Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20110228

++ Rhesus Darah ++

Tahukah anda bahawa 90% wanita Asia memiliki rhesus darah positif. Hanya 2% wanita Melayu dikesan mempunyai rhesus negatif.

Pernah buat pemeriksaan darah?

Jika pernah, terutama wanita yang pernah mengandung, pastinya anda akan diberitahu, darah anda adalah A+ atau B+ etc...

Ketahuilah, bahawa anda tidak hanya perlu tahu kelas darah anda, A @ B @ O @ AB, tapi anda juga perlu tahu rhesus anda. Samada positif (+) atau negatif (-).

Nak tahu lebih lanjut? Klik sini





20110227

++ Bau Badan? ++

Masalah ketiak dan kaki berbau kadangkala merisaukan dan memalukan. Kadangkala ianya juga mengganggu orang lain.Kita rasa rendah diri dek kerananya.

Tetapi kita perlu ingat yang perpeluhan adalah sebahagian daripada proses tubuh dan kita perlu faham kenapa kita perlu berpeluh.

Tubuh kita mempunyai dua kelenjar yang menghasilkan peluh.

Maklumat lanjut, sila klik sini.....





++ Breakfast Pagi Minggu ++

Huiihhh.. semangat orang ala-ala baik dari demam....

Bangun pagi nih, tengok ada nasi belen semalam. Mari kita buat nasi goreng. Nasi tu dibahagi 3. 1/3 buat yg pedas, 2/3 buat yg biasa utk anak-anak....

Tengah sibuk2 masak n.goreng, tnampak pulak mee kuning yg my hubby beli dua hari lepas. Teringat pulak anak-anak bujang dua orang tu suka makan mee. Maka, buatlah mee hailam pulak...

Gambar? Tak teringat nak amik dik nun.... Maklumlah orang baru demam nih, apa yg terlintas kat fikiran jer...

So, inform my hubby, lunch will serve a bit late... Sementara tu, kita layan blog dulu... hehehe....






++ Terlepas 1st Meeting ++

Disebabkan akk tidak sihat semalam, akk adalah terlepas mesyuarat PIBG sekolah kakak.

Actually, sekolah Sya ngan abang pun buat mesy. the same day, but since kakak dah bagi borang dulu, maka kenalah gi sekolah kakak.

Tapi, unfortunately, pagi tuh kepala adalah sgt berat sampai nak bangun pun tak larat.

Sorrylah.... need to let go the meeting. Maybe next year boleh pegi kot.

Tapi, masa gi klinik t/hari tu, tengok mana-mana sekolah pun penuh ngan keta. Mmg kementerian pelajaran set PIBG meeting the same day ke?

Camana yg ada anak sekolah kat 2-3 sekolah? Finin kefala....

Parents pernah tak gi PIBG meeting? Camana situasi nye?




++ 39 Isteri? ++

Fuiyoooo..... cayalah!

Seorang lelaki - Ziona Chana, 66 tahun - memiliki 39 isteri, 94 anak, 14 menantu, 33 cucu menjadikannnya ketua keluarga terbesar didunia...

Tinggal di kediaman 4 tingkat yg mempunyai 100 bilik dibina di tengah-tengah kawasan berbukit Desa Baktwang, wilayah Mizoram di India.

Penyediaan makan malam memerlukan 30 ekor ayam, 66kg kentang, 110kg beras.

Anak lelaki sulungnya, Parliana, 50 tahun, juga telah berkahwin dgn dua isteri dan mempunyai 13 anak.

Mereka menganut fahaman yg dibawa oleh datuknya sendiri, yg membenarkan lelaki berkahwin dgn seberapa ramai wanita yg mereka kehendaki.... Juga mempunyai seramai 4,00, orang pengikut.


Sumber: Metro Ahad, 27 Februari 2011




++ F Y I ++

For Your Information - All Readers...

Minta maaf seharian tiada entry....

Tuan rumah adalah tidak sihat seharian ini. Hanya berkelubung di bawah selimut di dalam bilik tanpa kipas angin dibenarkan berpusing....

Kepala ni dah cam di awang-awangan setelah menelan pil demam, selsema, batuk dan kahak serta pil pening kepala.

Bangun ni sebab teringatkan anda semua yang kasihan datang menjenguk tapi tiada entry untuk dibaca.

Harap maklum....

Akan kembali bersiaran setelah segalanya kembali normal....

Terima kasih. Sila kembali lagi.





20110225

++ A Thought To Share ++

Watch your thoughts, for they become words.

Watch your words, for they become actions.

Watch your actions, for they become habits.

Watch your habits, for they become character.

Watch your character, for it become your destiny.

- Anonymous.




20110224

++ Saya Nak! Saya Nak! - The Real Segmen ++

Ini utk yang dah join segmen ini.....

