Mulakan Dengan

Mulakan Dengan
Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

20140412

++ ATTENTION TO EX-STUDENT OF MGS KLANG ++




MGS Gala Nite
Makan Malam Amal untuk Projek Baik Pulih dan
Sambutan 90 Tahun MGS Klang


Tarikh
12 April 2014


Masa
8 malam - 11 malam


Tempat
Dewan Sekolah Menengah Hin Hua, Klang
(sebelah Sekolah La Salle Klang)


Tema
Ranggi 60-an


Harga Tiket
RM100 / seat


Tujuan
mengumpul dana baik pulih sekolah terutama sekali
untuk Dewan Eklund


FB Group Page
(sila klik)


Kita jadikannya re-union besar-besaran, boleh tak?


** Sumbangan dari sektor korporat / swasta juga amat di perlukan. Jika anda ingin membuat sebarang pengiklanan @ sumbangan ikhlas, sila rujuk ke FB Group Page untuk maklumat lanjut - Terima Kasih **













20140101

++ Teaser: BIG Re-Union of MGS Klang ++



ATTENTION GIRLS Ladies .......

1924 - 2014 : 90 tahun yang penuh gemilang.

YOUR TIME IS NEEDED AROUND APRIL or MAY will announce once confirm.

Masanya sudah tiba untuk kita berkumpul beramai-ramai. We name it as GALA NITE.

Jumpa anda semua di sana!!!!!!











20130529

++ My Lavender Fashion Gallery ++

Dimiliki sepenuhnya oleh adik akk, Baharudin dan isteri, Aida Maizuriani.

Kedai yang terletak di Wisma MAIS, Seksyen 3 Shah Alam (belakang McD) ini menjual pelbagai pakaian kontemporari moden untuk wanita dan muslimah yang vogue dan terkini.

Silalah berkunjung ke sana. Dibuka dari 9 pagi hingga 8 malam.

Kedainya terletak di sebelah Hotel dan juga Dobi Pink. Ground Floor jer.... 

Korang klau nak tengok new arrival stock boleh ler gi jenguk kat fb - My Lavender Fashion Gallery. 













20130329

++ Renungan Terbaik Untuk Kaum Wanita Bergelar Isteri ++







Mengapa Redha suami itu adalah syurga bagimu wahai para isteri:

1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya sehingga dia meningkat dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru sahaja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.

3. Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anak kamu dan dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anak kamu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

4. Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi penyelesaian. padahal boleh sahaja disaat engkau mengadu itu, dia sedang mempunyai masalah yang lebih besar. namun tetap saja masalahmu di utamakan berbanding masalah yang dihadapi sendiri.

5. Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa lisannya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

6. Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, kerana dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri ...



By: Halimislam Online











20121221

++ Panduan Penggunaan SF Beauty ++

* Cuci muka dengan sabun dua kali sehari

* Gunakan krim malam pada malam hari

* Gunaka krim siang pada siang hari sebagai pelindung UV

Sapuan kedua-dua krim adalah nipis sahaja. Jika kulit kering, basahkan hujung jari dengan air bagi memudahkan sapuan krim (akk guna span basah, senang sket....)

Jika pada awal penggunaan muka terasa pedih, hentikan penggunaan krim malam tetapi teruskan dengan krim siang dan sabun. Selepas 2 atau 3 hari gunakan semula krim malam (akk masa mula2 guna dulu, cenggitulah.... tapi pastu ok...)

Antara kesan awal yang biasa ialah rasa gatal di tempat yang bermasalah dan pengeluaran minyak berlebihan (biasanya kesan ini hanya sementara dan akan beransur kurang). Kadang kala bagi kulit yang kurang mendapat penjagaan sebelumnya akan berlaku sedikit pengelupasan halus di bahagian yang bermasalah.

Kulit akan mendapat kelembapan semula jadi dan terasa halus dalam tempoh 1 hingga 3 minggu. Krim malam boleh dikurangkan penggunaanya selepas hasil yang diharapkan diperolehi (seminggu 2 atau 3 kali sahaja).





20121220

++ SF Beauty ++

Korang pernah dengar tak pasal SF Beauty ni?


