Mulakan Dengan

Mulakan Dengan
Showing posts with label etc. Show all posts
Showing posts with label etc. Show all posts

20110326

++ Pengalaman Selepas SPM ++

Mesti adik-adik lepasan spm skang ni tengah dok hentak2 kepala pikir nak pilih u mana nak masuk, course apa nak amik.

Pada yg kureng berjaya pulak, ngah dok finin2 kefala pikir nak buat apa setelah target tak mengena...

Akk dolu, masa lepas amik exam, dok umah tolong mak ajah ngan pak aji meniaga warung. Tapi akk takdelah dok kat warung tuh... Glamer ler plak nnt....

Mak ajah bilang, tolong dia then sesambil tu, amik course typing ngan komputer. And that is what i did.... Obedient lah katakannn..... alhamdulillah....

Beberapa bulan tu mmg tak terlintas kat kepala hotak akk nih nak kerja ker hapa bagai.... Yg akk tau, gi kelas menaip ngan komputer pastu tolong mak ajah ngan pak aji.

Bila dapat result, apply u, sumer pun tak dapat, tak taulah napa..... sudahnya akk ke form 6.

Akk dapat aliran sains sepertimana aliran akk semasa di tingkatan 5. Tapi, akk rasa cam tak leh nak carry ler pulak. Almaklumlah, sedangkan maths ngan add maths pun dah nak pengsan, inikan pulak double maths.... pitam akk....

So, akk tukar ke aliran sastera....

Lepas dpt result stpm, akk apply pulak maktab, tapi pun tak dapat jugak.... siannnn akk... Tapi yg bestnya, walaupun tak dpt masuk maktab, tapi skang nih kalau org tak kenal akk, diaorang akan ingat akk ni cikgu plak. Kakak kedai buku sekolah anak akk, tetiap kali jumpa mesti panggil akk cikgu... bangga pun ada gak.... hehehe....

Sudahnya, akk pi carik kerja jerlah... Dannn... alhamdulillah, dgn sijil menaip dan komputer yg akk ada masa tunggu spm dulu, ianya adalah amat berguna sekali.... Terima kasih pd kedua ibubapa ku....

Walaupun akk tak dapat membanggakan mrk berdua dgn masuk ke u, sekurang2 nya dgn stpm yg akk ada tu, dan pengalaman bekerja yg akk ada, akk dah boleh skip diploma utk terus ambil ijazah dan mungkin lebih dari itu...

Motifnya, buat adik2 yg nak tengah nak isi borang tu, fikirkan pro dan kontra nya. Jgn pilih u semata2 krn glamer dan femesnya shj walaupun tiada course yg anda minat di situ ataupun semata-mata sbb nak ikut kawan ker atau kekasih ker.... Dannnn.... yg paling penting, jgn salah isi borang. Baca betul2 setiap perenggan walaupun anda terpaksa membacanya sehingga 3-4 kali....




20110319

++ Cinta Pertama ++

@ first love dlm bahasa omputehnya....

Pd pendapat korang lah, apakah ciri-ciri first love itu?

Mmg ler sumer kalau ditanya, mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang... ishhhh... memacam lagi lah...

Tapi apakah yg boleh anda definisikan sbg cinta pertama itu? cam soklan masa sekolah dulu tak?

Adakah anda terus berkahwin?

Atau adakah anda tak tahu pun anda sebenarnya telah jatuh cinta. Pastu kawin ngan orang lain, bila terjumpa balik ngan si dia, tetiba dup.. dap.. dup.. dap... kenangan lama mengimbau kembali....

Aterrrr... dah jadi hak milik org, camana?

Dah terlambat kan, kalau anda katakan dia first love anda? takpun, still single lagik? ada harapan ler tuuu....

Hehehe.... sila jawab... Tetiba jerk buat soklan cenggini di pagi hari sabtu yg aman dan tenteram ini...






20110306

++ (More) About Hijab ++

Ada sesapa pernah baca ttg entry akk pasal hijab. Sila klik sini...

