20100531

++ Penantian Satu Penyiksaan ++

Aduuuhaiiii..... kenapa ni?

Ada masalah ke?

Apa yg dinanti?

Baby ke? Hisshhh.... takdelah....

Gaji ke? Ahaks.... iyelah, dah cukup bulan kan? Tapi still ok lagik....

Jawapan ke? Soalan apa plak? Bukan lahhhh....

Abis tu, sumer pun bukan.... Amendenya?

Hahaha.... menunggu pokok mangga ku berbuah!!!!!


Dah dekat empat tahun..... di ulangi EMPAT TAHUN, ek.... Jenuh membelek pokok mangga tu, takkkk jugak berbuah nya....

Berbunga pun idak....

Ari tu cousin nak buat umah kat sebelah, dah kena potong sket dahannya coz dah panjang bebenor...

Shud thank you to my ex-colleague kat H-A dulu.... Miss Yana Rahman (5/6 ni dah mrs dahhhh.....). Dialah yg bagi buah mangga tu utk ku tanam... itupun sbb akk meminta nya dgn muka x malu.... huahuahua....

Maunya idak... Hubby ku tu suka benor ngan pelam epal, tak taulah napa.... Bila terjumpa jer ada org bwk, akk mintak lah bijinya utk ditanam....

Alhamdulillah..... menjadi.... Tapi nak menunggu dia matang berbuah, isshhhh..... lama rasanya... Err... korang ada tanam pokok mangga tak? 4 thn tu lama ke? Ke standard....?

Inilah buah keramat yg ku tunggu2 selama ini.....


Hahaha.... sebiji jer.... eh, ok per.... Dah masak nnt, mesti berebut 6 beranak.... siannn....

Tak tau ler bilanya berbunga, tetiba ari tu pusing keliling pokok, dongak jer ternampak sebiji tergantung2 kat atas nun.....

Time tu jugak gi amik gambor.... uiiihh... selebriti jap buah mangga tuh.... kahkahkah...

Nnt dah masak, akk entry kan lagi, ekkkk....




20100529

++ Lukisan Abang ++

Seperti biasa, abang akan melukis gambar haiwan....




Yg ni gambar makanan plak....


Alaaahaiiii.... dlm hati ada taman rupanya.... jiwang jugak abang nih....







20100528

++ What My Children Give To Me ++

During mother's day ari tuh (lama dah tuuuu......)

This is fm Syasya.



This is fm Abang. Ari Fri dah bagi dah...


Kakak - nothing this year. Tapi difahami coz dia sometime cam stress jer ngan upsr yg bakal dihadapinya this Sept. Just a kiss and a hug fm her.

Mendoakan kejayaan dan kebahagiaan mrk adalah yg terindah dan tanggungjawab yg harus dilaksanakan tanpa kompromi.

Amanah ALLAH itulah yg kita harus jagai dan hormati. Tanpa mrk tak lengkap kehidupan berumahtangga.

TERIMA KASIH buat anak2 ku yg di kasihi. Mrk adalah sinar hidup kami suami isteri. Mrk adalah penguat kami utk meneruskan perjuangan kehidupan ini di dunia dan akhirat.

QISTINA NURJIEHA

FAKRIATHUL SYASYA

ADAM HARRIS

QAYYIM AMMAR





20100527

++ Undangan ++

Isshhhh... penuh betul schedule cuti sekolah nih...

Ari tu dah bagitau 5hb ngan 6hb Jun ada jemputan ex-colleague....

Haa... ni dpt satu lagi jemputan. Ex-colleague nyer anak jemput utk majlis perkahwinannya...

Dahhhh nak kawin anak dara sorang nih.... Masa mula2 kenal dulu, masih sekolah lagik.... Skang nih dah jadik misi....





Kenal ke? Cik Nur Azwa binti Radzlan. Dok kat Pandamaran, Port Klang. Majlisnya pada 19hb Jun.

Silalah hadir beramai-ramai klau anda mengenalinya.....


Note: Jemputan ini adalah dr FB tagged....






20100524

++ Balik Kampung ++

Ever since ada bisnes cendawan ni, balik ke K.S adalah spt sesuatu yg harus dilakukan setiap minggu...

Bukan apa.... bila permintaan adalah melebihi penawaran, maka kita sbg pembekal harus mencari alternatif utk memuaskan hati pelanggan..... (walla... teringat plak subjek ekonomi masa form 6 dolu2).

Cam the previous week. Hubby actually ada byk keja, tp pujuk gak balik K.S coz nak amik bongkah baru (300 bongkah!) dan sambil2 tu nak mintak (beli) cendawan segar my SIL.

