Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20101230

++ Macamana Boleh Tak Tau Nie? ++

Hohoho.... pagi nie akk adalah masuk lambat ke ofis.

Sesampai jer kat ofis, my kollig cakap 'kak, kat atas tengah sibuk buat invois. sok cuti....'

Aikkk.... apsal bos baik ati bagi cuti plak. Selalu half day pun susah benor nak release.

Rupa-rupanya akk adalah rakyat Malaysia yg paling akhir kut tau yg esok adalah public holiday sempena kemenangan pasukan bolasepak kita.....

Malam tadi pun tak tau jugak sbb gi kelas kat B32. Betapa gigihnya akk gi kelas tika org lain terjerit2 dan bersuka ria tengok bola.... huhuhu.....

Anw, cuti ku esok akan ku c/f ke hari selasa. Boleh ke boss??????? wink... wink....

TAHNIAH PASUKAN HARIMAU MALAYA....

TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA KERANA MENJADI PENYOKONG DAN PENYORAK YANG SETIA.....





++ Last Weekend ++

Remember i told u that i dont have any planning or wedding invitation last week?

Huhuhu.... rupa2 nya my hubby nyer aunty ada buat majlis resepsi utk anak daranya kat KEC on 25th tu.... Both anak dan menantunya adalah tentera. Masing2 ada title 'kapten', but her daughter jugak adalah seorang doktor tentera.

We arrive selepas upacara laluan bwh pedang (upacara biasa utk tentera2 yg berkahwin). Simply bcoz my hubby also working walaupun public holiday!!!

Takpe, at least kami menghadirkan diri. Dpt jumpa sedara mara....

Malamnya pulak ada jemputan dr my kazen. Majlis cukur jambul cum majlis akikah anak perempuannya. Dpt makan kambing!! Sodap nya.....

On Sun, my hubby adalah dgn gigihnya memotong rumput kat keliling rumah yg dah tinggi betis. Ndak pulak skrg nih musim hujan.... Akk pun sempatlah jugak mengemas rumah cendawan. Byk bongkah yg dah expired. Need to replenish....




20101229

++ Saya Ingin Menonton Filem Faster! ++




Wah.. wah.. kali ni akk nak mengajak korang sumer gi menonton filem omputeh... Tapi next year lah ye baru nak kuar kat panggung. Takpe... takpe... sebelum filem tu kuar, meh kita review sinopsis nya...

Filem aksi ini mengisahkan tentang seorang bekas banduan - James atau lebih dikenali dengan Driver (Dwayne Johnson) - yang baru dibebaskan setelah 10 tahun dalam penjara. Dipenjarakan atas sebab rompakan bank yang turut disertai oleh abangnya. Tapi, malangnya abangnya telah terbunuh atau lebih tepat lagi - dibunuh - oleh sekumpulan lelaki yang telah memintas mereka setelah rompakan lalu mengambil segala hasil rompakan tersebut. Jadi, setelah dibebaskan dari penjara, dia telah bertekad untuk satu misi. Ya! misi untuk membalas dendam atas kematian abangnya. Memburu dan diburu.... Driver memburu seorang demi seorang kumpulan lelaki yang bertanggungjawab atas kematian abangnya. Namun begitu, beliau juga diburu.... Diburu oleh dua orang manusia - seorang polis veteran (Billy Bob Thornton) dengan menjadikan kes Driver sebagai kesnya yang terakhir sebelum bersara dan seorang lagi pembunuh upahan (Oliver Jackson-Cohen - pelakon baru) yang menjadikan bisnes pembunuhan sebagai suka-suka walaupun beliau sebenarnya adalah seorang usahawan yang berjaya.

Jadi, apakah kesudahan filem tersebut? Adakah Driver berjaya menghapuskan semua pembunuh abangnya? Diantara kedua lelaki yang memburunya, siapakah yang dapat memintas Driver? Saksikan tayangannya di pawagam berdekatan pada 13 Januari 2011!!!!

Pengarah: George Tillman Jr. (Notorious, Men of Honor, Soul Food)

Barisan Pelakon: Dwayne Johnson (The Scorpion King, Mummy Returns) , Billy Bob Thornton (Eagle Eye, Bad Santa, Monster’s Ball), Oliver Jackson-Cohen, Carla Gugino (Watchmen), Moon Bloodgood (Terminator Salvation), Maggie Grace (Taken).

