Mulakan Dengan

Mulakan Dengan
Showing posts with label arwah. Show all posts
Showing posts with label arwah. Show all posts

20140119

++ 4 Tahun Berlalu ++

19 Januari 2010.

Al-fatihah buat arwah SALMAH BINTI BAHMAN kakak sulungku yang menemui penciptanya setelah di uji dengan kanser usus selama setahun.

Perginya pada usia 47 tahun.

Meninggalkan 3 orang anak perempuan.  Kini arwah telah mempunyai 4 orang cucu - 2 lelaki dan seorang perempuan. Seorang lagi cucu lelakinya telah menemaninya di sana.











20130527

++ Pemergian Si Kecil ++

Semalam, 26 Mei 2013, kami sekeluarga mengucapkan kesyukuran kerana anak sulung arwah along telah selamat melahirkan anak utk kali kedua.

Bertambah bersyukur kerana dia melahirkan twin baby, kedua-duanya lelaki....

Tetapi, panggilan telefon di pagi hari 4.50 pagi 27 Mei 2013, membuatkan akk sedikit terkesima. Salah seorang baby kembarnya telah menyahut panggilan Illahi.

Hanya 13 jam sahaja keizinan yang diberikan olehNya utk kedua ibubapanya utk peluk cium anak nya itu....

Walaupun kami telah mendapat perkhabaran mengenai kekurangan baby itu semenjak di trimester kedua kandungannya, tapi sebenarnya kami mengharapkan baby tersebut akan mempunyai kekuatan utk menempuhi rintangan lebih lama sedikit....

Tapi apakan daya, semuanya telah tertulis.... kami redha krn ini adalah yg terbaik buat dirinya....

Al-fatihah....






20130225

++ Kenangan Bersama Arwah Jejai ++

Akk personally jumpa dia tahun 2010.

Masa tu nak mintak tolong dia buat advertorial blog Premium Beautiful akk.

So, jumpa dia kat kedai mamak dekat ngan ofis hubby. Akk terlambat sampai, mintak ler tolong hubby suh jumpa dia dulu, borak-borak.

After dah diskas segala bagai, dia bagitau yg blog akk tu mcm tak berapa cun sgt. So, dia bagi suggestion suh cantikkan dulu blog baru dia leh promo. 

Alahaiiii... part tu mmg payah. Akk ni dahlah kelabu asap pasal IT nih. Makanya, dgn segala effort dia sendiri menolong akk mencantikkan blog tu tanpa babitkan soal $$$$.

Dah inilah rupa paras blog tuh.... Mmg marbeles di mata akk. All purple (peberet kaler akk) yg amatlah sweetnya.

Akk skrg nih mmg dah tak aktif dgn Premium Beautiful, so rasanya mcm nak tutup terus. Tapi, bila mengenangkan susah payah beliau me'make-up' kan blog akk tuh, rasa sayang plak. Dlm kepala akk, sedangkan akk hanya sekali berjumpa dan terhutang budi di alam maya, apatah lagi pada rakan2 blogger lain yg benar2 rapat dgn beliau. Isteri dan anak-anak, bagaimana perasaan mereka skrg, keadaan mrk yg sedang menyesuaikan diri.... Harap mrk tabah...

Al-fatihah buat Jejai... semoga rohnya tenang disana dgn iringan doa mrk yg menyayangi nya selama ini....








20130206

++ Al-Fatihah Buat Nendaku ++


Puan Hajjah Tomirah - perginya pada hari Selasa 5 Februari 2013 pada usia 90 tahun.

Sudah beberapa tahun yg lepas tinggal dgn anak perempuannya di Klang. Ingatannya sudah tidak berapa bagus.....

Sebelumnya dia tinggal di Muar, Johor.

Nenek.... semoga nenek ditempatkan di kalangan orang yg beriman...

Al-Fatihah...











20120620

++ Seminggu Berlalu ++

Diam tak diam, rupa-rupanya hari isnin hari tu genap seminggu pemergian ibu mertuaku.