Bukan nak menyentuh tentang hak berpakaian orang. Apatah lagi menghakimi mereka. Krn akk pun bukanlah orang yg perfect dlm berpakaian dan serba serbi... Siapalah akk, kannn.....

Dah baca entry tu?

Haaa.... lagi satu persoalan yg bermain-main di fikiran akk... Mmg akk musykil sungguh...

Ada tak kengkawan korang yg gi keja pakai hijab, tp kat luar, i mean after work, kalau berjumpa ker terjumpa ker, tudung dah takdak.

Berhijab ke tempat kerja semata-mata krn profesionalisme?

Apa motifnya?

Jika begitu, orang yg bertudung adalah org yg profesional? Alhamdulillah kalau diiktiraf begitu...

Tapi.... apa guna bertutup litup di ofis, tp di luar, org tetap juga nampak rambut tu, kan? Some more, siap kekadang tuh, pakai sleeve less takpun 3/4 pants...

Ada yg dah berkahwin, gi kerja bertudung, tp kuar ngan anak banak, jalan-jalan tudung dah hilang. Tak kisah pun kalau terserempak ngan ofismate sendiri, ofismate suami, kengkawan anak2...

Tapi, bila gi certain occasion, pandai pulak memakai tudung. Menjaga air muka suami katanya... Aiikkk... masa terserempak kat luar takde pulak fikir air muka ker maruah suami ker... Bila nak occasion boleh plak terfikir camtu? Finin.... finin...

Actually, mende ni adalah amat complicated utk di debatkan. Tepuk dada tanya iman....

Wallahua'lam....


P/S: Maaf jika entry ini adalah menyinggung mana-mana pihak yg membacanya. Akk meluahkan apa yang terbuku di hati ini.... Jika terlalu sensitif, entry ini akan di tarik balik... AsSalam....





20110227

++ 39 Isteri? ++

Fuiyoooo..... cayalah!

Seorang lelaki - Ziona Chana, 66 tahun - memiliki 39 isteri, 94 anak, 14 menantu, 33 cucu menjadikannnya ketua keluarga terbesar didunia...

Tinggal di kediaman 4 tingkat yg mempunyai 100 bilik dibina di tengah-tengah kawasan berbukit Desa Baktwang, wilayah Mizoram di India.

Penyediaan makan malam memerlukan 30 ekor ayam, 66kg kentang, 110kg beras.

Anak lelaki sulungnya, Parliana, 50 tahun, juga telah berkahwin dgn dua isteri dan mempunyai 13 anak.

Mereka menganut fahaman yg dibawa oleh datuknya sendiri, yg membenarkan lelaki berkahwin dgn seberapa ramai wanita yg mereka kehendaki.... Juga mempunyai seramai 4,00, orang pengikut.


Sumber: Metro Ahad, 27 Februari 2011




20110219

++ Bersantai di Petang Hari ++

Yuuuhuuuu....

Sedang bikin apa itu adik-adik?

Tengah baca blog akk ler...... hahaha....

Baru pas balik amik dan hantar anak-anak ke sekolah. Finin kefala.... Makpak ari ni pun ramai yg tak keja, huuiiihhh... abis jammed kejap tadi kat sekolah. Sumer pun naik keta besor-besor antor anak....

Korang makan apa lunch tadi?

Akk masak instant jer.... Masak lemak ikan pari bakar.

Masak lemak tu bubuh cekur sket, uiiihhh... enak banget baunya....

Ikan pari bakar tu, belen malam tadi tak habis. Eh, tak baik membazir.... Dapat jugak digunakan utk resepi lain, kan....

Korang pernah makan masak lemak cili api cendawan tiram kelabu? Korang letak ayam sket.... Perrggghhhh..... terangkat you.... try test ler utk dinner malam kang...

Ni sambil-sambil tunggu hubby balik dari keja, kita terjah ler blog kengkawan yg tak habis-habis dijenguk dah dua-tiga ari nie..... ish.. ish... ish... lembab betul, kan? sabor yea sumer yg dah tinggalkan link.... akan akk terjahi jua... biar lambat asal sampai....