Produksi: produksi bersama CBS Films, the film division within CBS Corporation (NYSE: CBS.A and CBS), dan Sony Pictures Worldwide Acquisitions Group, a division of Sony Pictures Entertainment.



++ Minggu Bayar Yuran Sekolah ++

Huhuhu.... akk pasti utk semua ibu bapa, minggu ni adalah minggu sibuk ke sekolah utk bayar yuran sekolah anak-anak.

Same goes to us.....

Jum (31/12) - hari registration utk kakak yg akan melangkah kaki ke alam sekolah menengah (dah menengah dahhhh anak dara akk nih.... )

Sab (1/1) - bayar yuran utk sekolah kebangsaan sya dan abang

Ahad (2/1) - bayar yuran utk sra sya dan abang. Juga utk ammar yg akan menjejakkan kakinya ke tadika (sibuk benor nak sekolah.... tak tau ler camana dia menjawab kat cikgunya nnt....)

Alhamdulillah..... next year sra kampung kami dpt bantuan buku teks. 1st time in history. So, takdelah membazir beli buku byk2. Sbb sukatan pelajaran pasti akan bertukar setiap beberapa tahun sekali....

Dan pastinya, 3/1 hari Senin tu ramai mak pak yg amik cuti utk ke sekolah....

Akk amik sehari jer, just to make sure everything goes well pas sebulan setengah anak2 berehat.... (tapi apply gak on 31st tu, x tau ler bos nak release ke tak.... uhuk... uhuk....)

Berkorban utk anak2 demi masa depan mrk adalah sesuatu yg amat besar ertinya buat ibubapa. No matter how hard, how tough i goes, we will and we want to make it a reality to our childrens future.... Am i right?

Pd yg bakal bergelar ibu dan bapa, be prepared early..... Mentally, phisically dan poket juga.....


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!!!!!






20101226

++ Kicap Kipas Udang ++

== KREDIT KEPADA http://www.teratakarmo.com/ ==

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas balasan email dari pihak ZARAFOOD iaitu Syarikat Pengeluar KICAP CAP KIPAS UDANG yang telah memberi maklum balas mengenai pertanyaan aku semalam jadi kali ini aku ingin berkongsi dengan semua agar kita sebagai pengguna dapat mengelak dari tertipu oleh Pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Dibawah ini aku sertakan maklum balas email dari pihak ZARAFOODSTUFF dan juga perbezaan untuk mengenal Produk Tiruan ini.

ASSALAMUALAIKUM
Yang Dihormati En Azhar Ramli, merujuk emel saudara, pihak ZARA disini sebenarnya telah mengesan kewujudan kicap tiruan ini (botol kecil sahaja) sejak bulan September dan kami tidak membuat publisiti yang meluas berkenaan perkara ini kerana ingin menangkap dalang sebenar yang menjalankan kegiatan ini. Alhamdullialh setakat ini kami telah mengesan beberapa pengedar haram tetapi masih gagal lagi mengesan dalang yang terlibat.

Untuk pengetahuan saudara Azhar sebagai rasa tanggung jawab pihak kami telah membuat bancian disemua kedai runcit dan mini market diseluruh Malaysia bermula pada bulan September dan telah berkerjasama dengan pihak KPDN untuk memberi amaran dan merampas kicap tiruan daripada peruncit telibat.

Untuk jangka pendek bagi mengurangkan impak kepada pengguna pihak kami telah membuat pembaharuan kepada capseal dan label untuk memudahkan pengguna membuat perbandingan diantara kicap tiruan dan asli. Produk dengan Label baru digunakan bermula pada penghujung September hingga kini dan boleh didapati di Hypermarket dan semua kedai-kedai yang lain.
Jika pengguna masih menjumpai produk kicap dengan label lama (Capseal hitam) sila buat perbandingan seperti gambar yang dilampirkan disini sebelum membuat pembelian. Pihak kami mendapati dari segi pembungkusan, 98% peniruan sama dengan yang asli menjadikan pengguna susah untuk melihat perbezaan.

