Mulakan Dengan

Mulakan Dengan
Showing posts with label FASt. Show all posts
Showing posts with label FASt. Show all posts

20110305

++ Getah oh Getah! ++

Wahhh... getah dah naik harga!

Hinggakan cikgu sekolah pagi pun boleh masuk ke kebuh getah di waktu petang untuk motong gotah!!!

Terbayang waktu kecik dulu.... masa balik kat kampung abah, Pak Aji... kat Muar, Johor...

Sejukkkkk jer kalau kat kampung. Siang pun tak terasa bahang panas sbb kiri kanan penuh ngan kebun getah arwah atuk. Kat depan umah, kat seberang jalan ada mesin perah getah sekerap. Huh, tak terlarat nak pusing. Nama mesin, tapi masih guna kederat tulang empat kerat.

Yang best tu, kekadang tuh siap tido bawah getah sekerap yg atuk jemur kat dapur umah... Abis bau getah satu badan. Tapi sonok....

Korang kalau nak main guli ker, nak main batu seremban ker, pi jer kat kebun kutip bijik getah... Nak seratus bijik pun ada. Kalau nak aniaya org, amik bijik getah tu, gosok kat lantai simen, pastu lekat kat kulit orang, huh.... terbakar! Jahat, kan? Hehehe....

Tapi, skrg ni, arwah atuk dah takde, nenek pulak kat sini sbb dah nyanyuk. So, kebuh getah tu dah di amanahkan buat adik Pak Aji. Semoga dia dapat manfaat dari kenaikan harga getah skrg nih....

Disebabkan harga getah naik, byk pokok getah tua yg boleh ditebang tapi tak ditebang. Sbb nya, klau kumpul sumer susu getah dari pokok2 yg dah tua tuh, even susu dari 3-4 btg pokok getah tua pun boleh bagi duit jugak!!!

Dannnnn.... antara yg terasa dek krn tiada tebangan pokok getah tua adalah pengusaha cendawan....

Sumer pun sedia maklum yg medium cendawan adalah menggunakan habuk kayu. Dan habuk kayu yg digunakan adalah dr pokok getah. Ini krn pokok getah adalah yg terbaik sekali dlm penghasilan medium cendawan.... Pokok lain adalah tidak bagus. Krn pokok kayu keras jika digunakan sbg medium boleh menyebabkan cendawan yg tumbuh berasa pahit....

Pernah juga saya berseloroh, knp tak gunakan perabot rumah yg dah tak digunakan lagi tu? Mesin jerlah, amik habuk kayu dan gunakan sbg medium.... Jawapannya, perabot telah dicampurkan, di cat, di varnish, dlm erti kata lain, dah ada campuran bahan kimia.... tak boleh guna...

Jadi, sekarang ni, akk nyer bisnes cendawan adalah sedikit terencat krn medium yg ada skrg ni dah nak expired. Bila dah nak expired, hasil yg dikeluarkan adalah sedikit. Jika di masa subur hari tu, satu beg medium boleh menghasil 7-8 kuntum cendawan, kini bila dah nak expired, kekadang sekuntum jer satu beg medium!

Alaaahaiiiii....

Skrg ni, bila tengok cendawan kat kedai dah tak heran dahhh.... Sbb nya, kami dah terbiasa makan cendawan fresh. Kalau nak, bila keluar jer cendawan tuh, petik, terus masuk dlm periuk... Tapi kekadang tuh kempunan jugak.... Maklumlah, customer harus didahulukan... Kami makan hanya yg tak hensem jer... tapi still ok lagik. Buat cendawan goreng ngan resipi tepung sendiri, perrgghhhh.... marbeles.... berebut anak-beranak... tak makan nasi pun tak heran....





20101221

++ Resipi ++

Huhuhu..... akk nak memberi resipi plak ari nih....

Dah lama tak share rasanya...

Spt yg anda sumer tahu, akk adalah pengusaha cendawan tiram kelabu. Tanam kat mana? Emm... tanam kat tempat parking keta jer yg sekangkang kera tu....

