Mulakan Dengan

Mulakan Dengan
Showing posts with label berita semasa. Show all posts
Showing posts with label berita semasa. Show all posts

20110313

++ Jepun Hadapi Satu Lagi Bahaya ++

Selepas digemparkan dgn gempa bumi dan tsunami, Jepun menghadapi satu lagi bahaya yg lebih mencabar.

Satu loji nuklear nya telah meletup krn kegagalan fungsi penyejukan reaktornya. Kegagalan sistem elektrik akibat gempa bumi.

Dan kemungkinan satu lagi loji nuklear utk mengalami nya juga adalah besar....

Letupan berlaku di loji Fukushima Dai-Ichi, 170 batu (274 km) dari Tokyo.

Krn itu juga, kerajaan telah mengarahkan seramai 210,000 orang dlm lingkungan 12 batu (20 km) dari loji tersebut utk berpindah.

Dua buah reaktor dlm satu masa? Huh, bayangkan awan putih yg akan terhasil dan berarak ke negara2 lain berdekatan.

Jika itu berlaku, sampaikah ia ke Malaysia?

Adakah akan seteruk Chernobyl atau Hiroshima?

Wallahu'alam....

Pst...pst... Malaysia ada niat nak membangunkan loji nuklear? Hohoho.... pasti byk kontra dari pro. Banyakkah kita pakar ttg nuklear? Tiada? Jadi, kita harus menghabiskan duit utk mengupah pakar semata-mata utk itu drp membantu rakyat yg masih ada lagi daif dan miskin tegar?





20110306

++ Keputusan Pilihanraya Kecil DUN Merlimau dan Kerdau ++

TAHNIAH Barisan Nasional kerana memenangi kedua-dua kerusi DUN di Merlimau dan Kerdau!

N27 Merlimau, Melaka

Calon BN, Roslan Ahmad memenangi dengan majoriti 3,643 undi.

BN = 5,962 undi, PAS = 2,319 undi.

N28 Kerdau, Pahang

Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad memenangi dengan majoriti 2,724 undi.

BN = 5,060 undi, PAS = 2,336 undi.

Jadilah ADUN Yang Berkhidmat, bukannya setakat Yang Berhormat....





20110305

++ Getah oh Getah! ++

Wahhh... getah dah naik harga!

Hinggakan cikgu sekolah pagi pun boleh masuk ke kebuh getah di waktu petang untuk motong gotah!!!

Terbayang waktu kecik dulu.... masa balik kat kampung abah, Pak Aji... kat Muar, Johor...

Sejukkkkk jer kalau kat kampung. Siang pun tak terasa bahang panas sbb kiri kanan penuh ngan kebun getah arwah atuk. Kat depan umah, kat seberang jalan ada mesin perah getah sekerap. Huh, tak terlarat nak pusing. Nama mesin, tapi masih guna kederat tulang empat kerat.

Yang best tu, kekadang tuh siap tido bawah getah sekerap yg atuk jemur kat dapur umah... Abis bau getah satu badan. Tapi sonok....

Korang kalau nak main guli ker, nak main batu seremban ker, pi jer kat kebun kutip bijik getah... Nak seratus bijik pun ada. Kalau nak aniaya org, amik bijik getah tu, gosok kat lantai simen, pastu lekat kat kulit orang, huh.... terbakar! Jahat, kan? Hehehe....

Tapi, skrg ni, arwah atuk dah takde, nenek pulak kat sini sbb dah nyanyuk. So, kebuh getah tu dah di amanahkan buat adik Pak Aji. Semoga dia dapat manfaat dari kenaikan harga getah skrg nih....

Disebabkan harga getah naik, byk pokok getah tua yg boleh ditebang tapi tak ditebang. Sbb nya, klau kumpul sumer susu getah dari pokok2 yg dah tua tuh, even susu dari 3-4 btg pokok getah tua pun boleh bagi duit jugak!!!

Dannnnn.... antara yg terasa dek krn tiada tebangan pokok getah tua adalah pengusaha cendawan....

Sumer pun sedia maklum yg medium cendawan adalah menggunakan habuk kayu. Dan habuk kayu yg digunakan adalah dr pokok getah. Ini krn pokok getah adalah yg terbaik sekali dlm penghasilan medium cendawan.... Pokok lain adalah tidak bagus. Krn pokok kayu keras jika digunakan sbg medium boleh menyebabkan cendawan yg tumbuh berasa pahit....

Pernah juga saya berseloroh, knp tak gunakan perabot rumah yg dah tak digunakan lagi tu? Mesin jerlah, amik habuk kayu dan gunakan sbg medium.... Jawapannya, perabot telah dicampurkan, di cat, di varnish, dlm erti kata lain, dah ada campuran bahan kimia.... tak boleh guna...

