Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20110429

++ Kesian Abang Iparku! ++

Last Tue, sebelum gi keja, mak ajah bilang pd akk, my BIL (hubby arwah along) kena strok.

Aduhaiiiii!!!!!!  tegezut sungguh.

Camana lah leh kena nih?

Sudahlah kat umah berdua jer dgn yg kecik, Nurzafirah (7 tahun).  Walaupun kat sebelah umah my parents jer umahnya, imagine kalau kena pepagi buta.... tak ke haru...

Tapi, last Mon dia kena attack kat ofis.  Budak2 ofis dia tolong hantar ke spital. 

So, gi ofis dulu then mintak izin bos utk balik awal.  Maklumlah, pak aji ngan mak ajah pun belum pegi menjenguk lagi menantunya tu....

Akk angkut ler 2 org anak bujang akk ngan anak abang yg mak ajah jaga....  Sib baik lagi sorang takde, ikut parents nya gi check-up.

Rupa-rupanya dia terlupa makan ubat......  Kisahnya.....

But, just now my hubby bagi sms katanya, my BIL dah balik umah.  Tak taulah, dah ok ke belum.  Coz dia tak boleh gerakkan anggota kiri badannya...  Kat spital kena buat fisioterapi ditemani oleh anak sulungnya yg dok KL tu.  Walaupun tak berapa sihat, ayahnya lagi tak sihat dan perlukan dia....

Balik ni nak kena pi tengok condition dia camana.  Hopefully sumer pun ok.

Korang pernah ada family member yg kena strok?  Berapa lama baru boleh recover, ek?  Apa pantang larang utk pulih 100%?

Risau gak nih... Maklumlah anaknya kan kecil lagi.....







20110428

++ Anak Autisme ++

Anak autistik bukan pembawa masalah, sebaliknya memberi peluang kepada kita, terutama ibu bapa, keluarga dan guru untuk berfikir lebih kreatif cara hendak mendekati, menjaga, mendidik dan berinteraksi dengan mereka.

Ini kerana, jika diberi pendidikan sesuai, mereka boleh berdikari – mengikut tahap keupayaan masing-masing.

Walaupun sesetengah kanak-kanak autistik kurang bertutur, mereka masih boleh berkomunikasi melalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan gambar yang sesuai.

Memang perkembangan kanak-kanak autistik lebih perlahan tetapi ia tidak bermakna mereka bodoh.

Antara ciri utama autisme ialah:-

§  Tidak menghiraukan orang lain

§  Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain

§  Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap

§  Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)

§  Susah bekerjasama, berkongsi atau tidak sabar menunggu giliran

§  Lebih suka bermain sendiri

§  Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan interaksi

§  Lambat bercakap

§  Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang

§  Tidak boleh berkomunikasi dengan baik

§  Bercakap dalam nada yang pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot

§  Sukar memulakan percakapan.

§  Mungkin mengulang perkataan sama tetapi tidak faham maksudnya

§  Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa

§  Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan.  Mereka mudah terganggu jika disuruh berubah

§  Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek

§  Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan

§  Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang

§  Tidak boleh duduk diam (hyperaktif)

§  Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)

§  Suka mengasingkan diri

§  Bersikap pasif – tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk







20110426

++ Jimak Itu Ibadah? ++

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda “Pada alat kelamin (kemaluan) kamu terdapatnya sedekah.



Para sahabat bertanya, “Hai Rasulullah, apakah apabila syahwat salah seorang kami naik, dia akan mendapat pahala?

Rasulullah menjawab, “Ya. Bukankah jika ia berbuat padanya yang haram, dia akan berdosa? Begitu jugalah jika dia berbuat padanya yang halal, nescaya dia akan mendapat pahala. Kenapa kamu mengira kejahatan sahaja, sedangkan kebaikan kamu tidak kira?” – Riwayat Muslim

Begitu sekali Islam membimbing manusia agar mempunyai sikap yang benar terhadap hubungan seks atau jimak yang memainkan peranan yang amat penting dalam keharmonian rumah tangga.

Dengan pengharaman zina yang merupakan dosa besar, Islam meletakkan jimak pada satu kedudukan yang terhormat dan selayaknya, bukan sekadar perlakuan hina yang menindas mana-mana pihak yang terbabit.

Dalam Islam, perkongsian hidup antara seorang lelaki dan wanita yang telah diperakukan oleh masyarakat sekeliling melalui kontrak sosial yang dinamakan pernikahan khususnya untuk mematuhi perintah dan saranan Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, menjadikan hubungan seks yang sebelum itu haram menjadi halal dan istimewa sebagai satu perilaku sosial yang terhormat.