Talking about cendawan, oleh krn skang nih musim hujan, maka cendawan adalah berebut2 nak keluar. Kemain banyak lagik.... Sampai tak cukup bakul nak letak. Sebelah menyebelah bongkah sumer pun nak kuar. Sudahnya kelopak cendawan ada yg cam cacat sket coz tak cukup tempat nak berkembang sbb dah berebut2 nak kuar.

Benarlah spt kata pepatah org tua2.... 'Seperti cendawan tumbuh selepas hujan'. Last Sun jer dpt 5kg++ utk 100 bongkah jer....

Ok... ok... nak share resipi tepung cendawan yg selalu akk gunakan utk menggoreng cendawan. Kat umah tu pun dah habis, nak kena buat stok lagik, so senanglah nnt abah ngan kakak nak menggoreng, just senduk jer....

Bahan-bahannya:-
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung goreng pisang
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
1/2 cawan serbuk kari @ serbuk cili (ikut suka)

Campurkan semuanya sebati.

Akk selalu siat2kan cendawan jadik kecil2 supaya cepat garing. Sbb korang taulah kan yg cendawan adalah agak basah...

Pastuh, telur.... jgn guna bebanyak. Sbb nnt klau terlembik tak sedap, susah nak garing. Sekadar boleh menyaluti keseluruhan cendawan.

Tepung pun, korang jgn ler letak bebanyak sampai cam tepung gomak... Cukup sekadar bila korang gaul tepung tuh, dia melekat. Jgn ada belen2 tepung tuh.... Sbb nnt klau ada belen2 tepung tuh, minyak akan cepat kotor dan tak cantik....

Akk selalu guna periuk bila nak goreng cendawan nih. Senang.... Sbb bila minyak dah panas, then korang masukkan cendawan, minyak nya nak naik berbuih. So, for safety, gunalah periuk.....

Ok, itulah sahaja. Harap2 berguna utk korang bila nak goreng cendawan nnt. Klau susah sgt nak jumpa cendawan, order jer dr akk...... huahuahua....






20101029

++ Kursus? ++

Ish... ish... ish.... kursus apa lah plak?

Bukan akk, ek.... tapi kawan akk. My bff.... Che Ann

Ari tu masa raya dia dtg umah, ada menjenguk kat umah cendawan akk.

Tup, tup, ari tu dia kol. Nak try test tanam cendawan sbb ada sket tanah kat umah FIL dia....

Itu pasal last Sun masa pengantin ngah sibuk makan beradab, akk plak sibuk2 balik. Haaa.... nak menunggu dia sampai lah tuh....

Dia dtg ngan hubby dia.... Kebetulan akk nyer stok baru dah sampai. Satu batch dah bukak tutup on Sat, and satu lagi batch baru nak ditutup dr peraman....

So, citer lah ngan dia... itu ini gitu gini... Kawan akk sorang nih mmg kaki bisnes. Korang klau nak jamu, order ngan dia.... sedappppp jamu dia. Bukan yg serbuk, ek.... tapi air....

Berkobar-kobar dia mintak penerangan itu ini.... Hopefully menjadi lah projek dia....

Tapi yg penting, dia kena siapkan umah cendawan tu dulu. Kot idaknya, mana ler plak nak diletakkan bongkah2 tu nnt.... Lagipun nak tau besar mana umah tuh, then leh tau berapa bongkah boleh diletakkan kat dlm tu...

Sebelum dia balik tu, sempat bagik kat dia dua bongkah utk percubaan...







20101013

++ Penyediaan Cendawan Lingzhi ++

Penyediaan cendawan lingzhi secara rebusan

1 liter air
1 kuntum cendawan lingzhi




- Satu liter air di masukkan ke dalam cerek bersama satu kuntum cendawan lingzhi.


- Masak sehingga mendidih.

- Tuang 1/2 cawan, biarkan sejuk.

- Minum pagi dan petang (2 kali sehari).

