Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20100831

++ 53 tahun ++


1Malaysia Menjana Transformasi

MERDEKA !

MERDEKA !

MERDEKA !

Huiihh.... patriotik sungguh akk tahun nih....

Ada pacak bendera kat mana2?



20100830

++ Tragedi Memasak ++

Last Mon dgn gigihnya akk memasak utk buka puasa.

Yg sebenornya, mood rajin telah meresap masuk. Tu yg berkobar-kobar nak memasak tuh....

Cam biasa, sampai umah pkl 6.30 and above. Tadi dah pesan kat hubby utk membeli bahan2 nya. Pastuh kol kakak suh prepare apa2 yg dia boleh prepare sket...

Sampai jer umah, terus BERTUKAR!!!! Cam citer superhero plak....

Potong sayur, jerang air, sediakan rempah ratus..... Dah siap, mari kita tenggek atas dapur.....

Lalala..... leh cuci pinggan mangkuk lah sementara tunggu juadah ku masak....

Tengah syok cuci pinggan, toleh tengok kat periuk atas dapur tu, cam senyap sunyi jer, takde bunyi menggelegak pun....

YA RABBI!!!!!!!!!

HUBBY!!!!!!! Dgn spontannya menjerit kat hubby yg tengah tengok tv syok2 kat depan ngan anak2....

Tegezut giler hubby ku sekejapan....

Apahal nyer?

Uwaaaa...... gas abis!!!!!!

Waktu telah menunjukkan pukul 7.05 ptg..... Bila lah juadah ku nak siap nih.....

Sekejapan.... zasss..... hubby amik tong kosong gi kedai....

Sib baik ler hubby ku ada. Klau tidak, mmg akk menangis ler terkilan tak dpt siapkan juadah buka puasa ptg tuh....

Akk masak apa?

Laa.... tak bagitau ke tadi? Masak mee kari.....

Sib baik ler kedai dekat.... Ngam2 abis mengaji, sumer pun siap sudah.....

Burrpppp.... kekenyangan..... my anak bujang kecik yg tolong abiskan.... memuji2 sungguh dia kesedapan mee kari ibunya.... ahaks.....




20100828

++ Juadah Buka Puasa ++

Telah saya bilang pd hubby saya yg juadah utk buka puasa di beli shj....

Saya selalunya sampai di rumah dlm pkl 6.30 ptg ke atas. Mmg tidak akan cepat drp itu....

Itu adalah standard time klau jalan tak sesak.

Tau ajelah jalan kat Pkg nih. Tambahan pulak klau ada sebiji lori kontena rosak, mmg ler jammed 1 km.....

Jadi, utk tdk saya rasa terkilan dan anak2 serta suami tertunggu2 hidangan yg perlu saya masak, the best way is membeli shj juadah berbuka....

Anak2 pun ada citarasa mrk sendiri. Biarlah mrk merasa mkn benda2 yg mrk inginkan setelah sehari berpuasa.... Motivator sket....

Hidangan bersahur jer saya akan masak.... Gigih akk bangun pagi utk memasak, u.....

One of my fren lagi best..... Ptg beli lauk-pauk utk berbuka sekali terus utk bersahur punye....

Alah... masing2 punye timing lah, kann.... Asalkan hubby dan anak2 tak komplen, apa ada hal... not a big matter....

Ada jugak yg dgn besar hati dan berbangga. Aku balik sempat lagi memasak utk famili utk juadah buka puasa..... Alhamdulillah, bagus ler begitu.... Tengok jugak situasi nyer bgm. Mungkin dia pergi dan balik kerja, suami yg memandu. Dah tentu2 tak letih, kan.... Sementara suami tengah drive, wife boleh ler memikirkan nak masak itu, ini.....

Anw, just wanna wish.....

SELAMAT BERBUKA PUASA

JANGAN MEMBAZIR

JAGA NAFSU BILA KE BAZAR RAMADHAN

INGAT PADA MRK YG KURANG BERKEMAMPUAN

SENTIASA BERSYUKUR PADA KURNIAAN ILLAHI





20100827

++ Selamat Hari Lahir ++


Genap 12 tahun yg lalu tepat jam 1.40 pagi, lahirlah zuriatku yg pertama...