Along yg tak dpt menatap wajah emak hari tu, selamat pulang dari umrah pd hari sabtu petang bersama suaminya.


Akk goreng mee utk sambut kepulangannya.


Bertangisan lagi adik-beradik termasuk lah akk.....


Setelah pulang dari kubur, maka kami merancang utk buat kenduri tahlil pd hari isnin bersempena seminggu genap pemergian arwah mak.


Kami memasak adik beradik. Chefnya (kekonon lah...) adalah akk.


Oleh krn pagi akk kerja, maka segala barang keperluan yg perlu dibeli dipertanggung jawab kan kepada adik ipar lelaki akk, Khairul Ansari.


Balik jer dari opis t/hari tu, berkejaran ke umah arwah mak.  Anak-anak adalah memonteng sekolah.  Paksa gi pun tak nak jugak..... issshhh... ishh.. ishh....


Maka, sampai jer di rumah arwah mak, sempat jugak lunch sekejap. Maklumlah hubby pun lom mkn lagik....


Memasing tak pernah kendalikan majlis gini.  Walaupun kecik panggil sedara mara ngan jiran2 jer, tapi kami mmg x pernah handle. 


Umah mak aji kalau buat kenduri, dialah yg handle sumer bagai.  Kami adik beradik 'i follow' jer....


Jadinya, ala-ala belasah jer lah kan budget makanan tu.... Tawakkal semoga sumer org dpt di jamu....


Masak nasi ayam.  Beras 5kg, ayam 6 ekor (itupun last minute tambah sekor), bihun satu tray (order dr kedai, back-up).


Ya tuhan..... nasi ayam cukup2 jer... itupun org blkg kena kurangkan nasi n ayam utk bagi yg blkg2 lagi dapat merasa.  Sib baik ada back-up bihun....


Tuan rumah makan ler apa belen yg ada yea.....


Pasnih, kami planned nak buat tahlil sblm ramadhan. InsyaALLAH....




20120614

++ 12 Jun 2012 ++

Puan Maimun binti Mohd Nor


Mak mertua akk telah pergi menyahut panggilan Illahi.


Pergi meninggalkan semuanya buat selama-lamanya....


Semoga rohnya tenang disana.  


Semoga segala apa yang telah dilakukannya di dunia ini dpt menjadi bekalan buatnya disana nanti.


Akk pasti dia telah mendidik anak-anaknya dgn penuh kesungguhan selama 22 tahun ini berseorangan....


AL-FATIHAH.....









20110302

++ Aku Memang Gila Trafik! So What?? ++

Alaaa... BA, dah ngantuk dah nih.... tapi nak join jugak....

Sebuah segmen pemanas jiwa dari aku khas untuk blog blog yang berminat nak memanaskan kerusi masing masing .. Eceh ... Sebenarnya ini hanyalah sebuah segmen suai kenal untuk bulan MAC 2011 .. Pasti ramai blog blog baru kan ?

Syarat ? Untuk yang ini hanya dibuka khas pada blog yang punya follower di bawah 500 saja ... Amacam ? Berminat ? Tak susah pon ... sangat mudah .. Cam biasa , buat satu entri khas ...

1) Sila letak header BEN ASHAARI BLOG done


2) Tajuk : AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ?? dan linkkan ke entri ini .. done


3) Berikan satu cerita yang menginsafkan korang tentang kematian yang boleh dikongsikan bersama pembaca blog korang dan juga pembaca baru ..

a true story of mine.....

kehilangan dua orang kakak tersayang kerana barah adalah sesuatu yang amat memilukan dan dirasai sehingga kini....