Akk guna trial set masa bulan posa aritu. So, masa raya tu muka akk mmg ada perubahan sket....


Akk ni ada bekas jerawat. Takdelah kasar teruk sgt, tp nampak berbekas jugaklah. So, bila pakai SF Beauty nih, hilang plak. Aritu gi amik gambar paspot pun dah tak nampak. Klau idak, dlm gambar mesti ada nampak kesan jerawat tu....

Mmg sesuai sungguh ngan akk... Akk pakai set normal - sabun warna kuning. Ada dua set, satu set lagi utk kulit sensitif - sabun warna hijau. Krim siang ngan krim malam sama jer utk dedua set.


Krim Siang


Krim Malam


Sabun utk kulit normal - kuning
Sila abaikan part sebelah kiri tuh, akk dah potong
suku. Susah nak guna klau guna bulat besar tuh.
Tapak tanganku kecil. Auwwww...


Logo SF Beauty.
Sori, blurrrrr....


Sabun Kecantikan Vitamin E (warna kuning untuk kulit normal)
Natural dan bersih dengan Vitamin E menolong meningkatkan meteabolisme kulit, merencat proses penuaan, mengurang kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit. Mengekal kelembapan semula jadi untuk rasa segar, licin dan bersih.

Sabun Kecantikan Vitamin C (warna hijau untuk kulit sensitif)
Dibuat daripada bahan semulajadi agar dapat memelihara kandungan aktif (vitamin C) daripada dioksida semasa digunakan. Membantu merangsang kolagen, mengurangkan kedutan, menganjalkan kulit secara semula jadi, mengekalkan kelembapan dan kesegaran kulit. Sesuai digunakan pada kulit yang berminyak.

Krim Malam
Bahan semula jadi yang dirumus untuk menghilangkan jeragat dan bekas jerawat di samping memutih dan membersihkan kulit. Menjadikan kulit halus dan bersih.

Krim Siang
Bahan semula jadi yang dirumus sebagai pelindung UV di samping melembap, melembut dan menyihatkan kulit.


Lepas abis trial set tu, akk berenti pakai. Ni baru order set baru ngan dealer. Kawan akk bagi no. dia, tp mmg pantas dan zasssss sungguh menghantar order akk. Thumbs up!

Korang klau nak try order ker, nak penerangan lebih ker, cer try kol dia....

Fadzilah - 013-2728140. 

Ada diskaun!!! Thanks Fadzilah.





20121218

++ Lirik Lagu Permata Untuk Isteri ++

Nyanyian: Kopratasa

Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Lirik/Puisi: Abdul Aziz HM


Tengah dengar lagu ni kat radio sambil buat kerja.... teringat dulu-dulu masa baru-baru menjadi isteri... hurrrmmm.... syahdu giler..... rasa sangat2 dihargai dan diperlukan at that time.... apatah lagi sekarang ini semakin besar komitmen kami suami isteri dengan 5 amanah yang diberikan ALLAH untuk kami sempurnakan fizikal dan mental mereka dalam menghadapi dan mengharungi segala dugaan kehidupan di dunia dan di akhirat.... SYUKRAN YA ALLAH di atas segala yang engkau kurniakan kepada kami sekeluarga. Walau tidak semewah orang lain, tapi kami bahagia mengharungi bersama-sama, susah dan senang, menangis dan ketawa, suka dan duka.....




20110509

++ Wanita Bekerja Tak Perlu Nafkah Suami? ++

Saya terbaca dalam Majalah Solusi (Isu 30) tentang soalan seorang isteri.

‘Suami saya telah bernikah lagi di Thailand tanpa pengetahuan saya. Semenjak berkahwin dua, dia tidak pernah memberikan wang saku kepada saya seperti dahulu iaitu semasa dia belum berkahwin dua. Bukan itu sahaja, bahkan nafkah anak-anak juga kadangkala terabai.

Apabila saya membuat aduan kepada pihak berkuasa agama, seorang pegawai agama memberitahu bahawa apabila seorang isteri diizinkan bekerja oleh suaminya, maka keizinan tersebut boleh menggantikan nafkah yang wajib diberikan setiap bulan.’

Dari sudut hukum syarak – sama ada berpoligami atau tidak – sudah menjadi kewajipan kepada suami untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya.

