Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20151231

++ Qisyamarwa Enterprise ++


ARMIF KITCHEN

Kami menerima tempahan katering
untuk 30-100 pax
dengan harga yang amat minimum.
(Makanan & minuman sahaja. Pinggan, cawan, sudu garfu pakai buang)

Nasi Lemak  RM1.80

Nasi Tomato  RM5.00

Nasi Ayam  RM5.00

Nasi Putih + Lauk  RM5.00
*harga tertakluk kpd lauk pilihan*

#semua harga di atas adalah untuk per pax#


Kuih Bakar  RM15.00
**HOT SELLING ITEM - minimum 2pcs**

Kek Sarang Semut  RM13.00
***minimum 2pcs***

Kek Pisang  RM18.00

Kek Marble  RM18.00

Kek Pelangi  RM20.00

Kek Choc Moist  RM23.00


Sebarang pertanyaan, sila hubungi
+60103665395
Puan Mia

qisyamarwa.ent@gmail.com

FB: Mia Bahman
FB: Armif Kitchen





GERAI ARMIF


Lokasi
~~~~~~
Simpang 4, Jalan Kampung Delek Dalam,
41250 Klang


Waktu Perniagaan
~~~~~~~~~~~~~~~
6.30ptg - 10.00mlm
Sabtu hingga Rabu
(Khamis & Jumaat - TUTUP)