Alhamdulillah, sampai jer kat kpg, rupa2nya my SIL baru jer lepas memetik cendawan. Haa... apalagi, mari kita packing.... Mula2 mintak 2kg, pastuh 3kg, sudahnya 4kg ku bawa balik...!!! Hahaha.... sib baik ada lagi balance utk my SIL nyer customer...

Tambah sendiri nyer stok ada 700g, adalah dlm 4.7kg.

Bila memasing bwk, tak cukup!!!! Demand is there.... Itu yg kena balik kpg lagik last weekend....

Kali ni balik pun sbb my hubby nyer pakcik buat kenduri doa selamat sbb dia baru pindah masuk ke rumah barunya kat kpg. Al-maklumlah org baru pencen, balik ke kpg lah buat rumah....

This weekend kena balik lagik coz the same pakcik buat kenduri kawin anaknya yg sulung....

Sametime, boleh belasah cendawan segar my SIL..... hikhikhik.... bertuah nyer adik ipar....





20100522

++ Yes.. yes.. yes... ++

Amende nyer lah tu?

Apahal?

Ahaks...

Akk telah menyain borang utk mengambil Medical Card. By this time mungkin telah disubmit oleh agen yg bertanggungjawab.

Haaaa.... agen.... Agen tu adalah dr PruBSN Takaful. Eh, sapa lagi klau bukan Puan Nafisah Amran. Ataupun gelaran yg diberi oleh Red Mummy - Double Trouble, eh... bukan.... Double N (jgn marah Nafisah....)

Ataupun klau tengok kat 'Armie Followed' tu, akk bagi gelaran Kak Nara. Maklumlah dia dgn Beautiful Nara adalah kena mengena, bau2 bacang, bau2 stokin, gitu....

Pn Nafisah dtg menjenguk pd last Wed kat ofis akk. During lunch hour. Ituuuu jerlah masa yg akk ada....

Thanks Nafisah krn sudi dtg jejauh....

Anw, see what Nafisah gonna say.... Nak kena buat check-up ke tidak. Al-maklumlah, kakak akk kan dah dua org died of cancer, kannnn.....

Klau disuruh, pegi lah... klau tidak, dok sesenyap kat situ tunggu polisi sampai.... pastuh dah takyah nak pikir pape lagi... Clear my mind about hospital bill sket....

Nafisah nyer service mmg ok.... Just e-mail or call dia.... walaupun dia tak kenal, tetap di layan dgn mesra....

Eh, korang dah ada insuran ke belum? Klau belum, try to call her. Dia akan layan dan explain everything yg korang nak tau. Yg korang x nak tau, x nak tanya pun dia leh dan akan explain....





20100521

++ Flash Flood ++

Nope.... not at my house...

Tapi kat plaza tol.

Korang percaya tak? Plaza tol? Plaza tol mana?

Haaaa.... plaza tol kemuning kat KESAS highway.

Selalu klau hujan cenggitu lah jadinya.

Sian kat motorsikal. Klau hujan sekejap tp lebat, definitely mesti air naik kat laluan motor tuh...

So, they hv to divert kat jalan besar.

Tp last Tue, mak oi.... punyelah teruk dia nyer flash flood.

Imagine, one way arah ke pkg jer ada dekat 9 pondok tol. Banjirnya sampai dah ke tengah.

Dah sampai ke tengah jalan. Sumer lorong pun kena banjir.

Selalunya lorong cash jer kena, tp yg ni - touch n go sampai ke smart tag....

Isshhhh.... camana depa buat highway ni? Sistem perparitan tak bagus sungguh....

Ni nak kena komplen ngan pihak berwajib nih?

Haaaa..... takpun kita panggil Aduan Rakyat TV3. Tapi, kenalah depa sampai time2 hujan tuh jugak, kan? Klau idak dah surut ler banjir nya.... huahuahua.... sian nnt Karam Singh kena hujan, demam lah plak....




20100520

++ Continuation ++

Sambungan dr minggu lepas. Entry yg lepas.

Guidelines To Gift-giving

> a minister who receives an expensive gift while opening an event or shop has to declare it to the prime minister.

> civil servants who receive gifts in the course of their work can only keep it after getting the approval of their head of department.

> civil servants should not allow advertisements in newspapers thanking them for launching an event or opening a shop.

> a politician can accept a donation but it should be directed to his party. He also must not have any dealings with the donor at that time.

> a civil servants cannot use his office or positions for any gratification.