Hubungan seks atau jimak suami isteri dengan objektif dan matlamat yang sama iaitu untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. semata-mata.

Sesungguhnya jimak itu harus dilakukan dan dimulakan dengan penuh rasa tanggungjawab. Tanggungjawab dengan apa yang bakal terjadi atau hasilnya kelak.

Ajaran serta panduan Islam dalam aspek hubungan seks suami isteri membuktikan betapa pentingnya pasangan Muslim menimba ilmu dan mendapatkan maklumat yang jelas lagi tepat berhubung dengan perkara ini, demi kesejahteraan dan kerukunan rumah tangga yang dibina.







20110422

++ Siapa Add Saya Ni? ++

Dua-tiga ari ni, mailbox akk asyik lah full...

Ingatkan orang nak order PB ler (hahaha!!!), rupa-rupanya lain daaaa....

Ntah sapa ntah pi add akk kat fb ni - Jual Beli di Facebook.

Memang ler bagus utk sesapa yang nak meniaga.  Akk pun buat urusan jual beli, kan????

Tapi yang akk hangin sesangat nih (hangin saja akk nih, kan?) entah bila ke zaman nye akk approve nak jadik member, tetau jer beratus e-mail masuk....  huh, rimas lah...

Akk rasa, akk pun ada gak join page lain, tapi takdelah irritating cenggini....

Anw, mekaseh ler pada sesapa yg add akk tu, tp ku tak tahan tengok mailbox ku penuh cenggitu.....  Tu baru sehari, kalau 2-3 ari akk tak bukak e-mail, camana?  Sadis tuh.... 



++ Modemku Hilang ++

Ni apa kes ni, modem leh hilang nih?

Hehehe...

Alaaa... akk nyer modem kecik jer.... Prepaid jer...

Erk, mende tu panggil modem ker?  Sesuka hati aku jer...

Tak kisahlah korang panggil hapa, yang penting akk adalah hangin kat diri sendiri... kuikuikui....

Yelah, last Sun dah siap bertenet sumer bagai, siap iron baju sudah, (akk tenet sambil iron baju or folding baju yea adik-adik.... ibu mithali lah katakannn....).  Ku kemas ler segala yg bersepahan.

Hamik sumer sumbat dalam beg, pastu campak (ganass tuuuuuu....) kat bilik... 

Sudahnya bila teringat nak tenet, suh hubby belikan prepaid.  Bila nak topup, carik keliling satu rumah habis sumer akk geledah, tak jumpa. 

Uwaaaa!!!! tu pasallah akk asik dok update kat opis jer ni haaaa....  (bos, tumpang kejap aaaa....)




20110420

++ Sesi Terjah Doktor Gigi ++

Semalam, kami 5 beranak adalah menerjah klinik gigi.

Main reason because, akk nyer gigi adalah sket terasa berdenyut-denyut.  Sebelum sakit lebih parah, marilah kita bermesraan dengan klinik gigi....

Lepas amik abang ngan kakak, terus jer berpergian ke klinik gigi.  Klinik tu pun on d way balik, sejalan...

Ammar ngan Sya dah sesiap tunggu depan klinik dengan abah.  Akk dah pesan ngan hubby suh hantar diaorang dua badik sbb sure lama kat klinik tu.  Sian pulak bebudak dua orang tu nnt coz my hubby malam kena kerja lagi.  Lagipun sya dari ari tu dok komplen gigi dia dah ada ulat....

Sementara tunggu doktor sampai, pi kfc belikan nugget ngan pop corn utk anak2.  Balik sekolah, mesti lapar....  Sebelum merengek, tak senang ibu nak jumpa doktor gigi, belikan makanan sesiap...  Huh, diaorang makan kat klinik tu buat cam umah sendiri jer....

Memula ibu masuk jumpa doktor.  Ekceli, akk nyer geraham bongsu tu dah lama doktor tampal, since 2003 lagik...  The same doktor lahhhh....  Baik doktor tu... Masa akk pregnant kan ammar, akk ada buat root cannal, tapi sudahnya dah tak tahan sgt, cabut ler.... Takut jugak doktor tu nak cabut gigi ibu mengandung nih... Tapi akk degil, nak jugak.  Tak tahan ko, sakit gigi...