pertama kali aku kehilangan kakak adalah pada 12 Julai 2008. kakak kedua ku, Samsiah binti Bahman. perginya kerana barah paru-paru. perginya setelah hampir setahun disahkan menghidap tahap 4, tahap yang kritikal. perginya meninggalkan lima orang cahaya mata. di hari sabtu, tatkala semua orang sedang sibuk menunaikan solat maghrib di GH Klang. boleh anda bayangkan.... anak yang sulung, weekdays daytime, dia yang menjaga ibunya tanpa banyak soal, tapi tatkala ibunya di hujung nyawa, dia adalah di rumah istirehat kerana weekend digantikan oleh adik keduanya pula. memandu dari bukit kapar ke gh klang dalam keadaan yang teramat sedih. alhamdulillah, sampai dengan selamatnya. tetapi tidak boleh memandu balik dek kerana terlalu sedih yang amat sedih..... anak yang kedua, dialah yang memapah ibunya ke bilik air dan ketika itulah ibunya mengalami sesak nafas dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. hanya dua bulan sebelum dia mengambil peperiksaan PMR..... anak yang ketiga, juga berada di hospital ketika ibunya menghembuskan nafasnya yang terakhir. tapi yang membuatkan kami lebih sedih ialah apabila dia membisikkan ke telinga sepupu2nya di hari pengebumian ibunya itu juga adalah hari lahirnya yang ke-11.... anak yang keempat, berada di hospital pada petangnya, tapi dipaksa oleh ibunya untuk pulang ke rumah neneknya, my parents, semata-mata kerana hendak dia mandi dan solat. tapi apakan daya, tatkala dia baru sahaja sampai ke rumah neneknya, ayahnya memanggil mengatakan ibunya sedang nazak. dan ketika kami betul2 berada di depan pintu besar hospital, berita itu datang, meraung dia di dalam kereta..... anak yang kelima, baru berusia 2 tahun setengah ketika ibunya pergi meninggalkannya. di kala ibunya terlantar di hospital, dia dijaga oleh my parents. dan ketika kami sedang menuju ke hospital, dia sedang tidur. adik ku yang tinggal dirumah menjaganya memberitahu, tatkala dia menerima berita pemergian kakak, anak nya tiba-tiba terjaga dan menjerit memanggil nama ibunya. dan di petang hari setelah pengebumian ibunya, dia tiba-tiba berlari ke halaman rumah dan menjerit, 'yea.. yea.... ibu balik....'

kehilangan yang kedua, kakak sulungku, Salmah binti Bahman, pada tanggal 19 Januari 2010. setelah hampir setahun di diagnos dengan barah usus tahap 3, tahap kesihatannya dengan drastik telah menurun di akhir dua bulan penghujung usianya.... meninggalkan tiga orang cahaya mata kesemuanya perempuan.... bersamanya di hospital walaupun setengah hari, amatlah memilukan sekali... dia banyak bercerita tentang perkara-perkara yang pada orang yang sihat adalah seperti tidak masuk akal. dia juga banyak memikirkan tentang perkahwinan anaknya yang bakal berlangsung lebih kurang tiga bulan sahaja lagi.... bercerita tentang apa yang ingin dilakukannya, itu dan ini.... sehinggakan tatkala anaknya sah menjadi isteri orang, bercucuran air mata kami adik beradik kerana mengenangkan hasrat arwah yang tidak kesampaian untuk melihat anaknya menjadi hak orang... mengenangkan tentang hasratnya yang tidak kesampaian untuk menduduki rumah baru semata-mata kerana kenduri kahwin anaknya yang sulung. sehinggakan bila dia mengandungkan anak sulung, dia bermimpikan ibunya datang menjenguk dan menegurnya kerana sudah kelihatan 'berisi'.... anaknya yang kedua pula ketika itu sedang praktikal di hospital di kedah. pulangnya tanpa dapat menatap dan mencium ibunya buat kali yang terakhir.... anaknya yang ketiga baru berusia 6 tahun dan adalah tersangat-sangat manja dengan ibunya. sudah 6 tahun pun masih makan bersuap. beberapa bulan selepas pemergian ibunya, adalah bulan-bulan yang sukar buat dirinya untuk mengadaptasi situasi yang berlaku....

aku pula pasti akan berasa fobia pabila orang bercerita tentang barah.... sehinggakan aku tidak berani untuk mengetahui tentang tahap kesihatan diriku. biarlah aku tidak tahu kondisi aku kerana bagiku, aku adalah seorang insan yang lemah mental dalam menghadapinya. fizikal ku mungkin kuat demi anak-anak, suami dan keluarga, tapi jika mental tidak kuat, bagiku penyakit akan lebih mudah menular... ya Allah, ya tuhanku, semoga roh kakak-kakakku tenang dan aman disana.... Aminnnn.....