> those in authority in government cannot give projects or anything related to their jobs to themselves or close family members or associates.

> a government department is not encouraged to give gifts to VIP guests who are officiating at an event. If a gift is necessary, it should be an inexpensive plaque, pennant, handicraft made by the department itself or any other item or printed material that is meant to promote the department of the country.

> a civil servants has to report bribes or offers of bribes to the Malaysian Anti-Corruption Commission.

> a government department cannot receive gifts from the private sector unless it is approved by the secretary-general of the ministry concerned. If the value of the gift is more than Rm10,000, approval from the Treasury must be obtained.




20100518

++ Blogger Friend ++

Ada nampak tak kat ruangan 'Armie Followed' tu, ada nama one of blogger friend by the name of LIZA?

Haa..... her company ada buat satu event kat Iskandar Johor. Meh kita nengok apa ada kat event tuh....

This is from her blog...

-- Quote --

This is the big event we have been working on for the last 6 months. Hope I can get my fellow bloggers support to broadcast this event in your blog. Your kind support means a lot to me!


Dear All,

At Invest Malaysia which was conducted recently on 30th March 2010, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak said in his speech, “We can no longer rely on just a few sectors of the economy to drive our growth. We must diversify and provide incentives in new strategic industries where our nation has expertise, strength and potential for even greater success. As we expand into these areas, we should also consider the value that we can gain from the competencies of the Malaysian workforce – those living here and Malaysians abroad. They – with the support of foreign talent where appropriate – can provide the brainpower, the intellectual capital and skills to help us realise our goals more meaningfully”.

Following this call, we are pleased to invite you to a two-day lifestyle event which aims to showcase the various opportunities of living and working in Iskandar Malaysia, as well as highlight some of Malaysia’s key transformation and infrastructural developmental plans in the National Key Result Areas (NKRAs) via the Government Transformation Programme (GTP). For an insight into the GTP, Y. Bhg. Dato’ Sri Idris Jala will be sharing the GTP concept as well as progress updates at 3.30 pm on 22nd May 2010. Aside from this, there will also be representatives from the Iskandar Malaysia team, as well as other Johor partners and authorities, readily available to provide all the information you need on Iskandar Malaysia.

Please find below the details of the event:
Date: 22nd and 23rd May 2010
Time: 10.00 am – 5.00 pm on both days
Venue: Puteri Harbour, Kota Iskandar

Highlights of the event:
o First Day
2.00 pm – 3.30 pm: Launch of MyWorkLife.my, a talent portal on talent attraction and engagement, by YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
3.30 pm – 4.30 pm: Presentation by Y. Bhg. Dato’ Sri Idris Jala on the GTP concept as well as progress updates

o Second Day
11.00 am – 12.30 pm: Talk By IIB Professionals – “Talents Who Came Back and Served”
1.00 pm – 2.30 pm: Talk by Proton Award Winning Engineer
3.00pm – 4.30pm: Talk By Linden Lab - Introduction to Second Life Technology via MYWorkLife.my

o Aside from this, the following will be on display on both days:
GTP Exhibition – Find out the latest progress for the Government Transformation Programme and how it is impacting the lives of all Malaysians positively. The Performance Management & Delivery Unit (PEMANDU) team will be there to provide a brief on the GTP and the National Key Result Areas.

GLCs Exhibitions – Discover our GLCs (Government Linked Companies). Find out how they have transformed over the years, their ambitions of becoming champions and what they can offer you.

Information Exhibitions – There will be representatives from various agencies for you to find out more about education, visa, tax and lifestyle at not only Iskandar Malaysia, but the country as a whole.

Sneak Peak into MYWorklife – Find out more about this new and exciting communication platform for those interested in working in Malaysia! Sign up and get ready to be transported to a whole other world.

Food and Drinks – Both mind and stomach must always be filled. Have some delicious Johorean finger foods and drinks while you journey through our showcase and booths.

For your convenience, we will be providing shuttle bus services from 10.00 am to 5.00 pm on both days at 15 minutes intervals. The pick-up point for this will be at Jusco Bukit Indah.

For more information on the event and how to get there, please also find attached the pamphlet for your further reading and distribution to interested parties

We have also create a Facebook Fan Page to give you the latest update on the latest MYWorkLife.my events and developments. Visit us at http://www.facebook.myworklife.my/.

Please join us for the event. Friends and families are welcomed too so please spread the word. Your presence is very much welcomed!

-- End of Quote --




20100517

++ Aku dan Cendawan ++

Semenjak dua menjak menanam cendawan nih, adaaaaa jer stok cendawan kat peti ais.