Urrrmmmm... petang ni tea time nak makan apa, ek?





20110216

++ Now On Air: TV3 - Soal Jawab ++

Tajuk: Penipuan Siber

Ada tak sesapa pernah dpt fraud email / spam email?

Akk selalunya gak dapat.....

Antaranya drp maybank (selalu nih), menang loteri lah (ntah bila lah ada masuk), dari microsoft lah (bill gate sedara aku ke?), dari afrika lah, dari arab saudi lah, uiiihhhh..... macam-macam lagilah....

Korang agak-agaklah, logik ke sumer tu?

Iyelah, takde akaun maybank, dpt email pasal security alert....

Tak pernah beli loteri, boleh menang plak....

Tak aktif dalam siber space pun, email boleh dapat top list lucky email address...

Ada sekali tu, dapat email menang 1 juta.... huh, akk kayo.....

Camana ek, mereka2 itu boleh terpedaya?

Korang, berhati-hatilah kalau dapat email2 yg cam tak logik jer tuh, yea.... especially anak-anak muda yang tengah excited ngan dunia siber nih....




20110212

++ Presiden Hosni Mubarak Letak Jawatan ++

Sumber: Berita Harian Online

KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa kepada pihak tentera, kata Naib Presiden, Omar Suleiman dalam kenyataan ringkas yang disiarkan menerusi televisyen.

“Mengambil kira keadaan sukar yang dihadapi negara, Presiden Mohammed Hosni Mubarak membuat keputusan untuk melepaskan jawatan presiden republik dan menugaskan Majlis Agung Angkatan Bersenjata untuk mentadbir hal ehwal negara," kata Suleiman. - AFP

Persoalannya: Dapatkah Mesir seorang pemimpin seperti yang diimpikan oleh penunjuk perasaan? Adakah mereka mendapat pemimpin yang lebih baik atau sama atau lebih teruk drp Hosni Mubarak? Sama-sama kita tunggu dan lihat apakah masa depan Mesir di tangan pemimpin yang baru.

Harap-harap oklah pemimpin baru tu, kan? Sebab, kesian pelajar-pelajar kita yg masih mahu menuntut ilmu di sana. Tergendala segala pembelajaran mereka....




++ Suami, Lelaki atau Dot dot dot ++

Sapa ada Harian Metro semalam?

Kuala Terengganu - Seorang ibu kepada dua anak terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital disini, apabila kandungannya berusia tiga bulan gugur selepas ditampar dan ditendang di perut oleh suaminya, Sabtu lalu selepas bertengkar.

Meskipun isterinya mengalami kesakitan akibat kekasaran yang dilakukannya, suami mangsa meninggalkannya di rumah pada keesokan harinya untuk melakukan kerja di sebuah pelantar minyak.

Ya ALLAH Ya Tuhan....... suami jenis apakah ini?

Takkan lah disebabkan bertengkar sedikit, hilang pertimbangan diri.... Bukankah suami itu harus melindungi isteri dan juga tanggungan nya? Tidakkah terfikir oleh sang suami bahawa perbuatannya itu bukan hanya mengakibatkan kandungan gugur, tetapi juga mengakibatkan kecederaan dalaman jangka panjang yang perlu ditanggung oleh isteri?

Pihak polis menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 313 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan keguguran tanpa kerelaan perempuan dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda.





20110211

++ Weekend Blogger? ++

Akk rasa kan, akk nak menggelarkan diri akk ni weekend blogger..

Boleh tak?

Boleh kottttt.....

Sebab akk rasa (mmg iye pun), akk ada lebiiiiiihhhhh byk masa weekend rather that weekdays. Maklumlah, balik dr opis pkl 6, journey jer takes 45 minit, terus pi amik anak balik dari sekolah. Abang ngan kakak. 2 different schools. Sampai umah pun dah pkl 7.15pm lebih kurang. Rehat lebih kurang sket, dahhhhh maghrib. Tu pun, sib baik maghrib dah lambat sket.... Pas solat, masak... Pastuh nak iron bajulah, kemas itu inilah, jadik tarzan ngan anak2.... tup-tup dah pkl 11. Kekadang tuh, pas solat isya' jer tilam ngan bantal dah lambai2 suh masuk tido.... Huhuhu.... tu yg kekadang kantoi jer nak update blog.