Dari segi rasa memang tidak sama kerana produk tiruan banyak mengunakan air biasa, pewarna dan bahan pemekat , gula serta garam dan tiada rasa lemak (Umami). Berbanding produk asli yang menggunakan peraman ekstrak kacang soya yang mempunyai rasa lemak(umami) seakan rasa monosodium glutamate(ajinomoto).

Oleh itu pihak kami sekali lagi sangat mengalu-alukan peranan Saudara Azhar untuk menyebarkan maklumat ini kepada pengguna setia kami yang lain. Kerjasama saudara amat kami hargai.
Ok kata bawah ni ditunjukkan bahagian yang pengguna kena lihat untuk memastikan produk yang dibeli Asli atau Tiruan.



Rasa produk tiruan adalah sangat berbeza dari produk asli. Produk tiruan mempunyai rasa kurang MANIS, BERBAU MAUNG DAN DIPEKATKAN DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN PEMEKAT(TEPUNG) DAN WARNA YANG AGAK CERAH.

Terima Kasih Sekali lagi kepada pihak Pengeluar atas Maklumat yang telah dikongsikan.
Diharap maklumat ini dapat membantu sesiapa sahaja pengguna KICAP CAP KIPAS UDANG ini dari tertipu dan aku berharap korang kat luar sana sebar-sebarkanlah agar jangan tertipu dengan Pihak yang tidak bertanggungjawab ini.





20101224

++ Tiba Jua ++

Spt kebiasaan nya, bila tiba hujung tahun....

Me, as an admin cum accounts, maka banyak ler keroje nyer.

Next week is our stock count week. So, kena pakai suar, sinsing lengan gi panjat kat atas dek check stock....

Hopefully my migrain tak datang menjenguk. Coz eversince akk pakai PB nih, migrain dah lama tak menyinggah.... yesza....

Bila dah selesai buat stock check, kenalah menghadap komputer plak.

Hujung tahun dik oiii.... kenalah buat closing.... kot idak nnt habis sumer org dok pandang semacam jer kat akk coz tak closing akaun.... Habis tu, tak closing tak leh kira untung. Tak dpt kira untung, bonus lambat....

Nak cuti tetap nak cuti coz anak2 sekolah kannn.... Kakak nyer registration form 1 ari Fri (31/12). Hopefully by then dah siap sumer compilation...

Korang bizi tak bila dah hujung2 tahun nih?





20101223

++ Annual Dinner ++

I told u all what..... last Sat (18/12) co. my hubby ada buat Annual Dinner.

Yg kena pakai tema 60-an tuh.... Jenuh nak mencarik baju ngan suar kotak-kotak. Akk? Not my ofis marrr.... akk belasah jer lah pakai kebaya....

Sooooooo meriah....

Opis mate lelaki ramai yg x bwk wife. Sib baik hubby ku sporting bwk akk.... huhuhu... bodek hubby....

Abis tu ramai lah plak yg kepala giler2.... sonok.... akk plak tumpang hepi.....

1st round cabutan bertuah dah dpt hadiah... not really cabutan bertuah lah coz sumer pun ada... cuma besor kecik jer lah.... my hubby dpt jug kettle, alhamdulillah.....

Jenuh ler jugak nak membawak balik hadiah. Dpt door gift, lucky draw utk table, lucky draw utk diri sendiri, pastuh dpt plak best performance... sib baik x dpt utk best dress....

Ada lah plak menari poco-poco. Uiiihh... i behave myself, u know.... sbb pakai kain nyer pasal, klau tidak, ingat dah join dah kottt.....

Anak2? Eh, depa berempat dok umah dendiam.... Ibu ngan abah gi enjoy ourself sekejap... Alhamdulillah, selamat mrk sampai kami balik ke rumah....





20101222

++ Jalan-jalan Beli Keperluan Sekolah ++

Actually, akk terforgot keperluan sekolah anak2 belum beli lagik. Apa punye mak daaa....

So, dgn senang ati bagitau my hubby, Sun takde pape projek. Tup-tup pagi ahad bukak mata, minda pun baru terbukak teringat pasal keperluan anak2....

Sian my hubby..... baru nak relax kan badan....

Off we go to buy everything.... Ngan baju kain sekolah, kasut stokin, beg, segala lah....

Ammar pun sibuk nak beli beg sekolah besar. Taknak yg kecik. Ntah apa yg nak di isi kannya ntah...

