Mulakan Dengan

Mulakan Dengan
Showing posts with label kakak. Show all posts
Showing posts with label kakak. Show all posts

20140102

++ Kembali Ke Sekolah ++

Tahun baru dah bermula…

Begitu juga dgn persekolahan.

Kakak, Sya, Abang, Ammar, semuanya dah sekolah.

Kakak - form 4
PMR nya tidaklah flying colours mcm anak2 org lain. Tp akk berpuas hati sbb kami x hantar pun dia tuisyen kat mana2. Belajar kat sekolah, dengar cikgu ajar pastu attend apa2 kelas tambahan yg cikgu anjurkan. Alhamdulillah, compare dgn trial dia, mmg bersyukur sgt2…. Tengah tunggu vokay…

Sya - form 1
Walaupun akk sedikit kesal sbb dia x dpt sama sekolah dgn kakak, tp Alhamdulillah dia menerimanya tanpa byk rungutan sbb kami dah cuba tukarkan sekolahnya tp x berjaya. Mungkin sbb keputusan UPSR nya hanya dpt A utk BM dan Sains (which is her favourite subject). Kami bersyukur dgn segalanya krn kami tahu keupayaan anak2 kami… Yg penting its not below our expectation…

Abang - tahun 5
Aritu katanya taknak jadi pengawas lagi dah, tp last minute dia change his mind. Takpe, ibu ngan ayahnya follow jer. Bukannya benda yg x elok pun kan….  Sbb aritu masa ckp ngan cikgunya dia x nak jadi pengawas, cikgu ada gak sound yg sumer tu di ambil kira klau nak ke sekolah asrama nnt…. Semoga dia terus aktif dlm ko-ku dan berjaya dlm pelajaran.

Ammar - tahun 2
Alhamdulillah, ammar dpt naik kelas. Walaupun ada komplen dr cikgu kelas nya, tp dia berjaya juga especially subjek peberet dia – matematik. Boleh percaya tak, dia adalah lambat dlm mengeja tp part2 kira mengira ni mmg dia terer. Same as kakak yg minat maths.


Buku, peralatan, persalinan, yuran sekolah utk empat orang anak – 2 menengah, 2 rendah (kebangsaan + agama). Boleh korang imagine RM yg diperlukan? Alhamdulillah….. rezeki dari Allah utk kita menjaga amanahNya tak perlu di pertikaikan dan di ragui… Pasti akan ada… Yg penting berusaha tanpa putus asa… Amiinnnn....













20130919

++ Dah Boleh Apply ++

Al-maklumlah.... kakak nak amik PMR sudahhh...

Dari awal lagi dia dah cakap nak masuk vokay. Abahnya pun setuju sesangat. Tapi kursus yang dia nak tu kat Sabah Sarawak nun.... camana?

Meh klik kat sini untuk info pasal nak apply Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional.

Nak tau sekolah mana yang tawarkan kursus-kursus berkaitan, klik kat sini plak....








20130425

++ Kem Perdana 2013 ++

Baru lepas balik dari sekolah kakak.

Hantar beg nya yg besar giler tu sbb nak gi camping. 3 hari 2 malam. Dekat2 ngan Tanjung Malim nun...

Alhamdulillah.... every year since Form 1 dia x pernah ketinggalan join kem perdana sekolah. 

Ekceli this year dia kata taknak gi sbb kekononnya nak exam lah. Tp akk kata, apa masalahnya pulak.... Exam bulan Okt, campingnya awal tahun, tak ada kaitan langsung. Tak relevan! Cewahhh.....


















20130324

++ Formula Rahsia ++

Karangan Luar Biasa oleh Cikgu Fizi.

Beliau adalah guru tuisyen sepenuh masa yang selalu menganjurkan Bengkel Bijak Belajar Bersama Cikgu Fizi.

Juga merupakan Setiausaha bagi Persatuan Kebajikan Projek Iqra' seMalaysia.

