Mulakan Dengan

Mulakan Dengan
Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts

20110428

++ Anak Autisme ++

Anak autistik bukan pembawa masalah, sebaliknya memberi peluang kepada kita, terutama ibu bapa, keluarga dan guru untuk berfikir lebih kreatif cara hendak mendekati, menjaga, mendidik dan berinteraksi dengan mereka.

Ini kerana, jika diberi pendidikan sesuai, mereka boleh berdikari – mengikut tahap keupayaan masing-masing.

Walaupun sesetengah kanak-kanak autistik kurang bertutur, mereka masih boleh berkomunikasi melalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan gambar yang sesuai.

Memang perkembangan kanak-kanak autistik lebih perlahan tetapi ia tidak bermakna mereka bodoh.

Antara ciri utama autisme ialah:-

§  Tidak menghiraukan orang lain

§  Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain

§  Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap

§  Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)

§  Susah bekerjasama, berkongsi atau tidak sabar menunggu giliran

§  Lebih suka bermain sendiri

§  Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan interaksi

§  Lambat bercakap

§  Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang

§  Tidak boleh berkomunikasi dengan baik

§  Bercakap dalam nada yang pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot

§  Sukar memulakan percakapan.

§  Mungkin mengulang perkataan sama tetapi tidak faham maksudnya

§  Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa

§  Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan.  Mereka mudah terganggu jika disuruh berubah

§  Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek

§  Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan

§  Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang

§  Tidak boleh duduk diam (hyperaktif)

§  Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)

§  Suka mengasingkan diri

§  Bersikap pasif – tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk







20110224

++ Adakah Dia Kecewa? ++

Terbaca entry Eyriqazz mengucapkan tahniah buat temannya yg baru mendapat cahaya mata.

Teringat tentang kawan my hubby. Dia pun baru mendapat cahaya mata ke empatnya.

Alhamdulillah..... ibu dan anak sihat dan selamat.

Apa masalahnya?

Bukanlah masalah. Cuma.... keempat-empat anaknya adalah perempuan!

Masa isterinya mengandung anak ketiga dulu, dia mengharapkan anak lelaki, keluar perempuan jugak. Sekarang ni yg ke-4 pun perempuan jugak.....

Mungkin dia kecewa? ohhhhh..... itu saya tak pasti. tapi mungkin juga....

Sebab mereka suami isteri pun dah late 30's.... mungkin ini yang terakhir.... tapi siapa tahu, rezeki masing-masing.... mungkin selepas ini isterinya mengandung lagi dan dapat anak lelaki. Only God knows!!!

Anw, nak ucapkan tahniah buat Encik Mie dan isteri...

Psst... psst... anak itu rezeki dari Allah. Lelaki atau perempuan pasti ada hikmahnya tersendiri...




20091119

++ Baby Photo ++

Ingat lagi entry nih?

Haaa.... inilah dia gambor nya.




Namanya klau tak silap ejaan lah Muhammad Danish Mikail.

Gi melawat after abg konvo last Sat.

While ibunya borak2 ngan ibu Danish, lima beranak tuh turun bawah gi berenang.
Lepas hujan sejuk pun nak gak gi berenang....






20090724

++ Anak Dara Kecik ++


Namanye :- Qaisara Uzma ye ke ejaan nih?

Umurnye :- 1 tahun ++ senang citer 2 thn lah.....

Ini adalah anak sulung adik ke-8 saya, Baharin. yg saya entry pindah umah ari tuh.....

Cute tak?

Rambut dia tu, asal nak panjang jer terpintal toing...toing...toing... jadik curly....

Baru pandai nak bercakap, keletah sungguh.

Pastuh, paknya bilang, asyik lah memanjat sesajer.....

End of this year nak dapat adik dah......

Note :- my parents nowdays asyik lah membilang cucu. right now dah ada 25 org + 1.



20090611

++ Elak Anak Minuman Berkafein ++

Kebanyakan ibubapa tidak menggalakkan anak kecil minum kopi namun tanpa disedari, mrk mungkin memberikan minuman atau makanan yg mengandungi kafein.

355ml tin minuman bergas atau empat kepingan (seberat 43g) coklat tenusu = 45mg kafein sehari.

Kafein adalah bahan semulajadi yg dikeluarkan pd bahagian daun dan biji kebanyakan tumbuhan. Ia juga dihasilkan secara tiruan yg ditambah pd jenis makanan tertentu.

Pd tahap lebih rendah, ia membuatkan pengambil kafein berasa lebih peka dan cergas. Namun pengambilan yg berlebihan akan menyebabkan gementar, sakit perut, pening, sukar memberi tumpuan, sukar tidur serta peningkatan kadar degupan jantung dan tekanan darah.

Pengambilan kafein oleh kanak2 harus dikurangkan krn ia akan mengakibatkan risiko kegemukan melampau, kurang khasiat spt kalsium dll....

Teh ais pula bukan saja mengandungi byk gula malah kafein, sama spt minuman ringan. Pilihan minuman yg lebih baik utk kanak2 termasuk air kosong, susu atau 100% jus buah2an.