah dapat distribute untuk sedara mara.

Pengantin pun dah pilih baju nak di pakai masa bersanding nanti. Tunggu nak fitting jer nanti...

Ehhhh.... banyak betul mende nak buat, kannnn?  Tulah dulu masa nak kawin tau pikir pasal diri sendiri jer. Pak aji ngan mak ajah just remind jer. Part kenduri gala bagai, taken care by them. Alaaaa.... adik badik sedara mara pak aji ngan mak ajah kan ramai, dok dedekat plak tuh...

Skang nih, dah jadi 'orang tua' yang uruskan segalanya, agak-agak miung jugak.... Ngah pikir pasal A, eh eh teringat pasal B plak. Ngah nak selesai A, C pulak datang menerjah... Wallawei....

Tapi, bak kata Pak Teh my hubby, banyak pahalanya tu nanti tolong orang dirikan masjid. Tambah pulak adik, kan.... Adik pompuan plak tuh, hubby ku jadik wali lagik.....

Migrain akk nih semenjak dua menjak pas raya tu, asyik ler datang menjenguk. Ntah ler kenapa. Aritu gi check, Dr. kata ok jer BP.... Sumer pun asyik suh gi check, nanti-nantilah yer dik..... Yang paling pentingnya, semoga sampai lepas kenduri kawin ni selesai, migrain ni datang main cak-ba ajer....






20130212

++ 10 Februari 2013 ++

Selesai sudah majlis perkahwinan anak sedaraku - Norziana dan juga suami, Kholil.

Alhamdulillah.... migraine ku menjenguk acah-acah jer. Takde teruk sgt....

Gambar yg akk amik tak byk sgt... Maklumlah, kekonon bizi... huhuhu...

tengah sibuk pack doorgift

doorgift department

Selamat Pengantin Baru
Ziana dan Kholil
Nak tempah? Sila klik sini

pintu gerbang yg disediakan oleh mak andam


disponsor oleh pak sedara pengantin
Baharudin & Family

pengantin sedang bersiap









20130122

++ Teaser Perkahwinan Ke-2 ++

Eh... eh... bukan akk yea... hahaha.... giler mu...

Perkahwinan anak buah ku yang kedua. Dia mmg adalah cucu kedua pak aji dan mak ajah. Anak kedua arwah along. Cucu kedua yang berkahwin.

Norziana binti Aminuldin. Seorang jururawat di sebuah hospital swasta di Kajang. Oh, budaknya mmg lemah lembut. Mmg sesuai dgn profesi nya. 

Tarikh berlangsung adalah pada 10 Februari 2013. Itulah pasal mak andak nya tak dapat nak join company trip tahun ni ke Phnom Penh. Berkorban demi anak-anak..... 

Laa.... bertuah punye mak sedara kan, ku lupa pulak nama tunangannya.... Khalil kot kalau x silap...

Sekarang ni kami adik badik adalah kebizian. Begitu juga pak aji ngan mak ajah. Maklumlah, ayahnya kena strok ari tu still x berapa ok. Tapi alhamdulillah dah boleh berjalan sket...

Skang nih, tengah dok sibuk carik door gift khas utk kawan2 pengantin. Boleh tak? tinggal 2 minggu jer lagi... huhuhu... nak pengsan rasanya...

Sudahlah kakak pengantin tengah mengandung lagik.... Iye... tengah mengandung anak yg kedua.... tapi perkhabaran aritu katanya ada 2 di dalam.... aiyaaa... dahlah dia tuh kecik comel orangnya. Camana lah nnt dia nak bwk dua org tu... So, ckp ngan dia jgn nak berkejor sana sini. Haaaa... tu yg makcik pakcik nye kebizian tu. Bizi bodi pun iye... wakakaka.....

Semoga semuanya berjalan dgn lancar dan sempurna....





20110402

++ Selamat Pengantin Baru ++


Untuk sepupuku, Dianna dan juga pasangannya, Encik issham Waadud.


Perrgghhhh... pengantin lelaki menyanyi di hari persandingannya. Suara sebijik suara Jamal Abdillah. Boleh nanges kalau abg Jamal dengar....



Semoga berkekalan sehingga ke hari akhirat kelak... Dapat anak yg ramai...