Tu jeee... cepat cepat .. Tutup ? Esok !!! Grrr....






20110215

++ Pernah Tak? ++

Pada orang yg pernah kehilangan orang yg mrk sayangi, mungkin perasaan ini pernah singgah pd anda....

Kehilangan dua org kakak membuatkan akk kadang2 termenung sendirian.

Memikirkan ttg mrk, ttg hari2 yg pernah kami lalui selama 3 dekad.... pahit, manis, segalanya....

Sayu dihati ini membuatkan tanpa sedar kita menitiskan airmata.

Redha atas segalanya, tp hati manusia kadangkala terusik tanpa sedar.

Kadangkala, jika sbg seorang adik, perasaan begini tiba2 dtg mengusik, bayangkan pula perasaan anak2 mrk.... pd siapa ingin mrk luahkan?

Ya Tuhan, kau berikanlah aku kekuatan... tetapkan imanku, kuatkan fizikal dan mental ku.... Dugaan datang tanpa ku pinta, tapi ujian drp mu adalah tanda kau menyayangi diriku....

Aminnnn......





20110119

++ 3 Safar 1431H ++

Bersamaan 19 Januari 2010 (Selasa).

SALMAH BINTI BAHMAN

Along ku yg telah pergi menyahut panggilan Illahi setahun yg lepas pd usianya 47 tahun....

Perginya setelah setahun menderita kanser usus.

Pemergiannya aku iringi dgn perasaan berbaur - sedih dan gembira.

Sedih krn kehilangan seorang lagi kakak.

Gembira krn hilang sudah sengsaranya menanggung kesakitan selama setahun itu.

Setiap dr kita pasti akan menyahut panggilan dr pencipta kita yg Maha Agung lagi Maha Penyayang.

Justeru itu, setiap kali ada berita yg kedengaran ttg kehilangan seseorang dek krn kanser, hati ini pasti akan teringatkan kedua2 kakakku yg pastinya sedang bersemadi dgn aman..... insyaALLAH.

Along pergi meninggalkan tiga orang cahayamata perempuan.

Berbanding dgn Angah yg meninggalkan anak2 yg masih kecil, Along pergi dgn anaknya yg sulung - Norzalifah (26 tahun), Norziana (24 tahun), juga Norzafirah (6 tahun).

Biarpun sudah menginjak dewasa, ttp si kecil Norzafirah adalah seorang anak yg sangat2 manja dgn emaknya. Bayangkan, umur sudah 6 tahun pun masih makan bersuap emaknya.....

Kasihan dia....

Anaknya yg sulung pula sedang di dalam persiapan terakhir utk melangsungkan perkahwinannya. Sepatutnya dia di jadualkan mempercepatkan tarikh pernikahannya hanya krn kondisi emaknya. Ttp ALLAH lebih menyayangi along..... Bertitisan airmata kami tatkala Norzalifah selamat di ijabkabulkan... Terdetik di hati ini, 'Along, anakmu telah selamat bernikah.....'

Semoga aku lebih beringat ttg kasih sayang org2 di sekeliling ku. Menghormati mrk, menyayangi mrk tatkala aku masih bernafas....

Semoga iman ku teguh, fizikal dan mental ku kuat, kesihatan ku sempurna untuk aku meneruskan perjuangan hidupku yg belum tahu bila titik noktahnya....

Semoga di kala aku menghampiri penghujungnya, aku telah bersedia utk segala2nya.....

YA ALLAH YA TUHANKU, sesungguhnya engkau yang maha mengetahui apa yg telah, sedang dan akan berlaku di dlm hidupku ini.... Permudahkan lah jalan yg aku pilih dan jalan yg aku lalui ini....