Poligami seharusnya tidak dijadikan alasan untuk tidak memberi nafkah.

Sementara dalam soal benarkah isteri yang bekerja dikecualikan daripada menerima nafkah suami pula.

Sebahagian ulama fiqah kontemporari berpendapat bahawa isteri yang bekerja (di luar rumah) tetap berhak mendapat nafkah daripada suaminya, dengan syarat dia bekerja dengan keizinan daripada suaminya. Ini bererti, apabila si isteri bekerja tanpa mendapat keizinan suami, maka ketika itulah dia tidak berhak mendapat nafkah.

Ini disebabkan hukum asal bagi wanita adalah mereka tidak perlu keluar rumah untuk bekerja kerana nafkahnya ditanggung oleh suami bagi yang telah berkahwin, manakala yang belum berkahwin pula akan ditanggung oleh bapa atau wali nya.

Tetapi isu ini masih lagi menjadi perbahasan dan perdebatan para cendekiawan.

Bagi para isteri di luar sana, jika anda menghadapi masalah seperti ini, rujuklah kepada Mahkamah Syariah untuk jalan penyelesaian terbaik. Tetapi jika anda ingin meneruskan dengan perceraian, buatlah dengan cara yang baik. Tuntutlah dengan kaedah fasakh ataupun taklik. Sila rujuk lafaz taklik anda di surat nikah seperti yang pernah di lafazkan oleh suami sewaktu pernikahan dahulu.








20101120

++ Langsing dan Cantik ++

Eh, tak sama ke?

Ada orang langsing tapi kureng cantik.

Ada orang cantik tapi tak langsing.

Jadik, bagaimana nak dapat kedua2 nya?

Ada macam bunyik2 tamak ke? Isshhh... idak ler... InsyaALLAH klau Dia mengizinkan dan kita berusaha pasti kita akan mendapatnya... walla...canggih sungguh bicara ku... huahuahua

Korang klau pakai Premium Beautiful tuh, akan dapat keputusan yg on-the-spot tau!!!! Laaa.... tak caya? Percayalahhhhhh.....



Akk nyer jeans kan, size 32. Ari tu masa rewang kenduri kawin kazen, pakai pb pastuh pakai jeans tuh. Huh, tegezut beruk akk.... Seluar terlondeh ko.... Kena carik talipinggang!!!! Talipinggang plak dah berkurun tak guna, sampai dah naik berkarat nak putus pun guna gak.... Aterrr... nnt kang tak jadik buat keroje asyik dok membetulkan suar yg nak terlondeh plak... Tapi, nampak buruk korang tau tak. Dah mcm suar pinjam pulak dah.... Wink... wink... nak kena carik baru ler nih, kannn.... hiksss...

Eh, korang jgn tanya gambar before and after dr akk, kay.... Sobab eiiii... akk mmg tak suka amik gambar especially gambor berdiri. Klau gambor duduk pung, sebelah atas jer. Takde kasi nampak tang2 perut tuh....

Tapi kannnn... arituh, hubby tegur akk. Katanya pipi dah tak kembung lagik.... huhuhu... sadis dengor perkataan kembung tuh.... Tapi akk take it as a compliment. At least dia dah nampak sket keberkesanannya...

Untuk keterangan lebih lanjut, hubungi akk di

anuar_salmiah@yahoo.com

ATAU

kontek jer terus CDM (upline) akk

Hanis @ 0126443185

Korang pun boleh jenguk kat sini




20101115

++ Something to Share ++

Amendenya tu?

Korang tau tak napa akk sibuk2 nak beli scale machine baru? Digital lagik ko.....

Haaaa.... sobab eiii.... akk dah gumuk.... Ek eleh, malu-malu plak....

Kira ok per.... Anak dah empat, still ok lah.... Drp orang lain tu, anak satu dah badan cam akk nih.... ish.. ish.. tak baik menghina orang..... ampunnnnnnnn..... larikkkkk......

Tetapi, semenjak dua menjak nih, umur dah semakin meningkat, maka rasa2nya cam tak puas ati lah plak ngan bodi nih.....

