Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20110131

++ De Palma Hotel ++

Kuala Selangor.



Akk anak beranak adalah late check-in.

Kat kampung sendiri pun nak tido hotel ke?

Walla.... sesekali dik nun....

Sajer bawak anak2 tido kat hotel. But actually kat sini konsepnya adalah chalet.


Chalet kami consist of 1 queen bed and 2 single bed.


Amik ko, enam banak dok kat situ.... Ingat pasnih nak amik yg besar sket. Yg ada 2 queen bed ngan 1 king bed.

Pagi bangun gi breakfast. Our terms of pagi adalah pukul 9++. Hahahaha..... Nak suh sumer bangun pagi bukan main payah lagik....

Dpt complimentary breakfast utk 3 org. Pegi tempat makan, tinggal 2 orang jer tengah makan. Makanan pun dah nak abis.

Mungkin sbb tak ramai orang, maka makanan pun tak banyak. Juice pun takdak.

Ada nasi goreng, mee goreng, telur, hotdog, wedges, cereal n a few... tak hingat lah....

Pas makan, ingat nak bwk anak2 gi terjun kolam mandi sat. Jalan punye jalan, terjah punye terjah, laaaaa swimming pool adalah under construction. Renovation kot...... Mmmmm.... tak jadik ler anak-anak mandi. Sure gi ajak pi mandi kolam kat tempat lain plak nih....

After that, sbb kami nak mendaki bukit, maka kami check out jer lah.....

Tapi, akk suka tempat tu, coz dia jauh dari hiruk pikuk bunyi kenderaan. Yg ada cuma monyet2 yg sesekali menjadi tetamu kat chalet. Depan chalet kami ada pokok bakau, besorrrrr..... Ala-ala back to nature gitu....


Yg bestnya De Palma Hotel ni adalah ianya satu-satunya rangkaian hotel yg mempraktikkan segalanya mengikut islamik version (syariah compliance). Kat chalet tuh, dah tak yah mintak sejadah, siap sedia untuk digunakan.

Cam yg kat Shah Alam, sebarang minuman keras adalah dilarang sama sekali.

Kat Ampang plak. Satu-satunya surau hotel yg dibolehkan utk membuat solat Jumaat... Bagus, kan?

So, korang kalau nak gi hotel yg berkonsepkan islamik, datanglah ke De Palma Hotel....




20110130

++ From Inland Revenue Department with Love ++

Huhuhu.... akk mmg cukup2 sensitif kalau sebut nama LHDN.

Sentap jer kekadang tuh.....

Entahlah, mmg alergik tul kalau dengor nama tu. Tapi skang nih dah kool sket. Sebabnya...... dah beberapa tahun ni tak payah bayar tax!!!!!!! Hahaha.....

Malam tadi bukak e-mail, dapat message ini....




Tarikh tutupnya adalah seperti berikut....




Sudahkah anda membuat deklarasi pendapatan anda kepada LHDN?

Kalau belum, rajin-rajin lah. Tak semestinya declare, kena bayar tax.... Jadilah rakyat yang bertanggungjawab.

Pada yang sudah buat deklarasi, sila patuhi tarikh tutup penghantaran borang. Jangan terlewat!!!! dan juga last minute....





++ BA: Segmen Syok Sendiri ++

Baru pulang dari Annual Dinner, terus bukak komputer.

Tup-tup nampak BA dah keluarkan segmen syok sendiri.

Mari kita lihat apa yang syok sendiri tu....

1. Sila buat satu entri ... Kali ni bukan letak header tapi gambar yang ada dalam entri ini ( link ) dan linkkan ke entri ini .. done


2. Pilih salah satu gambar korang yang terbaik dan andaikan gambar korang tu dalam majalah tersebut !! Haaa... amacam ? Mencabar ?? Haha.. alaaa... gambar sesuai takdelah....