Ok .. segmen ni memerlukan kreativiti korang sebagai seorang blogger .. Mana mana entri yang terhasil akan diletakkan di entri sticky post sehingga malam karang .. Wah.. lama tu... Promosi gitu ..

Ini peluang pada korang untuk membuktikan bahawa blogger adalah kreatif sebenarnya .. Bukan sekadar mengarut di tepi jalan .. okeh ? Jadi buat dengan menarik gitu .. :)

Bagi yang berminat ... sila buat satu entri khas :

1) Tajuk : TUAN DIREKTOR ! PILIH KASIH EH !! dan linkkan ke entri ini ..

2) Sila hasilkan sebuat cerita (tamo lucah okeh ! ) .. tak kira dalam bentuk dialog atau apa saja .. Yang penting dalam perlu ada watak ! Watak watak perlulah dipilih di SINI .. Korang dah tengok kan dua contoh yang ada semalam ? Kalau takde idea , boleh rujuk entri INI atau entri INI .. Tapi jangan sampai ada yang terasa hati atau menghiris jiwa ! Amaran ni... aku tak bertanggungjawab tau !

3) Senaraikan pelakon pelakon pilihan korang ... Amik di BENASHAARI2 .. Beri nama blogger dan linkkan ke blognya
a) 1 PELAKON LELAKI ( HERO ) - nama blogger (cth BEN )
b) 1 PELAKON WANITA ( HEROIN )
c) 1 PELAKON SEBAGAI AYAH
d) 1 PELAKON SEBAGAI IBU
e) 5 WATAK PENJAHAT
f) Cipta watak lain sekurangnya 3 watak ..

4) Amacam ... senang kan ???

OK.... itu jer.. kalau dah siap.. sila pastekan url korang di ruangan entri ni .. Ala.. senang je kan ???


Huhuhu..... mana larrr nak ku carik ide nih....






++ Alamak! Salah Hantar Daaa... ++

Nak tanya... korang pernah tak salah hantar sms?

Hihihi.... terjadi pada akk last week....

Selalunya bila akk balik, then ada barang2 dapur yg tak cukup, akk akan sms hubby suh tolong beli sbb dia pun on d way balik akan lalu kat kedai runcit tuh...

So, akk pun sms lah.... Siap bagi salam, pesan itu ini dgn penuh perasaan nye...

Tunggu punye tunggu, eh, eh, takde plak hubby ku ni membalas sms akk... takpelah, tunggu dia balik lah. Dia paham lah kot barang2 yg akk nak tuh....

Bila dia balik.... lenggang kangkung jer... tanya dia, tak beli ke? dia pun ngan konpiden jawab, belum..... Sudahnya, dek krn kesian ngan hubby, mlm tu kita orang makan telur goreng jer lah....

Sok pagi nya plak.....

Masuk jer opis, boss akk sudah senyum simpul sama akk... Akk pun senyum jer lah.... pastu dia panggil masuk bilik.

"Sal, semalam apa msg u bagi i?"

"Msg apa bos?" ngan muka blur....

"Ini msg lor...." sambil tunjukkan msg yg akk hantar utk hubby akk semalam....

Waduhhhhh!!!!! ngapa in aku boleh tersalah hantar kat bos aku nih...????!!!!!!

"Oh, no wonder my husband didnt buy the thing that i need... i wrongly sent to u...." ayat cover line....

"Apa lah u....." kena kutuk ngan bos....

"Sorry, bos..." muka seposen jer....

Huh, sib baik akk tak letak i lap u kat msg tu. Bisa jadik tebal 30 inci muka akk.... kahkahkah....

Dan selepas peristiwa itu, akk akan double check nama setiap kali akk menghantar sms.....




++ Jom Join Bloglist Pak Cek Biola ++

Tengah BW, tetiba nampak pak cek biola nak buat bloglist.



Syarat-syaratnya


1) Copy header blog Pak Cek Biola kat atas ni done

2) Pastekan header tersebut ke entri anda dan linkkan header tu ke entry ini.. done

3) buat satu entri ringkas yang bertajuk "Jom join Bloglist Pak Cek Biola.."
untuk kengkawan yang nak meramaikan teman via blog di alam maya, silalah join bloglist pak cek biola nih. mari kita meramaikan list dia, supaya dia ada keja nak buat setiap minit... hihihi... jgn marah....

4) Dalam entri itu,sila pilih anda ingin kategori yang mana, Blogku Hot, Blogku Chill, atau Blogku Style boleh tak pilih Blogku Sempoi? ok... ok.... in the list jer ek... akk pilih blogku chill...