Eh, back to the track.  Akk rasa gigi depan geraham bongsu tu cam dah goyang sket.  Tu yg rasa berdenyut tu.  Doktor check punye check, dia bilang, tampalan tu dah tercabut sket n effect gigi depan nya.  Akk ingatkan nak cabut jer, tapi doktor bilang nak secure dulu tengok camana... Hurrrmmm... boleh lah doktor, asalkan tak sakit....  So, gigi geraham bongsu tu adalah di baikpulih tampalannya.... settle

Next, Sya plak jumpa doktor.  Tapi doktor bilang, gigi dia adalah cantik and no problem!  Musykil ibu.... Yg dia dok sibuk gigi dia ada ulat lah, sakit lah tu kenapa?  Takpe, len kali doktor check lagi.... settle

Next, kakak pulak.  Dia dok komplen gigi taring dia tu ada cam cacat sket.  Maklumlah, anak dara dah form 1, concern ler pasal kecantikan.... Doktor check, katanya itu gigi susu lagi, boleh cabut.  Then ada dua gigi geraham bawah, satu kiri satu kanan dah nak tumbuh gigi kekal tapi gigi susu still ada... uiiihhh.... dah form 1 pun ada lagik gigi susu... Ibu bilang, cabutlah jer lah doc, dah anak dara, nnt gigi tak cantik plak... settle dua batang gigi hilang....

Next, abang....  Mmg doc. komplen kuat2 pasal abang nyer gigi.  Dia mmg agak kureng sket bab2 gosok gigi nih.  Penat ibu membebel....  Ada tiga yang rosak, tapi doc. bilang dia akan cabut satu jer dulu....  Satu tu pun, penat ibu mujuknya jgn nangis.... kecoh.... tapi to the end, settle....

Ammar, larikkkkkkk.......

Punyelah lama kitaorang jumpa doktor gigi tuh... Sampaikan ada satu patient tu, dek krn lama sangat nak tunggu turn dia, siap gigi dia dah patah dahhhh....  Tapi, akk ingat, mak dia mesti cakap dlm hati, 'selamat duit aku....' hehehe.... jahat akk, kan?

Sampai kat umah pun dah dekat pukul 9.  Kakak ngan abang dah lemah longlai coz kesedihan hilang gigi... Iye ke?  Huhuhu... ayat cover line.... sbb menangis....

Apa yg penting, ibu nyer wallet adalah sedikit longgar selepas balik dari klinik gigi..... Hubbyyyyyy..... nak claim, boleh????????





20110415

++ Ben Ashaari Ajak Jadi Budak Budak Sat ++

  1. Sediakan satu entri.. letak header BEN ASHAARI BLOG ..
  2. Tajuk : BEN ASHAARI AJAK JADI BUDAK BUDAK SAT ! dan linkkan ke entri ini ..
  3. Apa yang korang kena buat ialah ... APAKAH KAREKTOR KARTUN YANG PALING KORANG MINAT DAN KENAPA .. Letak gambar dan terangkan ..  alahaiiii... ben, akk dolu2 tengok kartun cam smurf, he-man, she-ra, dan yg paling best ialah ultraman sbb boleh fire orang. 
  4. Dan APAKAH KARTUN PALING KORANG TAK MINAT LANGSUNG NAK TENGOK dan kenapa .. Letak gambar .. kocik-kocik dulu, manalah ada kartun yg tak minat ben oiii... asal kartun jer, nengok saja melopong....
  5. Satu lagi.. Jika aku SUPERHERO ,AKU NAK JADI ... Bagi gambar dan terangkan .. ( contoh superman, batman ..... ) akk ingat nak jadik doraemon lah... dalam poket dia, macam-macam ado... eh, itu kira superhero gak ke?
Tu jer.. Dah settle .. tinggalkan link korang kat sini .. Tutup , tengah malam ni ... Gooooooooooo...






++ Giveaway Ujang9897 ++

Akk nak sertai GA bakal pengantin baru nih....



Cara dia buat entri mengandungi :


1) Letak Header Pilihan Malaysia kat atas tu ...hahahah (tak wajib)

2) Letak satu gambar korang yang sempoi ...( tak wajib)

3) Bebel la apa-apa..nak kutuk blog aku pun boleh...('',) ( tak wajib)
Ujang, boleh tak tukar kaler background tu biar ceria sket.  Maklumlah, tak lama lagi pun hidup bertambah ceria, kan?????