Kekadang tu ada yg cacat sket, yg x hensem kita tak leh jual. Tak baiklah kannn.... Customer mesti nak yg cunnn jer.... alah, cam x biasa plak.

So, mana2 yg reject tuh, sendiri belasah ler...

Masak tu, masak ni.... Takpun susah2, goreng jer...

Tapi klau dah byk sgt, kita sedekah ler kat org. Bagi kat akk kat sebelah umah, takpun bagi kat emak jer....

Bukannya busuk pun. Cuma x hensem jer....

Ni tengah nak carik resepi2 baru utk cendawan. Sebenornya dah ada resipi2 tuh, cuma belum mencuba jer....

My hubby cukup suka masak lemak cili api. Kekadang tu buat tumis black pepper. Buat sup ngan tomyam dah biasa, kannnn.....

Nntlah, klau akk dah cuba resipi2 baru tuh, akk entry kan, ekkkk.....

Psst... psst... rumah cendawan akk dah besar dahhhh.... besttttttt.....



20100515

++ Wedding Invitation ++

Receive an invitations fm old colleagues.

Alhamdulillah..... sampai jodoh adik2 ni....

1st invitation:-

Assalamualaikum kawan2,Cikgu & sedara mara yg disayangi. Dengan Rasa syukur & tawaduk saya menjemput smua yg ader di laman ini. Di Sini sya Yana @ bab ~ panggilan di kalangan kawan2 sek menengah. Ingin menjemput u0lz pada hari bahagia saya pada tarikh yg tertera di atas. Dengan itu saya & keluarga berharap u0lz dpt meluang kan masa utk datang ke mjlis sya. ADDRESS :- DEWAN SERBAGUNA KG JAWA BATU 1KG JAWA 41000 KLANG pada 5 June 2010. sebarang petanyaan boleh mghubungi saya & suami :- 0137610539
****** saya mengharap kan kawan2, cikgu2 & lain2 dpt stg ke mjlis *****

Cik Yana




2nd Invitation:-

Date: Sunday, June 6, 2010
Time: 12:00pm - 5:00pm
Location: MY MOM HOUSE (KG RAJA UDA)
Street: NO.47,JALAN MELIKAI 43,TAMAN PELABUHAN (PORT GARDEN),SELANGOR
City/Town: Pelabuhan Klang, Malaysia


Cik Wan Ina Marlyza



Ada sesapa mengenali mereka? Marilah dtg memeriahkan majlis. Pengantin suruh jemput mrk2 yg mengenali tapi tak dpt dihubungi.

Btw, this invitation is received via FB.... apalagi skang nih......


20100514

++ Apa???? ++

Saya adalah berkemungkinan ada DARAH TINGGI??????

Kuang.... kuang... kuang....

Dgn sedih nya saya menerima keputusan dr doktor.

Mmg pun.... cam ada something wrong jer...

Coz since Sat, saya kena migraine the minute i open my eyes in the morning.

Dah makan ubat migraine pun sampai ke petang masih cam mamai2 gitu....

Tot Sun dah oklah...

Rupa2nya tak ok.

Whole day of Sun, akk spt berada di awang2an. Hanging in the air, gitu...

Jalan pun cam tak jejak kat lantai jer.... Ishhh.... tak sukalah gitu. Buat kerja pun tak concentrate sungguh....

Mon gi keja cam biasa. Buat tak reti jer.... But the end of the day, still tak ok jugak. Nak balik petang Mon tu siap mention kat bos yg esok pagi akan lewat masuk nak gi klinik.

Gi klinik the next day i.e Tue, citer2 ngan doktor.

Check bp, letak stetoskop kat dada, kat bakang.

"Awak tak cukup tido ke?"

"Iye doktor."

"Kenapa? Awak study ke?"

"Takdelah doktor. Tapi saya rasa saya mmg tak cukup tido."

"Kenapa? Awak byk berfikir ke?"

"Saya rasa iye lah doktor."

"Awak tak boleh byk fikir sgt. Sbb dr bacaan bp awak ni berkemungkinan besar utk awak dpt high blood pressure adalah cerah."

Huuiiiii.... sedap jer doktor tu bilang - adalah cerah..... Hah, amik ko.... Laju jer perkataan tu kuar dr mulut doktor....

"Lepas ni jgn mkn segala yg masin2. Ikan masin, telur masin. Itu mmg2 dah konpem kilang garam. Kurangkan ajinomoto."

"OK, doktor."

"Lepas ni balik, awak makan dulu pastuh makan ubat. Kmdian awak tido, jgn pikir bebyk..."