Klik sini untuk website beliau.

Klik sini untuk hubungi beliau melalui fesbuk.

Klik sini untuk fanpage fesbuk beliau.

Klik sini untuk Persatuan Kebajikan Projek Iqra'.

Pelaburan untuk anak-anak especially Sya. Percaya tak, dalam byk2 matapelajaran, BM dia selalu tak o.k di sebabkan karangan....














20130224

++ Mesyuarat PIBG ++

SMKPM @ MGS Klang.

For the 1st time in my life, akk gi mesyuarat PIBG. Boleh caya tak? Anak 4 org sekolah sudah, kakak pun dah 9 tahun masuk sekolah, barulah ni ibunya gi mesyuarat...













20130101

++ Tahun Yang Penuh Debaran ++

Macam nak kawin pulak.... hehehe....

Oh, bila mengenangkan apa yang akan berlaku, terasa diri ini memang dah semakin tua... dah besar dah anak2 rupanya...

Kakak akan mengambil peperiksaan PMR nya tahun ni.

Sya pula akan menghabiskan sekolah rendahnya, dan yang pasti akan menempuhi UPSR juga.

UPSR bulan September, PMR bulan Oktober.

Fuhhhh.... berpeluh ibunya. Maunya tidak, anak2 amik satu exam jer setiap sorang, tapi ibu akan amik dua exam... Rasa cam nak heart attack pun ada.

So, dah bagi tau kat sumer (even abang ngan ammar pun terkena tempias sekali). Segala aktiviti luaran - jalan2 ker segala bagai akan dihentikan selepas cuti sekolah pertengahan tahun. Most and foremost is sebab dah nak posa pun time tuh....

Maka, ibu ngan abah jugak lah kena pau nampaknya.... Terpaksa (insyaALLAH, kalau di izinkanNya....) menunaikan hasrat jalan2 anak2 time cuti sekolah tengah tahun tuh.... Ibu adalah membizikan diri awal2 tahun nih.... Gapo dio? Adalah.... nnt akk stori mori, kay....

Doakan yang terbaik untuk kakak dan Sya, semoga semuanya diterangkan minda, ditenangkan hati, dikuatkan iman.....




20110420

++ Sesi Terjah Doktor Gigi ++

Semalam, kami 5 beranak adalah menerjah klinik gigi.

Main reason because, akk nyer gigi adalah sket terasa berdenyut-denyut.  Sebelum sakit lebih parah, marilah kita bermesraan dengan klinik gigi....

Lepas amik abang ngan kakak, terus jer berpergian ke klinik gigi.  Klinik tu pun on d way balik, sejalan...

Ammar ngan Sya dah sesiap tunggu depan klinik dengan abah.  Akk dah pesan ngan hubby suh hantar diaorang dua badik sbb sure lama kat klinik tu.  Sian pulak bebudak dua orang tu nnt coz my hubby malam kena kerja lagi.  Lagipun sya dari ari tu dok komplen gigi dia dah ada ulat....

Sementara tunggu doktor sampai, pi kfc belikan nugget ngan pop corn utk anak2.  Balik sekolah, mesti lapar....  Sebelum merengek, tak senang ibu nak jumpa doktor gigi, belikan makanan sesiap...  Huh, diaorang makan kat klinik tu buat cam umah sendiri jer....

Memula ibu masuk jumpa doktor.  Ekceli, akk nyer geraham bongsu tu dah lama doktor tampal, since 2003 lagik...  The same doktor lahhhh....  Baik doktor tu... Masa akk pregnant kan ammar, akk ada buat root cannal, tapi sudahnya dah tak tahan sgt, cabut ler.... Takut jugak doktor tu nak cabut gigi ibu mengandung nih... Tapi akk degil, nak jugak.  Tak tahan ko, sakit gigi...