Eh,eh, cam mengadu jer.... jgn korang menyampah dah lah yea....

Mintak mahap ler kalau korang masuk jer kat blog, eh, ni macam semalam nyer entry jer....

Tapi, jgn lah korang terus patah hati nak menyinggah kat blog akk ni lagik.... Kalau rajin tuh, tinggal-tinggalkan lah korang nyer link. InsyaALLAH, jika masa mengizinkan pasti akk akan menjenguk. Tapi tidaklah on the spot, yea.....

Anw, mekaseh sbb datang singgah kat blog ni and support akk..... LOVE YOU ALL.....




20110206

++ Gegar 1,000 Blog Oleh Ben Ashaari ++


SAYA SOKONG DUNIA BLOG
dan
SAYA SUKA KERANA
SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG !
ANDA BAGAIMANA ??

Pada kawan-kawan yang ada blog, anda ingin menyertainya?
Sangat mudah .. caranya , buat satu entri ...
1) LETAK HEADER BEN ASHAARI BLOG
2) TAJUK GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI dan linkkan ke entri ini !
3) Tulis SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??
4) Tinggalkan url anda diruangan entri ini ..
TUTUP : 9 / 2 / 2011 , tepat jam 6 petang ... Bagaimana ? Berani ??




20110204

++ Mayat Terbiar Tanpa Dituntut ++

== KREDIT KEPADA UTUSAN MALAYSIA ==

Kuala Lumpur - Kira-kira 500 mayat termasuk yang tidak dikenali terbiar dihospital-hospital besar di seluruh negara setiap tahun.

Antara sebab-sebabnya adalah
> tidak dituntut keluarga atau waris
> tidak berwaris
> golongan yang 'dibuang' oleh keluarga
> perantau
> pendatang asing
> waris tak mampu uruskan jenazah

Jadi, alternatifnya
~ akan diberikan kepada Jabatan Agama Islam untuk disempurnakan
~ dihantar ke universiti untuk tujuan penyelidikan dan pembelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sahaja membelanjakan kira-kira RM30,000 untuk menguruskan mayat yang tidak dituntut pada 2010.

Wow! angka yang besar, tapi adalah satu tanggungjawab kepada setiap umat islam untuk menyempurnakan mayat mengikut syariatnya....

Agak-agaknya kita sanggup tak memikirkan sesuatu yang buruk terhadap orang yang kita sayang jika kita mendengar satu tragedi? Sanggupkah kita membuat pengecaman mayat? Tapi kalau kita tak buat pengecaman, maka jadilah mayat yang tidak dituntut....




++ Anugerah Bintang Popular 2010 (Part III) ++

Undian melalui SMS
Taip BH ABP KodKategori KodArtis dan sms ke 33333 (maksimum 4 kategori).
Contoh: BH ABP A01 B10 C 15 D20

Undian melalui SMS untuk Bintang Paling Popular
Taip BH ABP BPPKodArtis dan sms ke 33333.
Contoh: BH AHP BPP54
* Caj sebanyak 50 sen akan dikenakan bagi setiap sms yang dihantar. Terbuka kepada semua talian 012, 013, 016, 017 dan 019.

HADIAH UNDIAN MELALUI SMS
5x iPhone 4
10x Blackberry Bold 9700
10x iPad

Undian sms dibuka mulai 17 Januari 2011 hingga 27 Mac 2011 (tengah malam).

Korang klau nak keterangan lanjut klik ajer kat sini.




