Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20110212

++ Suami, Lelaki atau Dot dot dot ++

Sapa ada Harian Metro semalam?

Kuala Terengganu - Seorang ibu kepada dua anak terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital disini, apabila kandungannya berusia tiga bulan gugur selepas ditampar dan ditendang di perut oleh suaminya, Sabtu lalu selepas bertengkar.

Meskipun isterinya mengalami kesakitan akibat kekasaran yang dilakukannya, suami mangsa meninggalkannya di rumah pada keesokan harinya untuk melakukan kerja di sebuah pelantar minyak.

Ya ALLAH Ya Tuhan....... suami jenis apakah ini?

Takkan lah disebabkan bertengkar sedikit, hilang pertimbangan diri.... Bukankah suami itu harus melindungi isteri dan juga tanggungan nya? Tidakkah terfikir oleh sang suami bahawa perbuatannya itu bukan hanya mengakibatkan kandungan gugur, tetapi juga mengakibatkan kecederaan dalaman jangka panjang yang perlu ditanggung oleh isteri?

Pihak polis menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 313 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan keguguran tanpa kerelaan perempuan dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda.





No comments: