Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20130122

++ Teaser Perkahwinan Ke-2 ++

Eh... eh... bukan akk yea... hahaha.... giler mu...

Perkahwinan anak buah ku yang kedua. Dia mmg adalah cucu kedua pak aji dan mak ajah. Anak kedua arwah along. Cucu kedua yang berkahwin.

Norziana binti Aminuldin. Seorang jururawat di sebuah hospital swasta di Kajang. Oh, budaknya mmg lemah lembut. Mmg sesuai dgn profesi nya. 

Tarikh berlangsung adalah pada 10 Februari 2013. Itulah pasal mak andak nya tak dapat nak join company trip tahun ni ke Phnom Penh. Berkorban demi anak-anak..... 

Laa.... bertuah punye mak sedara kan, ku lupa pulak nama tunangannya.... Khalil kot kalau x silap...

Sekarang ni kami adik badik adalah kebizian. Begitu juga pak aji ngan mak ajah. Maklumlah, ayahnya kena strok ari tu still x berapa ok. Tapi alhamdulillah dah boleh berjalan sket...

Skang nih, tengah dok sibuk carik door gift khas utk kawan2 pengantin. Boleh tak? tinggal 2 minggu jer lagi... huhuhu... nak pengsan rasanya...

Sudahlah kakak pengantin tengah mengandung lagik.... Iye... tengah mengandung anak yg kedua.... tapi perkhabaran aritu katanya ada 2 di dalam.... aiyaaa... dahlah dia tuh kecik comel orangnya. Camana lah nnt dia nak bwk dua org tu... So, ckp ngan dia jgn nak berkejor sana sini. Haaaa... tu yg makcik pakcik nye kebizian tu. Bizi bodi pun iye... wakakaka.....

Semoga semuanya berjalan dgn lancar dan sempurna....





++ Aduhai Cikgu.... ++

Tadi terbaca kat Borak Kosong tentang seorang cikgu yang menggoncang-goncang badan anak muridnya semata-mata sebab budak tu tak tau cakap omputeh.


Alahaiiii... budak darjah satu, mmg ler cenggitu cikgu.... Budak tu baru nak menyesuaikan diri dgn alam persekolahan yg penuh dgn undang2 dan persekitaran yg penuh cabaran. Tetiba jer teringatkan Ammar, anak bujang sorang tu dah lah lasak dan aktif, hopefully dia leh kautim ngan cikgunya.... amiinnnn....


Haaa... talking about cikgu nih, teringatkan cikgu kelas Sya. Namanya Puan Hajjah Murni. Hajjah yer.... maknanya dah pernah jadi tetamu ALLAH. Issshhhh.... x tahan betul ngan mulut nya.. Arituh sekolah ada buat gotong royong ari Sabtu. Maklumlah kan, ari Sabtu bukan nya sumer orang tak bekerja. Masih ada lagi yg bekerja di hari Sabtu. Bagi surat pemberitahuan pulak ari Isnin minggu yg sama. Opkos ler my hubby tak dapat menghadirkan diri sbb bekerja. Me? anak kecik ku sapa nak menjaga nye..... dahlah kakak takde aritu... Mak ajah pun x sihat. So, reply slip tu mengatakan takde lah join sama...

Nak tau apa respon cikgu tuh? "Ibubapa yg tak datang gotong royong nih, saya nak tengok berapa ramai yg akan datang utk ambil duit $100 nanti...." 

Ish... ish... sampai cenggitu sekali respon cikgu tu... Macam ler gaji dia kena potong kalau kita ni gi amik duit bantuan tuh... 

Hurrrmmm..... mmg cenggitu ker sivik cikgu2 sekarang nih?

Terkenang arwah angah yg garang tapi friendly semasa hayatnya menjalankan amanahnya sebagai guru.... Al-fatihah....





20130105

++ Tempahan Baju Kurung, Jubah ++

Tempahan untuk Hari Raya Aidilfitri 2013

telah dibuka !!!!!

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

TERIMA KASIH






20130103

++ MSG Penyebab Migraine? ++

Oh... pada yg pernah terbaca, akk ni adalah penghidap migraine. Dolu2 akk mmg biasa menulis ttg betapa lah akk ni selalu diserang oleh migraine. Tp skrg nie akk dah malas dah nak menulis pasal migraine ni dik nun.... Redha jer lah. Dah ALLAH nak menguji kita, terima jerlah. 

Tapi, dalam terima dan redha tu, kenalah jugak muhasabah diri, kan? Kot bior betul apa yg ku makan selama ini mungkin jadik penyebab sakit kepala ku ini. Kot nak merdeka dari migraine ni... haaa... ko mengandung jer lah dik... InsyaALLAH sihat walafiat. Iye, serius... itu ler yg akk alami. Mmg merdeka lah dlm setahun cenggitu. Ubat migraine tu pun dah nak expired dah... Tapi siap ler pastu, mmg tetiap bulan ler ku beli ubat migraine non-stop.

Meh, kita ke tajuk yg sebenarnya spt tertera di atas.... huh, lari tajuk akk ni sebenornya...

Monosodium Glutamate (MSG) adalah garam sodium digunakan sebagai penambah perisa di dalam makanan seharian kita. 

MSG di dapati melalui proses penapaian (fermentation) karbohidrat menggunakan yis dan bakteria akibat hidrolisis wheat gluten.