Apabila air rebusan satu liter tadi telah habis, tambahkan lagi 1 liter air, kemudian rebus kembali. Begitulah seterusnya hingga rasa airnya menjadi tawar.

Nota: Cendawan lingzhi JANGAN dikeluarkan dari cerek. Biarkan ia di dalam cerek sehingga menjadi tawar. Selepas itu, baru dikeluarkan dan ditukar dengan yang baru......


** Silalah kontek akk klau teringin nak mencuba minum cendawan lingzhi.



20101012

++ Ganoderma Theraphy Part III ++

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:-
D'Folia Agro
Lot 2083, Jalan Kassim
Off Jalan Meru, Klang
Selangor Darul Ehsan.
03-3392 3934 / 019-205 3576 (Encik Yunus)

Antara tindak balas selepas meminum cendawan lingzhi:-

Mandul
- keluar banyak darah haid berwarna hitam
- sperma lelaki bertambah

Kaki Busuk (Hong Kong Foot)
- mula-mula terasa gatal
- keluar air bisa
- kulit menjadi normal selepas dua bulan

Beguk
- demam
- rawatan mengambil masa yang panjang
- mula berkesan selepas 1-2 bulan
- selera makan menjadi normal

Sawan (Penyakit Tarik)
- menjadi bertambah tarik

Kulit Sensitif
- tindak balas menjadi semakin teruk selama seminggu

Kulit Pecah-pecah dan Berair Bisa
- keluar air bisa nanah, darah kotor yang berbau busuk

Luka Dalam
- sengal dan sakit di bahagian yang luka
- rasa panas di bahagian yang sakit
- kadang-kadang kencing berdarah atau berwarna perang

Meroyan (Selepas Bersalin)
- mengantuk
- badan rasa sakit
- darah nifas keluar habis-habisan
- perasaan menjadi tenang selepas dua minggu

Terlalu Banyak Makan Ubatan Barat
- ruam dan bintik merah
- berasa gatal
- mulut pecah bahagian dalam (bibir, gusi, lidah dan anak lidah)

Selepas Pembedahan
- rasa sengal dan sakit di bahagian yang dibedah





20101008

++ Ganoderma Theraphy Part II ++

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:-
D'Folia Agro
Lot 2083, Jalan Kassim
Off Jalan Meru, Klang
Selangor Darul Ehsan
03-3392 3934 / 019-205 3576 (En.Yunus)

Asma, Penat, Lelah
- bertambah penat selama 2-3 hari
- kadang-kadang muntah
- keluar kahak

Batu Karang
- bertambah sakit
- air kencing berkapur
- kencing berdarah

Jerawat
- jerawat keluar lebih banyak lagi sebab semua keracunan terkumpul disingkirkan
- selepas pembuangan racun, kulit muka menjadi licin dan cerah

Sakit Buah Pinggang
- kerap buang air kecil
- sakit di bahagian pinggang
- muka, kaki dan tangan bengkak sedikit

Sakit Buah Pinggang Yang Teruk dan Menggunakan Dialysis
- buang air kecil lebih lancar
- selepas 3-6 minggu rawatan dialysis boleh kurang
- selepas sekurang-kurangnya 8 bulan, sakit ini akan mulai pulih

Badan Berasid (Beracun)
- selalu berasa mengantuk
- badan menjadi panas
- rasa dahaga
- air kencing berwarna perang
- kerap kentut

Hepatitis A, B & C
- tanda-tanda akan terus berkurangan
- semangat pulih kembali
- semakin berselera

Neurosis (Sakit Jiwa Ringan)
- senang tidur selepas dua minggu
- berasa segar selepas bangun tidur
- perasaan tenang-
di peringkat awal, sakit/tegang kepala

Insomnia (Sukar Tidur Malam)
- peringkat awal, tegang kepala
- mudah tidur selepas dua minggu
- berselera makan
- perasaan tenang

Resdung
- hidung menjadi semakin sebu selama 3-7 hari
- berkesan selepas dua minggu

Anemia (Kurang Darah)
- keluar darah dari hidung

Ganoderma = Cendawan Lingzhi




20101001

++ Ganoderma Theraphy ++

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:-
D'Folia Agro
Lot 2083, Jalan Kassim
Off Jalan Meru, Klang
Selangor Darul Ehsan.
03-33923934 / 019-2053576 (Yunus)

Antara jenis-jenis penyakit serta tindak balas yg dialami setelah meminum cendawan lingzhi.