3. Andaikan korang ditemubual dengan wartawan.. ok .. aku wartawan itu.. Buat dialog berdasarkan soalan ini..
1. Boleh berikan nama glamour anda dalam dunia maya ini ? armie
2. Kenapakah anda memilih nama tersebut ? combination name antara saya dan hubby
3. Kenapa anda berblogging ? untuk merakam segala kenangan pahit manis dengan keluarga dan teman-teman
4. Siapakah pemberi semangat anda ? keluarga, teman-teman, rakan bloggers
5. Sudah berapa lamakah anda berblog ? 2 tahun
6. Siapakah idola anda dalam dunia blogging ini ? redmummy, BA, dan sumer blogger yg femes-femes
7. Kenangan manis anda dalam dunia blogging ? ada orang baca blog saya!!!!
8. Kenangan pahit anda dalam dunia bloggng ? belum ada lagi.... sbb saya x femes...
9. Pencapaian terbaik anda dalam dunia blogging ini ? dapat ide utk terus blogging
10. Selain berblog , apakah minat anda ? termenung carik ide utk blogging
11. Bagaimana anda membahagikan masa anda diantara berblog dengan aktiviti yang lain ? tengahmalam bila dah siap kerja rumah dan anak dah tido. juga kat ofis bila bos takde.... syyyhhh....
12. Pendapat anda mengenai dunia blog di malaysia ini .. kalerful
13. Nasihat anda untuk mereka jika ingin memiliki blog sendiri .. be your ownself...

Ok, tu ajer....






20110129

++ Tabung Haji Umum Bonus ++

Tabung Haji mengumumkan bonus 5.5 peratus selepas zakat membabitkan pembayaran sebanyak 1.33 billion untuk tahun 2010.

Pastinya hampir semua umat islam di Malaysia ada akaun Tabung Haji, kan?

Tapi, ada juga yg membukanya hanya bila dah nak pegi haji.

Takpelah, apa-apa hal pun mmg kalau nak gi haji kena bukak akaun kat TH.

Cam akk sefamili, memasing mmg dah ada akaun TH. Anak-anak sumer pun dah ada akaun since umur 1 1/2 bulan.

Habis jer pantang, ibu pun gi TH bukak akaun utk anak.... Duit yg orang bagi waktu berziarah tu ibu gunakan bukak akaun.... Alhamdulillah....

Pastu, every year duit raya pun mesti masuk kat TH without fail.

Kalau ada bank perdagangan lain pun, masuk sket jer..... buat syarat bior tak beku akaun tuh....

Pasnih nak kena update buku ler nampaknya..... best... best... best...




++ Jalan-jalan Naik Bukit ++

Fuyooo.... bunyi cam akk gi panjat bukit jer....


Padahal naik tren sampai ke puncak bukit.


Puncak bukit Malawati. Huhuhu.... kami ke situ lagi. Sepertimana yg dijanjikan kpd anak2....


Akhirnya sampai jugak kami ke puncak bukit. Menikmati keindahan dan kebesaran yg Maha Agung....


Nampak Selat Melaka dgn terang dan jelas nya.


Meriam yg digunakan utk menentang musuh (ke musuh yg gunakan dulu, ek?) Rasanya pernah baca ada 7 biji, tapi kira punye kira punye bilang, ada 6 jer....





Inilah rumah api yg masih berfungsi sehingga sekarang. Dulu guna generator jer nak idupkan lampu nya tapi sekarang elektrik sudahhh....



Tak leh masuk yea.... tanpa kebenaran Jabatan Laut.



Nampak tak? Sapa boleh baca, angkat kaki...... wakakaka.....


Ini pulak tempat tengok anak bulan Ramadhan dan Syawal. Sure ramai orang masa nak tengok anak bulan tu, kannn....



Muzium mengenai sejarah negeri Selangor. Untuk anak2 yg nak tau pasal sejarah negeri Selangor, berkunjunglah ke sini. Uiiihhh.... sumer sejarah selangor ada. Bagaimana selangor terbentuk, susur galur kesultanan, tempat-tempat bersejarah, dan macam-macam lagilah.... Tak rugi bayor $1 (untuk bwh 12 tahun).