Rm? Errkk.... tak yah gitau lah.... For the sake of children..... redho jer lah....

Then gi Giant Bukit Tinggi.... nak beli something....

Ngah jalan tetiba ternampak satu booth utk bekam. My hubby lah yg sibuk dr hari tuh.... Akk wat refleksologi jer.... sakit woooo.....

1/2 jam jugaklah my hubby dok dlm bilik tuh..... Tak sanggup nak nengok segala darah2 dlm tiub2 bekam tuh. Kang pengsan, jadik kojo plak...

Tapi, kakak ada amik gambor nak tunjuk kat abahnya. Intai2 lah jugak gambor tuh.... Nak tengok ke? Nantilah, klau akk dah berani nengok, akk upload yek.....






20101221

++ Resipi ++

Huhuhu..... akk nak memberi resipi plak ari nih....

Dah lama tak share rasanya...

Spt yg anda sumer tahu, akk adalah pengusaha cendawan tiram kelabu. Tanam kat mana? Emm... tanam kat tempat parking keta jer yg sekangkang kera tu....

Talking about cendawan, oleh krn skang nih musim hujan, maka cendawan adalah berebut2 nak keluar. Kemain banyak lagik.... Sampai tak cukup bakul nak letak. Sebelah menyebelah bongkah sumer pun nak kuar. Sudahnya kelopak cendawan ada yg cam cacat sket coz tak cukup tempat nak berkembang sbb dah berebut2 nak kuar.

Benarlah spt kata pepatah org tua2.... 'Seperti cendawan tumbuh selepas hujan'. Last Sun jer dpt 5kg++ utk 100 bongkah jer....

Ok... ok... nak share resipi tepung cendawan yg selalu akk gunakan utk menggoreng cendawan. Kat umah tu pun dah habis, nak kena buat stok lagik, so senanglah nnt abah ngan kakak nak menggoreng, just senduk jer....

Bahan-bahannya:-
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung goreng pisang
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
1/2 cawan serbuk kari @ serbuk cili (ikut suka)

Campurkan semuanya sebati.

Akk selalu siat2kan cendawan jadik kecil2 supaya cepat garing. Sbb korang taulah kan yg cendawan adalah agak basah...

Pastuh, telur.... jgn guna bebanyak. Sbb nnt klau terlembik tak sedap, susah nak garing. Sekadar boleh menyaluti keseluruhan cendawan.

Tepung pun, korang jgn ler letak bebanyak sampai cam tepung gomak... Cukup sekadar bila korang gaul tepung tuh, dia melekat. Jgn ada belen2 tepung tuh.... Sbb nnt klau ada belen2 tepung tuh, minyak akan cepat kotor dan tak cantik....

Akk selalu guna periuk bila nak goreng cendawan nih. Senang.... Sbb bila minyak dah panas, then korang masukkan cendawan, minyak nya nak naik berbuih. So, for safety, gunalah periuk.....

Ok, itulah sahaja. Harap2 berguna utk korang bila nak goreng cendawan nnt. Klau susah sgt nak jumpa cendawan, order jer dr akk...... huahuahua....






20101217

++ Kenduri Kawin ++

Spt yg korang sumer pun tahu, akk dah bagitau yg last week my kazen nak kawin, kan?

Dan.... kenduri tersebut telah berlangsung dgn meriahnya....

Tapi.... ada kisah sedih di sebalik kemeriahan majlis kenduri tersebut.

Kan akk ada bagitau yg tunang dia eksiden two weeks b4 the kenduri... Masuk ICU, then operation sumer bagai....

Sian dia.... to both of them..... ingatkan 2-3 ari b4 kenduri tuh, her tunang leh lah bangun and sihat sket.

Rupa-rupanya still x sihat lagik....

Mmg ari tu dia cam dah ok, dah sedar sket. Tapi bila dia nak makan, dia muntah balik. Alaahaiii.... kesian dengor.

Tot boleh ler nikah kat sepital. Mintak izin kat pejabat agama ngan sepital. Tapi nak buat camana kan......

Maka kenduri last week tiadalah pengantin nya.....

Sib baik ada majlis cukur jambul utk baby kakaknya yg baru lepas pantang. And also majlis utk anak2 sedara nya yg berkhatan....