20110203

++ Anugerah Bintang Popular 2010 (Part II) ++

I) Artis Komedi Lelaki Popular
41. Along
42. Angah
43. Johan
44. Nabil
45. Zizan

J) Artis Komedi Wanita Popular
46. Didie Alias
47. Kenchana Dewi
48. Noorkhiriah
49. Raja Azura
50. Sharifah Shahirah

K) Pelakong Filem Lelaki Popular
51. Aaron Aziz
52. Bront Palare
53. Remy Ishak
54. Shaheizy Sam
55. Syamsul Yusof

L) Pelakon Filem Wanita Popular
56. Diana Danielle
57. Lisa Surihani
58. Liyana Jasmay
59. Maya Karin
60. Scha Alyahya

M) Pengacara TV Lelaki Popular
61. Ally Iskandar
62. Awal Ashaari
63. Aznil Nawawi
64. Jimmy Shanley
65. Zizan

N) Pengacara TV Wanita Popular
66. Cheryl Samad
67. Fara Fauzana
68. Nurul Syuhada
69. Raja Azura
70. Sharifah Shahirah

O) Penyampai Radio Lelaki Popular
71. Aznil Nawawi
72. Faizal Ismail
73. Halim Othman
74. Kieran
75. Salih Yaacob

P) Penyampai Radio Wanita Popular
76. Abby Fana
77. Fara Fauzana
78. Linda Onn
79. Raja Azura
80. Sharifah Aleeya





++ Anugerah Bintang Popular 2010 (Part I) ++

A) Penyanyi Lelaki Popular
01. Aizat
02. Anuar Zain
03. Black
04. Faizal Tahir
05. Shahir

B) Penyanyi Wanita Popular
06. Adira
07. Ana Raffali
08. Alyah
09. Stacy
10. Yuna

C) Artis Duo/Berkumpulan Popular
11. Ana Raffali/Sohaimi Mior Hassan/Altimet
12. Azlan & The Typewriter
13. Bunkface
14. Meet Uncle Hussain
15. 6ixth Sense

D) Penyanyi Nasyid Popular
16. Hijjaz
17. Inteam
18. Nirwana
19. Rabbani
20. Raihan

E) Pelakon TV Lelaki Popular
21. Aaron Aziz
22. Ady Putra
23. Fizz Fairuz
24. Remy Ishak
25. Shaheizy Sam

F) Pelakon TV Wanita Popular
26. Fasha Sandha
27. Lisa Surihani
28. Noorkhiriah
29. Scha Alyahya
30. Tiz Zaqyah

G) Artis Baru Lelaki Popular
31. Daus
32. Maulana
33. Shahir
34. Sharnaaz Ahmad
35. Shahz Jaszle

H) Artis Baru Wanita Popular
36. Adira
37. Ana Raffali
38. Mizz Nina
39. Nurul Elfira Loy
40. Nur Syuhaida @ Dottie




20110201

++ Ops Sikap Ke-23 ++

Seperti biasalah, di setiap perayaan pastinya PDRM akan buat operasi.

Ops Sikap ke-23 kali ni adalah untuk perayaan Tahun Baru Cina yang akan menjengah dalam masa 2 hari ni.

Statistik yang dikeluarkan semalam menyatakan bahawa semenjak operasi bermula hari Khamis yang lalu (27 Jan 2011), 12 kematian dicatatkan menjadikan jumlah kematian adalah seramai 37 orang.

Kadangkala terfikir, betul ke jumlah kematian yang dicatatkan di kala musim perayaan adalah melebihi pada hari-hari biasa?

Ataupun adakah kerana operasi dijalankan hanya pada musim perayaan maka menjadikan ianya kelihatan melibatkan terlalu banyak kematian?

Apa-apa pun, tak kira musim perayaan atau tidak, pemanduan yang berhemah adalah amat perlu. Terutama sekali sekarang ini bilangan kenderaan yang menggunakan jalanraya adalah meningkat dari sehari ke sehari.

Kadang-kadang kita sebagai pemandu dah ambik extra pre caution untuk keselamatan diri kita sendiri dan penumpang kita. Tetapi ada segelintir manusia yang kurang sivik di jalanraya menyebabkan orang lain menderita.