Dilahirkan di GH Klang dgn berat 3.2 kg.

Qistina Nurjieha = Keadilan Cahaya Dunia

Alkisahnya, ibu ngan abah berebut nak bagi nama.... Maklumlah anak sulung. Sib baik tuk nenek tak masuk campur....

Ibu dah ada nama sesiap, tapi abah nak letak nama lain. So, ibu mengalah. Tapi, nak jugak nama qistina.... biar jadi kakak yg adil kpd adik2nya.... insyaALLAH....

Kakak adalah satu2 nya anak yg menghisap puting. Tapi tak lama, coz ada satu hari tu, mulut dia pecah2 - panas dalam - start dr itu dia x hisap puting dahhhh.....

Yg paling kerap bangun pepagi buat mengejutkan ibu ngan abah. Pastuh nak kena layan sekejap baru boleh tido balik.....

Dia adalah yg paling cepat buang botol susu dan tak pakai pampers..... Umur dua tahun dia dah bijak nak gi bilik air. Senang ibu ngan abah tak yah beli susu ngan pampers byk2....

Mendoakan yg terbaik buat dirinya. Berjaya di dalam hidup, dunia dan akhirat.





20100826

++ Nuzul Al-Quran ++

** Kredit kepada Ibnismail.wordpress.com **

Peristiwa Nuzul al-Quran adalah antara perkara penting yang harus diingat dan direnung Muslim kerana bermula dengan peristiwa itu zaman jahiliah (kegelapan) telah disinari cahaya, kesesatan digantikan kebenaran dan umat yang hidup bertuhankan hawa nafsu berubah bertuhankan Allah Yang Esa.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW perlu diingati dengan penuh keinsafan oleh umat Islam. Al-Quran mengandungi lebih 6,000 ayat adalah himpunan wahyu dan kitab panduan terakhir daripada Allah, diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun kepada Rasul-Nya, Muhamad supaya menjadi petunjuk kepada seluruh umat.

Waktu penurunan al-Quran adalah mengikut perancangan dan ketentuan Ilahi. Sesuai dengan kitab itu yang sungguh mulia, Allah juga memilih penghulu segala bulan yang terkenal dengan bulan keampunan, rahmat dan keberkatan iaitu Ramadan untuk menurunkannya. Firman Allah bermaksud:

“Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada pembeza (antara yang hak dan batil).” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Perlu kita ketahui juga, Nabi SAW menerima wahyu daripada Allah SWT dalam pelbagai cara dan keadaan antaranya ialah :

1. Malaikat memasukkan wahyu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW tidak melihat sesuatu pun, hanya berasa ia sudah berada dalam kalbunya.

2. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW berupa lelaki yang berkata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal kata-kata itu.

3. Wahyu datang seperti gemerincingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi SAW. Kadangkala pada keningnya keluar peluh walaupun ketika itu musim sejuk. Ada kalanya, unta yang Baginda tunggangi terpaksa berhenti dan duduk kerana berasa amat berat apabila wahyu itu turun.

Selain itu, kenapa Allah SWT turunkan al-Quran secara beransur-ansur ? Sudah tentu menpunyai hikmah-hikmahnya tersendiri. Antara hikmah al-Quran diturunkan secara beransur-ansur itu ialah :

Lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang tidak akan melaksanakan suruhan dan larangan jika diturunkan sekali gus dengan banyak.

Antara ayat itu ada yang nasikh dan mansukh, sesuai dengan permasalahan waktu itu. Ini tidak dilakukan jika al-Quran diturunkan sekali gus. (Ini menurut pendapat yang mengatakan ada nasikh dan mansukh). Turun ayat sesuai dengan peristiwa yang berlaku lebih mengesankan dan berpengaruh di hati.

Memudahkan penghafalan. Orang Musyrik bertanya mengapakah al-Quran tidak diturunkan sekali gus seperti disebut dalam al-Quran yang bermaksud: “Mengapakah al-Quran tidak diturunkan kepadanya sekali gus? Dijawab dalam ayat itu sendiri: Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu.” (Surah al-Furqan, ayat 32)

Ada antara ayat itu jawapan daripada pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau perbuatan seperti dikatakan Ibnu Abbas. Hal ini tidak dapat terlaksana jika al-Quran diturunkan sekali gus.