Nikah ni tunggu lah bila pengantin lelaki dah sihat, kuat sket... Later boleh ler buat majlis kesyukuran lain utk pengantin....

Akk menolong dr mlm Sabtu tu. Gigih betul akk rewang lately.

Motipnya??????

Huahuahua.... akk larikkkkk mlm ahad tuh....

Syyhhh.... gi kelas ilmu kat B32....





20101215

++ Jalan-jalan Beli Buku ++

Last Wed, akk adalah bercuti abih dah cuti utk tahun nih....

Spt yg diberitahu, agenda utama adalah membeli buku sekolah anak.

Gi SKTG, beli buku utk Sya ngan abang. Lama jugak ler berbaris. Maklumlah, sumer pun cuti kot cam akk nak beli buku anak....

Pastuh, gi LTH simpan duit raya bebudak tuh... Mmg dah jadi kemestian, duit raya simpan kat TH. Duit abang paling banyak coz ari tuh dia rajin simpan duit belanja sekolah.... Tapi duit syiling tak sempat nak kira. Selalunya duit syiling tu kira, then bahagi empat utk sumer, sama rata.....

Abis jer TH, sumer pun dah lapar. Ada KFC, sebelah ada Pizza. Mana nak gi? Ibu nak gi KFC jer, cepat sket.... tapi sian nengok anak2.... emmm... jomlah kita ke Pizza Hut....

Lepas tu, ingatkan nak balik umah.... laaa.... terlupa plak, kena gi bank rakyat lah pulak.....

Ambik buku Ammar, tambah akaun abang, bukak akaun Sya. Ingatkan nak bukak utk kakak akaun sendiri coz dia dah ic. tapi org bank tu bilang, tahun depan baru boleh. Sbb ikut tahun ni, dia still 12 tahun.... pulak dahhhh.... takpelah, ujung tahun depan ler baru akk sampai lagik.... sah-sah dia dah cukup umur 13 tahun....

Sampai umah pukul 4.

Baring2 jap sementara tunggu my hubby balik keja....

He promise to take me to my 1st class.....




20101213

++ Boleh Ke Camtu? ++


Korang nampak roti tu?


Haaa... itu adalah kerja anak bujang kecik ku, Qayyim Ammar.


Dia sibuk dok beli roti krim yg sebatang tu, kan.... Lapar katanya....


Sambil dia makan, dia pi tengok tv kat depan.


Pastuh dia dtg kat dapur bwk roti yg tinggal setengah tu.


Apsal tak habiskan roti tu?


Alaaa... ammar dah kenyang.


Baru setengah dah kenyang. Tadi kata lapar sangat....

Roti tu besar sangat. Lain kali ibu suruh lah org tu buat sikit jer.... Ammar tak boleh nak abiskan panjang tu...

Laaa.... boleh plak dia suh ibu bagitau kat org tu buat setengah jer....

Anak bujang kecik tu klau suh bercakap mmg pandai.... Tak taulah camana sok cikgu dia nak melayan celoteh dia....

Alhamdulillah.... sekurang2nya fikirannya dah mula berputar memikirkan sesuatu walaupun kekadang ibunya bolayan sbb tak terlarat nak menjawab soalan2 cepumas nya.....









20101212

++ ATTENTION!!! ++

Lupalah plak nak menguar-uarkan pd semua... this is sticky mode entry, please scroll down for more entry(ies)....


Klau nak tau lebih lanjut pasal Premium Beautiful, sila klik di link sebelah kiri blog nih yg bertitle 'All About Premium Beautiful'.




Premium Beautiful telah di hijrahkan ke sana utk lebih efisien dan kesenangan pembaca mengetahui ttg produk.


Ataupun boleh bukak terus address nih http://armiebeauty.blogspot.com


Jgn lupa kpd yg berminat utk mencuba keberkesanan Premium Beautiful, email ke anuar_salmiah@yahoo.com ataupun sms ke 012-3045395.


Terima kasih semua!!!!!









20101211

++ Kenduri Khatan ++

Not my anak bujang.....

I told u marrr.... my sister next door nak sunatkan anaknya dua org... sorang djh 5, sorang lagik djh 1...