20101217

++ Kenduri Kawin ++

Spt yg korang sumer pun tahu, akk dah bagitau yg last week my kazen nak kawin, kan?

Dan.... kenduri tersebut telah berlangsung dgn meriahnya....

Tapi.... ada kisah sedih di sebalik kemeriahan majlis kenduri tersebut.

Kan akk ada bagitau yg tunang dia eksiden two weeks b4 the kenduri... Masuk ICU, then operation sumer bagai....

Sian dia.... to both of them..... ingatkan 2-3 ari b4 kenduri tuh, her tunang leh lah bangun and sihat sket.

Rupa-rupanya still x sihat lagik....

Mmg ari tu dia cam dah ok, dah sedar sket. Tapi bila dia nak makan, dia muntah balik. Alaahaiii.... kesian dengor.

Tot boleh ler nikah kat sepital. Mintak izin kat pejabat agama ngan sepital. Tapi nak buat camana kan......

Maka kenduri last week tiadalah pengantin nya.....

Sib baik ada majlis cukur jambul utk baby kakaknya yg baru lepas pantang. And also majlis utk anak2 sedara nya yg berkhatan....

Nikah ni tunggu lah bila pengantin lelaki dah sihat, kuat sket... Later boleh ler buat majlis kesyukuran lain utk pengantin....

Akk menolong dr mlm Sabtu tu. Gigih betul akk rewang lately.

Motipnya??????

Huahuahua.... akk larikkkkk mlm ahad tuh....

Syyhhh.... gi kelas ilmu kat B32....





20101028

++ Last Weekend ++

As what i shout in fb, previous week, last week and this weeks weekend is fully booked by my uncles and auntys.

Kazen2 ku kawin!!!!!! Huhuhu.....

Dr ari Sabtu dah pi rewang...

Maklumlah, org Jawa, kannnn..... rewang2 ni wajib. Lagipun kami masih mengamalkan bergotong royong sesama sedara mara dan jiran tetangga....

Ari Sabtu gi rewang, akk tinggalkan tiga beradik kat umah. Aterrr.... susah benor nak bangkit dr tido. Si bujang kecik tu pun sbb terjaga. Kot idak, tak bangun ler jugak.....

Kenduri ari Ahad.....

Huuiiii... meriah sungguh. Ramai jemputan yg hadir. Dr depan sampai ke belakang khemah. Penat penanggah berjalan dr meja depan nak ke dapur....

Selesai jer pengantin bersanding, tengah makan beradab, akk terpaksa meminta diri utk pulang.... ada hal sket kat umah....





20100624

++ Pengantin ++

Takleh nak attend jemputan majlis ni on Sat.

Inform tuan rumah dahhhh.... Dia bilang suh dtg mlm Sabtu...

Eh, ok gak.... Mlm berinai plak tuh...

Off we go on Sat night selepas akk balik dr bersosial ngan BFF.... habis hubby akk tarik muka.... pkl 10 mlm baru balik!!!!

Tapi, nak gak gi umah pengantin....

Kekonon cam org jauh lah dtg.... huiiihh... org ramai lagik tuh.... siap berkaraoke lagik....

Kami plak ngah lapar, sampai umah pengantin, org dah kurang, huh.... makan nak hingat orang dahhh.... tuan rumah pun bagi spesel treatment..... sonok rupanya dtg lambat nih..... huahuahua, boleh wat lagik nih....


SELAMAT PENGANTIN BARU....




20100611

++ Tengok Pengantin ++

As i told u, ada dua jemputan last weekend.

Ari sabtu nyer jemputan x dpt ler gi. Coz dah sesat nak gi ke Bandar Seri Putera, Kajang....

Ari ahad gi lagi satu jemputan kat Port Garden. Rupa2nya my hubby pun ada jemputan jugak kat Shapadu Highway....

So, that Sun, kami kekenyangan makan nasi pengantin....

Tak sempat ler amik gambar coz org tersangatlah packed nyer. Nak makan pun kena amik nombor.....



20100527

++ Undangan ++

Isshhhh... penuh betul schedule cuti sekolah nih...

Ari tu dah bagitau 5hb ngan 6hb Jun ada jemputan ex-colleague....

Haa... ni dpt satu lagi jemputan. Ex-colleague nyer anak jemput utk majlis perkahwinannya...