"Iye, doktor."

"Saya bagi awak MC hari ni."

"Tima kasih, doktor."

Maka, itulah kisah yg sedih sekali last Tue.

So, starting fm that day onward, saya adalah insaf (waaa..... insaf gitu.... ntah sampai bilalah tuuuuu...). Nak kena jaga makan dan minum.

But my hubby nyer advise adalah amat simple.

- JAGA solat.

- jgn byk fikir. Klau byk kerja, settle satu2 mana yg boleh. Jgn didlm fikiran tu berkira2 utk q kan segala kerja.

- kurangkan segala mknan yg masin2 tu (feveret tu telur masin) and especially ajinomoto.

- kurangkan bercakap.

- kurangkan marah.

- tawakal. InsyaALLAH, semuanya akan OK.....

Alhamdulillah, sib baik tak kena marah, kannnn?????

Sengsara nya nak kena jaga itu ini. No freedom at alllllllll........





20100513

++ Tangan Yg Memberi Tak Semestinya Lebih Baik ++


Huuiiihhh.... sejak bila falsafah 'tangan yg memberi lebih baik dr tangan yg menerima' ni ditukar?

Ada tak membaca satu artikel di akhbar New Sunday Times bertarikh 2 May 2010?

SOMETIMES IT'S WORSE TO GIVE THAN TO RECEIVE.

Haaaa... kan dah cakap. Ada betul tak tajuk akk tuh?

Petikan dari rencana tersebut.

Andrew (not his real name), a young baker and restaurateur, is known to many as a generous person.

The 30-year-old likes to bake cookies and cakes and gives them to his family and friends for birthdays, weddings, graduation parties and even sombre occasions like funerals.

Since opening his restaurant last year, Andrew has also been giving not only his baked goods, but betweem Rm100 and Rm200 to local council enforcement officers who visit his premises.

Why is Andrew giving them money?

"They've been visiting my restaurant too regularly and it is disrupting my business."

"In the beginning, they told me that i should not have an awning but it's been there years before i took over the restaurant."

"I had to give otherwise i would be harassed further."

When Andrew wanted to put tables and chairs outside his premises to give customers the option of dining alfresco, he applied for a licence from the local council. But the officer he met told him such licences were no longer issued.

"When i asked him for a solution, he told me to wait for enforcement officers to visit my shop for 'negotiations'."

Andrew "negotiated" twice with the enforcement officers. On each occasion he paid them Rm200.

Situasi diatas adalah antara yg terjadi kpd para pengusaha kecil.

Dan oleh krn kejadian memberi dlm situasi tersebut, MACC menggambarkan bhw - what Andrew has done will make him liable for corruption.

Persoalannya :- jika tiada permintaan, takkan lah ada penawaran.....

Fikir2 kan dan renung2 kan......





20100512

++ My Mushroom ++

Last weekend, dlm kesibukan hujung minggu, sempat jugak menuai cendawan yg segar2....


Klik sini......








20100511

++ Infra Red Sauna Bath ++

Nama 'bath', tapi takde melibatkan air langsung, ek....

Air yg terlibat pun hanyalah air peluh yg keluar.

Last Tue, actually kerja, tp my migrain dtg menjenguk, mintaklah izin bos balik awal. Tengah driving tetiba teringat nak buat massage plak. Kekonon utk melegakan migrain lah...

Sampai kat tempat yg dituju during lunch hour, kenalah tunggu jap....

Sambil2 tunggu PIC yg selalu attend akk tu, nampak dia nyer promosi pasal infra red sauna nih.

Mmg hari tu dtg pun dah ada nampak, tp cam buat x nampak jer...... eh, eh, cam berminat lak nak mencuba.....

So, mari kita cuba....

Fuuhhhhh..... bestttttt......

Dok dlm tu 1/2 jam. Berpeluh giler.... best betul.... rasa cam nak dok lam lelama jer..... but tak leh. Sbb prosedur hanya membenarkan paling max pun 40 min jer.... Tapi takpe, next time kita leh gi lagik....

Actually, dia ada buat package. Ada lah dlm 10x ke, 20x ke, 30x ke. Up to you nak amik package yg mana. Bayar total price, pastuh sesuka hati bila nak dtg buat. Tetiap hari, tetiap minggu, tetiap bulan.... hah, suka hati korang ler bila nak dtg. Tp appointment ler dulu. Sbb mende tu satu jer....

Eh, klau korang nak masuk hubby & wife sekali pun boleh. Boleh muat dua orang..... Klau rasa nak loving2 tu, bolehlah..... Jgn ko bf ngan gf masuk, udah ler.....