Balik dr keja ari senin tu, rehat sat pas isya' baru sampai. uiiihhh.... cam jauh benor, cam penat sgt keja tuh....

Tapi, buat keja gitu gini... nunggu daging kambing empuk sumer bagai, pastuh siap memasak menumis lagik.... Kul bape balik umah? Huh, kul 4 pagi yea.... Gigih rewang gitu....

Kul 6 dah bangun solat, pastuh ingat nak sambung tido balik, arrgghhhh.... adikku Badli Sham (orang kuat tuuu... takde dia x tau la sapa nak tolong lagik) udah bangun buat keja. Pasang radio, tak jadi ku sambung tido balik. Udahnya gi ler tolong buat keja....

Dah buat keja gitu gini, dlm pukul 10 cenggitu, kita pulang.

Aikkkk, apsal balik?

Sobab akk lom mandi lagik..... huahuahua....

Pas mandi kita muncul semula.

Buat tahlil sket utk arwah2 sekali ngan kesyukuran utk dua anak bujang tuh....

tengah bungkus lauk utk

tetamu bawa pulang



antara tetamu yg sdg kusyuk

mengambil makanan



yg ngah tergolek tu, Amirul Muhaimin, djh 1

abangnya, Amir Muhammad, djh 5

my sister (baju merah tudung putih) ngah suap bagik makan






20101210

++ Mandi Manda ++

Last Sat masa balik dr umah pak ulung, anak2 sibuk dok mengajak pi mandi laut.

Hmmm... balik pun ptg, tambah plak perjalanan pun lama, mmg idak ler abahnya nak menyinggah.

So, ibu promise nak gi the next day.

Pantang promise, pepagi bangun dah sibuk tanya.....

Since, my nephew and niece (anak my 2nd late sister) is around, so hangkut sumer sekali 3 orang. Otomatik anak ku menjadi 7 org.... Sib baik bwk keta besor....

Pegi pun dah dekat t/hari lunch hour. Akk tak masak, so kenalah singgah beli makanan tapau.... Pastu singgah sana, singgah sini....

Bebudak dlm keta pun sampai naik boring.

We are heading to Sungai Tua....

And this is our destination....


Kena bayau yea.... Private property lah kot.... takpelah, as long as takde ramai orang dan menyesakkan....


Hah, dah sampai, gi mandi puas2.... sampai menggigil sejuk beku sumer.

Ibu? Oh, ibu jadi pemerhati saja..... Tak kuasa akk nak mandi air sejuk tu weh.....






20101209

++ Pelangi Petang ++

Last Thur, uiiihhh... seminggu udah ghupanya....

Balik petang tuh dedekat nak sampai kat umah, kelihatan lah di kaki langit nan kelabu (dah nak senja daaa....) pelangi petang nan indah..... walla wei, puitis bunga2 jiwang gitu.... hahaha...

Cantik, kan? walaupun gambar blur...

Suka tengok pelangi.... berwarna warni, ceria jer nengok.... walaupun petang adalah agak suram mendung gitu....

Sesuatu yg indah yg datangnya tanpa diduga, sekejap shj utk tatapan hamba2 Allah di muka bumi ini....





20101207

++ Awal Muharram ++

MUHARRAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah).

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya



Doa Awal dan Akhir Tahun

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Sumber : Darulnuman





20101206

++ Started Again!! ++

Apahal plak nih?

Haaa.... musim pengantin udah tiba lagi...!!!!!

Last Oct kitaorg mmg full every weekend due to both side nyer kazen kawin.

And now, Dec, it started again....

Ramai kazen, ramai sedara, cenggini lah. Itu belum anak2 kazen kawin plak.... Eh, ada tau kitaorang nyer kazen yg dah kawin kan anak... Kira kitaorg ni batch2 muda gitu... hahaha, pasan...

So, it started fm last week.

My hubby nyer kazen kawin. Anak pak ulung. Dok kat perak nun.... Tapi, nun tu idak ler jauh sgt yea... bunyi muncung jer cam jauh... huahuahua....

Tomorrow, my sister sebelah umah plak nak khatankan anak (eh, dah kot ari ni khatan). Ari ni dah bizi dah.... tapi adik dia sorang ni bizi keja jer.... awal bulan marrrr.....

