Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20121228

++ Lirik Lagu Lelaki Ini ++


Nyanyian: Anuar Zain

Kasih, kenanganku
Ingatkah saat-saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu
Ke manapun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemanapun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki
Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku..
Sanubari ku.. oohh
Ku yang mencintakan mu.. ohh
Hanya dirimu… oooh
Kerana cintaku, tak berbatas waktu
Kerana cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu….

Lagu ini opkos lah dari mr.hubby.... 





20121221

++ Panduan Penggunaan SF Beauty ++

* Cuci muka dengan sabun dua kali sehari

* Gunakan krim malam pada malam hari

* Gunaka krim siang pada siang hari sebagai pelindung UV

Sapuan kedua-dua krim adalah nipis sahaja. Jika kulit kering, basahkan hujung jari dengan air bagi memudahkan sapuan krim (akk guna span basah, senang sket....)

Jika pada awal penggunaan muka terasa pedih, hentikan penggunaan krim malam tetapi teruskan dengan krim siang dan sabun. Selepas 2 atau 3 hari gunakan semula krim malam (akk masa mula2 guna dulu, cenggitulah.... tapi pastu ok...)

Antara kesan awal yang biasa ialah rasa gatal di tempat yang bermasalah dan pengeluaran minyak berlebihan (biasanya kesan ini hanya sementara dan akan beransur kurang). Kadang kala bagi kulit yang kurang mendapat penjagaan sebelumnya akan berlaku sedikit pengelupasan halus di bahagian yang bermasalah.

Kulit akan mendapat kelembapan semula jadi dan terasa halus dalam tempoh 1 hingga 3 minggu. Krim malam boleh dikurangkan penggunaanya selepas hasil yang diharapkan diperolehi (seminggu 2 atau 3 kali sahaja).





20121220

++ SF Beauty ++

Korang pernah dengar tak pasal SF Beauty ni?


Akk guna trial set masa bulan posa aritu. So, masa raya tu muka akk mmg ada perubahan sket....


Akk ni ada bekas jerawat. Takdelah kasar teruk sgt, tp nampak berbekas jugaklah. So, bila pakai SF Beauty nih, hilang plak. Aritu gi amik gambar paspot pun dah tak nampak. Klau idak, dlm gambar mesti ada nampak kesan jerawat tu....

Mmg sesuai sungguh ngan akk... Akk pakai set normal - sabun warna kuning. Ada dua set, satu set lagi utk kulit sensitif - sabun warna hijau. Krim siang ngan krim malam sama jer utk dedua set.


Krim Siang


Krim Malam


Sabun utk kulit normal - kuning
Sila abaikan part sebelah kiri tuh, akk dah potong
suku. Susah nak guna klau guna bulat besar tuh.
Tapak tanganku kecil. Auwwww...


Logo SF Beauty.
Sori, blurrrrr....


Sabun Kecantikan Vitamin E (warna kuning untuk kulit normal)
Natural dan bersih dengan Vitamin E menolong meningkatkan meteabolisme kulit, merencat proses penuaan, mengurang kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit. Mengekal kelembapan semula jadi untuk rasa segar, licin dan bersih.

Sabun Kecantikan Vitamin C (warna hijau untuk kulit sensitif)
Dibuat daripada bahan semulajadi agar dapat memelihara kandungan aktif (vitamin C) daripada dioksida semasa digunakan. Membantu merangsang kolagen, mengurangkan kedutan, menganjalkan kulit secara semula jadi, mengekalkan kelembapan dan kesegaran kulit. Sesuai digunakan pada kulit yang berminyak.

Krim Malam
Bahan semula jadi yang dirumus untuk menghilangkan jeragat dan bekas jerawat di samping memutih dan membersihkan kulit. Menjadikan kulit halus dan bersih.

Krim Siang
Bahan semula jadi yang dirumus sebagai pelindung UV di samping melembap, melembut dan menyihatkan kulit.


Lepas abis trial set tu, akk berenti pakai. Ni baru order set baru ngan dealer. Kawan akk bagi no. dia, tp mmg pantas dan zasssss sungguh menghantar order akk. Thumbs up!

