Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20120210

++ Apa Perlu Dilakukan Jika Air Ketuban Pecah Awal ++

Lagi satu artikel dari http://www.babycenter.com.my/

Semasa kehamilan bayi anda dilindungi dalam uterus anda di dalam kantung membran yang penuh dengan cecair amnion. Jika kantung terkoyak, cecair ini akan keluar melalui serviks dan vagina. Ini dikenali sebagai "ketuban pecah". Ia juga dikenali sebagai kepecahan membran yang spontan maupun mendadak.



Bagi ramai wanita, ketuban akan pecah di bahagian akhir pada peringkat pertama perlahiran. Namun, seorang dalam 10 orang wanita akan mengalami pecah ketuban di penghujung kehamilan walaupun pelahiran belum bermula (kepecahan membran prapelahiran penuh terma atau PROM). Bagi 2 peratus orang wanita yang hamil, ketuban mereka pecah sebelum mereka berada dalam 37 minggu kehamilan (kepecahan membran praterma, prapelahiran atau PPROM).

Jika ketuban anda pecah sebelum anda berada dalam fasa pelahiran, jangan panik! Gunakan tuala wanita untuk perlindungan bagi masalah ini. Ini juga akan memudahkan anda untuk melihat warna cecair yang keluar itu. Cecair selalunya adalah jernih dengan sedikit kekuningan, dan selalunya bercampur dengan sedikit darah.

Jumlah cecair yang menitis keluar itu adalah berbeza. Kadangkala beberapa titisan saja, kadangkala sebagai pancuran yang deras. Memang mengejutkan jika ketuban keluar dengan memancut; apatah lagi, pada terma penuh kehamilan, jumlah cecair ini boleh mencapai lebih kurang 800 mililiter.

Jika terdapat banyak yang keluar, penggunaan tuala wanita tidak memadai dan lebih baik anda menggunakan tuala tangan. Walaupun kurang kemas, cara ini adalah lebih praktikal, terutamanya jika anda perlu ke hospital dengan kereta. Elok juga dijaga supaya kerusi kereta tidak rosak dengan mengalasnya dengan helaian plastik.

Jika yang keluar hanya titisan kecil sekali sekala, elok juga diperiksa sama ada cecair itu bukannya titisan urin yang juga boleh berlaku di akhir kehamilan.

Perlu ditegaskan betapa pentingnya untuk mendapatkan pemeriksaan segera apabila ketuban anda pecah, tidak kira pada minggu ke berapa pun kehamilan anda (dan walaupun anda tidak mengalami kontraksi). Apabila ketuban anda pecah, perlindungan daripada jangkitan adalah rendah, dan jangkitan boleh masuk ke uterus dari vagina.

Sebaik sahaja anda dirawat, jika anda sekurang-kurangnya dalam 37 minggu kehamilan, doktor anda akan terus merangsangkan pelahiran jika anda belum masuk ke fasa pelahiran dengan sendirinya selepas 24 jam. Kira-kira sembilan daripada 10 orang wanita, yang hamil tidak kurang dari 37 minggu, akan melahirkan anak secara normal dalam masa 24-48 jam selepas ketuban pecah. Namun begitu, jika anda hamil antara 34 minggu dan 37 minggu, anda boleh memilih sama ada untuk dirangsangkan pelahiran atau tunggu dahulu dan lihat perkembangan seterusnya.

Selain itu, sekiranya anda diuji positif untuk streptokokus kumpulan B semasa hamil, lain pertimbangan harus diambilkira. Memang ada risiko jangkitan berkaitan dengan GBS jika terdapat tempoh yang panjang antara ketuban pecah dan masa pelahiran bermula. Jadi, dalam kes sebegini, rangsangan pelahiran mungkin akan dibuat dengan seberapa segera.

Jika semuanya berjalan lancar untuk anda dan bayi anda, anda boleh kembali ke rumah jika anda mahu. Pendekatan tunggu dan lihat boleh meningkatkan risiko jangkitan (kira-kira 1 peratus wanita berbanding dengan 0.5 peratus wanita yang tidak pecah ketubannya). Ia adalah selamat untuk anda mandi tetapi jangan lakukan seks kerana ini akan meningkatkan risiko jangkitan.

Anda perlu:


Pastikan kadar denyutan jantung dan pergerakan bayi anda diperiksa oleh bidan atau doktor setiap 24 jam sehingga anda berada dalam fasa pelahiran atau dirangsangkan pelahiran.

Periksa suhu anda setiap empat jam di waktu berjaga untuk memastikan sama ada anda demam atau tidak.