Ianya digunakan dalam penyediaan stok (stok ayam, ikan bilis, dll), penyediaan bbq sos dan mayonis, penyediaan makanan dalam tin, sejukbeku dan makanan kering dan penyediaan makanan jajan (snack, junk food).

Secara keseluruhannya, pengambilan MSG secara sederhana di dalam makanan adalah tidak berbahaya. TETAPI pengambilan melebihi 3 GRAM boleh menyebabkan sakit kepala kepada mereka yang sensitif kepada MSG. Ini bermakna, bukan semua orang akan sakit kepala bila makan MSG, ianya bergantung kepada individu.


Bagaimana MSG menyebabkan migraine?

MSG adalah garam sodium pada amino asid, glutamate. Glutamate akan melekat pada glutamate receptor di neuron (saraf), seterusnya ianya akan mengaktifkan saraf-saraf.

MSG juga dikenali sebagai unsur yang menyebabkan pengecutan dan pengembangan saluran darah yang akan menyebabkan sakit kepala.

Cara terbaik adalah mempunyai catatan peribadi tentang makanan dan juga sakit kepala yang dialami dalam tempoh 24 jam yang lepas. Mungkin dengan cara ini kita dapat mengetahui apa yang kita makan dan mengakibatkan sakit kepala. (Tapi, kadangkala jika kita makan di restoren A, makan mee goreng nya OK, di restoren B pulak kita sakit kepala. So, tak boleh nak salahkan makanan, kan? Huhuhu.... redha jer lah....) 





20130102

++ Yang Ke-4 Bersekolah ++

Qayyim Ammar telah memasuki darjah 1 !!!!

Syukur alhamdulillah....

Tapi, prestasi dia adalah amat misteri. Misteri interms of dia ni mmg lah malas kalau di ajarkan kat rumah. Sumer orang pun - ibu, ayah, kakak, abang - akan naik angin dgn dia kalau mengajar.

Mana idaknya, sekejap jer dah bosan. Pastu jap lagi dia akan membebel tah mende tah. Meraban mende yg takde kena mengena ngan subjek. 

Cikgu sekolah kebangsaan nya garang.... huhuhu.... siap ler dia mesti kena marah selalu... But one thing is, dia mmg pandai bodek orang.. hahaha... ibu goreng telur pun dia ckp sedapppppp.... 

Boleh tak, ibu ngan ayahnya terlupa nak register sekolah agama? Aritu masa cuti sekolah, dah bulan Disember baru teringat anak tak register sekolah agama lagik..... Huh, berpeluh ibu... Sudahnya ayahnya kena gi kat Pejabat Agama minta sokongan, sib baik dapat.

Alkisahnya pulak, semalam masa nak gi bayar yuran, nama dia tak tersenarai. Hah, gabra ibu ngan ayah. Gi opis, kerani lom sampai. Takpe, takpe, kita gi bayar yuran abang ngan kak sya duluan. Ayah bayar yuran kak sya, ibu bayar yuran abang. Ayah dah abis bayar, terus gi opis. Lega rasanya..... ada nama dia kat kelas Abu Bakar.




20130101

++ Tahun Yang Penuh Debaran ++

Macam nak kawin pulak.... hehehe....

Oh, bila mengenangkan apa yang akan berlaku, terasa diri ini memang dah semakin tua... dah besar dah anak2 rupanya...

Kakak akan mengambil peperiksaan PMR nya tahun ni.

Sya pula akan menghabiskan sekolah rendahnya, dan yang pasti akan menempuhi UPSR juga.

UPSR bulan September, PMR bulan Oktober.

Fuhhhh.... berpeluh ibunya. Maunya tidak, anak2 amik satu exam jer setiap sorang, tapi ibu akan amik dua exam... Rasa cam nak heart attack pun ada.

So, dah bagi tau kat sumer (even abang ngan ammar pun terkena tempias sekali). Segala aktiviti luaran - jalan2 ker segala bagai akan dihentikan selepas cuti sekolah pertengahan tahun. Most and foremost is sebab dah nak posa pun time tuh....

Maka, ibu ngan abah jugak lah kena pau nampaknya.... Terpaksa (insyaALLAH, kalau di izinkanNya....) menunaikan hasrat jalan2 anak2 time cuti sekolah tengah tahun tuh.... Ibu adalah membizikan diri awal2 tahun nih.... Gapo dio? Adalah.... nnt akk stori mori, kay....

Doakan yang terbaik untuk kakak dan Sya, semoga semuanya diterangkan minda, ditenangkan hati, dikuatkan iman.....




++ SELAMAT TAHUN BARU 2013 ++


SELAMAT TAHUN BARU 2013 !!!!!


Semoga semua yang dirancangkan akan menjadi kenyataan.

Berusaha demi ALLAH, segala nya pasti akan diberkati.
Niat yang ikhlas dalam segala urusan, pasti ianya akan terlaksana.
Impian yang di iringi dengan usaha, pasti akan menjadi nyata.
Jangan cepat leka dengan pujian dan kejayaan, ingat pada cacian dan kegagalan yang lalu.
Lidah adalah lebih tajam dari pedang. Luka pedang pasti akan sembuh, luka dari kata-kata berdarah sampai bila-bila.
Redha itu ikhlas, pasrah itu berserah.