Sehubungan itu, peristiwa Nuzul al-Quran harus dihayati umat Islam kerana ia menjadi asas keimanan terhadap al-Quran bahawa ia adalah kalam Allah. Bahkan, ia dilihat asas utama dalam pengakuan umat Islam terhadap kerasulan Nabi Muhammad SAW serta keyakinan Islam itu agama benar, satu-satunya agama yang diredai di sisi Allah.



20100825

++ Hijab ++

Berhijab....

Ramai wanita yg berhijab slps berkahwin.... Alhamdulillah....

A few friend of mine.... Masa anak dara bertudung, pastuh bukak, tapi lepas kawin pakai balik.... Bagus le tu.....

Tapi, ada beberapa pihak pernah meluahkan rasa tak puas hati dgn cara berpakaian org berhijab nih.

Ada yg mempertikaikan, knp dah bertudung mesti pakai seluar pastuh baju masuk dlm..... tidakkah itu menampakkan punggung yg sepatutnya ditutup?

Ada jugak yg pakai tudung, tapi bila angin bertiup maka akan kelihatan lah rambut yg diikat (dlm erti kata lain, takdak anak tudung).

Ataupun bertudung, tapi pakai baju lengan pendek suku jer....

Ada jugak yg bertudung, tapi baju ya rabbi ya tuhan..... fit giler tuh.... menampakkan figura tubuh yg menggiurkan....

Ada jugak yg pakai baju kurung moden, cantik di pandang mata. Tapi bila tengok tang kain nya, emmm... belah sampai nampak lutut gitu.....

Itu dr perspektif pandangan oranglah..... walaupun sebenarnya mmg begitu cara pemakaian wanita berhijab di Msia skrg nih....

Takpe, masing2 nyer pendirian.

Wanita skrg adalah wanita berkerjaya, mungkin ada etika pemakaian yg kita tak boleh nak elakkan.... Cam yg kerja kat fast food restaurant tuh.... Sumer pakai tudung pun kena tide-in baju, kannnn.... Dah gitu etika uniform mrk.

Dan..... ada jugak yg pertikaikan mrk yg berpurdah..... Tutup semuanya kecuali bahagian mata shj...

Klau di renungkan kembali, kita klau sembahyang pun, pakai telekung, bahagian muka masih lagi kelihatan. Knp berpurdah perlu tutup muka hanya nampak mata shj? Bukankah dr mata itu adalah bermula segalanya.....

Akk pun tidak lah perfect.... Tapi, alhamdulillah..... Masih belajar lagi... Utk diri sendiri dan juga utk anak cucu nnt...

Oppsss.... ini hanyalah satu pandangan yg terlintas kat kepala ni shj....

Bila kita berniat utk memakai tudung, kita tidak lah hanya memakai semcm ianya satu trend pulak. Mcm fesyen masakini.... Ini krn kita juga perlu tahu dos and dont utk melengkapkan niat berhijab itu tadi....

Wallahua'lam......

Bak kata Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah - anda buat, anda dapat.....





20100824

++ Buffet Ramadhan ++

== KREDIT TO SENSASI SELEBRITI [WWW.BUDIEY.COM] ==

PERKEMBANGAN PENSIJILAN HALAL KEPADA HOTEL MELALUI JAKIM SEPANJANG 10 RAMADHAN PERTAMA 1431H
Ini maklumat baru yang dikirimkan oleh JAKIM kepada Budiey. Harap kalian baca dan teliti betul-betul ya. Dan sebarkan link ini kepada kawan-kawan dan sedara mara.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menjalankan pemantauan terhadap 34 buah hotel yang menawarkan sajian “Bufet Ramadan” bermula pada 1 hingga 10 Ramadan 1431 Hijriah di beberapa buah negeri di Malaysia.

Kesemua pemeriksaan dan serbuan tersebut telah dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur, Pahang, Selangor dan Kedah. Hotel-hotel tersebut meliputi hotel 5 bintang, 4 bintang dan 3 bintang ke bawah.

Dalam pemeriksaan tersebut, sebanyak 2 buah hotel telah memperolehi sijil halal Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Penemuan turut mendapati sebanyak 34 buah hotel telah menggunakan istilah Buffet Ramadhan dan 24 buah hotel didapati menggunakan bahan yang diragui halal.