AMINNNNN.......






20100712

++ Nota Untuk Angah ++

Kak,

Dua tahun telah berlalu.... kau pergi meninggalkan kami untuk selamanya.

Semoga engkau mengecapi kedamaian disana.

Kak,

Along juga telah meninggalkan kami hampir enam bulan.

Semoga kamu berdua dapat bersua muka disana.

Ceritanya dan ceritamu masih berbekas buat kami disini.

Kak,

Anak2 mu juga telah menginjak dua tahun lebih dewasa.

Ijul, sedang menyambung pengajiannya ke peringkat yg lebih tinggi lagi. Semoga kami akan ada chef yg berkaliber di kalangan keluarga kita. Telah berpacaran juga skrg ini.

Faten, sedang sibuk mengulangkaji pelajarannya utk spm yg bakal menjelang tiba di penghujung tahun ini. Perasaan yg sama dihadapinya tika menghadapi pmr dahulu.... ttp kali ini lebih tenang dan tabah. Doa kami selalu bersamanya....

Ijal, alhamdulillah telah menginjak ke alam sekolah menengah. Penghujung tahun lepas abang sunatkan dia kat hospital dan dia mintak utk tinggal ngan atuk dan nenek kat kdk. Abang ada buat kenduri doa selamat jugak utk dia kat rumah bkt. kapar. Angah ada dtg menjenguk tak waktu tu?

Myra, dah jadi anak dara yg cantik. Sudah darjah 4. Rajin juga abang bwk ke kdk klau cuti sekolah dan bermalam bersama2 sepupu2nya.

Naqiu, tetap nakal spt kanak2 lain. Dah sekolah tadika skrg ini. Pastinya kelak menjadi anak yg bijak. Org kata anak nakal selalunya bijak. InsyaALLAH.

Abang Khasan, masih tetap abang ipar kami selamanya.....

Abah dan emak skrg ni berada di Mekah mengerjakan umrah. Pergi dgn duit hasil titik peluh mrk sendiri, alhamdulillah. Jika angah ada disini, pastinya engkaulah orangnya yg paling sibuk sekali menguruskan segalanya.....

Kak,

Di kejauhan ini kami semua sentiasa mengingati kamu.

Doa kami tak pernah putus buat kamu dan along.

Semoga kita semua akan bersatu semula di hari perhitungan kelak..... InsyaALLAH.

Salam rindu penuh kesyahduan buat arwah kakakku - SAMSIAH BINTI BAHMAN yang telah meninggalkan kami semua selamanya tanggal 12 Julai 2008 bersamaan 8 Rejab 1429H.



20100331

++ Terkenang.... ++

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi kami akan melangsungkan perkahwinan anak sulung arwah along....

Sebenarnya, kenduri ini adalah perkara yg sentiasa didlm ingatan along sepanjang dia sakit...

Dia selalu memikirkan utk buat itu dan ini.

Ada juga dia memberitahu apa yg diingininya utk kenduri tersebut.

Kami semua - emak, abah, suaminya, anak2, adik beradik, ipar duai - sedaya upaya kami cuba utk memenuhi segala yg kami mampu....

Walaupun mungkin ianya tak seperti yg diharapkan oleh along, tapi...... ianya adalah yg terbaik dr kami untuk dia... demi dia dan juga anaknya....

Kami - adik beradik perempuan - hanya tinggal bertiga shj.  Jadi kami cuba utk menjadi ibu kpd anaknya.  Cuba bertanya sptmana seorg ibu....  Cuba mengambil tahu apa2 shj yg perlu kami selesaikan dan tolong...

Kesian..... seorg anak perempuan nak berkahwin tanpa ada ibu disisi.  Apatah lagi baru shj kehilangannya.... pasti terasa....

Kdg2 menitik air mata bila terkenangkan arwah kakak2....  Semoga roh mrk sentiasa tenang dan aman di SANA.....