This week, my kazen bakang umah. Tapi, sian dia..... last week dengor citer, tunang nyer eksiden, siap kena operation sumer bagai.... Ntah camana lah citer nya pun x tau.... ni nak kena pi bizi bodi nih....

Next week belum nampak kad jemputan lagik. Tapi my hubby ada dinner. I will follow him..... Siap ada tema ler plak.... huh, nyampah.... tema 60-an ko... apalah yg nak ku pakei nih.... pakei wig boleh dok?

On new year day pun ada my kazen kawin kat kl. tapi, biasalah.... anak sekolah sumer pun bayar yuran ari tuh... x taulah camana....

Korang sumer full tak weekend this month? Dah tanda kat kalendar lom? Baik pi tanda, nnt lupa, orang marah plak tak datang.....





20101204

++ New at Home ++

Amende nya lah tu....? Bukan ada barang perabot baru, yea.....

Haaa.... lima banak kat umah tu ada new hobby.

It started bila kitaorg balik last two months during my hubby's kazen kawin tu lah....

Rupa2nya my FIL ada ler menangkap anak ikan haruan dok simpan dlm tong kat umah kampung. Hmmm...... bila anak2 ku balik kampung menengok ada anak ikan kat situ, habislah memujuk ibu ngan abahnya nak di bawak balik.....

Memula abahnya x bagik. Ibunya pun x bagik jugak, tp sian nengok anak2.... hah.... bwk ler balik dua ekor.....

Bwk balik, kat umah bukan ada akuarium ke mende pun.... so, simpan ler dlm mangkuk jer....

Hah, nak tau apa jadik?

Next day, Mon, bila akk balik dr kerja jer, tau tak apa yg ada kat atas meja kecik bebudak tuh? Ada sebijik akuarium kecik.... Rupa2nya abahnya pun dah mula berminat kat ikan tuh.... siap beli anak2 ikan lagik utk ikan haruan tu makan...

And then, next two days, muncul pulak satu lagi akuarium. Kali ni besor sket... Siap belikan guli sumer bagai nak letak dlm akuarium tuh.... Akuarium yg satu lagi tu, buat simpan cengkerik. Stok makanan utk ikan tuh..... Hah, sudah.... bila paknya dah masuk campur, suka lah anak2 tu....

Pastuh, dah dua-tiga minggu, abang bilang ikan tu dah boring makan cengkerik.... Aiikkkk.... camana dia boleh tau lah plak? Haaa.... alasan ler tu.... Mmg iye pun....

Ibu.... nak pegi tangkap ikan kat longkang.

Nak buat apa?

Nak bagi ikan makan....

Jgn nak mengada...

Alaaaa..... muka muncung..... sentapppp.....

Tapi sudahnya, ibu kena lah bagi izin jugak. But provided, hujung minggu shj bila ibu ngan abah ada kat umah. Takdelah depa merayau entah ke mana nnt dok sakan menangkap anak ikan kat longkang.

Tapi kannnn... ikan tu tinggal sekor jer.... Yg lagi satu tuh, yg kecik, dah mati..... Ni tinggal satu ni entah sampai bila lah umurnya.... huhuhu....








20101202

++ Its December!! ++

Waaa... udah december ghupanya!!!

Kurang dr sebulan 2010 akan bye bye...

Emmm... to parents like us, ianya adalah bulan utk berbelanja sakan.

Eh, bukan raya jer nak kena belanja sakan, anak nak gi sekolah lagi sakan nak kena shopping tau....

Beg sekolah abg ngan sya dah koyak. Mmg dr ari tu dah koyak, tp pujuk mika suh guna sampai ujung tahun. Ammar pun dah request nak beg sekolah. Nak gi tadika jer tu....

For kakak pulak, dah mintak tolong ngan my sister utk belikan sket2 brg keperluannya. Maklumlah, kakak i tu ajk pibg, so, mintak tolong ngan dia jer lah.... Stokin kena beli kat sekolah. Ada khas yg ada nama sekolah. Mahai you.....

Tengoklah, maybe next week ibu akan bercuti sempena nak beli buku sekolah anak.

Hah, amik ko. Nak beli buku sekolah pun kena amik cuti.... hahahaha..... Actually, cum gi jalan2 jugak.

Anda bagaimana? Dah buat preparation utk persekolahan anak2?