Perhatikan sebarang perubahan dalam warna dan bau cecair amnion (air ketuban) yang menandakan terdapatnya jangkitan.

Pastikan bayi anda bergerak seperti biasa.


Jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda jangkitan atau demam (seperti menggigil dan memerah) atau jika anda mendapati pengurangan dalam pergerakan bayi anda, hubungi hospital dengan segera. Jika anda didapati mempunyai penyakit, anda akan memerlukan antibiotik intravena dan pelahiran akan dirangsangkan oleh doktor dengan segera.

Jika anda tidak mempunyai sebarang tanda-tanda jangkitan tetapi ketuban anda telah pecah lebih daripada 24 jam, anda dinasihatkan untuk melahirkan bayi di hospital. Ini adalah sebab bayi anda mungkin memerlukan akses atau pemindahan segera ke pusat jagaan neonatal. Anda perlu berada di hospital sekurang-kurangnya 12 jam selepas kelahiran supaya bayi anda dapat diperiksa jika terdapat tanda-tanda jangkitan. Anda juga akan diminta untuk menghubungi doktor anda dengan segera sekiranya terdapat perkara yang membimbangkan anda mengenai bayi dalam tempoh lima hari pertama.

Risiko akan meningkat jika tempoh antara ketuban anda pecah dan kelahiran bayi anda agak panjang sedikit. Jika anda tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan, tetapi ketuban anda telah pecah lebih daripada 48 jam, anda perlu berfikir dengan serius mengenai apa yang perlu anda lakukan. Doktor anda akan berbincang dengan anda sama ada elok dirangsangkan pelahiran dengan segera atau terus tunggu dan lihat.








20120209

++ Air Ketuban Keluar Sebelum Masanya ++

Ataupun leaking....

Even akk pernah mengalaminya semasa mengandungkan anak kedua - Fakriathul Syasya - dulu, tapi ianya tidaklah seteruk kali ni....

Masa Sya dulu, akk dah pun overdue 6 hari..... so, doktor induce masukkan ubat.  Masuk jer satu ubat, terus contraction terjadi.  Mungkin dah pun sampai masa untuk contraction bukan hanya disebabkan ubat induce tu.... wallahua'lam......  Alhamdulillah semua lancar....

Tapi, kali ni akk still tak cukup minggu lagi.... dah 35 minggu.... doktor kata kena tunggu 36 minggu.... minggu depan dah boleh beranak ker? Risau gak.... anw, esok ada appointment.  See what doctor gonna say....

Ini adalah artikel yg akk dapat dari satu laman web yg ditulis oleh seorang pakar O&G dari Columbia Asia Hospital Puchong.

Pecah ketuban sebelum masa terjadi apabila karung air ketuban yang menyelubungi bayi pecah dan bocor. ia lebih kerap terjadi pada saat melahirkan, tetapi sekiranya ia berlaku kurang dari 37 minggu dan didapati tiada tanda-tanda melahirkan ia dipangil PROM atau Premature Rupture of Membrane.

Adakah saya perlu di'induce'?


Sekiranya PROM berlaku pada usia kandungan sudah matang, doktor anda mungkin akan menyarankan untuk menunggu selepas 24 jam kerana didapati 80% akan melahirkan tanpa perlu di’induce. Menunggu lebih dari 24 jam akan meninggikan risiko jangkitan kuman dan tidak disarankan.

Menunggu lebih dari 24 jam pula selalunya dibuat sekiranya kandungan masih tidak cukup bulan, dalam masa yang sama doktor dapat memberikan ubat yang sepatutnya agar paru-paru bayi dapat peluang untuk matang.

Betulkah ketuban saya telah pecah?


Kadang-kadang wanita agak ragu samada air yang keluar dari faraj betul betul air ketuban atau cuma air kencing atau lendir yang berlebihan. Air ketuban tidak hancing dan keluar secara tiba-tiba dan selalunya meleleh membasahi paha atau kain yang dipakai. Sekiranya anda tidak begitu pasti, merujuklah kepada doktor untuk kepastian.

Pemeriksaan termasuklah menggunakan ultrasound untuk mengetahui samada terdapat kekurangan air ketuban atau tidak dan pemeriksaan faraj untuk melihat samada terdapat takungan air atau tidak. Anda mungkin akan disuruh untuk batuk dan sekiranya terdapat air keluar dari lubang pintu rahim, adalah disahkan anda mengalami PROM.

Kadang-kadang doktor juga akan mengambil ‘swab’ untuk dihantar ke makmal bagi ujian jangkitan kuman.