My hubby selalu berpesan, jgn hanya menitiskan airmata bila terenangkan mrk...  Sedekahkan mrk al-fatihah dan doa.  Semoga itu dpt membantu mrk di sana....

Ya ALLAH....  semoga semuanya akan lancar dan sempurna.....  AMINNNNN.....



20100219

++ Weekend 15 Feb ++

Wahh... semalam baru gi melantak kat kenduri my aunty, ari Mon plak my moms wat kenduri....

Kenduri tahlil utk my late sister ari tuh.... 

Cenggitu lah klau time kenduri, mesti tak leh nak ber diet....  Melantak jer....

Ndak nye plak umah mak sendiri, kan....??

Kenduri start pas Asar....

Pas Zohor tuh sempat gak gi amik kuih koci.  Akk tempah kat kawan akk - Wan Ina Marlyza - dok kat KRU.  Huuiihhh..... sodap kuih koci dia.  Tapi.... nenek dia lah yg buat, bukan dia.... Dia cuma nolong jer....

My mother buat nasi ambeng.... stail org Jawa.... abis tuh dah mmg org Jawa, kan....?  Bukan stail-stail lagi lah.... 

My niece nyer kenduri kawin telah di postpone kan ke bulan April...  entah tak ku tanya bunga telur dia ari tuh dah siap ke belum?  Hampeh nyer mak sedara.....

Alhamdulillah.... bersempena ngan kenduri tuh, my BIL wat fidyah sekali tuk my late sister....

Semoga roh kakak - SALMAH BINTI BAHMAN - tenang di sisi Nya.

AMINNNN.....




20100122

++ And... It Happened Again !!! ++

My last entry on Tue... stated that i've been bizi with everything - ofis and at home.

It was a scheduled entry which i entered on Mon at d ofis....

When i reach home at my mothers house, my sister already back from d hospital.

That night shes unconcious again....

Me with my migrain rushed to my mothers house.

Till midnight i told my adik, i cannot tahan.  Need to go back, take my medicine n must sleep for a while... and i will come back...

But due to badan penat, migrain and sleepy... i terrr over slept....

Until at 4.45am, my adik lelaki kol to inform that my sister pass away....

Sepantas kilat saya turun dr katil, capai tudung dan berlari ke depan umah mak...

Kakak terbujur kaku di tengah rumah, di atas katil....

Ya Allah.... semoga roh kakak berada di kalangan orang2 beriman....

Sesungguhnya kami pasti itu adalah yg terbaik buat dirinya setelah tahap kesihatannya menurun dgn drastiknya semenjak dua bulan yg lepas....

Al-Fatihah buat arwah kakakku - SALMAH BINTI BAHMAN.




20091204

++ Hari Raya Eve ++

Mlm raya aidiladha ari tu adalah mlm Jumaat, kan?

So, my parents amik kesempatan tuh utk buat doa tahlil buat arwah2 nya.

Even though its only we adik beradik jer, memadailah.....

Coz mlm raya, kan...? Takkan lah nak jemput org dtg umah kita lak....

Makanya, kami adik beradik menantu cucu sumer dok kumpul baca Yaasin.

Pastuh kita makan ramai2.....










20091103

++ Last Weekend ++

Kan dah bagitau my hubby keja last weekend.

So, one of my aunty nih dah sebulan dah cakap nak buat kenduri arwah last Sat.

Actually, saya terrrr...lupa. Sib baik mak ingatkan....

Nampaknya kenalah drive bwk anak2 jer....

Nunggukan si kecik tuh bangun, sajer tak nak kejut coz nnt kat umah org klau dia mengantuk byk lak kerenahnya.....

Sudahnya kul 12 baru kuar dr umah. Bagusss nyer anak sedara.....

Pastuh nak menghala ke Kapar tuh klau nak lalu kat Bandar Klang tuh mmg ler sungguh bercintanya lah skang nih..... Jammed sesajer....

Jadik, pusing ler jauh. Ikut le Shapadu highway..... bayor le tol lima posen.....


Tengah potong nenas.