Tujuan pemantauan ini diadakan adalah untuk memastikan premis berkenaan menyediakan makanan halal yang mematuhi hukum syarak. Di samping itu juga, ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pihak berkenaan terhadap tanggungjawab dalam penyediaan makanan halal kepada pengguna Islam.

Hasil pemantauan tersebut, didapati 70 peratus daripada keseluruhan premis berkenaan tidak memenuhi keperluan piawaian Pensijilan Halal Malaysia. Promosi buffet Ramadan yang ditawarkan adalah jelas tidak menepati Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975.

Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah yang berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan (loading bay) dan stor penyimpanan.

Walau bagaimanapun, kesemua pihak premis memberikan kerjasama dan maklumbalas yang baik di sepanjang proses pemantauan ini dijalankan. Pihak premis juga menyatakan minat dan kesediaan untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)

JAKIM akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bersama KPDNKK kepada hotel-hotel ini pada setiap hari sepanjang Ramadhan. Oleh yang demikian, semua pihak hotel diingatkan agar tidak menyalahguna terma Buffet Ramadhan yang boleh memberi kekeliruan kepada pengguna yang mengunjungi hotel bagi berbuka puasa. Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan istilah Buffet Ramadhan merupakan perbahasaan halal dan ianya boleh diambil tindakan sekiranya terdapat penyalahgunaan.

Sementara itu, sepanjang 10 Ramadhan pertama ini, JAKIM telah menerima sebanyak 16 permohonan daripada hotel-hotel seluruh Malaysia. Daripada jumlah hotel tersebut, sebanyak 9 hotel telah memperlengkap dokumen dan sedang diproses dan sebanyak 7 hotel masih belum melengkapkan dokumen mereka. Manakala sebanyak 2 hotel telah diberikan sijil halal dalam tempoh 10 Ramadhan ini. Hotel-hotel tersebut adalah JB Central, Johor dan Pearl International, Selangor.

Suka JAKIM mengingatkan kepada pemohon yang memohon secara on-line agar segera menghantar dokumen sokongan mereka bagi mengelakkan permohonan mereka ditolak secara automatik oleh sistem e-halal sekiranya melebihi 5 hari permohonan.

Seterusnya, JAKIM ingin memaklumkan bahawa mana-mana permohonan (produk/ premis/ rumah sembelih/ logistik) boleh mengemukakan permohonan kepada JAKIM / JAIN.
JAKIM juga amat menghargai kerjasama pihak Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) yang telah mewar-warkan senarai hotel yang telah diberikan pensijilan halal oleh pihak berkuasa negeri kepada pihak media untuk makluman orang ramai.

Sehubungan dengan itu, JAKIM menasihatkan pengguna Islam supaya berhati-hati memilih makanan halal dan mengelakkan daripada perkara yang was-was seperti sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Yang halal itu sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas, di antara kedua-duanya ada beberapa perkara yang belum jelas hukumnya (syubhat)”.HR Muslim dan at-Tirmizi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pensijilan halal JAKIM serta senarai pemegang sijil halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM, orang ramai bolehlah melayari laman web halal JAKIM di http://www.halal.gov.my/.

Atas jasa baik pihak media dalam mewar-warkan perkara ini kepada para pengusaha hotel di Malaysia khususnya dan masyarakat Malaysia amnya amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

STATISTIK HOTEL YANG MEMPROMOSIKAN BUFFET RAMADHAN YANG TIDAK MEMATUHI PIAWAIAN HALAL MULAI 1 RAMADHAN SEHINGGA 10 RAMADHAN TAHUN 2010

1.ONE WORLD HOTELFIRST AVENUE
Bandar Utama City Center47800, Petaling Jaya

2.BISTRO & THEATRE RESTAURANT
139, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC)Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur

3.IMPIANA KLCC HOTEL & SPA
No.13 Jalan Pinang50450 Kuala Lumpur

4.HOTEL EQUATORIAL (M) SDN BHD
Jalan Sultan Ismail, 50250Kuala Lumpur

5.PUTRAJAYA SHANGRI-LA
Jalan Putra PerdanaTaman Putra PerdanaPrecinct, 62000 Putrajaya