4) Tag 2 orang (bagitau la dorang ek)
Akk tag korang sumer yg baca entry akk nih.  Tak yah sorang dua, sumer sekali akk tag.  Kita meriahkan GA Ujang nih..... yeahhhh!!!!

5) Tinggalkan entri penyertaan di entri ini...

* kalau rajin follow ek..('',)







++ Wakil Sukan ++

Sesapa yg pernah tengok akk nyer 2nd daughter, Fakriathul Syasya, mesti cakap dia kecik.

Ekceli, mmg kecik pun.  Sama jer saiznye ngan adiknya yg no.3, Adam Harris (abang).

But, surprisingly.... semalam dia balik umah, dgn sengihnya, dgn bangganya, dia bagitau kat ibu...

"Ibu... sya dapat wakil sukan"

"Hurrmmm..... sukan apa?"

"Lari 100 meter dgn lontar peluru"

"Lontar peluru????"

Musykil sungguh ibu....

"Sya larat ker angkat peluru tu?"

"Tak.... sebenarnya sya tak larat nak angkat..."

"Habis tu, camana sya boleh terpilih?"

"Masa sya angkat tu, tangan sya dah gigil2 dahhh.... Pastu tu bila cikgu cakap suruh baling, sya pun baling jer lah, sbb sya dah tak tahan lagi...."

Ohhh... cenggitu rupanya.  Sbb dah tak tahan, tak larat, so main lontar jer, tu yang terjauh sekali tuh...

Anw, nak kena support dia.... Dia bilang end of this month ada pertandingan.  Tapi ibu sebenarnya blur sket... sbb konpius dia wakil rumah ker, wakil kelas ker, ataupun sukaneka jer... hurrrmmmm.....




20110412

++ Amalan Berkabung ++

KUALA LUMPUR, 11 April – Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata amalan berkabung selama 40 hari sempena kematian pemimpin negara atau kerabat diraja yang diamalkan selama ini bercanggah dengan ajaran Islam.


Kata Mohd Asri (gambar), dalam ajaran Islam yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama empat bulan 10 hari dan bukan berkabung secara “berlebihan” sempena kematian pemimpin negara atau kerabat diraja.

“Perkara ini perlu diingatkan, ia (berkabung) bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi banyak negara lain yang ‘berlebihan’ dalam memuja pemimpin-pemimpin mereka.

“Amalan berkabung selama 40 hari dengan pelbagai pantang larang atau pakaian tertentu sempena kematian pemimpin negara atau kerabat diraja adalah bercanggah dengan ajaran Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan merujuk al-Quran dan Sunah, Asri berkata amalan berkabung selama 40 hari itu juga bercanggah dengan arahan Rasulullah s.a.w.

“Dalam ajaran Islam, yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama empat bulan 10 hari, ini telah ditegaskan oleh al-Quran dan al-Sunah.

“Dalam Surah al-Baqarah ayat 234: (maksudnya) “Dan mereka yang meninggal dunia antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka menangguh (menunggu idah) selama empat bulan, sepuluh hari,” kata pensyarah Universiti Sains Malaysia ini.

“Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: ‘Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya iaitu empat bulan sepuluh hari’ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim),” kata tokoh agama berpendirian progresif ini.

Tegas beliau, umat Islam tidak berkabung atas kematian seseorang termasuk pemimpin atau kerabat diraja.

Justeru Asri menegaskan, amalan berkabung sempena kematian pemimpin negara atau kerabat diraja bukan dari ajaran Islam.

“Maka amalan berkabung sempena kematian pemimpin atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam, bahkan menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w.

“Mereka yang meninggal pada hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah s.a.w dan selepas baginda. Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan Rasulullah s.a.w, apakah kita merasai pemimpin dan kerabat diraja yang meninggal pada zaman ini lebih mulia dari mereka? Sama sekali tidak. Kepada Allah kembali segala urusan,” katanya.

Amalan berkabung biasanya dipatuhi apabila berlaku kematian raja dan sultan ataupun anggota kerabat terdekat.



The Malaysian Insider – Mon, Apr 11, 2011




20110411

++ Perkhabaran Itu Lagi ++

Last Fri, masa akk tengah drive nak balik dari opis, dapat satu msg dari ex-colleague a.k.a. old friend - k.shima.

Msg nya secara ringkas memberitahu bhw akk nyer ex-superior nak buat major operation this 22nd April kat PPUKM. 

So, akk pun tanpa buang masa, kol lah my ex-superior nih.  Sib baik ada simpan lagik no henpon dia.  Lagipun curiuos gak apsal nak kena wat major ops.