Eh, back to the track.  Akk rasa gigi depan geraham bongsu tu cam dah goyang sket.  Tu yg rasa berdenyut tu.  Doktor check punye check, dia bilang, tampalan tu dah tercabut sket n effect gigi depan nya.  Akk ingatkan nak cabut jer, tapi doktor bilang nak secure dulu tengok camana... Hurrrmmm... boleh lah doktor, asalkan tak sakit....  So, gigi geraham bongsu tu adalah di baikpulih tampalannya.... settle

Next, Sya plak jumpa doktor.  Tapi doktor bilang, gigi dia adalah cantik and no problem!  Musykil ibu.... Yg dia dok sibuk gigi dia ada ulat lah, sakit lah tu kenapa?  Takpe, len kali doktor check lagi.... settle

Next, kakak pulak.  Dia dok komplen gigi taring dia tu ada cam cacat sket.  Maklumlah, anak dara dah form 1, concern ler pasal kecantikan.... Doktor check, katanya itu gigi susu lagi, boleh cabut.  Then ada dua gigi geraham bawah, satu kiri satu kanan dah nak tumbuh gigi kekal tapi gigi susu still ada... uiiihhh.... dah form 1 pun ada lagik gigi susu... Ibu bilang, cabutlah jer lah doc, dah anak dara, nnt gigi tak cantik plak... settle dua batang gigi hilang....

Next, abang....  Mmg doc. komplen kuat2 pasal abang nyer gigi.  Dia mmg agak kureng sket bab2 gosok gigi nih.  Penat ibu membebel....  Ada tiga yang rosak, tapi doc. bilang dia akan cabut satu jer dulu....  Satu tu pun, penat ibu mujuknya jgn nangis.... kecoh.... tapi to the end, settle....

Ammar, larikkkkkkk.......

Punyelah lama kitaorang jumpa doktor gigi tuh... Sampaikan ada satu patient tu, dek krn lama sangat nak tunggu turn dia, siap gigi dia dah patah dahhhh....  Tapi, akk ingat, mak dia mesti cakap dlm hati, 'selamat duit aku....' hehehe.... jahat akk, kan?

Sampai kat umah pun dah dekat pukul 9.  Kakak ngan abang dah lemah longlai coz kesedihan hilang gigi... Iye ke?  Huhuhu... ayat cover line.... sbb menangis....

Apa yg penting, ibu nyer wallet adalah sedikit longgar selepas balik dari klinik gigi..... Hubbyyyyyy..... nak claim, boleh????????





20101215

++ Jalan-jalan Beli Buku ++

Last Wed, akk adalah bercuti abih dah cuti utk tahun nih....

Spt yg diberitahu, agenda utama adalah membeli buku sekolah anak.

Gi SKTG, beli buku utk Sya ngan abang. Lama jugak ler berbaris. Maklumlah, sumer pun cuti kot cam akk nak beli buku anak....

Pastuh, gi LTH simpan duit raya bebudak tuh... Mmg dah jadi kemestian, duit raya simpan kat TH. Duit abang paling banyak coz ari tuh dia rajin simpan duit belanja sekolah.... Tapi duit syiling tak sempat nak kira. Selalunya duit syiling tu kira, then bahagi empat utk sumer, sama rata.....

Abis jer TH, sumer pun dah lapar. Ada KFC, sebelah ada Pizza. Mana nak gi? Ibu nak gi KFC jer, cepat sket.... tapi sian nengok anak2.... emmm... jomlah kita ke Pizza Hut....

Lepas tu, ingatkan nak balik umah.... laaa.... terlupa plak, kena gi bank rakyat lah pulak.....

Ambik buku Ammar, tambah akaun abang, bukak akaun Sya. Ingatkan nak bukak utk kakak akaun sendiri coz dia dah ic. tapi org bank tu bilang, tahun depan baru boleh. Sbb ikut tahun ni, dia still 12 tahun.... pulak dahhhh.... takpelah, ujung tahun depan ler baru akk sampai lagik.... sah-sah dia dah cukup umur 13 tahun....