6.HOTEL NIKKO KUALA LUMPUR
MTJ Development Sdn. Bhd165,Jalan Ampang, 50450Kuala Lumpur

7.SHAH’S VILLAGE HOTEL
3&5, Lorong Sultan, Peti Surat 11546719, Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

8.PRESCOOT INN KAJANG
Wisma Metro KajangJalan Semenyih43000 Kajang Selangor

9.LAGENDA CUISINE SDN BHD(PRESCOTT INN KAJANG)

10ORIENTAL CRYSTAL KAJANG
Lot 13, Jln S10/3, Section 10,Off Jalan Bukit 43000 Kajang Selangor

11.RESTORAN TUPAI-TUPAI
Lot 1513 Kg. Sg. TangkasBt. 18, JalanBangiKajang, 43000Selangor

12.EASTIN HOTEL PETALING JAYA
13, Jalan 6/11Pusat Dagang Seksyen 16, 46350,Selangor Darul Ehsan

13.CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR
2, Jalan Sultan Ismail50250, Kuala Lumpur

14.NOVOTEL K.L CITY CENTER(CONCIERGE-DEPT)
2, Jalan Kia Peng, 50450,Kuala Lumpur

15.BANGI GOLF RESTAURANT
Bangi

16.CITITEL MID VALLEY
Mid Valley CityLingkaran Syed Putra59200 Kuala Lumpur

17.KANPEI RESTAURANT
Eminent Pedestal SdnBhdLot L1, Lobby Micasa All Suite Hotel368-B, Jln 1/68F, Off JalanTunRazak50400 Kuala Lumpur

18.THE ZON ALL SUITES RESIDENCES
161-D, JalanAmpang, 50450Kuala Lumpur

19..THE ROYALE BINTANGKUALA LUMPUR

20.R & B SERVICESBERJAYA TIMES SQUARE HOTEL
1 JALAN IMBI, 55100, KUALA LUMPUR

21.THE SAUJANA KUALA LUMPURSAUJANA RESORT
Jalan Lapangan Terbang SAAS40150 Shah Alam, Selangor

22.HILTON KUALA LUMPUR
3, Jalan Stesen Sentral50470 Kuala LumpurP.O. Box 11815, 50758Kuala Lumpur

23.LE MERIDIEN
2,Jalan StesenSentral,Kuala Lumpur50470 Kuala Lumpur

24.THE REGENCY HOTEL
No.3, Jalan Raja Alang50300 Kuala Lumpur



20100823

++ Penyakit Malas ++

Mmg sesungguhnya semenjak dah byk umur ni (cewah!), kedatangan Ramadhan begitu terasa di kalbu....

Ketenangan Ramadhan sememangnya tiada di bulan2 lain....

Alhamdulillah syukur.....

Apatah lagi dgn meningkatnya usia anak2. Dulu kakak sorang, kmdian berdua dgn Sya, tahun ni bertiga pulak dgn Abang....

Jadi, cabaran utk memastikan anak2 berbuka, bersahur dgn teratur amatlah dirasai... Kena pastikan makanan yg dimasak menepati citarasa mrk bertiga. Citarasa makpak nya dah kureng di ambil kira, walaupun citarasa hubby itu adalah harus dipenuhi....

TETAPI...... tak tahulah knp, tahun ni akk rasa mcm malas jer....

Selalunya berkobar2 utk menjahit baju dan langsir bila tiba jer bulan puasa. Tapi tidak pd kali ni....

Main reason adalah krn dah patah hati tengok mesin jahit dan mesin jahit tepi tuh.... Ari tu antar gi maintenance, ingatkan utk dpt kan better result, rupa2nya hampeh.... Hancur luluh hati ini....

So, bagitau kat hubby, kain langsir yg dah dibeli tu mungkin tahun depan ajer lah berganti baru.... Baju kurung ngan baju melayu dah pun ditempah (itupun last minute)....

But main reason why ialah, akk dah tua!!! Oppsss.... dah byk umur......

Oleh krn itu
\ /
\ /
\ /
\ /
\ /
\ /
\ /
\ /
\ /
\ /
\ /
\ /
\ /
\ /
\ /
\ /
\ /
\/
Sendiri mau ingatlah!!!!!!!!!!