Citer nyer citer, dia bilang dia dah undergo a minor operation around last two weeks.  Tapi masa tu Dr. bilang dia cuma ada ketumbuhan kat tekak nya.

Lepas minor ops tu, dia dapat another result.  Rupa-rupanya dia ada KANSER TEKAK !!!

Dan akk tanpa segan silu, terus menangis.....

Akk mmg cukup-cukup tersentuh bila orang sebut perkataan KANSER tu....  Time2 tu jugak akk akan teringatkan arwah kakak2 akk yang dah pergi dek krn penyakit itu...

Dah lah dulu dia pernah ops sbb ada ketumbuhan kat rahim...

Ya ALLAH Ya Tuhanku, semoga Puan Fedilia berada dalam keadaan sihat untuk operasi yang besar selama lebih 12 jam itu....  Aminnnn.....






20110410

++ Sempatkah Kita Meraikannya? ++

Berapakah umur anda sekarang?

Sudahkah anda berkahwin? Kalau sudah, dah berapa lama?

Akk berkahwin pada November 1997, bermakna tahun ni, insyaALLAH, akk akan meraikan ulangtahun yang ke-14...

Ada lagi 11 tahun lagi untuk ulangtahun yang ke-25 - Jubli Perak.

Tapi, masih ada lagikah kita untuk meraikan ulangtahun perkahwinan yang ke-50? Jubli Emas.

Bayangkan betapa lamanya kita hidup berdua dengan suami/isteri membesarkan anak-anak dengan segala pahit, manis, susah, senang, tangis, tawa...

Sedangkan 50 hari pun macam-macam dugaan, inikan pula 50 tahun...

Kalau tak silap perkiraan akk, insyaALLAH, pak aji dan mak ajah akan meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 50 tahun tahun depan....

Ini mengikut congakan sempoa akk lah.... Arwah along 48 tahun, tahun ni (jika panjang umurnya...). Rasanya, mak ajah lahirkan dia setahun selepas perkahwinan. Masa tu mak ajah 13 ke 14 tahun, cenggitulah....

Kawin umur cenggitu, dapatlah merasa ulangtahun ke-50 kannnn???? Alhamdulillah.... InsyaALLAH...

Soklan lain timbul.... Apa pentingnya ulangtahun perkahwinan ke-50? Takdelah penting sangat pun... cuma, tidakkah anda kagum dgn mrk yg dpt bersama berdua melayari bahtera hidup berumahtangga selama itu?

Anw, dah nak kena planning ngan adik badik yg lain.....







 

20110406

++ Mati | Mogok ++

Seorang pegawai kastam mati di pejabat SPRM pagi ini.

Antara salah satu sebab, pegawai kastam mogok di Wisma Kastam Pelabuhan Klang?

Dek kerana mogok itu, prosedur kelulusan borang deklarasi import dan eksport adalah sedikit perlahan hari ini.

So, untuk para pengimport dan pengeksport, harap maklum akan kelewatan ini.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan proses pelepasan kontena dapat dilakukan seperti biasa....

Hurmmm.... teringat masa bekerja dengan this one big company dulu. Forwarding Agent mogok di hadapan ofis. Kami stranded di dalam.... hukhukhuk....

20110405

++ Sedetik Lebih ++

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu





Note: Ditujukan khas buat suamiku tersayang, Fakri Anuar....






20110402

++ Terima Kasih ++

Ramai yg follow blog akk nih adalah dari segmen Ben Ashaari.

Akk nak ucapkan TERIMA KASIH buat BA.


Tanpa beliau, tanpa segmen beliau, takdelah orang tau kewujudan blog akk nih.

Tapi, akk adalah berbanyak-banyak minta maaf sbb tak dpt nak terjah blog sumer follower.

Akk adalah berusaha utk menjenguk setiap satunya dan juga follow anda semua.

Utk anda2 semua yg telah follow blog ni dgn penuh keikhlasan, jutaan terima kasih diucapkan.



++ Selamat Pengantin Baru ++


Untuk sepupuku, Dianna dan juga pasangannya, Encik issham Waadud.


Perrgghhhh... pengantin lelaki menyanyi di hari persandingannya. Suara sebijik suara Jamal Abdillah. Boleh nanges kalau abg Jamal dengar....



Semoga berkekalan sehingga ke hari akhirat kelak... Dapat anak yg ramai...





++ Karipap ++

Setelah beberapa hari tertangguh projek buat karipap utk sarapan pagi.