5) Sila tag 3 kawan anda untuk join bloglist ini dan pastikan mereka tahu anda tag mereka.. akan akk inform mrk2 nih....
maria
faten
padlie

6) Sila follow blog ini terlebih dahulu untuk memudahkan kerja wan nanti.. done


7) Yang penting,bila dah siap entri korang,jangan lupa tinggalkan link entri korang ke ruangan komen entry ini. done


Tarikh tutup join bloglist ni : 31 MAC 2011, 11.59 malam










++ Saya Nak! Saya Nak! ++

Segmen yang time tutup nya tinggal lagi 1/2 jam..... dari BA lah apa lagi...


Ok.. satu segmen menarik kejap lagi.. Sapa yang berminat untuk menyertai atau berada dalam senarai pelakon yang bakal diarahkan oleh blogger sendiri , sila isi borang.. hehe.. camana nak isi borang ?

Sila buat satu entri khas :

1) Letak header BEN ASHAARI BLOG kautim

2) Tajuk SAYA NAK ! SAYA NAK ! dan linkkan ke entri ini .. kautim

Tutup ? Kul 12 tengahari ini !! Sapa cepat , dia senaraikan di BENASHAARI2 dan selepas itu segmen kita bermula.. hehe...

Tinggalkan url link korang di ruang komen entri ini ..





++ Adakah Dia Kecewa? ++

Terbaca entry Eyriqazz mengucapkan tahniah buat temannya yg baru mendapat cahaya mata.

Teringat tentang kawan my hubby. Dia pun baru mendapat cahaya mata ke empatnya.

Alhamdulillah..... ibu dan anak sihat dan selamat.

Apa masalahnya?

Bukanlah masalah. Cuma.... keempat-empat anaknya adalah perempuan!

Masa isterinya mengandung anak ketiga dulu, dia mengharapkan anak lelaki, keluar perempuan jugak. Sekarang ni yg ke-4 pun perempuan jugak.....

Mungkin dia kecewa? ohhhhh..... itu saya tak pasti. tapi mungkin juga....

Sebab mereka suami isteri pun dah late 30's.... mungkin ini yang terakhir.... tapi siapa tahu, rezeki masing-masing.... mungkin selepas ini isterinya mengandung lagi dan dapat anak lelaki. Only God knows!!!

Anw, nak ucapkan tahniah buat Encik Mie dan isteri...

Psst... psst... anak itu rezeki dari Allah. Lelaki atau perempuan pasti ada hikmahnya tersendiri...




20110223

++ Blog La Dolce Mucux ++

http://ladolcemucux.blogspot.com

Bicara di sebalik aku dan keyboard.

Suka tengok blog cik mek nih.

Background dia ada gambor love.... jiwang gitu....

Cerah dan ceria jer blog nye.

Tengkiu!!!!




++ Blog Maria Sydney ++

http://mariasydney.blogspot.com

Puan empunya blog nih adalah ex-kollig akk masa kat shipping co. dolu-dolu.

Nak tau kenapa nama dia 'sydney' kat bakang tuh, kenalah tanya dia.

Wa puh che tau....

New-bies to blog environment.




++ Blog Maha Mahu ++

http://mahamahu.blogspot.com

Berb1og Ber!mag!nas! Berkreat!v!t!

Sambil blogging sambil berimaginasi dah tentu kreatif!

Kengkawan pun boleh iklankan perniagaan anda di

http://advsinfo.blogspot.com

Tengkiu!!!




++ Header ++

Akk ni kan, bukannya terer sgt bab-bab IT nih....

Blog ni timbul pun sbb main hentam sokmo jer apa yg ada.

Jeles gak tengok blog adik-adik sumer ada header yg cantik-cantik belaka. Letak gambor cun, hensem.... oh, utk org muda boleh ler letak gambor, akk ni dah tak berapa muda... uhuks.. uhuks...

Entah bila lah blog akk ni nak ada header yg cantik dan sesuai, kan?

Ada sesapa nak tolong?




20110222

++ Misi Terbengkalai Seketika ++

Ari tu akk beriye-iye sungguh gi terjah blog-blog follower akk....

Dapat entry cuma 3 jer, pastuh stop...

Bukan stop yea. Cuma masa belum mengizinkan lagi.

Akan akk singgahi semua blog follower akk.

Korang jgn kecik ati plak. Mekaseh...





20110221

++ KWSP ++

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau Employee Provident Fund (EPF).

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010, KWSP mengumumkan dividen sebanyak 5.8%!

Yeeehaaaa..... tengkiu KWSP....

Ada tak di antara anda atau sesiapa yg anda kenali, bekerja tapi takde kwsp?