Sampai umah pukul 4.

Baring2 jap sementara tunggu my hubby balik keja....

He promise to take me to my 1st class.....




20101118

++ Hari Kecemerlangan SKTG 2010 ++


Susah benor nak sebut kecemerlangan tu, mengeja pun susah....

Kot dulu time ibunya, sebut jer hari penyampaian hadiah, habih citer. hehehe....

Abg dgn bersungguhnya tak lena tido kot mlm tu.... Maunya idak, ibu tak kejut bangun pagi tetiba dah terpacak kat bakang ibu....

Pastuh ibu ngah sibuk nak mandi, tanya bila nak gi... Tengah pakai baju, ketuk bilik ibu... Naik hangin sekejapan ibu....

Sampai2 jer, parking pun dah full. Kenalah parking tepi jalan jer....

Abg telah disuruh oleh cikgu pegi ke tempat berhimpun. Ibu pegilah ke dewan, menunggu upacara bermula....

Mak bapak yg hadir hari tu, sumer nya dgn penuh rasa bangga anak2 telah berjaya. Walaupun baru djh 1, baru pra-sekolah.... SKTG adalah merangkumi pra sekolah dan juga sekolah utk pendidikan khas. Pendidikan khas juga adalah dari pra sekolah hinggalah ke peringkat elit. Seronok tengok budak2 pendidikan khas tuh.... Ada yg hiper aktif. Pas amik hadiah jer terus melompat turun dr pentas sbb nampak makpak kat bawah.

Sesi pertama adalah utk pra sekolah, pendidikan khas pra sekolah, pendidikan khas peringkat asas 1, asas 2, asas 2, intermediate, elit, djh 1, djh 2 dan djh 3. Pastuh kita rehatttt.....







Time rehat, ibu pegi pejabat sbb nak bayar yuran kelas tambahan time cuti sekolah utk Sya. And then kebetulan ternampak cikgu kelas kakak. Tanya pasal secondary school kakak. Haaaa... dah ada keputusan. Mari ibu amik kan...

Dan kakak adalah mendapat secondary school lama ibuuuu........ Sukanya.....!!!! But still at the same time tunggu jugak sma nyer keputusan....

Dah selesai urusan, marilah kita pulangggggg......

Abg tanya, dah boleh balik ke bu?

Boleh lah..... ibu keja lah....

Larikkkkk.....






20101113

++ Tak Malu Ke? ++

Nota: Ini adalah luahan hati seorang ibu / wanita yang pertama kalinya menerima keputusan peperiksaan besar utk anaknya. Jika ada yg rasa nak termuntah ker, migraine ker, sila jgn teruskan krn ini adalah personal blog yg mmg diklasifikasikan sbg diari.... terima kasih.

Akk adalah dgn bangganya meng announce di fb bhw anak dara ku mendapat 2a 2b 1c dlm upsr nya.

Pasti ada org yg berkata...

Huh... result camtu pun nak di shout dlm fb. Kot 5A ker, 4A ker.... oklah jugak...

Why should i feel shame?????

Halllooooo..... anak akk, akk tau lah dia punye capability....

Sejauh mana pencapaian dia setakat ni, sekuat mana dia berusaha.

She already push to her max level to pass the exam. Bagitau akk knp akk x patut bangga dgn dia?

Bukannya dia gagal pun.... LULUS..... Cuma banyak huruf jer (like one of my fren said....)

Compared to budak2 yg dpt 5A pun belum tentu dpt ke sekolah yg lebih baik, kan.... At the end, to the same school, at the same area tooo.....

Ada jugak yg shout dlm fb.... 'anak aku dpt xxxxx jer....'

What do you mean by 'jer' ?

Is it below your expectation?

Yeahhhh..... even though its below your expectation, please lahhhh..... do not end your word with 'jer...'

Apa perasaan anak anda bila dia membaca atau mendengarnya?

