20110131
++ De Palma Hotel ++
20110130
++ From Inland Revenue Department with Love ++
Tarikh tutupnya adalah seperti berikut....
Sudahkah anda membuat deklarasi pendapatan anda kepada LHDN?
Pada yang sudah buat deklarasi, sila patuhi tarikh tutup penghantaran borang. Jangan terlewat!!!! dan juga last minute....
++ BA: Segmen Syok Sendiri ++
2. Pilih salah satu gambar korang yang terbaik dan andaikan gambar korang tu dalam majalah tersebut !! Haaa... amacam ? Mencabar ?? Haha.. alaaa... gambar sesuai takdelah....
3. Andaikan korang ditemubual dengan wartawan.. ok .. aku wartawan itu.. Buat dialog berdasarkan soalan ini..
1. Boleh berikan nama glamour anda dalam dunia maya ini ? armie
2. Kenapakah anda memilih nama tersebut ? combination name antara saya dan hubby
3. Kenapa anda berblogging ? untuk merakam segala kenangan pahit manis dengan keluarga dan teman-teman
4. Siapakah pemberi semangat anda ? keluarga, teman-teman, rakan bloggers
5. Sudah berapa lamakah anda berblog ? 2 tahun
6. Siapakah idola anda dalam dunia blogging ini ? redmummy, BA, dan sumer blogger yg femes-femes
7. Kenangan manis anda dalam dunia blogging ? ada orang baca blog saya!!!!
8. Kenangan pahit anda dalam dunia bloggng ? belum ada lagi.... sbb saya x femes...
9. Pencapaian terbaik anda dalam dunia blogging ini ? dapat ide utk terus blogging
10. Selain berblog , apakah minat anda ? termenung carik ide utk blogging
11. Bagaimana anda membahagikan masa anda diantara berblog dengan aktiviti yang lain ? tengahmalam bila dah siap kerja rumah dan anak dah tido. juga kat ofis bila bos takde.... syyyhhh....
12. Pendapat anda mengenai dunia blog di malaysia ini .. kalerful
13. Nasihat anda untuk mereka jika ingin memiliki blog sendiri .. be your ownself...
20110129
++ Tabung Haji Umum Bonus ++
Tapi, ada juga yg membukanya hanya bila dah nak pegi haji.
Pastu, every year duit raya pun mesti masuk kat TH without fail.
Pasnih nak kena update buku ler nampaknya..... best... best... best...
++ Jalan-jalan Naik Bukit ++
Padahal naik tren sampai ke puncak bukit.
Nampak Selat Melaka dgn terang dan jelas nya.
Tak leh masuk yea.... tanpa kebenaran Jabatan Laut.
Nampak tak? Sapa boleh baca, angkat kaki...... wakakaka.....
Ngam-ngam tren sampai, maka kami pun turun ler.....
20110128
++ My Top List Entry ++
20110124
++ Gerammmmm....!!!!!! ++
20110119
++ 3 Safar 1431H ++
SALMAH BINTI BAHMAN
Along ku yg telah pergi menyahut panggilan Illahi setahun yg lepas pd usianya 47 tahun....
Perginya setelah setahun menderita kanser usus.
Pemergiannya aku iringi dgn perasaan berbaur - sedih dan gembira.
Sedih krn kehilangan seorang lagi kakak.
Gembira krn hilang sudah sengsaranya menanggung kesakitan selama setahun itu.
Setiap dr kita pasti akan menyahut panggilan dr pencipta kita yg Maha Agung lagi Maha Penyayang.
Justeru itu, setiap kali ada berita yg kedengaran ttg kehilangan seseorang dek krn kanser, hati ini pasti akan teringatkan kedua2 kakakku yg pastinya sedang bersemadi dgn aman..... insyaALLAH.
Along pergi meninggalkan tiga orang cahayamata perempuan.
Berbanding dgn Angah yg meninggalkan anak2 yg masih kecil, Along pergi dgn anaknya yg sulung - Norzalifah (26 tahun), Norziana (24 tahun), juga Norzafirah (6 tahun).