Fuyoooo.... tak bagus lah cenggitu. Sbb kita harus ingat, kwsp ni adalah simpanan hari tua kita.... Walaupun sikit potongan kita tetiap bulan, tapi itu adalah bahagian kita, ada lagi satu bahagian majikan. Kalau tambah dedua, lebih ler sikit....

So, jangan ingat pemotongan tetiap bulan tu adalah membebankan.... Mmg lah kita perlukan duit tetiap bulan, tapi mana lebih penting? Duit sekarang ni ke atau masa kita dah tua nnt, bila kita dah tak kuat utk bekerja?

Pastuh, kalau ada potongan tetiap bulan, pastikan kita dapat penyata setiap tahun. Kalau tak dapat penyata, pi check ngan ofis kwsp. Manalah tau, majikan potong kat payslip jer, tapi tak contribute kat kwsp... Kita tak tau, kannnnn......

Haaa... lagi satu ni nak bagitau.... Korang kalau ada buat part-time ker, atau temporary staff ker, korang adalah mempunyai hak utk dipotong caruman kwsp setiap bulan. Actually itu adalah polisi kwsp. Meaning, setiap orang yg dipanggil pekerja dan bekerja, mempunyai majikan dan menerima gaji atau upah, maka pemotongan kwsp adalah perlu dan wajib. Tapi, kalau korang rela utk tidak mempunyai tabungan di hari tua dan tidak melapurkannya ke kwsp, apo nak di kato laie...? kwsp tidak akan bertindak tanpa aduan.... so, be smart....

Tapi kan.... nak tanya... ada sesapa tak yg dah masuk public mutual? Yg amik sket, few % dr kwsp utk dilaburkan... boleh tolong explain sket tak? akk ni still blur lah.... makin byk umur ni, makin slow sket....






++ Takde Orang Kat Umah Ke? ++

Assalamualaikum.... assalamualaikum....

Huh, takde orang jawab pun.... mana laaaa tuan rumah ni?

Pintu ngan tingkap bertutup. Sib baik la leh singgah lagik...

Errrkk... sori ler korang. Tuan punye blog nih, dah dua ari tak bukak pintu ngan tingkap umah. Gi ke laut..... huahuahua....

Sori, mmg nak hapdet blog, tapi keadaan komputer ni yg tak berapa mengizinkan. Dgn line yg tak berapa cun, slow giler.... Ide yg ada pun tiba2 slowwww jer nak ditaip keluar intipatinya...

Anw, mekaseh still ziarah blog nih....






20110220

++ Weekend Yang Sepi ++

Sbb kureng entry utk weekend nih....

Mlm tadi takde masa nak jenguk blog sbb gi kelas product. Utk biz akk. Sila klik sini....

Sampai umah pun dah tengah malam sbb kepenatan. Kan semalam ari persekolahan?

So, skang nih, sambil nonton HBO - Sherlock Holmes - sambil lipat kain, kita jeling-jeling kat blog jugak....

Petang ni tak dapat ler nak buat tea time rasanya.... anak-anak pun tengah dok sibuk main ngan kitty kat luar tuh....




20110219

++ Blog Gold A Zone 86 ++

http://goldazone86.blogspot.com

Blog seorang cikgu yang berasal dari Sabah dan sekarang ni pun mengajar kat Sabah jugak.... Awangku Johan

Tag: "Percubaan Pertama" - Pabila mendongak ke langit, rumput di bumi jangan dilupakan!!

Seorang guru yang aktif, dlm blog juga di sekolah.

Teringat pd arwah kakak akk - Samsiah.

Sebabnya arwah kakak akk pun belajar di tempat yg sama dgn Awangku Johan - UPSI. Tapi masa kakak akk belajar dulu still MPSI, then jadik IPSI, skang ni UPSI.

Cikgu, mekaseh jadik follower blog akk nih....





++ Blog Rinah Story ++


Akk dgn penuh bangganya mendapat follower ke-2, Rinah.

Dan dgn penuh semangatnya nak gi terjah blog dia. Daannnnnn...... ini yg akk dapat


Huhuhu.... terbantut misi terjahan akk.... siannnnnn.....

Anw, thank you Rinah.... siapapun kamu, dimana jua kamu berada, mekaseh....




++ Blog Terbang Tinggi Menggapai Awan ++

http://terbangtinggimenggapaiawan.blogspot.com

Huh, panjang sungguh address blog nih. Penat nak mengeja nya.....

Tag line nya "Aku dan Kehidupan" - Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari. Rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi. Pelangi itu indah ~

Puitis dan syahdu, kan?

Iye.... pemilik blog ini adalah tak lain dan tak bukan adalah nak sedara akk yg kiut dan ayu.

Anak kedua kepada arwah kakak kedua akk. Anak kepada pasangan arwah Samsiah dan Khasan. Ira Faten Izzati.