Berminat?

Silalah contact :-

AURA ANGGUN SDN BHD
No.48-G, Jalan Raya Barat

41000 Klang, Selangor.
Tel : 03-33728500

Mrk ni adalah pengedar utk AG2000. Barangan berasaskan gamat tu.....


P/S : Harap2 ler bos ke, colleague akk x baca blog nih..... syyyhhhhh....!!!





20100510

++ Re-union ++

Anybody from MGS Klang?????

Please raise your hand.....

Dah namanya MGS, kannnn.... pastinya semuanya pun perempuan SAHAJA.....

Mari... mari... mari.... kita berjumpaan setelah puluhan tahun.....

Like me, its oredi 20 years back....

Ada seseorang bernama Cik Faridah Mohamad telah dgn baik hatinya menjadi organizer for this event.

Event name : Hi-tea (2.30pm - 6.30pm)

Venue : Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah

Date : 23rd May 2010

Attire : Sempoi with black n pink

Ada payment, ek..... Rm45 sahaja.... sila bayar sebelum 15th May, kay....

Kalau nak tahu lebih lanjut, silalah ke facebook dan cari sajalah wanita yg bernama Faridah Mohamad.....

Ataupun search EX - MGS KLANG REUNION HI-TEA 2010.

Hope to meet u there !!!!!!!





20100509

++ HAPPY MOTHER's DAY ++

Khas buat ibu tercinta PUAN HAJJAH SOM BINTI MOHD SAAT dan ibu mertuaku PUAN MAIMUN BINTI MOHD NOR.

Sesungguhnya emak byk menanggung keperitan hidup. Susah senang bersama abah hampir 50 tahun lamanya di alam rumahtangga....

Seorang ibu yg melahirkan zuriat seramai 10 orang...... 5 lelaki dan 5 perempuan....

Salmah (arwah), Samsiah (arwah), Baharom, Salwati, Salmiah, Baharudin, Badrulnizam, Baharin, Badli Sham, Suzieyanti.

Setiap seorang berselang 2 @ 3 tahun.

Sementara abah keluar bekerja sbg penggunting rambut, emak kat rumah melayan kerenah anak2 nya yg ramai.....

Imagine... org kampung, hidup susah. Nak menambah pendapatan keluarga, emak buat atap nipah tolong nenek ngan arwah atuk. Buat kerja rumah, sambil gendong anak sambil memasaklah, membasuhlah, mengemaslah....

Bila atap nipah dah berkurangan sket, emak pegi belajar menjahit. Alhamdulillah, ramai org bagi tempahan. Dek krn melayan anak2 dan suami, dia hanya ada masa sepenuhnya selepas anak2 tidur tengah malam. Mesin jahit lama yg manual tulah yg emak gunakan mencari rezeki utk kami, menambah pendapatan keluarga. Bersengkang mata.....

Dgn kain2 perca/lebihan kain baju org tulah emak buat baju kami adik beradik yg kecil2. Yg dah besar, emak beli kain yg murah2 buatkan baju.... Alhamdulillah, merasa jugak kami pakai baju baru di hari raya walaupun lebihan kain orang.....

Setelah dewasa, dia kehilangan 2 org anak perempuan krn penyakit yg sama - kanser..... Besar sungguh dugaan seorang ibu melihat pemergian anak2nya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Dialah yg memberi kata semangat di saat2 anak2 nya kesedihan, kesusahan.....

Ibu mertuaku.....

Menjadi ibu tunggal ketika anak bongsunya masih baby lagi - not even one year old.

Melahirkan 7 org anak. 3 perempuan, 4 lelaki.

Norhayati, Fakri Anuar, Khairul Ansari, Amirullah, Nurul Huda, Saiful Bakhtiar, Nur Farah Ain.

Menyara kehidupan anak2 dgn duit pencen arwah abah. Bayangkan, nak keluar bekerja, masih ada baby yg perlu di jaga.

Orang di sekeliling berkata itu dan ini.

Kini, setelah 20 tahun hidup sendirian, dia telah mempunyai teman hidup. Alhamdulillah.... semoga dia akan terus bahagia sehingga ke akhir hayatnya.....

IBU, EMAK, MAMA, MUMMY, UMMI - ENGKAULAH YANG TERBAIK. SEMOGA ALLAH AKAN MENEMPATKAN KAMU DI KALANGAN ORANG2 YG BERIMAN DI HARI PEMBALASAN KELAK..... JASAMU TAK PERNAH DILUPAKAN..... aminnnn.....

