Mulakan Dengan

Mulakan Dengan
Showing posts with label lukisan. Show all posts
Showing posts with label lukisan. Show all posts

20130207

++ Hasil Kerja Anak-anak ++

Buatan tangan Sya untuk subjek KH nya....





Lukisan dari abang....



Yg ini gambar dr cikgu, abang cuma kaler jer. Abang kata cikgu dah booked dia utk pertandingan mewarna. ??????








20100722

++ Another Story of Abang ++

Macam2 sungguh lah anak bujang akk nih...

Korang kan biasa nengok lukisan dia kat blog akk nih.

Haaa..... dgn bergeliga nya fikiran dia, tanpa pengetahuan ibu dan abah, maka dia telah membuat sesuatu yg amat mengejutkan ibu dan abah.

Apa dia?????

Ada ke patut dia pi jual lukisan dia yg tak seberapa tuh kat kawan2 kelas dia. Amacam? Bergeliga kan fikiran dia..... Otak bisnes....

Camana kami boleh tau?

Adalah satu malam tuh, dia dah tido. Tetiba abah ternampak satu lukisan dia, siap ada tulis 80 sen. Tegezut abahnya.... Pi tanya kat kakaknya - Syasya, dia bilang - ha'ah, abang jual lukisan dia....

Kaget sekejapan abahnya.... Nak konpem ngan abang - dah tido.... Sudahnya gi mengadu kat ibu, suh ibu gi tanya kat abang. Ibu jugak yg kena...!!!

Makanya, the next night ibu nengok abang ngah seronok main2, ibu panggil....

"Abang, meh sini jap"

"Napa bu?"

"Abang ada jual lukisan abang kat kawan ke?"

Memula dia tak nak ngaku. Senyap jer.....

"Napa abang jual kat kawan?" slow jer tanya....

"Kawan nak..."

"Klau kawan nak, bagi ajerlah"

"Abang dah cakap, tp diaorg nak bagi duit jugak"

"Takpe.... pasnih abang tak payah amik duit. Bagi jer... Kesian... klau kawan abang org miskin camana? Klau abang jual 50 posen, entah2 itu duit belanja sekolah dia. Sian dia tak dpt beli makanan, tak dpt beli air. Nnt dia minum air paip jer. Air paip tu tak elok... Klau dia sakit, camana?"

Huh, ibu bagi syarahan sadis jer utk abang....

Sekejapan dia gi amik bantal tekup muka dia.... Abang mmg sensitif sket orgnya.... Jiwang lah jugak.... Dlm hati ada taman.....

Tengok dia dah camtu, ibu terus berenti syarahan.

Bila dia dah ok, dah bukak bantal dia, ibu sambung balik.....

"Pasnih jgn jual tau... Nnt klau lukisan abg dah cantik, abg dah kaler lawa2, baru abg boleh jual mahal2 sket. Nnt klau ada pertandingan, ibu antar abg, ok"

"OK"

Entahlah actually dia faham ke tidak. Hopefully fahamlah.

Sian kat bebudak tuh.... Silap aribulan kang makpak bebudak tu gi serang pulak anak akk.... Kes haru plak sudah....

Ishhh.... abang.... abang....





20100529

++ Lukisan Abang ++

Seperti biasa, abang akan melukis gambar haiwan....




Yg ni gambar makanan plak....


Alaaahaiiii.... dlm hati ada taman rupanya.... jiwang jugak abang nih....







20100326

++ Lukisan Abang ++

Kita buat sedikit selingan utk merehatkan minda...


ibu.. ibu.. ini abg kaler kat sekolah.
dapat A

ribut petir.
kena kuar dr plane guna payung terjun...

apakah haiwan yg ada di gambar?
gajah, zirafah, badak air, kura2.
dapat carik?




20091123

++ Lukisan Abang ++

Seperti biasa, my 3rd son akan menghabiskan masanya dgn melukis.


Habis jer lukis, submit kat ibu...


Lukisan dia spt biasa, adalah gambar2 haiwan especially gajah....


Dlm byk2 lukisan tuh, ada dua yg menarik perhatian ibu....




sotong kurita yg besar
dan di kelilingi oleh haiwan2
yg kecil


yg nih lak....
his imagination really create
a unique creature..
a monster - combination
from a few haiwan.
scorpion, dinasour & bird






20091025

++ Lukisan Abang ++

Lembu sedang memakan rumput
pasan tak tetek lembu tuh?
lembu tina lah tuh.....


Ikan paus menghampiri sebuah pulau
apsal ada sebtg pokok kelapa kat pulau tuh, bang?
yelah, dlm cerita duyung kan jimmy buat pulau ada
satu pokok kelapa......
ish..ish..ish... penangan tengok movie terlebih


Sotong kecik.....

Ular nak makan tikus......
lawa tak corak batik ular tuh ?


Haaa.... yg nih plak sotong kurita....



20090916

++ Lukisan Abang ++

Dah lama tak tengok lukisan abang, kan?

Sbb kekadang tuh dia lukis tak cun, tak pun ntah apa2 ntah....

But yg nih, ok....

Subjek nya spt biasa - haiwan...






20090722

++ Peraduan Mewarna ++

Ibu dan abah adalah dgn bangganya membawa abg ke satu peraduan mewarna....

Tak taulah camna tadika leh pilih dia jadik wakil sekolah.

Sib baik dekat jer tempat pertandingan tu, klau tak, takde lah nak gi...

Actually, sumer satu famili gi....

Reason bcoz kakak dah dengar abg nyer pertandingan tu kat SRA Darul Ulum. Time tu jugak dia sound....

"Bu, sek. darul ulum buat ari kantin ari ahad nih...."

"Soooo?????"

Senyap jer..... Apalah ibu dia, x baik tul....

Pkl 9 pertandingan tu start, time tu gak le baru sampai....

Sib baik sempat.....

Cikgu tengah tulis nama anak2 murid yg masuk pertandingan tuh.....


Ini lukisan yg perlu diwarnakan......


Abang tengah kusyuk mewarna... x tengok kiri kanan langsung...



Ini adalah selepas diwarnakan oleh abang.....


Tengok betapa ramai mak bapak yg antor anak gi pertandingan.... Lagi ramai dr contestant..... Actually, mungkin ramai yg tak tau ari nih ada ari kantin kot....


Sian bebudak tuh.... Kat kantin tuh takde kipas. So, its teachers duty to make sure all the students is in comfortable zone to finish their colouring.....


Tengah tunggu result, mari kita melepak!!!! Sambil tu beli jajan yg ada mainan, suh abah pasang.....


Dpt saguhati jer.... jadilah, kan bang.... inilah dia.....



20090627

++ Lukisan Abang ++

Hati-hati......
dinasour mengamuk....!!!!!


Gambar motor tu, abah yg lukis....
Abang lukis yg on top tu jer...
Tak aci... pastu letak nama abang lak...


20090617

++ Lukisan Abang ++

Seperti yg saya janjikan, inilah lukisan anak bujang saya, Adam Harris. Dia mmg suka melukis, especially haiwan....


















Semoga menjadi anak yg berguna kpd ibubapa, agama, bangsa dan negara....... Insya-Allah....