Idak ler nak dpt cam dato' siti ker,


ziana zain ker,


erra fazira ker.....


yg penting, akk puas hati.... hubby pun sedap ler mata memandang nye, kannnnnn.....

Lagipun skrg ni klau buat keja lebih sket, cepat beno mengah. Pastuh peluh, ya rabbi, siap basah lencun baju...

So, adalah terbaca dlm blog redmummy (rm) pasal satu produk nih.... haaaa... sapa2 ada terbaca pasal menatang nih? angkat tangannnnnnnn.......

Terus kontek rm nyer upline.... tp delivery sumer pun rm yg buat.....

Amende?

Haaaa....... tungguuuuuuuuuu......





20100825

++ Hijab ++

Berhijab....

Ramai wanita yg berhijab slps berkahwin.... Alhamdulillah....

A few friend of mine.... Masa anak dara bertudung, pastuh bukak, tapi lepas kawin pakai balik.... Bagus le tu.....

Tapi, ada beberapa pihak pernah meluahkan rasa tak puas hati dgn cara berpakaian org berhijab nih.

Ada yg mempertikaikan, knp dah bertudung mesti pakai seluar pastuh baju masuk dlm..... tidakkah itu menampakkan punggung yg sepatutnya ditutup?

Ada jugak yg pakai tudung, tapi bila angin bertiup maka akan kelihatan lah rambut yg diikat (dlm erti kata lain, takdak anak tudung).

Ataupun bertudung, tapi pakai baju lengan pendek suku jer....

Ada jugak yg bertudung, tapi baju ya rabbi ya tuhan..... fit giler tuh.... menampakkan figura tubuh yg menggiurkan....

Ada jugak yg pakai baju kurung moden, cantik di pandang mata. Tapi bila tengok tang kain nya, emmm... belah sampai nampak lutut gitu.....

Itu dr perspektif pandangan oranglah..... walaupun sebenarnya mmg begitu cara pemakaian wanita berhijab di Msia skrg nih....

Takpe, masing2 nyer pendirian.

Wanita skrg adalah wanita berkerjaya, mungkin ada etika pemakaian yg kita tak boleh nak elakkan.... Cam yg kerja kat fast food restaurant tuh.... Sumer pakai tudung pun kena tide-in baju, kannnn.... Dah gitu etika uniform mrk.

Dan..... ada jugak yg pertikaikan mrk yg berpurdah..... Tutup semuanya kecuali bahagian mata shj...

Klau di renungkan kembali, kita klau sembahyang pun, pakai telekung, bahagian muka masih lagi kelihatan. Knp berpurdah perlu tutup muka hanya nampak mata shj? Bukankah dr mata itu adalah bermula segalanya.....

Akk pun tidak lah perfect.... Tapi, alhamdulillah..... Masih belajar lagi... Utk diri sendiri dan juga utk anak cucu nnt...

Oppsss.... ini hanyalah satu pandangan yg terlintas kat kepala ni shj....

Bila kita berniat utk memakai tudung, kita tidak lah hanya memakai semcm ianya satu trend pulak. Mcm fesyen masakini.... Ini krn kita juga perlu tahu dos and dont utk melengkapkan niat berhijab itu tadi....

Wallahua'lam......

Bak kata Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah - anda buat, anda dapat.....





20100623

++ Date with BFF ++

Ngam-ngam ari Kha sebelum cuti tu, old fren called...

Eh, jom kita buat small re-union amongst us jer....

Ohhhh.... boleh, bila?

Esok ler.... kat KFC.

Bagusss.... aku cuti sok. KFC mana plak ni?

Simpang 4 lerrr....

Settttt.....

Makanya, kami pun berjumpaan lah TAPI kat kedai sebelah kfc daaaa..... sambil tengok world cup kat screen besar.....

Borak2, citer sedih, citer gumbira, kenangan2 lama, citer2 baru.... huiihhh... macam2 ada.... cam gitulah, cam ginilah....

Next meeting mungkin time raya kot.... sobab eiii... pasnih akk dah bizi....langsir ku belum potong lagik.....!!!!!






20100506

++ Simply Siti ++

Ahaks..... akhirnya bertemu juga ku dgn Simply Siti.