Pas kuar jer dari muzium tuh, nampak pulak brader jual makanan monyet dah sampai. Pelagi, anak2 sibuk nak bagi makan kat monyet2 yg banyak berkeliaran kat situ. Mmg tengah lepak2 kat dahan2 pokok..... hehehe.....




Kakak ngan berkobar2 nya bagi kat monyet tu makan. Pastu bila kena serbu menjerit lah plak.... Jinak sungguh monyet2 tu... Anaknya masa kecik takde warna kelabu cenggini, warnanya coklat karat....



Dah bagi monyet makan, tak larat nak jalan ke depan sket utk gi menengok batu hampar yg dikatakan tempat pancung orang dulukala dan jugak dataran busut.....


Ngam-ngam tren sampai, maka kami pun turun ler.....







20110128

++ My Top List Entry ++

Nampak tak side bar kiri tu ada most popular search entry?

Haaa.... Kemensah Chalet Waterfall adalah on top sekali.

So, tangan ni adalah sesaja gatal pi search google. Nak try tengok tang mana entry akk tu...

Walla..... inilah hasilnya.....



Patutlah that day masa cuti sekolah, akk nyer ex skol-mate kol.

Menjerit dia tipon tanya since bila akk buat blog nih....

Huhuhu.... tegezut akk.....

Rupa-rupanya dia pi gugel pasal kemensah chalet, tup-tup kuar akk nyer entry.... Tuan punye entry plak rupa-rupanya kawan lama daaaaa.....
Nak tau entrynya? Klik jer kat side bar tuh.....





20110124

++ Gerammmmm....!!!!!! ++

Korang panggil menatang ni apa?


Thumb drive?

Pen drive?

Haaa... apa-apa jer lah....

Yg penting nya, akk tengah GERAM, MARAH, SAKIT HATI, dan bermacam-macam lagilah yg tak dpt nak di gambarkan.

Pagi ni akk adalah dgn semangat yg berkobar-kobar nak update both blogs.

Pi amik menatang atas tuh, pastuh cucuk kat komputer.

Klik open, Please insert your removable disk in drive F

Hati ada sakit tak?

Sudahlah sumer info biz ada kat dalam tuh....

BENGANG !!!!!!!!!





20110119

++ 3 Safar 1431H ++

Bersamaan 19 Januari 2010 (Selasa).

SALMAH BINTI BAHMAN

Along ku yg telah pergi menyahut panggilan Illahi setahun yg lepas pd usianya 47 tahun....

Perginya setelah setahun menderita kanser usus.

Pemergiannya aku iringi dgn perasaan berbaur - sedih dan gembira.

Sedih krn kehilangan seorang lagi kakak.

Gembira krn hilang sudah sengsaranya menanggung kesakitan selama setahun itu.

Setiap dr kita pasti akan menyahut panggilan dr pencipta kita yg Maha Agung lagi Maha Penyayang.

Justeru itu, setiap kali ada berita yg kedengaran ttg kehilangan seseorang dek krn kanser, hati ini pasti akan teringatkan kedua2 kakakku yg pastinya sedang bersemadi dgn aman..... insyaALLAH.

Along pergi meninggalkan tiga orang cahayamata perempuan.

Berbanding dgn Angah yg meninggalkan anak2 yg masih kecil, Along pergi dgn anaknya yg sulung - Norzalifah (26 tahun), Norziana (24 tahun), juga Norzafirah (6 tahun).

Biarpun sudah menginjak dewasa, ttp si kecil Norzafirah adalah seorang anak yg sangat2 manja dgn emaknya. Bayangkan, umur sudah 6 tahun pun masih makan bersuap emaknya.....

Kasihan dia....