Skang nih tengah tunggu result SPM nya.... Tak lama lagi tuh.... (kalau lulus, claim hadiah kat org lain, ek.... huhuhu... apa punya makcik daaa....)

My 1st follower... TQ.






++ Bersantai di Petang Hari ++

Yuuuhuuuu....

Sedang bikin apa itu adik-adik?

Tengah baca blog akk ler...... hahaha....

Baru pas balik amik dan hantar anak-anak ke sekolah. Finin kefala.... Makpak ari ni pun ramai yg tak keja, huuiiihhh... abis jammed kejap tadi kat sekolah. Sumer pun naik keta besor-besor antor anak....

Korang makan apa lunch tadi?

Akk masak instant jer.... Masak lemak ikan pari bakar.

Masak lemak tu bubuh cekur sket, uiiihhh... enak banget baunya....

Ikan pari bakar tu, belen malam tadi tak habis. Eh, tak baik membazir.... Dapat jugak digunakan utk resepi lain, kan....

Korang pernah makan masak lemak cili api cendawan tiram kelabu? Korang letak ayam sket.... Perrggghhhh..... terangkat you.... try test ler utk dinner malam kang...

Ni sambil-sambil tunggu hubby balik dari keja, kita terjah ler blog kengkawan yg tak habis-habis dijenguk dah dua-tiga ari nie..... ish.. ish... ish... lembab betul, kan? sabor yea sumer yg dah tinggalkan link.... akan akk terjahi jua... biar lambat asal sampai....

Urrrmmmm... petang ni tea time nak makan apa, ek?





++ Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ++

STPM

Result akan keluar pada hari isnin ini!!!!

Huuiihhh.... terkonang-konang time akk nak gi amik result stpm dolu-dolu....

Masa tu dah keja dahhhh.... Tau jer result nak kuar, terus kol all my 3 best fren. Siap amik cuti lagik....

Tapi, akk rasa sekarang nih, ramai dah budak2 melayu yg taknak masuk form 6 nih. Buang masa katanya.... Adik akk pun kata cenggitu. Bengang jer....

Nak bagitau korang, sonok masuk form 6 nih.... Dua tahun yg enjoy.... Walau pakai baju sekolah still, tapi adalah rasa cam ala-ala kat U gitu....

Maunya idak.... Bawak buku sesuka ati jer.... cikgu marah pun muka seposen. tapi cikgu pun malas nak marah sebenarnya, sbb dia tau sumer pun dah tua bangka nak dimarah... hehehe....

Tau tak apa akk bawak tetiap ari? Haaaa.... test pad ngan pencil box jer.... Bila cikgu explain, conteng jer kat test pad tuh.... pastuh balik tengok balik, bila ada nota-nota penting yg terselit-selit kat celah mana ntah, kat atas ker, kat bawah ker, kiri ker, kanan ker, kekadang tu kena pusing kan kertas tu baru boleh tau ujung pangkal nyer.... apalagi, dah jumpa, kita highlight jer lah.... kahkahkah... cenggitu ler akk belajar... alhamdulillah lulus, tapi tak tau napa U tak nak terima akk.... grrrrr.... tensen.... maktab pun tak nak kat akk, tp sumer org bila 1st time jumpa akk, sumer pun tanya 'cikgu ngajar kat mana?' ada ghupa cikgu ke akk nih? told my hubby, klau akk jadik cikgu, sumer murid pun taknak masuk kelas. cikgu garanggg..... huhuhu......

Anw, here i am.... Success dgn berkat usaha diri sendiri, doa orang tua paling penting yea, adik-adik.... juga keikhlasan serta tunjuk ajar guru-guru pastinya.....

Any pro and cons about stpm? Shout it out.....





++ Mak Dara 1st Giveaway (GA) ++

Eh, korangggg.... meh ler join GA nih... Mak Dara yg buat...

Korang kalau join, mana tau Mak Dara tengok muka korang ada sket komersial, boleh ler dia rekemen kat director drama yg dia tulis tuh... untung youuuu..... sesuka ati akk, jerrrr..... kuang.. kuang.. kuang...

Akk kan, kalau Mak Dara tengok, mesti dia rekemen jadik bibik.... huahuahua.... bisa kan, ibuk?



Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk menyertai Mak Dara 1st Giveaway (GA) ni ialah....

"BERIKAN SATU TAJUK DRAMA"

Haaaa.. itu ajer.. Rekalah tajuk Drama yang anda suka. Mak Dara akan melihat kreativiti dan ke"best"an tajuk drama yang anda berikan untuk mencari pemenang.. Be kreatif ok..