Jadi, sekarang ni, akk nyer bisnes cendawan adalah sedikit terencat krn medium yg ada skrg ni dah nak expired. Bila dah nak expired, hasil yg dikeluarkan adalah sedikit. Jika di masa subur hari tu, satu beg medium boleh menghasil 7-8 kuntum cendawan, kini bila dah nak expired, kekadang sekuntum jer satu beg medium!

Alaaahaiiiii....

Skrg ni, bila tengok cendawan kat kedai dah tak heran dahhh.... Sbb nya, kami dah terbiasa makan cendawan fresh. Kalau nak, bila keluar jer cendawan tuh, petik, terus masuk dlm periuk... Tapi kekadang tuh kempunan jugak.... Maklumlah, customer harus didahulukan... Kami makan hanya yg tak hensem jer... tapi still ok lagik. Buat cendawan goreng ngan resipi tepung sendiri, perrgghhhh.... marbeles.... berebut anak-beranak... tak makan nasi pun tak heran....





20110303

++ Semuanya Kerana Cinta ++

Hebat betul penangan cinta ni, kan?

Di Melaka - seorang pemuda menggantung dirinya kerana cintanya di tolak oleh si gadis.

Di London - seorang lelaki mengelar lehernya sebelum merempuh rumah bekas kekasihnya dengan kereta...

Atau adakah anda semua sedang asyik bercinta?

Bagaimana dengan percintaan anda? Ok? atau ada halangan dan rintangan?






20110302

++ Jadi Nenek Di Usia 29 Tahun, Anyone? ++

Wow!!!

Seorang pelayan yang berusia 29 tahun, bakal menjadi nenek tidak lama lagi apabila anak perempuannya yang berusia 14 tahun bakal melahirkan anak.

Imagine, emaknya umur 29 tahun, anaknya umur 14 tahun..... Huuiiihhhh.... emaknya pun melahirkan anaknya di umur lebih kurang 15 tahun tuh....

Like mother, like daughter gitu.....

Hurmmm.... anak-anak kat Malaysia nih, jangan ikut kelakuan yang begitu yea!!!!

Tidak bagus....

Tapi, rasanya kat sini takde kot.... Sebab kalau ada yang pregnant pun, pasti akan buang anak tu, kan.... ishhhh.... lagi teruk perangai orang Malaysia rupanya.....

Kat Malaysia ni, umur 29 tahun pun belum tentu nak kawin lagi. Sebab belum ready lagik, inikan pulak nak jadi nenek....

Adakah keturunan mereka akan berkelakuan sebegitu juga? Huhuhu....





20110301

++ Kes PKFZ ++

Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy didakwa di mahkamah semalam atas dakwaan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di antara tahun 2004 dan 2006 berkaitan dengan kes PKFZ (Port Klang Free Zone - Zon Bebas Pelabuhan Klang).

Hurrmmmm.... tak tahulah sampai bila kes ini akan berakhir.

Tapak projek yang diwar-warkan ni pun dah naik bersemak balik dah. Dulu bukan main cantik lagi diorang bersihkan....

Dah terserempak beberapa kali di waktu pagi nak pegi keja tuh, konvoi polis trafik mengiringi kereta-kereta yang berkenaan menuju ke Pulau Indah untuk meninjau kes ini.

Harap-harap semuanya akan selesai dan yang bersalah akan dijatuhi hukuman. Maklumlah, bukan sedikit jumlah yang terlibat, RM1.08 billion tuhhhh.....

Takpelah, kita tunggu dan lihat jika masih ada lagi orang berkepentingan dan berkedudukan yang akan di dakwa lagi.

Makin lama, makin finin daaaa..... konpius akk....






20110212

++ Presiden Hosni Mubarak Letak Jawatan ++

Sumber: Berita Harian Online

KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa kepada pihak tentera, kata Naib Presiden, Omar Suleiman dalam kenyataan ringkas yang disiarkan menerusi televisyen.

“Mengambil kira keadaan sukar yang dihadapi negara, Presiden Mohammed Hosni Mubarak membuat keputusan untuk melepaskan jawatan presiden republik dan menugaskan Majlis Agung Angkatan Bersenjata untuk mentadbir hal ehwal negara," kata Suleiman. - AFP

Persoalannya: Dapatkah Mesir seorang pemimpin seperti yang diimpikan oleh penunjuk perasaan? Adakah mereka mendapat pemimpin yang lebih baik atau sama atau lebih teruk drp Hosni Mubarak? Sama-sama kita tunggu dan lihat apakah masa depan Mesir di tangan pemimpin yang baru.

Harap-harap oklah pemimpin baru tu, kan? Sebab, kesian pelajar-pelajar kita yg masih mahu menuntut ilmu di sana. Tergendala segala pembelajaran mereka....