Its not to say that im proud with her result..... Tapi akk sentiasa remind diri akk utk bersyukur dgn perkataan alhamdulillah. Sungguhpun takde lah flying kaler, sesungguhnya ketahuilah bhw mmg dia telah memberikan yg terbaik above everything.....

Once again, ALHAMDULILLAH syukur pd tuhan....

Walaupun dia tak dpt ke sekolah berasrama, sekurang2 nya akk tahu dia boleh lakukan nya. She can do more. Semoga dia akan tahu ttg pencapaian dia dan akan terus berusaha di masa hadapan. Skrg result tak cantik, mana tahu in more big exam to come, dia boleh success. Isnt that more important dlm mencari pekerjaan dan ke menara gading?





20101111

++ Finally ++

Phewww.... the result is out TODAYYYYY!!!!!!

Already informed kakak, once you have the result please call ibu....

Need to know:-
1) The result
2) Secondary school appoint to her

Result apa?

Laaa.... kan anak dara besar ku darjah 6.... sudah semestinya lah result U.P.S.R.

Sebagai seorang ibu yg baru 1st time anaknya menghadapi peperiksaan besar begini, akk adalah amat teruja....

Tapi not hoping so much....

Just that dia lulus dah memberi kebahagiaan coz i know shes trying her very level best to her exam.....





20100827

++ Selamat Hari Lahir ++


Genap 12 tahun yg lalu tepat jam 1.40 pagi, lahirlah zuriatku yg pertama...

Dilahirkan di GH Klang dgn berat 3.2 kg.

Qistina Nurjieha = Keadilan Cahaya Dunia

Alkisahnya, ibu ngan abah berebut nak bagi nama.... Maklumlah anak sulung. Sib baik tuk nenek tak masuk campur....

Ibu dah ada nama sesiap, tapi abah nak letak nama lain. So, ibu mengalah. Tapi, nak jugak nama qistina.... biar jadi kakak yg adil kpd adik2nya.... insyaALLAH....

Kakak adalah satu2 nya anak yg menghisap puting. Tapi tak lama, coz ada satu hari tu, mulut dia pecah2 - panas dalam - start dr itu dia x hisap puting dahhhh.....

Yg paling kerap bangun pepagi buat mengejutkan ibu ngan abah. Pastuh nak kena layan sekejap baru boleh tido balik.....

Dia adalah yg paling cepat buang botol susu dan tak pakai pampers..... Umur dua tahun dia dah bijak nak gi bilik air. Senang ibu ngan abah tak yah beli susu ngan pampers byk2....

Mendoakan yg terbaik buat dirinya. Berjaya di dalam hidup, dunia dan akhirat.





20100803

++ Karnival Sekampung ++

Organised by my children nyer sekolah last Sat - 31 Jul 2010.


Sekolah Kebangsaan Telok Gadong, Jalan Yadi, Klang.

Menunggu anak2 bangun. Dah bangun, menunggu plak ibunya menyiapkan kerja rumah sket.... Pkl 11 baru bertolak dr rumah.

Sampai kat sekolah, huuiiihhh.... dah penuh umat manusia. Pusing dua kali mencarik parking. Habih tepi jalan sumer penuh sudah.... Cakap kat anak2, kali ketiga ibu pusing takdak parking, ibu balikkkk..... Huahuahua.... mmg itu ler yg paling menyampah sekali klau bwk keta nih.... Sib baik lepas bagi warning jer kakak nampak satu parking. Park ler kat situ w/pun sedikit jauh...

Gi berempat jer coz Sya buat perangai - tak nak mandi. Ibu dah cukup time, delay kan pun dia masih tak nak mandi... Sudahnya good bye ler....

Pusing satu sekolah, gi sana gi sini.... Mcm2 ada.... rambang mata sampai tak tau nak makan apa.... My anak bujang kecik ada hati nak masuk rumah hantu... Ibu x bagik....