Maka, last Sat nak pegi Pee Dee, akk adalah merajinkan diri membuat karipap.

Ilmu ni akk dapat dari mak ajah masa akk abis spm dolu. Masa tu mak ajah dgn pak aji adalah bukak warung waktu pagi. Haaa... dari situlah akk belajar buat karipap lah, buat roti canai, buat kuah roti canai, buat nasi ayam, issshhh... macam-macam lagilah....
Intinya adalah sardin. Peberet anak-anak.... Tapi akk tak gunakan acuan karipap yea.... Akk adalah buat sendiri bunga karipap tuh... Korang pandai?
Huhuhu... tak ramai yg tahu buat bunga karipap nih... Maklumlah acuan dah ada, hah... pelagi, ketip jerlah...

Ini adalah hasil usaha pembelajaran akk menolong mak ajah dulu lah nih.... alhamdulillah, tak sia-sia bantu ibubapa, kan?

Tapi, mak ajah selalu komplen. Sbb dia ajar, buat bunga tuh, dari kiri ke kanan. Akk pulak buat dari kanan ke kiri.... songsang gitu... tapi tetap cantik, terbaeekkkkkkk......

20110401

++ Segmen BA: AKU TAK SUKA! AKU TAK SUKA LAA! ++

Huh, emo sungguh bunyi tajuk tuh... BA di ganggu oleh makhluk halus? oleh makhluk asing? Huhuhu.... Dengar2 nya ramai jugak yg kena kacau, bukan BA sorang jer.... Blogger2 yg dah lama pun khabarnya cam biasa kena ngan makhluk2 nih... Tak caya? Terjah sini.....

++ Ada Kemusykilan | Tolong Jawabkan ++

Akk ada sedikit kemusykilan.


Oleh krn akk ni adalah BUTA I.T, maka ada tak sesapa boleh tlg settlekan masalah akk nih?


Hihihi....


Bila akk buat entry, either


setiap perenggan akan berkawin (rapat) ngan perenggan yg lain.


ataupun


elok2 taip selang satu baris, dia jadik dua baris.


Udah akk cuba betulkan, tapi idak jugak menjadik.....


Buntu udah kepala otak nih....


Meh ler tolong akk nih.... kaumeng! help! tolong!


Cer korang tengok entry nih, mesti bengong kan? Alaaahaiiiii..... cemana nak betulkan nih? Ker tangan akk ada gatal2 pi ter klik kat mana2 button nih?



++ Pengalaman Dengan Slimming Center ++

Haaaa.... soklan cepumas...


Sapa pernah pegi slimming center?


Sila angkat tangan dan anggukkan kepala....


Jangan memalu yea... Sbb semua org pun ingin kelihatan cantik dan menawan.


Sebenarnya, akk pun ada experience gak ngan slimming center nih.


Iyeeee...... huh, hampir2 sadis dan tragis lah jugak... huk.. huk...


Korang tak caya? Meh klik sini ....





++ Semalam Bizi ++

Walaupun akk adalah bercuti semalam, tapi kebizian adalah teman rapatku....


My MIL balik dari umrah semalam!


Jadi, sebagai seorang menantu mithali (cehhhh... perasan. aterr... akk sorang jer baru menantu pompuan, tu yg kena mithali tuh...) akk adalah mengambil cuti.

My hubby sudah semestinya bercuti (anak lelaki sulung, kannnn.....). Flight arrive pukul 1 t/hari. Gedebak gedebuk, pkl 3 baru kuar!


Akk adalah memasak yg simple dimple jer....



NASI AYAM.


Laaa.... lupa lagik nak amik gambor... takpelah, yg penting korang boleh bayangkan ghupa nasi ayam tu yea.... sedapppp!!!! (perasan lagik.... huhuhu....)

My SIL pun datang singgah dulu utk makan. Dia adalah dijemput oleh jirannya yg menjadi nanny anak2 nya...

Fuhhhh.... berbaloi masak sbb sumer org pun balun makan sbb dah lapar dari t/hari belum makan lagik....

Dannnnnn... sudah semestinya kitaorang adalah menyerbu beg MIL.

Tunggu gak jubah, tp takdak. Coz MIL tak larat nak jalan sgt. Kakinya bengkak, siannnn....

Alhamdulillah, dapat jugak MIL menjejakkan kaki di tanah suci walaupun hanya untuk umrah. Tapi ntah dia dah register utk haji ntah belum. Nak kena tanya nih....