Syarat syarat untuk menyertai Mak Dara 1st Giveaway (GA) ini ialah

1. Mesti mempunyai blog http://anuarsalmiah.blogspot.com

2. Follow Blog Bicara Mak Dara done

3. BERIKAN "SATU" TAJUK DRAMA Blog, Blogger, Blogging (3B)

4. Masukkan Banner Di Atas Ke Dalam Entry Dan Sidebar dan Linkkan Ke Entry Ini.
done

5. Tag Sekurang-Kurangnya 3 Orang Rakan Anda Untuk Menyertai GIVEAWAY Ini.
laaa... tang nih akk tak pandei.... ada sesapa nak tolong ajar? p/s mak dara: qualified ke nih?

6. Setelah Siap Entry Anda, Tinggalkan URL Entry Anda Itu Di Ruangan Komen Di Bawah Entry Ini. done

tu jer =)

Hadiah-Hadiahnya ialah

Tempat pertama:

a) Nama anda (pemenang) akan Mak Dara masukkan dalam skrip terbaru Mak Dara yang berjudul Puteri Salamia (cam nama akk jer... huh, pasan) dan menjadi nama salah satu watak didalam skrip itu.

b) Sehelai T-Shirt limited edition


Tempat Kedua:

a) Sehelai T-Shirt limited edition




Tempat Ketiga:Topup - RM 10

Tempoh GIVEAWAY Ini Adalah Dari 17 Februari 2011 Hingga 3 March 2011.Tunggu Apa Lagi?! Join jangan Tak Join yer.. -)





++ Hari Persekolahan ++

Esok, opppsss.... ari ni adalah hari persekolahan!!!

Ganti untuk CNY yg lepas.

Kakak, Sya ngan abang adalah bersekolah. Ammar jer yg cuti, tapi dia pun sibuk nak sekolah... hehehe....

Sya sesi pagi. Kakak ngan abang sesi petang.

Tapi, yg tak bestnya, sesi kakak ngan abang adalah tidak sama. Jadi, ibu kena keluar dari rumah dua kali untuk hantar abang dulu, pastuh baru hantar kakak.

Petang pun cenggitu. Amik abang dulu, pastuh baru amik kakak....

So, to all parents. Selamat Berkhidmat untuk anak-anak!!!





++ To Both Of Them - Thank You!!! ++

Untuk kalian berdua yg follow blog akk, TERIMA KASIH akk ucapkan.



Tapi, mintak maaf. Akk tak dapat ke blog kamu krn tiada link di dlm profile kamu berdua.

Kalau kalian berdua ada membaca entry ini, tolong bagitau address kamu supaya senang utk akk menerjah blog kamu!!!

Sekali lagi, terima kasih....





20110218

++ New Blogger List ++

List from Ben Ashaari Blog

http://ceritapadlie.blogspot.com <=== untuk padlie, sorry
http://angelsbeautifulnightmare.blogspot.com
http://ladolcemucux.blogspot.com
http://nabamku.blogspot.com
http://smileiscure.blogspot.com
http://duniafyza.blogspot.com
http://kalausayang.blogspot.com
http://misznadz.blogspot.com
http://perempoanmanis.blogspot.com
http://missedura.blogspot.com
http://mizztina.blogspot.com
http://qemaishak.blogspot.com
http://princesssheril.blogspot.com
http://ezadatul.blogspot.com
http://night-rains.blogspot.com
http://adyp89.blogspot.com/
http://monsterbunney.blogspot.com
http://shiqinzainal.blogspot.co
http://layarlara-layarlara.blogspot.com
http://mamazakuan.blogspot.com
http://storybydini.blogspot.com
http://cikbungasakura.blogspot.com
http://nuyul86.blogspot.com
http://storydarishelly.blogspot.com
http://finazamri.blogspot.com
http://nazuha-nasir.blogspot.com
http://inibelogsampah.blogspot.com
http://laman-impianku.blogspot.com
http://ilahihediya.blogspot.com
http://anakabuya.blogspot.com
http://anuarsalmiah.blogspot.com
http://bibie-mumui.blogspot.com
http://talktothehandya.blogspot.com/
http://epolarapurapu.blogspot.com
http://nadiemsharmz.blogspot.com
http://norazureenmohdyazid.blogspot.com
http://ikachenta.blogspot.com/
http://rahimiarafpin.blogspot.com
http://maslianaothman.blogspot.com
http://astoryisaboutyouandme.blogspot.com/
http://cikdfieysahaja.blogspot.com
http://aziazidah.blogspot.com
http://iekahridzuan.blogspot.com
http://azim3110.blogspot.com
http://loveyqueeny.blogspot.com
http://mynameisliyanadeli.blogspot.com
http://sum1buchuknya.blogspot.com
http://myramyra89.blogspot.com/
http://cikdianacolourfull.blogspot.com
http://najihahfara.blogspot.com
http://cikfaten.blogspot.com
http://advsinfo.blogspot.com
http://nad-ismail.blogspot.com
http://kisah-sufi.blogspot.com
http://immanextdiva.blogspot.com
http://nadzurahanimazalan.blogspot.com/
http://bellamizam.blogspot.com
http://cikmonstercantek.blogspot.com