Biarpun sudah menginjak dewasa, ttp si kecil Norzafirah adalah seorang anak yg sangat2 manja dgn emaknya. Bayangkan, umur sudah 6 tahun pun masih makan bersuap emaknya.....
Kasihan dia....
Anaknya yg sulung pula sedang di dalam persiapan terakhir utk melangsungkan perkahwinannya. Sepatutnya dia di jadualkan mempercepatkan tarikh pernikahannya hanya krn kondisi emaknya. Ttp ALLAH lebih menyayangi along..... Bertitisan airmata kami tatkala Norzalifah selamat di ijabkabulkan... Terdetik di hati ini, 'Along, anakmu telah selamat bernikah.....'
Semoga aku lebih beringat ttg kasih sayang org2 di sekeliling ku. Menghormati mrk, menyayangi mrk tatkala aku masih bernafas....
AMINNNNN.......
20110114
++ Emergency Call ++
Ada tak rasa cam hangin satu badan?
Haaaa.... cenggitulah yg akk rasa ari Sabtu yg lepas....
++ Jalan-jalan Hujung Minggu ++
Hari Ahad (9/1) ari tuh, my hubby nyer kazen kawin kat KS.
Since my hubby kena keja pagi tu, so, kami ke sana sbg tetamu saja (bertuah nyer anak sedara...).
Sebelum pegi my hubby ada tanya, 'kita nak gi tengok org kawin jer ke? takde nak gi mana2 pastu?'
Huh, wifenya pantang sungguh ditanya...
'Ada.... ada...'
'Nak gi mana?'
'Kita bwk anak2 gi naik bukit lah. Sian diaorang...'
'Emmm.... ok gak tu'
Huhuhu.... berjaya!!!! Pelagi.... siap bwk kasut sumer bagai...
Tapi, pas tengok pengantin tu, pegi plak ke tesco membeli barang sekolah anak sket. Then, melepak sat kat Old Town.
By the time we arrive kat Bukit Malawati, dah nak petang.
My hubby cakap x yah gi lah. Tapi si kakak muncung sudah.
And for korang nyer information, kereta adalah TIDAK dibenarkan naik ke atas Bukit Malawati pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. MDKS telah menyediakan transport (ala-ala keretapi gitu) utk korang naik ke atas yea....
Uiiihhh.... of course ler kena bayor yea adik-adik... Rm3 utk dewasa dan Rm1 utk kanak-kanak. Oh, akk nyer famili skang nih dah ada 3 adults coz kakak udah ada i/c marrr.... (Udah tua akk ni yea.... uhuk.. uhuk...)
Kami adalah duduk shj di dlm train, takdak turun coz masa adalah mencemburui kami (walla....). But promise to my children, next time kita dtg pagi, pastuh kita turun kat atas bukit, then kita boleh jalan kaki turun ke kaki bukit....
Eh, korang pernah sampai tak kat Bukit Malawati?
20110112
++ Armiebeauty Blog ++
Blog yg mana satu?
Laaa.... blog nih http://armiebeauty.blogspot.com
Saja jer nak bagitau korang nih....
Blog biz akk tu sedang di dalam proses makeover.
In a week ni mmg a bit kacau bilau sket....
Tima kasih....
20110107
++ Bizi Ek? ++
Apa? Still early.... ?
20110103
++ New At Home (Part II) ++
20110101
++ DUA RIBU SEBELAS ++
SELAMAT TAHUN BARU!!!!!
- Usia meningkat setahun
- Tanggungjawab dan komitmen dah semakin bertambah
- Azam dan cita-cita perlu dilaksana dgn jayanya
- bekerja keras utk masa depan anak2 dan hari tua
- semoga sihat walafiat utk beramal dan beribadah
- sentiasa bahagia dan bersatu bersama suami dan anak2 serta keluarga
- positif selalu
- dpt melalui 365 hari lagi, insyaALLAH
AMINNNN.....