Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20130529

++ My Lavender Fashion Gallery ++

Dimiliki sepenuhnya oleh adik akk, Baharudin dan isteri, Aida Maizuriani.

Kedai yang terletak di Wisma MAIS, Seksyen 3 Shah Alam (belakang McD) ini menjual pelbagai pakaian kontemporari moden untuk wanita dan muslimah yang vogue dan terkini.

Silalah berkunjung ke sana. Dibuka dari 9 pagi hingga 8 malam.

Kedainya terletak di sebelah Hotel dan juga Dobi Pink. Ground Floor jer.... 

Korang klau nak tengok new arrival stock boleh ler gi jenguk kat fb - My Lavender Fashion Gallery. 













20130527

++ Pemergian Si Kecil ++

Semalam, 26 Mei 2013, kami sekeluarga mengucapkan kesyukuran kerana anak sulung arwah along telah selamat melahirkan anak utk kali kedua.

Bertambah bersyukur kerana dia melahirkan twin baby, kedua-duanya lelaki....

Tetapi, panggilan telefon di pagi hari 4.50 pagi 27 Mei 2013, membuatkan akk sedikit terkesima. Salah seorang baby kembarnya telah menyahut panggilan Illahi.

Hanya 13 jam sahaja keizinan yang diberikan olehNya utk kedua ibubapanya utk peluk cium anak nya itu....

Walaupun kami telah mendapat perkhabaran mengenai kekurangan baby itu semenjak di trimester kedua kandungannya, tapi sebenarnya kami mengharapkan baby tersebut akan mempunyai kekuatan utk menempuhi rintangan lebih lama sedikit....

Tapi apakan daya, semuanya telah tertulis.... kami redha krn ini adalah yg terbaik buat dirinya....

Al-fatihah....






20130517

++ SELAMAT HARI GURU ++

Menjadi jemputan di hari guru MGS Klang - terima kasih.

Saksikan bagaimana cikgu2 di 'dera' oleh anak murid tapi di layan oleh cikgu2 dgn sporting nya....