Menu
~~~~~
Nasi Lemak
Rendang Kerang, Ayam Goreng, Telur Goreng, Sambal Sotong

Tauhu Bakar

Otak-otak JB

Lontong
Nasi Impit + Kuah Kacang + Kuah Lodeh












20150210

++ Kek Marble, Kek Pelangi, Kek Pisang ++


Kek Marble
RM18.00




Kek Pisang
RM18.00





Kek Pelangi
RM20.00


Untuk maklumat lanjut, hubungi
+60103665395
Puan Mia

qisyamarwa.ent@gmail.com

FB: Mia Bahman
FB: Armif Kitchen












20140911

++ Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2014 ++

What a sad news!

Walaupun tiada anak akk yg terlibat tahun ni, tp bila memikirkan betapa anak2 tahun 6 berpenat lelah membuat persiapan terutamanya mental, adalah amat2 mengecewakan sgt...

Terutama sekali bila ada terbaca status dr sekolah luar bandar yg benar2 terpencil. Guru dan murid berkampung di sekolah makan tidur selama empat hari semata2 nak memastikan peperiksaan berjalan dgn lancar... Jika perlu di adakan semula, maka sekolah perlu berbelanja sekali lagi utk memastikan anak2 ini menduduki peperiksaan.

Kasihan mereka....

Kenapa ada org yg tak berotak yg cetek pemikiran sebegini?  Tp nak kata cetek, semuanya di bocorkan di media sosial pulakkkk.... Hurrrmmmm.... Sendiri mau ingatlah...

Anak2 skrg dah pandai stress... Ibubapa apatah lagi... Akk dah rasa kan dua kali...

Hopefully pihak berwajib dpt mencari pihak yg bertanggungjawab... Nak aje ku sekel kepala nya nnt... (errr... boleh ker?)

Klik sini utk Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan pendudukan semula kertas matapelajaran yg berkaitan....

SEMOGA TABAH DAN BUAT YANG TERBAIK utk semua calon UPSR 2014....


20140801

++ Normal Life As A Housewife ++

Perrghhh...

Ingatkan dok umah, boleh ler leisure kannnnn.....

Lagi baaaaanyyakkkkk keja ko...

Layan Nurin Wafa yg semakin jadi anak manja

Layan jahitan yg ada pasang surutnya tempahan

Layan my new biz as a leader kat Sophie Paris Malaysia

Layan jadi ajk pibg mgs klang utk tahun yg ke-2

Layan hubby dan anak-anak yg semakin terbiasa wife n ibu ada kat umah

Umah? Kadang2 tak terkemas sbb malas nak kemas 2-3 kali

Tapi akk HAPPY sbb family akk gumbira

Bangun tido mmg on time pagi b4 subuh sbb anak2 sekolah, hubby keja tp pastu leh sambung tido balik sekejap.

Solat pun tak terkejar2 sbb dulu keja takut big boss carik, maklumlah PAA..

Dhuha, inshaAllah dah blh buat...

Ya Allah, syukran di atas segala perancangan mu utk hambamu yg hina ini...

Alhamdulillah...






20140412

++ ATTENTION TO EX-STUDENT OF MGS KLANG ++




MGS Gala Nite
Makan Malam Amal untuk Projek Baik Pulih dan
Sambutan 90 Tahun MGS Klang


Tarikh
12 April 2014


Masa
8 malam - 11 malam


Tempat
Dewan Sekolah Menengah Hin Hua, Klang
(sebelah Sekolah La Salle Klang)


Tema
Ranggi 60-an


Harga Tiket
RM100 / seat


Tujuan
mengumpul dana baik pulih sekolah terutama sekali
untuk Dewan Eklund


FB Group Page
(sila klik)


Kita jadikannya re-union besar-besaran, boleh tak?


** Sumbangan dari sektor korporat / swasta juga amat di perlukan. Jika anda ingin membuat sebarang pengiklanan @ sumbangan ikhlas, sila rujuk ke FB Group Page untuk maklumat lanjut - Terima Kasih **













20140402

++ Hebahan Gala Nite MGS Klang ++

Telah di war-war kan di suratkhabar.

Di dinding pagar sekolah juga telah di naikkan banner.













20140401

++ Mini Gathering Part 2 ++

Mini Gathering kami di paparkan di surat khabar!!!!!

Berita Harian 29/3/2014.

Juga hebahan tentang Gala Nite kami yg akan di adakan pada 12/4/2014.














20140331

++ MGS Gala Nite di Suratkhabar ++

Sin Chew Jit Poh - 27/3/2014




Star Newspaper - 28/3/2014















20140322

++ Mini Gathering ++

This is our small re-union.

Requested by my ex-school mate yg dah berkurun x jumpa di antaranya...  Nak jumpa kat kantin skol katanya. Mementang lah akk nih AJK PIBG, kannnn.....

Tak hingat dunia bila mak orang dah berborak... Mintak izin ngan HM sampai pkl 5, kesudah nya sampai ke pkl 6 tak jugak bangun....

This is us, small group of us, MGS Klang students batch 1990...





























++ HAPPY BORNDAY! ++

Utk Fakriathul Syasya - anak ke-2 akk.....




















20140223

++ AGM PIBG ++



Satu tanggungjawab besar kerana di pilih utk sesi 2014/15
sekali lagi.
Terima kasih semua atas kepercayaan...









20140218

++ Birthday Celebration ++