Buat mereka2 yg suka membuang bayi...... Tidakkah tersentuh hati kamu tatkala semua anak memberi ucapan Hari Ibu dan mendoakan ibu mrk...? Tidakkah kamu terasa kekurangan apabila kamu membuang amanah ALLAH? Insaflah....






20100508

++ Makan Stimbot ++

Ye ke, stimbot?

Entahlah, yelah tu kot.....

Johnnys Restaurant kat Jusco.

Lepas beli tiket wayang, kami adalah kelaparan giler2....

Pastuh sampai kat restoran plak ramai orang. Kenalah q tunggu turn...

Akk mmg suka makan sup cenggini.... anak2 pun sama. Tapi certain food ajerlah. Yg lain2 sumer ibu ngan abah kena perabih. Tu pasal lah ibu saiz cenggini dah sekarang nih. Sebab abah pun klau x larat makan tolak kat ibu.... Huuuuiiiihhh... ibu dia bedal ajer..... eh, dah bayar kena perabih....








20100507

++ Lepak ++

Lambat benor nak tunggu wayang start.... meh kita gi ronda2 Jusco.

Ibu, nak naik bear....

Meh...

Gi kat food court, eh, takde lah.... tapi game lain plak ada....

Playground, pastuh ada sand art and lagi satu tuh ntah amende ntah. Tapi game tu lah anak2 besor tu dok berkenan.

Budak jaga tu kata game tu susah sket pastuh lama, mahal plak tuh.... Takpe dik, akk ada masa....

Dok kat satu corner, siap ada meja ngan kerusi. Ibu ngan abah lepak santai, hilang penat berjalan...

Tengok2 kan abang mengaler. Dah siap, ghupa2nya nak kena masak lam oven. Adik tu siap kuarkan microwave dia lagik....

Dannnn.... inilah hasilnya....



yg ini hasil kreativiti abang



yg ini kakak ngan sya.


ikannya sama tapi x serupa.


kakak nyer gemuk, sya nyer kurus,


cam tuan nya.....




20100506

++ Simply Siti ++

Ahaks..... akhirnya bertemu juga ku dgn Simply Siti.

Last Sat, sementara tunggu nak tengok wayang, ronda2 satu Jusco, ternampak Watson.

Ahhaaa.... tetiba jer teringat Simply Siti.....

Anak2 tengah main game, tinggalkan sekejap. Masuk, pusing2, sampai ke belakang, aikkkk... takde pun...

Pusing ke depan balik.... laaa... kat situ rupanya.....

Belek itu, belek ini, pegang itu, pegang ini. Tengok2.... eh, cam nak beli plak.... cewah....

Maka, terbeli lah lipstick satu ngan starter pack new age.



Lipstick ada byk kaler. Naik juling jugaklah biji mata ni mengengok kan kaler nya. Tapi, akk lebih suka earth kaler. Tp sesekali klau dinner, suka gak pakai yg kaler merah. Takpe, for time being, kita try test earth kaler dulu....




20100505

++ Tengok Wayang ++

Last week, Sat, pepagi tengah packing cendawan, tetiba my hubby dtg dekat...


Cewahhhh..... suspen jer.... sambil2 cium pipi wife, bagitau nak bwk kami anak beranak gi tengok wayang....


Bebudak ada yg lom bangun lagik..... Selalunya klau bangun tido, mengadap tv tengok kartun. Ini belum sempat sampai depan tv, ibunya dah suruh mandi.


Tau plak tuh......


"Ibu.... ibu suruh mandi, nak gi mana?" tanya abang.


"Nak gi mana plak....? Klau dok umah tak yah mandi ke?"


Abang senyuummm ajer....


"Iye, abah nak ajak gi tengok wayang...."


Yahooooooo.... sekejapan kakak2 ngan adiknya dah tau.... Berdesup bukak baju terus mandi....


Sementara tunggu bebudak mandi, akk ngan hubby gi hantar cendawan kat umah makcik. Dia ada order, antar ler.... makcik, kannnn.... Alang2 tuh singgah ler sekali kat umah makcik yg lain.... Alhamdulillah, habis 8 peket....


Spt biasa, kami nyer port tengok wayang kat Jusco BR. Dr berdating sampai ler dah anak empat, kat jugaklah yg kami tuju...... kenangan tuh...... Jusco tu pun dah buruk dah akk nengok.... huahuahua...


