Mulakan Dengan

Mulakan Dengan
Showing posts with label hubby. Show all posts
Showing posts with label hubby. Show all posts

20121228

++ Lirik Lagu Lelaki Ini ++


Nyanyian: Anuar Zain

Kasih, kenanganku
Ingatkah saat-saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu
Ke manapun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemanapun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki
Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku..
Sanubari ku.. oohh
Ku yang mencintakan mu.. ohh
Hanya dirimu… oooh
Kerana cintaku, tak berbatas waktu
Kerana cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu….

Lagu ini opkos lah dari mr.hubby.... 





20110501

++ Apabila Si Dia Tidak Mencintai Lagi ++

Apatah lagi dalam konteks hubungan suami isteri.

Sesetengah dari kita akan hilang kewarasan berfikir, hilang semangat juang.  Malah ada juga yang sakit jiwa – hidup dalam kemurungan dalam “neraka” buatan sendiri.


Terseksa Kerana Memiliki dan Dimiliki

Kita rasa terseksa kerana kita rasa kita memiliki si dia.  Kita harus tanamkan dalam diri kita bahawa kita hanyalah peminjam, kita tidak pernah memiliki apa-apa di dunia ini.  Segalanya hanya pinjaman dari Allah s.w.t., Dia yang memiliki segalanya….

Bila kita rasa kita dimiliki, kita akan terdorong untuk melakukan segala-galanya untuk si dia.  Jadi bila si dia telah tiada, kita akan terasa kosong.  Tanpanya dunia kita gelap, tiada mentari lagi.

Tanamkan saja dalam diri kita, kita adalah milik-Nya dan kita memiliki-Nya.  Allah itu satu, dia kekal, sudah pasti kita tidak akan kehilangan-Nya sampai bila-bila pun…


Cintai Seadanya

Orang yang kita akan paling benci adalah orang yang pernah kita sayangi dengan sepenuh hati kita.  Hingga wujudnya permusuhan dan dendam di hati kita lantas akan mengakibatkan sesuatu yang tidak terduga dan di luar jangkauan dan batasan.

Bagi yang belum pernah bercinta, ingatlah pesan ini….

“Cintailah seseorang itu seadanya, kerana suatu hari nanti dia mungkin akan menjadi orang yang kita paling benci.  Dan bencilah seseorang itu sekadarnya, kerana suatu hari nanti dia mungkin akan menjadi orang yang kita sayangi sedalamnya”


Kita Tetap Ada ALLAH

Sesuatu yang kita cintai belum tentu membawa kebaikan kepada kita.  Dan sesuatu yang kita benci belum tentu memudaratkan kita.

Percayakah kita kalau dahulu jika diberitahu bahawa sutera yang lembut dan indah itu berasal dari seekor ulat?

Yakinlah bahawa pandangan kita amat terbatas tetapi pandangan Allah s.w.t. adalah amat luas tanpa jangkauan.


Kecewa Jangan Panjang

Memang kita kecewa jika si dia tidak mencintai kita dan tidak lagi bersama dengan kita, kan? 

Pujuklah hati kita dengan mengatakan bahawa dia bukan yang terbaik untuk kita.   Mungkin dia terbaik untuk orang lain.  Yang terbaik untuk kita mungkin belum ditemukan, dan jika sudah ketemu pastinya kita tidak akan terjangka bagaimana dan dimana.


ALLAH Tidak Pernah Mengecewakan

Kita sepatutnya sedar bahawa jika kita tidak disayangi lagi oleh si dia, sesungguhnya kita adalah yang terpilih, bukan yang tersisih.

Terpilih kerana kita kembali mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Pencipta kita.  Kecintaan kita kepada Allah s.w.t. pasti akan terbalas tanpa ada paksaan.



- Solusi #30






20090702

++ I Need New Camera.. !!!! ++

Camera nie dah berkhidmat almost 3 years ++.


Time2 org tengah syok nak blogging nie lah dia buat hal lak.... Ada ke patut bateri baru masuk satu ari dia dah bagi sign 'battery exhausted'. Klau camnilah gayanya, mau aku yg capek nih.... Sapa lah nak bagi camera baru nie, ek...????? Hint utk hubby...... huahuahua......




20090626

++ Tayar Bocor ++


Nampak tak perbezaan antara dua-dua tayar nie.... Yea, mmg sama bulat. Takde yg flat pun.... Terlihat tak anda bhw sport rim nye berbeza.....


Yesss..... bcoz of the back tyre bocor yesterday morning, maka saya dgn rasminya lambat lagi dtg ke opis.... Ada stock check lak tuh.....

Lucky of me coz saya terperasan masa kat umah mak... time nak antar anak.... Sian my hubby, siap berpeluh sumer nak menukar tayar... Bini dia? Hampeh.... jadi cheer leader jer.... Nasib baik lom hensem2 nak pi keja... Thanks, yangggg.....