Seperti biasa, oleh kerana ada 3 org anak yg lahir bulan Februari, maka ibunya adalah save budget dgn meng'combine' kan celebration juga kek nya.....






Kek yg nie, ibu mengidam nak makan.
Abis satu kek akk sendiri balun.
Larik diet.... huhuhu....






20140119

++ 4 Tahun Berlalu ++

19 Januari 2010.

Al-fatihah buat arwah SALMAH BINTI BAHMAN kakak sulungku yang menemui penciptanya setelah di uji dengan kanser usus selama setahun.

Perginya pada usia 47 tahun.

Meninggalkan 3 orang anak perempuan.  Kini arwah telah mempunyai 4 orang cucu - 2 lelaki dan seorang perempuan. Seorang lagi cucu lelakinya telah menemaninya di sana.











20140102

++ Kembali Ke Sekolah ++

Tahun baru dah bermula…

Begitu juga dgn persekolahan.

Kakak, Sya, Abang, Ammar, semuanya dah sekolah.

Kakak - form 4
PMR nya tidaklah flying colours mcm anak2 org lain. Tp akk berpuas hati sbb kami x hantar pun dia tuisyen kat mana2. Belajar kat sekolah, dengar cikgu ajar pastu attend apa2 kelas tambahan yg cikgu anjurkan. Alhamdulillah, compare dgn trial dia, mmg bersyukur sgt2…. Tengah tunggu vokay…

Sya - form 1
Walaupun akk sedikit kesal sbb dia x dpt sama sekolah dgn kakak, tp Alhamdulillah dia menerimanya tanpa byk rungutan sbb kami dah cuba tukarkan sekolahnya tp x berjaya. Mungkin sbb keputusan UPSR nya hanya dpt A utk BM dan Sains (which is her favourite subject). Kami bersyukur dgn segalanya krn kami tahu keupayaan anak2 kami… Yg penting its not below our expectation…

Abang - tahun 5
Aritu katanya taknak jadi pengawas lagi dah, tp last minute dia change his mind. Takpe, ibu ngan ayahnya follow jer. Bukannya benda yg x elok pun kan….  Sbb aritu masa ckp ngan cikgunya dia x nak jadi pengawas, cikgu ada gak sound yg sumer tu di ambil kira klau nak ke sekolah asrama nnt…. Semoga dia terus aktif dlm ko-ku dan berjaya dlm pelajaran.

Ammar - tahun 2
Alhamdulillah, ammar dpt naik kelas. Walaupun ada komplen dr cikgu kelas nya, tp dia berjaya juga especially subjek peberet dia – matematik. Boleh percaya tak, dia adalah lambat dlm mengeja tp part2 kira mengira ni mmg dia terer. Same as kakak yg minat maths.


Buku, peralatan, persalinan, yuran sekolah utk empat orang anak – 2 menengah, 2 rendah (kebangsaan + agama). Boleh korang imagine RM yg diperlukan? Alhamdulillah….. rezeki dari Allah utk kita menjaga amanahNya tak perlu di pertikaikan dan di ragui… Pasti akan ada… Yg penting berusaha tanpa putus asa… Amiinnnn....













20140101

++ Teaser: BIG Re-Union of MGS Klang ++



ATTENTION GIRLS Ladies .......

1924 - 2014 : 90 tahun yang penuh gemilang.

YOUR TIME IS NEEDED AROUND APRIL or MAY will announce once confirm.

Masanya sudah tiba untuk kita berkumpul beramai-ramai. We name it as GALA NITE.

Jumpa anda semua di sana!!!!!!











20131231

++ Cruise Tasik Putrajaya ++

Hari Krismas aritu bawak anak2 naik cruise kat Putrajaya.

Huh, 1st time kami sampai.... sian kan????

Beli tiket pukul 1, time lunch, dapat naik pukul 2.15 after lunch.

Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat: 10 pagi hingga 6 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah: 10 pagi hingga 7 petang

Ada dua jenis bot. Satu tu perahu yang boleh muat 7 orang. Ngam-ngam utk kami sekeluarga. Tapi kanak-kanak di bawah umur 3 tahun tak dibenarkan naik.... Hampalah....

Tapi kami naik bot lagi satu tu ada aircond - passenger cruise. Huiii.... ramai betul orang.... penuh.

Harga tiket terkini boleh klik kat sini yea.... Tapi kami dpt diskaun aritu sbb krismas... walaupun tanpa pakej famili, sbb w/o pakej lagi jimat selepas diskaun tu. Kami jimat almost 35% dari harga tiket sebenar utk 4 dewasa, 2 kanak-kanak.




























20131230

++ Perjumpaan Keluarga Haji Omar & Munirah ++







Ahad, 29 Disember 2013.

Lokasi: Lot 5641, Jalan Sukepi, Jenjarom, Selangor.

Ekceli, ini adalah sebelah hubby akk. Susur galur keluarga sebelah arwah abahnya - Azaman.

Akk tak reti nak kira anak akk ni generasi ke-6 @ ke-5. Tapi rasanya ke-5 kot....

Cer korang fahamkan....

Anak-anak akk ---> encik hubby, Fakri Anuar ---> arwah abah, Azaman ---> arwah atuk, Kassim ---> arwah moyang, Samsuri ---> arwah Haji Omar.

Nak tahu lebih lanjut lagi? Meh klik kat sini. Ustaz Jamil ni adalah orang yg bertanggungjawab mencari dan mengumpulkan keturunan keluarga Haji Omar nih. Syabas Ustaz!

Perjumpaan ni adalah kali ke-3. Pasni tak tau pulak kat mana diaorang nak gather. Kot dedekat sini boleh ler kami join....