Dah mula memasak sket.....


Nie tengah wat sambal belacan
ngan asam limau....

Nie org yg paling rajin potong
cili merah and cili api.....


My aunty ngah goreng tempe....
Tak sempat org kenduri makan,
we all tukang perabih.....
org jawa lah katakan, tempe tak tinggal.....

My BIL ngah buat air, tak cukup...
Lunch air hijau, petang lak air merah...
Mlm idak le ku tau warna apa lakkk....

Aikkk.... gambor nih pun ada?
apa kena mengena?
My aunty baru pas renovate umah.
Dok berkenan siling dia.....
Huahuahua, jgn mare.....


Ptg bila nak balik, punyelah my aunty hangin.... Dia bilang nnt malam sure we all tak nak dtg lagi....

Mmg pun mlm tuh idak le ku sampai ke umah nya lagi.....

Aterrrr.... hubby ku keja lagi......

My SIL balik mlm tuh siap tapaukan ikan bakar lagik..... coz ptg tuh we all dah sesiap preparekan asam limau marrr.....



20090805

++ Kenduri Arwah ++

Punya lah padat aktiviti ari sabtu lepas...

Pas balik dr Giant, kami balik umah jap, penat....

Lagipun anak2 sumer dah tertido dlm keta.

Sampai umah, ibu ngan abahnya pun melepak lah kejap. Amik kesempatan...

Terrr... lajak lah sekejap.

Around 7pm ++ kami bertolak lah ke Kuala Selangor.


Sampai kat sana around 8.30pm. So, lepak2 jap....

Kenduri start lepas Isya'.


Lepas makan sumer bagai.... barulah bertolak balik...

Sampai umah after midnight.... sampai umah, tido x ingat hapa pun......








20090721

++ Kenduri Tahlil ++

As i told u, last Sat my parents having this kenduri tahlil for my late sister.

Since morning dah gi sana, even though a little bit late, beres kan keja umah marrrr.....


Jemput sedara mara jer... Adik beradik belah emak ngan abah, pastu sedara dekat2 jer....


Tupun dah penuh satu umah...

Menu :- nasi putih, sambal telur puyuh, masak lemak ikan pari bakar, kari ayam pekat, pulut kuning + kari ayam kampung, sayur campur, kuih muih yg ada pat lima jenis.....


Hah, ko.... mana tak hancus lebur diet kita kan.....????

Mak yg masak lak tuh.... mestilah sodappppp.....

Sesambil org bertahlil kat dlm, kami adik beradik melepak kat luar. Amik angin, panaslah kat dlm tuh... ramai orang....

Tu yg baju merah tu adalah anak sulung arwah kakak..... Baru jer sambung belajar kat kolej masak memasak.... uuiiihhh.... sat laie jadik chef lah plak.... sonang memakcik nyer kan..... iyo bonarlah tu, ijoule oooiiii.....



Pas org sumer dah makan, kami adik beradik nyer turn lak makan.... Lepak sesama, penuh gak ruang tamu tuh.... Uuiihh.... meriah....


Sampai kat umah almost 1 am. Bebudak sumer dah tido. Sib baik my hubby tak keja, kan.... Leh le balik dulu nengok anak2..... Time angkat kaki tu pun tak siap laie..... Uiih... kena balik tido, sok pagi nak bangun awal lak.....


20090712

++ Setahun Berlalu ++




Ingat tak lagi bila saya katakan kenangan saya di bulan Rejab nie byk yg sedih?


Dan paling menyedihkan sekali ialah kehilangan kakak ke-2 saya, arwah Samsiah binti Bahman. Pada 8 Rejab 1429H, ataupun 12 Julai 2008 bersamaan hari Sabtu. Ianya adalah kehilangan pertama kami di dalam keluarga. Walaupun pernah kehilangan dua org atuk sebelum nie, tapi ini adalah kehilangan dlm adik beradik dan juga perginya seorg anak for my parents.


Tapi, pd kami itu adalah yg terbaik untuknya setelah hampir setahun setengah she's fighting for her lung's cancer.