Last Sat, sementara tunggu nak tengok wayang, ronda2 satu Jusco, ternampak Watson.

Ahhaaa.... tetiba jer teringat Simply Siti.....

Anak2 tengah main game, tinggalkan sekejap. Masuk, pusing2, sampai ke belakang, aikkkk... takde pun...

Pusing ke depan balik.... laaa... kat situ rupanya.....

Belek itu, belek ini, pegang itu, pegang ini. Tengok2.... eh, cam nak beli plak.... cewah....

Maka, terbeli lah lipstick satu ngan starter pack new age.



Lipstick ada byk kaler. Naik juling jugaklah biji mata ni mengengok kan kaler nya. Tapi, akk lebih suka earth kaler. Tp sesekali klau dinner, suka gak pakai yg kaler merah. Takpe, for time being, kita try test earth kaler dulu....




20100504

++ Medical Check-Up ++


A colleague of mine, Ms Jenn, is a very nice person.

Due to her family history and also my family history is almost the same. But hers is husband and me is sisters.

Since the very beginning dia tau yg akk nyer sister ada cancer, she start to approach me. Not to buy insurance fm her, but always ask me to go and have a medical check-up to check whether i hv the same disease or not.

Always told her that, im not ready for that yet.

But last week, dia ngan penuh rasa tanggungjawab dan ambik berat nya, purposely cut this one coupon fm PathLab. A medical check-up plus tambah duit sket utk check for cancer.

Sampai naik merajuk amoi tu. Dah berapa thn keja kat sini, since day one dia approach sampai la ni akk tak gi lagik..... Sian amoi tu....

Org dah prihatin pun, kita leh buat tak kisah jer, kannnn....??? Apa punye kawan daaaa....

Ntahlah..... Jika andalah, adakah anda bersedia utk menerima berita....."Maaf puan. Harap puan tabahkan hati. Puan telah di diagnos +ve cancer bla... bla... bla..." Adakah anda?

Mesti pastuh nak drive balik umah pun takleh. Lemah lutut, pikiran mulalah melayang ke segala benda....

Tapi, pikir2 balik. Tawaran tu amatlah berbaloi.... orang pun dah berpenat memotong paper tu utk kita, kan.... Kenalah cecepat pikiaq, tawaran habis 9 May - Ahad this week....





20090616

++ Lelaki dan Wanita ++

Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

> Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
> Lelaki yang sedia menerima segala teguran
> Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
> Lelaki yang tenang dan lapang dada
> Lelaki yang baik sangka
> Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki..

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

= Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
= Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
= Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
= Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


20090607

++ Untuk Wanita ++


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "


"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "


"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "


"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "






"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya
" tempat dimana cinta itu ada."








20090525

++ Petua untuk Wanita ++

Wanita yang sempurna tidak semestinya cantik pada paras rupa. Sempurna itu adalah kombinasi kecantikan paras rupa, keindahan budi bahasa, perwatakan dan tingkah laku yang menarik. Hanya ingin berkongsi apa yang saya baca dlm sebuah akhbar tempatan. Antara kombinasi kesempurnaan :-

> sentiasa tersenyum dan jgn sombong bila berinteraksi



> jujur dan merendah diri (jgn keterlaluan)



> jgn terlalu mengongkong



> jaga penampilan



> bijak menyesuaikan diri dlm apa jua keadaan



> tidak mudah putus ada dan berdikari



> elak bercakap benda yg x berfaedah



> jgn bandingkan dia dgn lelaki lain



> menjadi temannya ketika susah dan senang



> menjadi pendengar yg setia



> menghormati dirinya, keluarga dan teman



> sentiasa bersederhana dan tidak boros



> mempunyai sifat keibuan (tp bkn berleter kpdnya)




Tapi perlu juga di ingat, bhw OKU juga walaupun tidak cukup sifat tp mrk juga sempurna.


Walaupun begitu, cantik atau buruk seseorg itu adalah 'in the eyes of the beholder'. Cuba tanya pd pasangan masing2, sure mrk tertarik kpd anda krn sesuatu. Sesuatu yg pd mrk sempurna untuk melengkapkan anda berdua....... Bak kata org negatif + positif pasti akan tertarik antara satu sama lain.....