Tekanan Darah Tinggi
- Leher rasa tegang
- Belakang kepala bahagian atas rasa sakit dan tegang
- Pening kepala (berlaku selama 2-10 hari)
- Biasanya tekanan darah akan turun selepas makan/minum

Tekanan Darah Rendah
- Tegang leher bawah
- Kepala pening memusing
- Selepas makan/minum tindak balas berkurangan

Buasir
- Berak keluar darah hidup

Kencing Manis
- Paras gula meningkat selama seminggu
- Tangan dan kaki menjadi bengkak sedikit
- Keadaan berkurangan selepas seminggu
- Dalam apa keadaan sekali pun, penyakit ini akan beransur pulih

Sakit Puan
- Cairan putih keluar semakin banyak
- Haid tidak stabil

Sakit Sendi, Sengal, Pirai
- Sendi rasa sakit
- Badan jadi panas

Sakit Urat Saraf
- Bertambah sakit

Sakit Jantung
- Ganoderma mempunyai kuasa yang cukup berkesan bagi menghilangkan sekatan dalam saluran darah (thrombosis)
- Merangsang degupan jantung menjadi cepat
- Rasa sakit di dada
- Muka menjadi merah selama 2-4 hari
- Kebas di lengan atas tangan kiri

Lumpuh
- Rasa sakit di bahagian saluran darah yang tersumbat
- Pening kepala

Gastrik dan Ulser
- Seram sejuk
- Peruh rasa pedih
- Berlaku cirit-birit atau sembelit

Barah
- Keluar darah dan air bisa
- Ganoderma boleh kurangkan rasa sakit
- Di peringkat awal dan pertengahan boleh pulih





20100928

++ Cendawan Lingzhi ++

My SIL sambil2 tanam cendawan tiram kelabu, ada jugak dia menanam cendawan lingzhi.

Sapa pernah tengok jering, angkat tangannnn......

Haaa.... klau di renung, di belek, di telek, cendawan lingzhi tu cam ghupa jering pun ada..... Cuma dia besor jer, jering kecik....

Atasnya warna coklat gelap, bawahnya warna hijau2 sket....

Nampak cam lembut jer, tapi bila dah dikeringkan.... ya rabbi... keras giler tuh....

Masa nak ramadhan ari tuh, my SIL ada bagik 2 peket (4 keping) suh try test. Tapi, disebabkan pak aji ada masalah kesihatan bagi lah kat pak aji suh minum....

Ari ahad ari tuh gi umah dia, dia ulur lagik sepeket (2 keping). Huh, my hubby yo-yo-ho suh wife dia minum.... Risau benor dia wife nye asyik ler sakit kepala semedang.... Kejap migrain, kejap gastrik.

Makanya, sebagai isteri mithali, cewah, akk pun ngikut ler kata hubby....

Taste? Eh, eh, ubattttt..... tentu lah rasanya superb..... wakakaka..... adalah sedikit pahit... tp sekejap jer, pastuh ilang dah rasa pahit tuh... Tapi pada sesapa yg tak suka makan jamu ataupun ubat2an tradisional, mmg ler tak hingin nak minum air lingzhi nih....

To me, rasanya still ok lagik.... not bad the taste.... kecik punye hal lah.... ahaks...

Result? Nntlah.... bila dah habis try test nnt, akk komen ek...

Tapi, nak bagitau awal2. Akk ni adalah teramat tak sensitif kpd perubahan2 klau makan ubat2an nih.... tak pandailah.... agaknya klau jadik artis kan takdak lah org nak meng offer jadik duta gitu.... hahaha... perasan....





20100802

++ FASt ++

Blog cendawan akk......