Dahhhh nak kawin anak dara sorang nih.... Masa mula2 kenal dulu, masih sekolah lagik.... Skang nih dah jadik misi....





Kenal ke? Cik Nur Azwa binti Radzlan. Dok kat Pandamaran, Port Klang. Majlisnya pada 19hb Jun.

Silalah hadir beramai-ramai klau anda mengenalinya.....


Note: Jemputan ini adalah dr FB tagged....






20100515

++ Wedding Invitation ++

Receive an invitations fm old colleagues.

Alhamdulillah..... sampai jodoh adik2 ni....

1st invitation:-

Assalamualaikum kawan2,Cikgu & sedara mara yg disayangi. Dengan Rasa syukur & tawaduk saya menjemput smua yg ader di laman ini. Di Sini sya Yana @ bab ~ panggilan di kalangan kawan2 sek menengah. Ingin menjemput u0lz pada hari bahagia saya pada tarikh yg tertera di atas. Dengan itu saya & keluarga berharap u0lz dpt meluang kan masa utk datang ke mjlis sya. ADDRESS :- DEWAN SERBAGUNA KG JAWA BATU 1KG JAWA 41000 KLANG pada 5 June 2010. sebarang petanyaan boleh mghubungi saya & suami :- 0137610539
****** saya mengharap kan kawan2, cikgu2 & lain2 dpt stg ke mjlis *****

Cik Yana




2nd Invitation:-

Date: Sunday, June 6, 2010
Time: 12:00pm - 5:00pm
Location: MY MOM HOUSE (KG RAJA UDA)
Street: NO.47,JALAN MELIKAI 43,TAMAN PELABUHAN (PORT GARDEN),SELANGOR
City/Town: Pelabuhan Klang, Malaysia


Cik Wan Ina Marlyza



Ada sesapa mengenali mereka? Marilah dtg memeriahkan majlis. Pengantin suruh jemput mrk2 yg mengenali tapi tak dpt dihubungi.

Btw, this invitation is received via FB.... apalagi skang nih......


20100413

++ Selesai Sudah ++

Alhamdulillah.....

My niece dah selamat menyelesaikan majlis perkahwinannya di tempat pengantin lelaki - di K.Terengganu last weekend.

As i told u, wakil kami adalah kesemua adik beradik lelaki dgn 3 kereta. Abg - Baharom dan adik2 - Baharudin, Baharin dan Badli Sham.

Emak ngan abah tumpang Baharin. Begitu juga Badli menumpang abg Baharin nya.

Baharudin dah expert gi sana coz org rumah nya juga org Terengganu.

Akk balik cepat last Fri coz emak dah pesan dia akan bertolak selepas Asar. So, my anak bujang kecik takde org nak tengok kan.

Rupa2 nya my anak dara besar - Qistina telah di cutikan oleh abahnya..... Sebab my hubby a bit busy ptg tuh, dia takut x sempat menengok anak keciknya tuh, maka kakak kena sacrifice. Ohhhh... sukalah anak dara tu....

Balik ke sini petang Ahad.

Cam biasa, my father said kenduri simple jer.... macam kenduri Baharudin dulu pun camtu jugak.... simple jer...

Pagi Ahad masa nak bertolak balik tuh, singgah kat kedai proses kopok losong... Menunggu org tu memproses - gentel - rebus - bungkus - hah... amik ko, sampai satu jam, abah kata.....

Maunya idak, 3 keta tu jer dah rm300 memborong kopok losong..... Sakan ko memborong kopok, tak hingat org lain.....

Akk pun ada mengirim membelinya.... emmm... mau 3 hari 3 ptg makan kopok jer nih..... huahuahua....


20100407

++ My Niece Wedding ++

Cam yg akk bagitau, last Sun my niece - Nurzalifah binti Aminuldin telah melangsungkan perkahwinannya.



Alhamdulillah, segalanya berjalan dgn lancar....


Adalah lauk tak cukup sket.... biasalah tuh.... dan dgn profesional nya ditangani oleh makcik2 dan pakcik2 di dapur.... kautimmm.....


Kami adik beradik adalah cam biasa menjadi runner ke sana sini utk membeli apa2 yg terkurang last minute...