Pada saya, kalau mereka itu eksiden hanya melibatkan diri mereka sendiri akibat kecuaian sendiri, serve them right.... (kasar bunyinya, tapi sekurang-kurangnya itu balasan dan peringatan buat diri sendiri). Tapi adakah berbaloi dek kerana kecuaian orang lain, maka orang yang tidak bersalah menerima akibatnya. Kalau terus meninggal (walaupun pahit) takpe jugak, bagaimana pula bagi mereka yang patah riuk, koma, potong sana, potong sini sampai tak cukup sifat, jadi OKU.... sapa yang nak menanggung hidup dan penderitaan mereka? Boleh claim ke dengan sedara mara orang yang bertanggungjawab tu?

Oh, diharapkan tak adalah kemalangan ngeri yang berlaku pada kali ini... Hopefully semuanya akan berjalan dengan lancar....

Pandulah dengan berhati-hati dan jadilah pemandu yang berhemah dan mempunyai nilai sivik yang tinggi ketika memandu. JANGAN JADI SAMSENG JALANRAYA juga......


20110130

++ BA: Segmen Syok Sendiri ++

Baru pulang dari Annual Dinner, terus bukak komputer.

Tup-tup nampak BA dah keluarkan segmen syok sendiri.

Mari kita lihat apa yang syok sendiri tu....

1. Sila buat satu entri ... Kali ni bukan letak header tapi gambar yang ada dalam entri ini ( link ) dan linkkan ke entri ini .. done


2. Pilih salah satu gambar korang yang terbaik dan andaikan gambar korang tu dalam majalah tersebut !! Haaa... amacam ? Mencabar ?? Haha.. alaaa... gambar sesuai takdelah....

3. Andaikan korang ditemubual dengan wartawan.. ok .. aku wartawan itu.. Buat dialog berdasarkan soalan ini..
1. Boleh berikan nama glamour anda dalam dunia maya ini ? armie
2. Kenapakah anda memilih nama tersebut ? combination name antara saya dan hubby
3. Kenapa anda berblogging ? untuk merakam segala kenangan pahit manis dengan keluarga dan teman-teman
4. Siapakah pemberi semangat anda ? keluarga, teman-teman, rakan bloggers
5. Sudah berapa lamakah anda berblog ? 2 tahun
6. Siapakah idola anda dalam dunia blogging ini ? redmummy, BA, dan sumer blogger yg femes-femes
7. Kenangan manis anda dalam dunia blogging ? ada orang baca blog saya!!!!
8. Kenangan pahit anda dalam dunia bloggng ? belum ada lagi.... sbb saya x femes...
9. Pencapaian terbaik anda dalam dunia blogging ini ? dapat ide utk terus blogging
10. Selain berblog , apakah minat anda ? termenung carik ide utk blogging
11. Bagaimana anda membahagikan masa anda diantara berblog dengan aktiviti yang lain ? tengahmalam bila dah siap kerja rumah dan anak dah tido. juga kat ofis bila bos takde.... syyyhhh....
12. Pendapat anda mengenai dunia blog di malaysia ini .. kalerful
13. Nasihat anda untuk mereka jika ingin memiliki blog sendiri .. be your ownself...

Ok, tu ajer....






20110129

++ Tabung Haji Umum Bonus ++

Tabung Haji mengumumkan bonus 5.5 peratus selepas zakat membabitkan pembayaran sebanyak 1.33 billion untuk tahun 2010.

Pastinya hampir semua umat islam di Malaysia ada akaun Tabung Haji, kan?

Tapi, ada juga yg membukanya hanya bila dah nak pegi haji.

Takpelah, apa-apa hal pun mmg kalau nak gi haji kena bukak akaun kat TH.

Cam akk sefamili, memasing mmg dah ada akaun TH. Anak-anak sumer pun dah ada akaun since umur 1 1/2 bulan.

Habis jer pantang, ibu pun gi TH bukak akaun utk anak.... Duit yg orang bagi waktu berziarah tu ibu gunakan bukak akaun.... Alhamdulillah....

Pastu, every year duit raya pun mesti masuk kat TH without fail.

Kalau ada bank perdagangan lain pun, masuk sket jer..... buat syarat bior tak beku akaun tuh....

Pasnih nak kena update buku ler nampaknya..... best... best... best...