Silalah klik sini.....



20100617

++ To Expand Or Not To Expand ++

Last night, my SIL called...

Lately, eversince i was in the same business with her, she often called me rather than her brother...

If she called my hubby means, i didnt pick up the call.

Its true. Last night she called my hubby due to i didnt hear the phone ringing...

Why?

She was asking me about my cendawan business. How is it.... Got any problem or not... Really want my business to be good and safe and expand....

Shes a good sister to all her adik2 and good daughter to my MIL.

Eversince my FIL pass away for the past 20 years, shes the one who always take care of her siblings...

And now, seeing that this business having a potential, she propose me a client...

It was her client, but since she also cannot fulfill the demand, she wanna pass this one customer of hers to me...

Another reason is because the customer is nearer to me rather than to her.

But at d moment, cannot take the responsibility bcoz my own customers demand also cannot fulfill weekly.... 5kg or more weekly... Furthermore, this customer of her need at least 8kg weekly or maybe more....

With the quantity of my bongkah cendawan, i think i better let it go now.... Let her supply the customer by her self this moment...

So, to get at least 15kg per week, i need to expand my rumah cendawan bigger.... more bongkah, more production....

U think i can do it part time? Oh, my SIL is a full time businesswomen.... She let go her good post starting this year.... But i think its worth it for her now.... Her business is expanding and the market is getting bigger...

TAPI.... mana nak cekau $$$$$$.....

Any suggestion?





20100604

++ Tak Cukup Tido ++

Alaaahaiii.... ngapa nye lah x cukup tido ni?

Tengok bola?

World Cup belum mula lagi.... Kot dah mula pun, tak kuasa akk nak bersengkang mata, weh....

Last Wed night, tido pkl 2 pagi! Pkl 5.30 nak bangun dahhh....

Apsal daaaa?

Uhuk... uhuk.... akk packing cendawan....

Maklumlah, usahawan cendawan lah katakan....

Citernya, ari rabu tu my hubby kol ckp opis dia ada order sampai 3kg. SMS my SIL, dia bilang ada stok. So, that night gi amik kat umah dia....

Sampai kat umah pun dah dekat midnight... Maka, packing lah cendawan tu ngan my hubby.....

50 pkt ++ pack berdua..... Huiiihhh... naik lenguh kaki bersila.... Kejap2 tukar posisi, penat u.....

Anak2 pulak coz dah nak cuti, memasing pun sibuk nak bagi kat kengkawan nya.... Takut nnt customer marah plak x dapat..... Hah, amiklah nak.... ibu tengah ada byk tuh.... Ibu punye customer kenalah tunggu jap.... Sian ibu....

Pagi tu bangun, lupa nak gosok baju, capai jer baju yg agak2 cantik tak yah gosok..... huahuahua... mekap pun tepek sikit2 jer.... lipstick pun yilek.... lagi plak tengah nak selsema + sakit tekak, pekej serba lengkap.....
Nak beli cendawan segar? Marilah order dr akk.....




20100524

++ Balik Kampung ++

Ever since ada bisnes cendawan ni, balik ke K.S adalah spt sesuatu yg harus dilakukan setiap minggu...

Bukan apa.... bila permintaan adalah melebihi penawaran, maka kita sbg pembekal harus mencari alternatif utk memuaskan hati pelanggan..... (walla... teringat plak subjek ekonomi masa form 6 dolu2).

Cam the previous week. Hubby actually ada byk keja, tp pujuk gak balik K.S coz nak amik bongkah baru (300 bongkah!) dan sambil2 tu nak mintak (beli) cendawan segar my SIL.

Alhamdulillah, sampai jer kat kpg, rupa2nya my SIL baru jer lepas memetik cendawan. Haa... apalagi, mari kita packing.... Mula2 mintak 2kg, pastuh 3kg, sudahnya 4kg ku bawa balik...!!! Hahaha.... sib baik ada lagi balance utk my SIL nyer customer...

Tambah sendiri nyer stok ada 700g, adalah dlm 4.7kg.