Akk ditugaskan oleh emak utk menjadi collector.... isshhh... tak pernah amik post nih... selalunya post nih kakak2 yg tua selalu pegang... Tapi, nak buat camana, dedua pun dah tak ada..... Sorang lagi tengah sibuk buat juadah makan beradab...


Kesayuan melanda kami tatkala pengantin lelaki melafazkan akad nikahnya dgn sekali lafaz. Di kala itu, terbayang wajah along. "Kak.... anakmu telah selamat bernikah.... semoga engkau tenang di sana...."


Begitu jualah di saat berinai besar dan bersanding... air mata kami asyiklah nak mengalir saja....


Semoga jodoh mrk adalah sehingga ke akhir hayat...... AMINNNN.....


This week adalah kenduri di pihak pengantin lelaki. Di mana? TERENGGANU.....


Akk tidak dpt menghadirkan diri, adalah sebab musababnya.....


Wakil dr pihak kami adalah abg - Baharom, dan dua adik lelaki - Baharudin dan Baharin. But, not to worry, kat sana nnt ada yg akan menyertai....


Ayah pengantin perempuan tak sanggup nak menyertai krn masih terkenang kan along.....



pengantin lelaki dgn kusyuknya
sdg mendengar jurunikah menyampaikan
amanat... dos and dont

akhirnya... saat yg ditunggu telah tiba...
gagap, gugup, berdebar... ishhh...
sumer ada...
pelamin bertemakan warna ungu


nurzalifah dan shamrul


malulah plak nak bagitau....
kek ni akk yg sponsor.

my adik - baharudin & wife - aida,
dgn semangatnya membersihkan
rumah pengantin sebelum akad nikah.








20100330

++ Wedding Invitation ++

Its my very 1st niece weddings.

My late eldest sister yg pass away last Jan.  Her eldest daughter.  Sad that she cannot witness the ceremony.

Kepada sesiapa yg mengenali Nurzalifah binti Aminuldin, maka jemputan ini adalah untuk anda.  Kehadiran anda adalah dialu-alukan....











20100303

++ Tengok Pengantin ++

Pas gi berenang sepuasnya, kitaorg terus drive balik kampung...

Sampai jer kat K.Selangor, my SIL tengah bizi buat bongkah cendawannya.

My MIL pun ada...

Actually, balik kampung coz my hubby nyer uncle buat kenduri kawin.

Sat tak dpt attend, so mlm tuh kitaorg gi lah.

Mlm ada berinai.  Dptlah tengok pengantin bersanding.  Serba merah gitu....




20091128

++ Oredi 12th ++

HAPPY 12TH ANNIVERSARY !!!!!!

Its our nikah day 12 years back on Friday, after maghrib to be exact.

Bertemu di tempat kerja..... not the same ofis, but during ofis hour lahhh.....

The way we met adalah amat lucu banget.....

Coz we met during a strike in front of my ofis it was a PKCS project, anybody knows about this project ?????

Kawan setahun, kekonon bercinta setahun, pastuh bertunang lah kami.... pun setahun gak....

Dah cukup duit, meh kita kawin........



tengkiu... tengkiu....
akk mmg comel - time tu lah...


cukuplah dua keping, ek....
i shy shy lahh....

Your pray for our marriage to be forever is really appreciated...... THANK YOU very much......





20091125

++ Kawanku Kawin ++

I'm attending wedding invitation last Sat.

My best fren in Form 5 - MGS Klang year????

Yesss !!!! Puan Rozillah binti Mokhtar.




Actually, it was three of us as best fren... The other one is Puan Ruzi binti Mohd Idris. She intend to come oso, but something urgent coming up.

My hubby is working on Sat as usual. Apalagi, ku hangkut ler sumer anak2 ku....

Terkenang time zaman sekolah dulu2.....

Tak taulah camne kami leh rapat.... tau2 jer ke hulu ke hilir bertiga..... pastuh bila dpt result sorang sambung belajar kat ITM pn ruzi, sorang kat form 6 akk le tuh..., sorang pi keja pn rozillah..

Pastuh masing2 sibuk ngan hal sendiri.... but still kontek walau jarang bersua muka....

Akk anak empat, pn ruzi anak tiga, pn rozillah anak dua.....