Anaknya yg sulung pula sedang di dalam persiapan terakhir utk melangsungkan perkahwinannya. Sepatutnya dia di jadualkan mempercepatkan tarikh pernikahannya hanya krn kondisi emaknya. Ttp ALLAH lebih menyayangi along..... Bertitisan airmata kami tatkala Norzalifah selamat di ijabkabulkan... Terdetik di hati ini, 'Along, anakmu telah selamat bernikah.....'

Semoga aku lebih beringat ttg kasih sayang org2 di sekeliling ku. Menghormati mrk, menyayangi mrk tatkala aku masih bernafas....

Semoga iman ku teguh, fizikal dan mental ku kuat, kesihatan ku sempurna untuk aku meneruskan perjuangan hidupku yg belum tahu bila titik noktahnya....

Semoga di kala aku menghampiri penghujungnya, aku telah bersedia utk segala2nya.....

YA ALLAH YA TUHANKU, sesungguhnya engkau yang maha mengetahui apa yg telah, sedang dan akan berlaku di dlm hidupku ini.... Permudahkan lah jalan yg aku pilih dan jalan yg aku lalui ini....

AMINNNNN.......






20110114

++ Emergency Call ++

Korang pernah tak dpt emergency kol dr bos ke, superior ke, kollig ke, suh dtg keja utk buat something urgent?

Ada tak rasa cam hangin satu badan?

Haaaa.... cenggitulah yg akk rasa ari Sabtu yg lepas....

Ada ke org ngah sesiap nak gi appointment, tetiba bos kol suh dtg opis.... ishhh... tak patut... tak patut...

Tapiiiiii... nak kata tak patut, sapa bayor gaji ko? Huhuhu.... part ni mmg ler kelu lidah nak jawab. Nak tak nak kenalah gak pegi. Allloooo.... nak sampai opis 20 minit yea.... itupun besit 110 km/j bilamana speed limit adalah 90 km/j.

Sepital ni pun, kan.... tang aku cuti tu lah ko nak brg urgent.... haaiiii.... sib baik sepital, nyawa org kannnn....

Huh, ku pikir sekejap saja, rupa2 nya mau dekat satu jam sudah ku di opis.... Sudahnya appointment pun lambat, amik anak kat sekolah pun lambat.... Anak2 balik hangin ngan org tuanya... kahkahkah....

Tapi jgn bilang sama boss akk yea.... bulan ni adalah bulan kritikal.... wink... wink... apa tu? hahaha... adalahhhhh.....





++ Jalan-jalan Hujung Minggu ++

Hari Ahad (9/1) ari tuh, my hubby nyer kazen kawin kat KS.

Since my hubby kena keja pagi tu, so, kami ke sana sbg tetamu saja (bertuah nyer anak sedara...).

Sebelum pegi my hubby ada tanya, 'kita nak gi tengok org kawin jer ke? takde nak gi mana2 pastu?'

Huh, wifenya pantang sungguh ditanya...

'Ada.... ada...'

'Nak gi mana?'

'Kita bwk anak2 gi naik bukit lah. Sian diaorang...'

'Emmm.... ok gak tu'

Huhuhu.... berjaya!!!! Pelagi.... siap bwk kasut sumer bagai...

Tapi, pas tengok pengantin tu, pegi plak ke tesco membeli barang sekolah anak sket. Then, melepak sat kat Old Town.

By the time we arrive kat Bukit Malawati, dah nak petang.

My hubby cakap x yah gi lah. Tapi si kakak muncung sudah.

And for korang nyer information, kereta adalah TIDAK dibenarkan naik ke atas Bukit Malawati pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. MDKS telah menyediakan transport (ala-ala keretapi gitu) utk korang naik ke atas yea....

Uiiihhh.... of course ler kena bayor yea adik-adik... Rm3 utk dewasa dan Rm1 utk kanak-kanak. Oh, akk nyer famili skang nih dah ada 3 adults coz kakak udah ada i/c marrr.... (Udah tua akk ni yea.... uhuk.. uhuk...)

Kami adalah duduk shj di dlm train, takdak turun coz masa adalah mencemburui kami (walla....). But promise to my children, next time kita dtg pagi, pastuh kita turun kat atas bukit, then kita boleh jalan kaki turun ke kaki bukit....