20100821

++ Penerangan ++

Tau tak knp akk feel so down last Mon?

Masa antar anak kat umah my parents that morning, pak aji tengah dok kat dapur. Mukanya mcm tengah menahan sakit. Mmg since Sat dia demam....

Tanya kat dia knp...

Dia bilang, yesterday (Sun) dia ada gi spital ngan my younger brother, Badli. That Mon morning pun nak kena gi again. Takde lah pulak dia bilang knp.

So, dah t/hari kol my adik, tanya hows thing going on.....

Dia bilang pak aji kena masuk tiub utk buang air kecil....

HAH???????

What happened actually?

My adik bilang, since Mon night tu, pak aji tak boleh buang air kecil..... Kesian nye.....

Ptg masa amik anak, pi lah tengok pak aji sat....

Kesiannye my father.....

Mak ajah citer, masukkan tiub tu pun lepas my adik bertekak ngan doktor kat ED, GH Klang. Maunya budak tu tak bertekak. Dahlah org tua tu tak buang air the whole night, boleh pulak doktor tu bilang dtg lagi a few days utk jumpa specialist.....

Huh, ilang akal..... Doktor tu nak suruh bapak akk meninggal kot..... My adik paksa jugak doktor tu buat something.... Hah, itulah di pasang nye tiub tuh....

Itupun nnt 2nd Sept nak kena dtg lagik appointment ngan specialist.....

Sedih betul tengok pak aji camtu. Dia duduk pun tak senang dah.... Jap bangun, jap duduk.... Duduk pun cam x selesa jer....

Doktor bilang, pak aji takleh buang air kecil coz prostat dia dah bengkak.... And prostat yg bengkak tu menekan pundi kencing. Bila pundi kencing ditekan, maka aliran air kencing tak sempurna.....

Semoga segalanya dipermudahkan utk beliau.....




20100819

++ Bengkak Prostat ++

Prostat ialah organ bersaiz sebesar kacang walnut yang terletak di dalam pundi kencing di hadapan rektum. Ia dikelilingi urat (fibrous tissue) disebut kapsul prostat.

Salur kencing pula melalui prostat untuk ke pangkal pundi kencing. Tisu prostat menghasilkan antigen prostat khas dan enzim bersusu yang bergabung dengan air mani bagi membentuk air mani.

Apabila BPH terjadi, saiz prostat yang membengkak akan menekan salur kencing. Ia menghalang perjalanan urin daripada pundi kencing dan menyebabkan urin kembali ke pundi kencing. Keadaan ini menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kencing.

Rawatan setiap pesakit itu berbeza kerana ia bergantung kepada keseriusan simptom yang anda alami dan bagaimana simptom itu boleh menjejaskan kehidupan harian anda.

Punca BPH
Tiada sebab tepat tetapi kerana penuaan, perubahan dalam nisbah hormon testosterone dan estrogen pada seorang lelaki itu menyebabkan prostat distimulasikan. Selain itu, penuaan menyebabkan kelenjar prostat menjadi lebih sensitif kepada penurunan hormon testosterone.

Kelenjar darah dalam kelenjar prostat pula menurun menyebabkan aliran darah menjadi abnormal dan kekurangan oksigen yang menyebabkan pertumbuhan sel distimulasi.

Komplikasi BPH
Masalah membuang air kecil akut – akan timbul rasa sakit untuk membuang air kecil. Bagaimanapun, bukan semua masalah ini disebabkan BPH.

Masalah jangkitan pundi kencing – menyebabkan salur kencing menjadi radang dan proses membuang air kecil sangat sakit. Ada kalanya mereka yang mengalami BPH perlu dibedah.

Batu karang – lebihan mineral yang boleh menyebabkan jangkitan, masalah pundi kencing, darah dalam air kencing atau halangan aliran air kencing .

Kerosakan pundi kencing – biasanya terjadi dalam masa yang lama kerana pundi kencing tidak dikosongkan secara sempurna. Dinding otot pada pundi kencing mengembang, lemah dan tidak boleh mengecut secara sempurna.

Kerosakan buah pinggang – boleh terjadi kerana kekerapan jangkitan dan masalah membuang air kencing yang akut.