Rawatan


Setelah dipastikan yang anda mengalami PROM, doktor selalunya akan berbincang tentang pilihan rawatan yang terbaik untuk anda. Sekiranya kandungan anda cukup bulan, anda selalunya akan di’induce’ selepas 24 jam. Jika disyaki terdapat tanda-tanda jangkitan kuman ubat antibiotik akan diberikan.

Sekiranya kandungan tidak cukup bulan, terdapat risiko tinggi untuk kelahiran pra-matang. Bayi pra-matang terdedah kepada beberapa masalah serius termasuklah, kesukaran bernafas disebabkan paru-paru paru yang tidak matang berserta dengan masalah organ-organ lain seperti sistem imuniti yang belum membentuk menyebabkan bayi tak cukup bulan kerap mendapat jangkitan kuman. Semua bayi yang tidak matang selalunya akan dijaga dengan rapi dan wad yang khas untuk mereka.

Adakah ketuban boleh bercantum semula?


Ya! Memang ada peluang untuk bercantum sekiranya kebocoran yang berlaku adalah kecil. Kajian menunjukkan kurang dari 10% % PROM bercantum semula dan kandungan diteruskan sehingga cukup bulan.

Sekiranya kelahiran tidak dapat dielakkan, ibu akan diberikan ubat yang dipanggil dexamethasone untuk menolong mematangkan paru-paru bayi. Ibu juga mungkin akan diberikan ubat untuk mengurangkan kontraksi rahim.

Selalunya ibu akan dimasukkan ke hospital untuk beberapa hari untuk memantau sebarang komplikasi yang bakal timbul. Beberapa ujian darah mungkin diambil untuk melihat tanda-tanda awal jangkitan. Sekiranya didapati terdapat simtom seperti demam, sakit perut atau bayi dalam keadaan ‘distress’ kelahiran selalunya akan disarankan.

Apakah peluang bayi saya untuk hidup?


Di Malaysia, peluang bayi pra-matang untuk hidup agak tinggi. Sekiranya lahir pada usia 30 minggu, pelungnya amat cerah dengan kadar 75-80%. Walaubagaimanapun, kadar untuk hidup semakin kurang apabila bayi 28-30 iaitu pada kadar 60% dan sekiranya kurang dari 26-28 minggu, pelunag untuk hidup adalah 20-40% sahaja.









20120208

++ Rest On Bed ++

Isnin dan Selasa adalah cuti utk Maulidur Rasul dan Thaipusam.

Ask hubby amik cuti last Sat sbb nak bwk anak2 gi jalan2 b4 due date nih....

Kebetulan plak, Sat pagi tu takdak suara.  Sore throat plak.....

So, off we go to Melaka sajer... tak nak jejauh....  Check-in hotel pun main terjah jer.  Kalau ada, adalah.... Kalau takde, kitaorang balik jer..... bukan jauh pun.... plus minus 2 jam jer....  tapi sian my hubby ler....

Our luck, hotel ada kosong....  Dapatlah tido satu malam....  Cukuplah utk memuaskan hati anak2 sekejapan..... 

Next Sun morning, tot nak gi jalan2 lagik.....

BUT..... unfortunately, something happened yg membuatkan sumer pun kelam kabut dan agak2 panik.....

Ibu LEAKING !!!!!!!

Haaaa.... imagine.... still kat Melaka, and i'm leaking.... Sumer planning adalah di batalkan dan my hubby adalah memecut terus balik ke Klang....

Berjaya sampai ke Klang within 1 1/2 hours jer.....  Straight ke Hospital Bersalin Razif... 

Ok.... puan baru 34 minggu saja.  Tak boleh bersalin lagi sbb paru2 baby belum stabil lagi.....

Haaa!!!!!???????

Kami akan monitor puan.  Mari kita gi wad.....

Huk... huk.... tak best....

Puan kena rest on bed.  Jgn gi jalan2 pusing wad tengok baby lah, borak2 dgn patient kat wad sebelah plak....  You really need to rest on bed sbb nak save your air tuban....

Menci lah..... sampai dok kematu punggung dok atas katil.  Pastu mata pun naik bengkak asyik tido, pastu tengok tv....  Bosan giler..... Makan pun asyik makan bubur, roti, roti, bubur.....

So, here i am..... Still on mc till fri.  Tapi kat umah, sbb mintak balik....  Ari Jumaat ada follow-up check up.  Hopefully air tuban still banyak lagi for my baby to survive until the contraction come....

Doakan akk....  Tq