Sebagai seorg guru, dia adalah seorg yg amat bertanggungjawab dlm segala aktiviti kami sekeluarga. Frankly speaking, it was a BIG loss to us...... Just imagine, before this if we hv any activity or function to be done amongst us, she will be the one who organise everything. Kami just amik instruction jer, tak yah crack our head to think about this and that..... Dia amat senang utk dibawa berbincang, that's y emak cukup terasa kehilangannya. She'll do everything that will pleased her parents. That's her....


She left behind five children - 3 boys and 2 girls. The eldest is 20 years and the youngest is 3 years old (last year).



Memori anak2 nya:-



1st - Zul Helmi (Ijul)

Selalunya during week days, dia akan take care his mother (siang ajelah coz mlm adik saya take over lak). Bcoz it was Sat, his second sister take care of her mother that day. Just imagine, he's at home, kat Bkt Kapar and her mother at GH Klang. Lucky thing, he can drive all the way to the hospital safely. Dua hari dia x makan. Almost a week he's mourning over the great loss, x peduli apa2 langsung yg terjadi kat sekeliling dia. Puas kami pujuk2, barulah dia ok....



2nd - Ira Faten Izzati (Faten)

Di ketika ibunya menghembuskan nafas yg terakhir, dia adalah org yg berada di sampingnya. Ketika itu, dia bwk ibunya utk ke bilik air. Semasa dlm bilik air tulah kakak saya sesak nafas.... Just imagine a few mth after that she's taking her PMR's......



3rd - Muhd Zul Mifdzhal (Ijal)

Dia juga berada di sisi ibunya di saat2 terakhir. But what make we really touched is, the next day masa org tengah sibuk2 utk pengkebumian ibunya, terdengar di telinga kami dia berbisik dgn kawan2 dan sepupu2nya...... 'Eh, korang tau tak, ari nie harijadi aku.....'



4th - Ira Faten Umairah (Maya)

Dia berada di hospital pd petang tu, tp bila my parents nak balik umah, ibunya suruh dia ikut balik. Actually dia x mahu ikut, tapi ibunya paksa gak coz dia belum mandi lagi...... Just imagine betapa terkilannya dia sbb di suruh ikut balik.....



5th - Muhd Zul Naqiuddin (Naqiu)

Ever since my sister admitted to the hospital, he's been taken care by my parents. So, that evening when we heading to the hospital, he's still sleeping. Adik saya bagitau, masa dpt tau kakak dah takde, dia tiba2 terkejut dan menangis.... Seolah2 mcm ada org kejut dia..... And then a day after pengkebumian kakak saya, sdg dia bermain2 kat depan umah, tiba2 dia menjerit kat sumer org, 'yeah, yeah, ibu balik.......' Betapa sebaknya kami......



Me - Saya and hubby yg membawa my parents to the hospital after receive phone call fm my bro in-law yg kakak is struggling due to sesak nafas.... Sepantas kilat my parents yg baru lepas solat Maghrib bersalin pakaian, begitu juga kami sefamili... When we already in front the hospital tengah tunggu traffic light turned green, there it goes..... panggilan tipon dr adik saya kat umah mengatakan yg my bro in-law just called.... Anak ke-4 nya yg ada bersama2 kami terus shouting "Ibu... ibu.... Maya sayang ibu....". Kak, semoga rohmu berada di tempat org2 beriman......




Amin..... Al-fatihah......


20090709

++ MJ ++


Korang tengok tak last tribute to MJ kat TV8 yesterday early morning?

Saya idak le nengok nye.... Dah selamat di alam mimpi pun time tuh.....

Uiiihhh... pagi tu nengok MHI, ulangtayang anak pompuan dia buat speech tuk bapak dia, rasa nak nitik gak le ayor mata nie.... Speechless i....

What musykil me most ialah

~ adakah dia akan di kebumikan sbg seorg Islam

~ di mana dia akan di kebumikan

Sian kannnn..... mayat tu di usung ke hulu ke hilir......