Selain itu, BPH mungkin menyebabkan bengkak pada struktur pengumpulan air kencing (hydronephrosis) pada satu atau kedua-dua buah pinggang kerana urin bertakung di dalam buah pinggang.

Rawatan BPH
Pemerhatian – memerlukan pemeriksaan yang kerap bagi memantau masalah yang dihidapi.
Ubat-ubatan misalnya ubat penyekat (alpha blocker) boleh diambil secara oral dan bertindak merehatkan otot dalam prostat.
Pembedahan perlu dilakukan jika ubat tidak berkesan. Ada lima jenis pembedahan dan doktor akan menasihatkan jenis pembedahan yang sesuai mengikut keadaan pesakit.

Simptom BPH
* Aliran urin yang lemah
* Susah untuk membuang air kecil
* Kencing yang tersekat-sekat
* Kerap membuang air kecil
* Kekerapan membuang air kencing pada waktu malam
* Terasa terdesak untuk kencing
* Tidak boleh mengosongkan pundi kencing secara sempurna
* Darah dalam air kencing
* Masalah jangkitan pundi kencing


APA KES ???????



20100816

++ Less Entry ++

Bulan posa ni rasa2nya akan kureng ler entry sket....

Ntah knp cam takde semangat plak nak update citer2 yg terjadi..... dlm erti kata lain - MALASSSSSS!!!!!!

Itulah pasal.... setan sumer takdak, tetiba malas ler plak....

Lagipun dua tiga ari ni, cam down jer.... cam komputer, server down, maka system pun tak jalan ler....

Adalah pkr2 yg harus dipikirkan....

Nnt klau dah ok, kita bertemu lagi yea.....

Jangan marah, yea.... Dan jangan ler lupa dtg menjenguk lagi....




20100812

++ Ramadhan Sudah Tiba ++

Alhamdulillah.....

Sudah masuk hari ke-2 kita berpuasa.

Mengejutkan anak2 dua hari ni still no problem. Hopefully sampai ke penghujung mrk x buat perangai... Ntah2 ibunya pulak yg malas nak bangun plak, kannnnnn????? Ahaks....

Just wanna wish....

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

SALAH DAN SILAP HARAP DI MAAF KAN.

SEMOGA SEGALA IBADAH YG KITA LAKUKAN MENDAPAT BARAKAH.

PELIHARA SEGALANYA.... PERBUATAN, PENDENGARAN, PERCAKAPAN, PENGLIHATAN, HATI NURANI, NAFSU, DAN SEGALA NYA YG SEWAKTU DENGANNYA....

SEMOGA RAMADHAN INI BUKAN YG TERAKHIR BUAT KITA.... TAPI BUATLAH IBADAH SEOLAH-OLAH RAMADHAN TIDAK AKAN KITA TEMUI LAGI.....

AMINNNN......



20100810

++ Pasar Malam ++

Mlm isnin hari tu, gi umah my MIL. Nak amik cendawan.

Nearby ada pasar malam.

Huuiihhh... punyelah ramai umat manusia gi shopping.

Bukan sekadar shopping utk mkn2 saja, tp shopping utk preparation puasa yg ntah esok atau lusa bakal menjenguk...

Tapak pasar malam tu juga adalah tapak bazar ramadhan.

Mmg setiap thn kat situ penuh ngan hamba2 Allah yg berpusu2 membeli juadah berbuka puasa. Klau boleh mmg elakkan lah jalan tu time2 bulan puasa.

Akk masa kerja kat tempat lama dulu, mmg kena rempuh jalan tu. Ikut jalan lain jauh lah pulak.... Bila lalu kat situ, jammed semedang. Tension gak...

Tempat kerja skrg ni, isk... isk.. isk.... sob... sob... sob.... bos adalah tersangat kedekut nak bagi balik awal barang 15 atau 30 minit.... Udahnya pkl 7, paling cepat pun pkl 6.30 baru sampai kat umah. Nak gi bazar sure dah tinggal ujung2. Takpun org dah tutup payung nak balik.... Siannnn akk...

Spt biasa, mintak tolong kakak gi beli juadah yg ringan2.... Sbb on d the way balik, dia akan mll bazar tu...





20100805

++ Migrain Oh Migrain ++

Korang ada apa2 petua tak utk menghilangkan migrain?