http://ciknarlieza.blogspot.com/
http://nuruldya13.blogspot.com
http://dieylashaza.blogspot.com
http://cerekairku.blogspot.com
http://dayahremlee.blogspot.com
http://kenyanglaparkehidupan.blogspot.co
http://pedachepallar.blogspot.com
http://blog-lianalovekhairi.blogspot.com
http://shares-something.blogspot.com
http://frameandlenses.blogspot.com


Marilah kita sama-sama saling berkunjung, mengeratkan silaturrahim. Cewah!!!! cam nak gi open house raya plak....

But, seriously... gi lah terjah mereka sepertimana mereka menerjah blog akk nih....

Mekaseh yang sudi singgah sini!!!!!




++ Mintak Maaf Yea!! ++

Pada sumer yg dah terjah blog akk since semalam via blog BA, mintak mahap ler banyak-banyak yea....


Mlm tadi akk tak sempat nak menjeling kat blog nih. Sibuk packing cendawan. Maklumlah ada orang order dah seminggu tak bagik lagi...


Tapi takper.... akk akan korbankan lunch akk ari ni utk menerjah blog korang (kalau sempat abis sumer lah, yea....). Cittt... korban lunch konon.... semenjak dua menjak pakai mende nih, dah jarang kuar lunch pun..... hehehe.... korang tungguuuuuuuu.......









20110217

++ Segmen Khas Untuk Blogger Baru: 100 Follower Ke Bawah ++

Alloooo.... kengkawan, BA buat segmen lagik....

Untuk blog yg ala-ala segan cam blog akk nih. Follower kureng dari 100 orang (sob.. sob.. sodih).... meh ler join yea.... kita memeriahkan dunia blogging yg semakin ceria dan berwarna-warni nih....




Syarat .. cam biasa .. buat satu entri khas :
1) Letak header BEN ASHAARI blog done
2) Tajuk : SEGMEN KHAS UNTUK BLOGGER BARU : 100 FOLLOWER KE BAWAH dan linkkan ke entri ini .. done
3) Tinggalkan sekali saja url entri blog anda itu.. SEKALI saja ! Tu je la.. Terima kasih .. sekali jer? done!




++ Jangan Guna Perkataan Salam ++

Informasi dari FB melalui teman - Ajib Syabab - terima kasih....

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيماَلسَّلاَÙ…ُ عَ...Ù„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89) baik gunakan,,,

ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH... Ilmu utk dikongsi bersama.

Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah “WAALAI KUMUS SALAM” dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email.

Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘. Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana “Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana “Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”





20110216

++ Now On Air: TV3 - Soal Jawab ++

Tajuk: Penipuan Siber

Ada tak sesapa pernah dpt fraud email / spam email?

Akk selalunya gak dapat.....

Antaranya drp maybank (selalu nih), menang loteri lah (ntah bila lah ada masuk), dari microsoft lah (bill gate sedara aku ke?), dari afrika lah, dari arab saudi lah, uiiihhhh..... macam-macam lagilah....

Korang agak-agaklah, logik ke sumer tu?

Iyelah, takde akaun maybank, dpt email pasal security alert....

Tak pernah beli loteri, boleh menang plak....

Tak aktif dalam siber space pun, email boleh dapat top list lucky email address...

Ada sekali tu, dapat email menang 1 juta.... huh, akk kayo.....

Camana ek, mereka2 itu boleh terpedaya?

Korang, berhati-hatilah kalau dapat email2 yg cam tak logik jer tuh, yea.... especially anak-anak muda yang tengah excited ngan dunia siber nih....




20110215

++ Pernah Tak? ++

Pada orang yg pernah kehilangan orang yg mrk sayangi, mungkin perasaan ini pernah singgah pd anda....

Kehilangan dua org kakak membuatkan akk kadang2 termenung sendirian.

Memikirkan ttg mrk, ttg hari2 yg pernah kami lalui selama 3 dekad.... pahit, manis, segalanya....

Sayu dihati ini membuatkan tanpa sedar kita menitiskan airmata.

Redha atas segalanya, tp hati manusia kadangkala terusik tanpa sedar.

Kadangkala, jika sbg seorang adik, perasaan begini tiba2 dtg mengusik, bayangkan pula perasaan anak2 mrk.... pd siapa ingin mrk luahkan?