Sampai dlm pkl 2.15, gi beratur nak beli tiket wayang. Ramai sungguh umat manusia hari tuh. Maklumlah PH.... Nak tau dpt tiket pkl berapa? Pkl 6.15pm.... Hah! amik ko.... Selalunya my hubby jarang nak tunggu begitu nyer lama. But this time hes willing plak.... Maknanya kena lah ronda satu Jusco turun naik, kiri kanan, pusing2.....


Tengok citer apa? Eh, lom bagitau ker?


Hahaha..... IRON MAN 2.....



Seronok sungguh..... abang especially.... si kecik plak tido, kepenatan.....



20100504

++ Medical Check-Up ++


A colleague of mine, Ms Jenn, is a very nice person.

Due to her family history and also my family history is almost the same. But hers is husband and me is sisters.

Since the very beginning dia tau yg akk nyer sister ada cancer, she start to approach me. Not to buy insurance fm her, but always ask me to go and have a medical check-up to check whether i hv the same disease or not.

Always told her that, im not ready for that yet.

But last week, dia ngan penuh rasa tanggungjawab dan ambik berat nya, purposely cut this one coupon fm PathLab. A medical check-up plus tambah duit sket utk check for cancer.

Sampai naik merajuk amoi tu. Dah berapa thn keja kat sini, since day one dia approach sampai la ni akk tak gi lagik..... Sian amoi tu....

Org dah prihatin pun, kita leh buat tak kisah jer, kannnn....??? Apa punye kawan daaaa....

Ntahlah..... Jika andalah, adakah anda bersedia utk menerima berita....."Maaf puan. Harap puan tabahkan hati. Puan telah di diagnos +ve cancer bla... bla... bla..." Adakah anda?

Mesti pastuh nak drive balik umah pun takleh. Lemah lutut, pikiran mulalah melayang ke segala benda....

Tapi, pikir2 balik. Tawaran tu amatlah berbaloi.... orang pun dah berpenat memotong paper tu utk kita, kan.... Kenalah cecepat pikiaq, tawaran habis 9 May - Ahad this week....





20100503

++ Jammed ++


Off late, jalan belakang dr umah akk nak ke jalan besar tu asyiikkkkkkkkkk lah jammed.

Penat menunggu.... apatah lagi kalau hari hujan.....

Huuiiihhh... ponat eden dlm keto tuh...

Maka, bila dah penat, mengantuk pun dtg menjenguk. Nak tido, boleh. Tapi nnt kena hon plak ngan org blkg sbb x gerak2 keta tuh....

Kekadang tuh, tersengguk2 lah jugak....

Jadi, akk dah dpt formula camana nak hilangkan mengantuk.

Amende nya?

Haaa..... breakfast lah di dlm keta. Jgnlah ko cam budak kecik plak, sepah merata lam keta tuh...

Itulah yg akk buat. Siap makan dlm pinggan, sudu garfu segala bagai... Air milo satu cwn mesti punye....!!!!

Kekadang org lane sebelah dr arah depan perasan gak. Nengok jer akk makan minum dlm keta. Jgn jeles, ekkk...!!!!

Sampai ofis pun ngam jer lagi dua tiga minit nak bunyi loceng (cewah, teringat zaman sekolah ler tuh...). Kekadang tu, on the dot sampai.... Tapi takpe, perut dah kenyang, leh mula kerja.... Nnt dlm pkl 10 ke, pkl 11 ke, kita minum ler milo lagik campur cereal.... Hah, amik ko..... perabih milo ofis plak....

Korang klau stuck dlm jammed, leh ikut style akk nih.... huhuhu....





20100501

++ Hari Pekerja ++


SELAMAT HARI PEKERJA !!!!!!

Kpd semua yg bekerja.

Eh, suri rumah pun pekerja juga.... Jadik jgn ingat nak dok umah suh bini tu memasak sesedap plak yea.... Mementang lah awak bercuti....

Dulu2 dikenali ngan nama Hari Buruh. Cam tak patut lah plak, kan....

Org yg kerja buruh jer bercuti, org lain x yah cuti lah plak....

Anyway, enjoy korang nyer cuti, yea.... tapi tak best lah public holiday ari Sabtu, takde extra day utk rest....

By the way, nak wish HAPPY BIRTHDAY utk adik akk yg ke-8, BAHARIN BIN BAHMAN. Yg ke..... jap...jap.... kira dulu..... ke-29... eh, ye ke? hentamlah kakak oiiiii..... adik sendiri nyer umur pun dah x tau.... maklumlah adik ada 5 org lah katakannnn..... (sebenornya dah tua, memory low. dah takleh nak upgrade dahhhhhh.....)