Nak menghabiskan 60 hinggit nyer kupon, punyelah susah.... Tanya abang, itu x nak, ini x nak.... Sudahnya ibu belasah beli apa yg terlintas di fikiran, apa yg ternampak depan mata.... Sumer pun tapau bwk balik coz yg kat umah tu nnt merajuk pulak....

Panas terik sungguh ari tuh.... Sib baik migrain x sampai.... Tapi rupa2nya abang x tahan. Mungkin mmg nak demam kot... Ari ahad berselimut satu hari - demam......













20100729

++ Sukan Sekolah ++

Abang ngan Sya adalah bermain utk sukan sekolah last Fri (to be exact, on 9/7). Uiihh... dah berkurun tuh....

Mika dua org sekolah petang. Kebetulan, sra adalah bercuti sempena isra' mikraj. Maka, kakak yg tengah datang rajinnya memberitahu ibu bhw dia nak menengok adik2 nya bersukan.

Uiiihhh.... baguih sungguh ler.... Maklumlah sukan, balik pun x tentu pukul bape, kan... Entah2 balik cepat, sian plak anak2 nunggu nnt. So, suh kakak naik beskal ngan adik2 nya.

Kakak bonceng abang, Sya naik beskal sendiri. Takleh bagi abang naik beskal, nnt nak kena lintas jalan lagik. Ibu lom konfiden lagik....

Balik petang tuh, sumer pun dah sampai kat umah. Haaa... kan dah ckp, sure balik cepat nyer lah...

Abang ngan bangganya menunjukkan dua pingat yg dimenangi nya. Sya? Menjawab dgn jelingan mata nya shj.... Mmmm... takdak ler tu....








20100721

++ Admitted ++

Last Mon (12/7 to be exact), balik keja ptg tuh, kakak mengadu sakit perut...

Actually a week before, dia ada mengadu gak sakit perut kat sama tempat. Bawak dia gi klinik, dr. said maybe appendiks. Dia bagi surat suh gi spital. Ingatkan nak balik dulu mintak pendapat hubby, sambil2 tu mengemas ler kain baju kot2 admitted ker...

Pas balik umah, dah main segala bagai, bila tanya balik kat dia, dia bilang dah hilang dah sakit tuh... Hangin sekejapan maknya...

So, legalah sket.... Relax....

Bila last Mon dia mengadu sakit perut lagik, ibu sudah saspen.... Kol abah suh balik cepat sket... Sib baik abah tak keja malam...

Sesampai jer abah kat umah, terus salin baju, off we go ke P.Klang....

Gi kat ED, register pastuh dr. check sket. Pastuh amik darah.

Masa amik darah tu, ibu kena kuar.... Dah siap bila kakak kuar, mata basah2 nangis kena cucuk.... Dah sesiap letak jarum kat tangan kot2 nak kena operation..... Adusss.... Dup dap dup dap...

Nunggu specialist nya dtg nak buat scan, punyelah lama.... mesti dia ngah gi dinner sat...

Gi scan, dr. tu punyelah lemah lembut, sopan santun, baik.... Scan result -ve.

Sementara nak tunggu blood result pastuh specialist nak check-up sumer bagai, meh meh admit sat kat ward....

Huh, sat katanya.... satu hari satu malam kat ward....

Mlm tu, specialist ada ckp blood test -ve. Tapi kena observation lah plak.....

Boring tul dok kat ward..... Mlm tu katil sebelah kosong, ibunya menumpang tido wat cam umah sendiri.... huahuahua....

Next day, Tue, pkl 5 ptg baru sampai umah. Nunggu discharge letter punyerlah lama giler.... Sabor jer lah.....









20100706

++ Report Card Day ++

For mid year exam - sekolah kebangsaan.

It was last Fri.

Kakak - sekolah pagi, abah gi amik. Huuiihhh.... result. Sib baik bukan ibu yg gi amik. Klau tak mmg dah sah2 kena jegil bijik mata depan cikgu. 4B 1C. Terer kakak..... Ibu yang fenin....