Bila memasing bwk, tak cukup!!!! Demand is there.... Itu yg kena balik kpg lagik last weekend....

Kali ni balik pun sbb my hubby nyer pakcik buat kenduri doa selamat sbb dia baru pindah masuk ke rumah barunya kat kpg. Al-maklumlah org baru pencen, balik ke kpg lah buat rumah....

This weekend kena balik lagik coz the same pakcik buat kenduri kawin anaknya yg sulung....

Sametime, boleh belasah cendawan segar my SIL..... hikhikhik.... bertuah nyer adik ipar....





20100517

++ Aku dan Cendawan ++

Semenjak dua menjak menanam cendawan nih, adaaaaa jer stok cendawan kat peti ais.

Kekadang tu ada yg cacat sket, yg x hensem kita tak leh jual. Tak baiklah kannn.... Customer mesti nak yg cunnn jer.... alah, cam x biasa plak.

So, mana2 yg reject tuh, sendiri belasah ler...

Masak tu, masak ni.... Takpun susah2, goreng jer...

Tapi klau dah byk sgt, kita sedekah ler kat org. Bagi kat akk kat sebelah umah, takpun bagi kat emak jer....

Bukannya busuk pun. Cuma x hensem jer....

Ni tengah nak carik resepi2 baru utk cendawan. Sebenornya dah ada resipi2 tuh, cuma belum mencuba jer....

My hubby cukup suka masak lemak cili api. Kekadang tu buat tumis black pepper. Buat sup ngan tomyam dah biasa, kannnn.....

Nntlah, klau akk dah cuba resipi2 baru tuh, akk entry kan, ekkkk.....

Psst... psst... rumah cendawan akk dah besar dahhhh.... besttttttt.....



20100512

++ My Mushroom ++

Last weekend, dlm kesibukan hujung minggu, sempat jugak menuai cendawan yg segar2....


Klik sini......








20100430

++ My Mushroom ++

Saya dgn gembiranya mengumumkan bhw projek cendawan saya telah dituai buat pertama kalinya dgn berat sebyk 2kg+.

Klik sini, ek.......



20100427

++ Last Weekend ++

Bizi..... sampai x perasan dua ari cuti terasa sekejap.

Anak2 bersekolah ari Sabtu. Most of the school, i think....

So, ibunya bizi menghantar dan mengambil anak2. Abah bizi kerja coz partner nya cuti kawin.

Ari Ahad gi tengok pengantin. Hubby i nyer partner tuh....

And the most bizi is because that Sunday adalah hari menuai cendawan ku...

Yes! yes! yes! seronok tengok cendawan tu kuar bebanyak.

Pagi tuai.

T/hari pas tengok pengantin - tuai.

Petang pas ujan - tuai.

Malam - tuai.

Adalah dlm 1 1/2 kg. Sikit????

Mmg ler pd org cakap sikit jer.... apalah ada pd 1 1/2 kg tuh....

TAPI... pd saya... alhamdulillah.... syukran....

Sekurang2 nya hasil titik peluh saya berbayar....

Looking forward utk membesarkan lagi rumah cendawan kami.....

Best... best... best....




20100410

++ New To Us ++

New thing to us....

Ari Mon gi register a bisnes kat SSM. Sehari jugaklah kat situ... Jenuh menunggu.

Nama?

FAS Family trading. http://fasfamilytrading.blogspot.com/

Actually nak register utk bisnes cendawan jer.... so, nak register guna nama agro. But my hubby said, sekali jalan utk bisnes yg akan datang.... dah pilih nama, tak aprrove, makanya nama tu jerlah yg terpikiaq kat kepala otak dan approve. Alhamdulillah.....

Something new coming up....

Amende ?

TUNGGUUUUUUU......




20100403

++ Rumah Cendawan ++

Klik sini untuk cerita dan gambar.

ENJOY!!!!!!






20100402

++ Official Course Part II ++

Spt yg diberitahu, akk pergi kursus cendawan last Sun.

Details klik di sini.