Eh, korang pernah sampai tak kat Bukit Malawati?





20110112

++ Armiebeauty Blog ++

Ada tak sesapa yg pernah pegi menjenguk blog biz akk?

Blog yg mana satu?

Laaa.... blog nih http://armiebeauty.blogspot.com

Saja jer nak bagitau korang nih....

Blog biz akk tu sedang di dalam proses makeover.

So, klau gi masuk tu, kejap semalam rupa lain, sok rupa lain, korang jgn ler tegezut plak...

In a week ni mmg a bit kacau bilau sket....

Tima kasih....




20110107

++ Bizi Ek? ++

Yelahh...... ari senin cuti-cuti sekolah, masuk keja ari selasa sampai ari ni tak dpt nak closing a/c lagik....

Bos udah bagi-bagi hint nak mintak debtors list. Entah bape juta ler orang utang kami, ek.... Harus ku lakukan juga hari ni.... Sori ye, bos....

Korang nak tau..... dek kerana ari jumaat lepas adalah public holiday yg tak disangka, maka kami - akk ngan sales team - adalah terpaksa bekerja keras on that thur semata2 nak mengupdate komputer dgn stock check kami.... Kul bape ek akk balik... ? Dedekat kul 9 mlm ler jugak....

Apa? Still early.... ?

Fuiyoooo.... bagi korang yg lom kawin mmg ler still early. Akk dulu pun camtu gak.... Time anak dara dulu biasa balik 2-3 pagi dr ofis buat live testing ke HQ.... Tapi, itu dulu...... Skang ni dah kawin, lain dik oiiiii..... Klau boleh tu on the dot bunyik loceng jer, nak larik balik sudah.... Mikirkan anak ngan hubby yg dah makan ke belum.... Sib baik cuti sekolah still...

Eh, ni nak gi sambung buat kira-kira.... Nnt akk buat entry lagi, ek....

Korang jangan marah tau sbb kureng entry this week.... Ampunkan daku....





20110103

++ New At Home (Part II) ++

Ingat lagi tak pada entry ni?

Emmm... korang klau nak tau, akuarium tu telah di updrade lagi, kay.... Main reason bcoz, ikan haruan tu telah membesar 2 kali ganda dr saiz asalnya....

So, apa guna akuarium yg kecil dan medium tu?

Yg kecil tu adalah utk meletak anak2 ikan yg menjadi makanan ikan haruan tu. Anak ikan longkang. Selalu abahnya akan beli dlm 2 hinggit cenggitu kot.... Letak kat akuarium kecik tu.... Nnt kot anak2 nak bagi makan kat ikan haruan tu, just tangguk jer....



Akuarium yg medium tu pun tempat isi makanan ikan gak. Yg itu isi ngan cengkerik. Kekadang tu rasa cam dok dlm hutan pun ada. Maunya idak, kejap2 kang cengkerik tu berbunyi. Imagine.... di suatu malam yg sunyi, cengkerik bersahutan berbunyi.... wohoooo....

Entahlah, kot pasnih yg besar tu pun tak muat gak, ntah besor manalah pulak akuarium tu nnt. But, my hubby said, itulah akuarium plastik yg paling besor....

So, pasnih nak beli yg kaca plak? Waaa.... tak rela i.... mana nak ku letakkan?




20110101

++ DUA RIBU SEBELAS ++

2.0.1.1

SELAMAT TAHUN BARU!!!!!

- Usia meningkat setahun

- Tanggungjawab dan komitmen dah semakin bertambah

- Azam dan cita-cita perlu dilaksana dgn jayanya

- bekerja keras utk masa depan anak2 dan hari tua

- semoga sihat walafiat utk beramal dan beribadah

- sentiasa bahagia dan bersatu bersama suami dan anak2 serta keluarga

- positif selalu

- dpt melalui 365 hari lagi, insyaALLAH

AMINNNN.....