Ya Tuhan, kau berikanlah aku kekuatan... tetapkan imanku, kuatkan fizikal dan mental ku.... Dugaan datang tanpa ku pinta, tapi ujian drp mu adalah tanda kau menyayangi diriku....

Aminnnn......





20110214

++ I Don't Know Wahy ++

I feel so down today....

Entah kenapa, entah apa yg akk baca, entah apa yg ada di fikiran akk, tetiba ajer akk rasa down sesangat.

Tetiba jer teringatkan ttg kehidupan ini.

Ttg keluarga, masa depan, segalanya....

Rasa ingin menyendiri...

So, apa nak buat?

I cant stay in d office with this feeling.

Apalagi, kita mintaklah 3/4 day dr bos. Isshhhh.... patut2 lah... takkan lah nak mintak 1/2 day plak. Tambahan pulak akk kena pegi bank utk settlekan sesuatu....

Dah siap kat bank, buat appointment ngan my hubby. Need to be alone only with him... Makan2, minum2... anddddd i feel released....

Sometimes, akk tak tau org lain, tp cara akk.... walaupun akk tak dpt nak meluahkan secara terus, cukuplah klau akk dpt mendengar dan melihat seseorang yg akk hormati dan sayangi...

Tapi, klau masih tak ok lagik, barulah akk akan meluahkan segala apa yg terasa di hati. Kadang2 kita sendiri tak dapat nak cari punca knp kita berperasaan begitu. Tapi orang lain boleh nampak. Itulah salah satu fungsi teman hidup kita. Alhamdulillah, akk diberi seseorang yg dpt memberikan kata2 yg buat akk feel released....

Thank God....





++ Untuk Renungan ++

It's not only children who grow. Parents do too....

As much as we wath to see what our children do with their lives, they are watching us to see what we do with ours.

I can't tell my children to reach for the sun. All i can do is reach for it, myself.

- Joyce Maynard





++ Hari Kekasih ++

Hari Kekasih ari ni????

Akk tak pernah pun celebrate hari kekasih ni seumur hidup ku....

Entahlah, alhamdulillah lah, dapat pakwe dolu2 pun sumer pun tak pernah kisah hari kekasih nih...

Dah kawin ni lagilah.... mmg idak ler ku heran hal2 hari kekasih nih.... hubby akk lagilah, entah dia ingat date ari ni ntah idak....

Kenapa perlu diiktiraf hari ini sbg hari kekasih?

Abis tu, klau bukan hari kekasih, tak perlu anda menghargai kekasih anda? tak perlu ke kasi bunga ke, coklat ke, belanja makan ke, belanja tengok wayang ke.....

Ke hari ni yang anda iktiraf sebagai kekasih anda?

Berkasih sayang setiap hari adalah perlu especially untuk yg sudah berumahtangga....

Eh, sudah-sudah ler tu....

Apa yang penting, esok adalah MAULIDUR RASUL.... Subhanallah.... tak ingat ke? Tulah, asyik dok ingat hari kekasih hari ni, sok hari apa pun lupa....




20110213

++ Entry Sempoi ++

Sambil menonton TV3 Cinema: Sabrina.

Sambil melipat kain baju yg dah berlonggok.

Sambil mencari ide untuk berblogging.

Anak-anak sumer pun dah masuk tido (kena paksa tido actually)....

Abahnya tengah sibuk checking container yg belum masuk ke port sedangkan closing dah lepas, takpun dah nak hampir..... huhuhu.... ntah nak pegi keja ke tak pasnih.....

I'm happy with what i am now..... a wife, a mother, a daughter, a daughter in law, an employee.... syukur pada tuhan atas segala apa yg kau kurniakan utk diriku disulami dgn dugaan yg tak pernah surut.... cewaahhhhh.... tetiba jer plak.....

Sori korang kena baca akk membebel di awal pagi.....





++ Hari Ini Dalam Sejarah ++

Errrr.... actually semalam dalam sejarah...

Apsal plak?

Huhuhu... 1st time dlm history blog nih, akk post 8 entry dlm satu hari!!!!!

Can you believe it?

Believe it my dear fren.... It already happened!!!

Ntahlah.... mungkin sbb weekdays tak sempat nak berblogging, tetiba jer ide tu dtg menjengah, apalagi, kita curahkan lah.....

Tapi, ada tak entry tu yg buat korang cam boring jer? ala-ala nak vomit gitu..... huhuhu.... maafkan daku....

Ntah bila lagilah semangat macam tu nak menjelma lagi, kan?????






20110212

++ AH Birthday Cake ++

Mlm jumaat ari tuh, ajak pi makan kat luar sempena besday abang.

Kek - perisa dan saiz - adalah di pilih oleh abang sendiri. Only panda layer cake yg dia suka and only a small size cake coz katanya nnt tak habis.... so sweet my anak bujang....