Akk tak tahan ler bila migrain ni dtg menjenguk....

Arrghhhh..... TENSION nyer.....

Dah lah awal bulan. Nak kena siapkan akaun, dia pulak dtg menjenguk. Wrong timing sungguh ler....

HELLLPPPPP!!!!!!!

Jgn ckp akk tension ker hapa ker.... Coz w/o a notice, migrain boleh dtg menjenguk w/pun korang tak tension, tak berpanas, tak byk fikir.... kekadang time bangun tido pagi pun boleh kena jugak.... apa reason???????

Mrk yg dah pernah alami jer yg tau camana nak pecahnya kepala ni bila migrain attacked...

W/pun tak serius giler tahap gaban sampai nak hantuk2 kepala kat dinding, TAPI..... serius nak pecah kepala bila dia attacked..... boleh rasa cam kepala tu kembang kempis jer....
YA ALLAH YA TUHANKU..... tabahkan lah hatiku menghadapi dugaan mu ini....




20100804

++ Shopping Raya ++

Ahha.....

Dah bershopping raya kah anda?

Last Sat my hubby ajak gi shopping... Awal sket thn ni....

Baju melayu ngan baju kurung pulak tempah lambat. Last week baru nak hantar..... Sib baik ada tailor yg masih terima tempahan.

Alaa.... bukan byk pun shopping. Sesaja bwk anak jalan2, tu yg bershopping sekali tuh... Dptlah belikan baju sorang sepasang.... Uiiihh.... makpak pun nak jugak....

Kasut lom beli lagik.... Ingat nnt masa amik baju melayu, baru gi beli....

Kuih raya? Ari tu dah order sket.... Biskut 2 jenis jer... Anak2 akk kureng sket butter biscuit nih... Tengah tunggu price list kerepek dr kawan akk.

Biasalah, kuih2 raya ni, beli ikut tekak anak2 jer... Tekak makpak nye tak kisah... Maklumlah, nnt bila tak habis, kena anak2 jer yg abiskan..... itu ler motipnye.....

Tak tau ler bila ibunya ada masa nak buat kuih2 raya nih... Bizi jer kekonon semedang...

Tapi, frankly speaking.... thn ni tak taulah knp, rasa cam bizi jer.... langsir tak berganti, baju antor jer kat kedai... ishhhh.... pemalas betul ibu dia.... Bini sapa lah tu....

Korang sumer camana? Dah buat persiapan ker?



20100803

++ Karnival Sekampung ++

Organised by my children nyer sekolah last Sat - 31 Jul 2010.


Sekolah Kebangsaan Telok Gadong, Jalan Yadi, Klang.

Menunggu anak2 bangun. Dah bangun, menunggu plak ibunya menyiapkan kerja rumah sket.... Pkl 11 baru bertolak dr rumah.

Sampai kat sekolah, huuiiihhh.... dah penuh umat manusia. Pusing dua kali mencarik parking. Habih tepi jalan sumer penuh sudah.... Cakap kat anak2, kali ketiga ibu pusing takdak parking, ibu balikkkk..... Huahuahua.... mmg itu ler yg paling menyampah sekali klau bwk keta nih.... Sib baik lepas bagi warning jer kakak nampak satu parking. Park ler kat situ w/pun sedikit jauh...

Gi berempat jer coz Sya buat perangai - tak nak mandi. Ibu dah cukup time, delay kan pun dia masih tak nak mandi... Sudahnya good bye ler....

Pusing satu sekolah, gi sana gi sini.... Mcm2 ada.... rambang mata sampai tak tau nak makan apa.... My anak bujang kecik ada hati nak masuk rumah hantu... Ibu x bagik....

Nak menghabiskan 60 hinggit nyer kupon, punyelah susah.... Tanya abang, itu x nak, ini x nak.... Sudahnya ibu belasah beli apa yg terlintas di fikiran, apa yg ternampak depan mata.... Sumer pun tapau bwk balik coz yg kat umah tu nnt merajuk pulak....

Panas terik sungguh ari tuh.... Sib baik migrain x sampai.... Tapi rupa2nya abang x tahan. Mungkin mmg nak demam kot... Ari ahad berselimut satu hari - demam......













20100802

++ FASt ++

Blog cendawan akk......

Silalah klik sini.....