Sekolah petang - Sya ngan abang. Ibu nyer turn gi amik.

Pukul berapa ibu sampai? Pukul 4.30....

Jalan cam x cukup tanah gi kelas Sya kat tingkat dua. X cukup napas sampai kat kelas. Huh, dah kosong! Carik2 Sya, rupa2nya kat tangga dah nak merajuk. Dia ngah tunggu ibu, takut ibu terpusing2 carik dia..... Alaaaahaiiii... sian anak akk....

Mana cikgu?

Cikgu dah gi bilik guru. Sumer org dah balik....

Ok... ok... nnt kita gi bilik guru, ek. Skang kita gi kelas abang dulu....

Gi carik abang. Ya Allah! anak bujang sorang tu ngah main kat tepi longkang ngan kengkawannya. Cikgu sumer bizi, takde nye di kisahkan anak muridnya kat mana.....

Sampai kat kelas, cikgu abang ngah susun kusi meja nak balik dahhhh....

Sori cikgu, lambat....

Takpe... takpe.... Ibu sapa ye?

Oh... ibu Adam Harris.

Ohhhh... ketua kelas....

Mementanglah dah takdak orang, panjang berjela cikgu bercerita ngan ibu... Itupun akk cut short, klau dak mau sampai pkl 6 sampai loceng balik bunyik...

Takde masalah ngan abang. Maklumlah ketua kelas, cikgu asyik ler memuji sesajer..... Tambah plak dpt no.1, markah pun sumernya 90 and above. Sumer pun A. Kembang jer idung abang.... Alhamdulillah.

Habis kat kelas abang..... Jom... jom... jom... gi bilik guru, carik cikgu Sya.

Pusing2 carik cikgunya, tak jumpa. Eh, eh, cikgu dah balik ke? Rupanya cikgu ngah gossip kat ujung nun....

Sya pun takde masalah sgt..... Dpt no.5. 3A 2B. Alhamdulillah.....

TAPI.... cikgu komplen. Around Mac ari tuh, dia asyik ler x siap kerja sekolah. Rupa2nya dia byk borak kat dlm kelas. Hah, amik ko.... Cikgu kasik sket kat dia.... sib baik ler berubah dahhhh.... klau idak....

Ngah risau pasal kakak..... Sure dia pun tension la nih..... Awal bulan Ogos dah nak percubaan. Ngam2 1st week posa....

End of Sept dah UPSR, a week after hari raya....

Wish her best of luck..... Doa ibu sentiasa seiringan....






20100225

++ Hari Permuafakatan ++

Ceh... ceh... tajuk... gempak gitu....

Eh, tapi mmg tau... betul lah tu...

Last Sat, my eldest daughter yg std 6 tuh ada seminar - some sort laaa....

Hari Permuafakatan Ibubapa utk murid2 tahun 6.


Ada ceramah motivasi.

Ibubapa di beritahu ttg skop kertas peperiksaan - format dan cara menjawab kertas peperiksaan.  Cam ibubapa plak yg nak periksa, kannnn????

Tapi bagus jugak sbb kot ajar kat anak2 jer, diaorg pun bukannya faham sgt punnnn...

Pastuh motivator tu ckp pasal pemakanan.....

Haaaa.... ada gak ibubapa yg kena tempias nya pasal pemakanan nih.... termasuklah yg menulis nih kannn.... takpe, takpe... its for the sake of anak2 gak...

Result nak bagus giler2, tp pemakanan hampeh....

Huuiiihhh.... dekat pkl 1 jugak le habisnye..... kepanasan akk....

Adik2nya yg sekolah agama ari tuh, suruh abahnya gi amik.... terpaksa....




20100106

++ First Day Part II ++

Alhamdulillah, my son's first day is ok...

Pagi - sek agama.  OK.
Abah hantar, dok kat tepi tingkap menghadap kantin...  Dah dpt tempat duduk, lambai kat abah - bye bye.  Abah pun balik...  Dah nak time rehat, abah sampai, dia tengah mintak izin kat ustazah nak gi W.C.  Kat dlm W.C dia konpius coz byk sgt bilik, x tau mana satu nak masuk..... huahuahua....

Petang - sek kebangsaan.  Not so...
Abah hantar, beratur.  Pastuh gi hantar Sya masuk kelas.  Abah dtg balik, tengok depan, tengok bakang, tengok kiri, tengok kanan, eh, anak aku takde!  Manalah plak nih?  Sib baiklah abahnya ada instinct.  Gi kat motor.  Hah! mmg ada kat situ tengah nangis.  Apsal?  Dia kata dia dah konpius mana satu kelas dia.  Coz memula mmg dah beratur baekkk nyer depan kelas, pastuh cikgunya plak gi ubah2, so dia dah lupa mana kelas dia..... Sib baik dia nak masuk kelas balik.... Abah bilang he's the tallest kat dlm kelas.  And nama dia adalah 1st sekali - Adam Harris.  Aiseh.... opis salah eja nama lahhh....

Everything is ok.  No need to worry so much.  Cuma dia kureng pandai nak kira duit lagik....  Petang balik umah dia komplen.  Napa ibu bagi duit byk sgt?  Huiihhh.... so naive anak bujang aku nih.... 

Compared to his kakak.

Yg sulung tuh mmg manja terlebih.  Boleh caya tak?  Dia boleh larik ikut bakang sambil nangis....  huuiihh.... terasa pedas lak ibu....  Sampai std 2, lagik.....

2nd - Syasya.  She's ok.  Eventhough dia ada sket angin.  Ikut mood.  But everything is fine.  Tu pasallah walaupun dia dpt 2nd place dlm kelas, cikgu x berapa berkenan kat dia.  Coz dia mmg really ikut mood dia.  Klau dia x nak buat, cakap apalah mmg dia takkan buat.... 

Lain anak lain ragam.  Mcm kita mengandung jugak....  Lain anak lain lah pulak simptom nya...

Sedangkan anak kembar pun berbeza, kannn....

Takpe.... itu sumer adalah asam garam persekolahan.  In future, itulah memori manis kita walaupun at current moment, itulah yg pahit dan payau....




20100104

++ First Day ++

Maybe today is first day working in 2010.

But for me, it was a second day.  Remember, i'm working last Sat - alone.....

First day to our kids yg pi sekolah.  Uiihhh... this a.m raining plak, sib baik x heavy...

Both of my daughter, std 6 & std 3.

But for my eldest son, Adam Harris, today is his first day in std 1.

Already inform him yesterday nite, his father will only send him pastuh balik...

Saja jer.... sebenornya abahnya cuti....  Ibunya tak leh lah cuti, coz my manager pun on leave antor anak sekolah gak...

Kenalah take turn bercuti....

Sok nnt kot ada anak, gitulah.... kenalah give n take hubby n wife......



20091201

++ Tuisyen ++

Kakak is attending school holiday tuition.

Organize by the school, it will be held for 3 weeks starting from 30 Nov.

Four days a week.

Ari tuh masa amik report card dah bayar kat cikgu kelas nya.

Biarkan dia pi belajar sket..... klau tak asyik mainnnnnn jer kat umah. pastuh menyakat adiknya jer.... penat dengar sana jerit sini nangis.... sabor jer lah.

Oso sent her for std 6 tuition. this one both sat and sun. that mean kita satu famili tak leh gi jalan2 sesangat on weekend for the next one year.... ahaks... ahaks...

Alaaa... dekat jer ngan umah.... so that dia leh naik beskal jer....

Coz ari tuh cikgunya bilang she can do better but she need more motivation and inspiration.... amboiii..... indirectly kena kat ibu dia gak....

Actually her mother need motivation and inspiration too....