Korang klau nak try order ker, nak penerangan lebih ker, cer try kol dia....

Fadzilah - 013-2728140. 

Ada diskaun!!! Thanks Fadzilah.





20121218

++ Lirik Lagu Permata Untuk Isteri ++

Nyanyian: Kopratasa

Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Lirik/Puisi: Abdul Aziz HM


Tengah dengar lagu ni kat radio sambil buat kerja.... teringat dulu-dulu masa baru-baru menjadi isteri... hurrrmmm.... syahdu giler..... rasa sangat2 dihargai dan diperlukan at that time.... apatah lagi sekarang ini semakin besar komitmen kami suami isteri dengan 5 amanah yang diberikan ALLAH untuk kami sempurnakan fizikal dan mental mereka dalam menghadapi dan mengharungi segala dugaan kehidupan di dunia dan di akhirat.... SYUKRAN YA ALLAH di atas segala yang engkau kurniakan kepada kami sekeluarga. Walau tidak semewah orang lain, tapi kami bahagia mengharungi bersama-sama, susah dan senang, menangis dan ketawa, suka dan duka.....




++ Ciri-ciri Sahabat Setia ++

Menurut Imam Al Ghazali.

1. Jika kau berbuat baik kepadanya, maka dia juga akan melindungimu.

2. Jika kau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka dia akan membalas balik persahabatanmu itu.

3. Jika kau memerlukan pertolongannya, maka dia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya.

4. Jika kau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka dia akan menyambut dengan baik.

5. Jika dia memperoleh suatu kebaikan atau bantuanmu, maka dia akan menghargai kebaikan itu.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik darimu, maka dia akan berupaya menutupinya.

7. Jika kau meminta sesuatu bantuan daripadanya, maka dia akan mengusahakannya dengan bersungguh-sungguh.

8. Jika kau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), maka dia akan menanyakan kesulitan yang kamu hadapi.

9. Jika bencana datang menimpa dirimu, maka dia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu.

10. Jika kau berkata benar kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.

11. Jika kau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati dia akan membantu rencana itu.

12. Jika kamu berdua sedang berbeza pendapat atau perselisihan faham, nescaya dia akan lebih senang mengalah demi menjaga persahabatan itu.


~ MIDI, Disember 2012





20121130

++ Cintailah Isteri Kerana ALLAH ++

Isteri, di samping sebagai sandaran emosional, juga sebagai penyangga spiritual. Dialah yang sedia berkongsi tanpa pura-pura. Kurniaan isteri, menurut al-Quran, sama berharganya dengan kejadian dunia dan seisinya (Ar-Ruum: 16-30). Subhanallah!

Seorang suami memperoleh ketenangan dan semangat hidup daripada seorang isteri, juga ketenangan, keberanian, keamanan, dan kekuatan. Lelaki menumpahkan seluruh tenaganya di luar rumah dan mengumpulkannya kembali di dalam rumah. Rumah tidak sekadar tempat berteduh secara fizikal, tetapi tempat berlabuh lahir dan batin. Sumber menu rohani dan jasmani.

Potensi besar yang dikurniakan Allah kepada wanita ialah kelembutan, kesetiaan, cinta, kasih sayang dan ketenangan jiwa. Kekuatan itu sering kali dilukiskan bagaikan ring dermaga tempat suami menambat kapal, atau pohon rendang tempat sang musafir merebahkan diri dan berteduh.

Di dalamnya merupakan padang jiwa yang luas dan nyaman. Tempat menumpahkan sisi keanak-anakan, sifat polos suami untuk bermain dan bermanja; saat suami melepaskan kelemahan-kelemahannya dengan aman; saat suami merasa bukan siapa-siapa; saat suami menjadi 'anak kecil' yang dewasa, yang berjanggut dan berkumis. Di kedalaman tenaga spiritual dan ketajaman emosional.

Umar bin Khattab r.a. pernah berkata, "Jadilah engkau anak kecil di depan isterimu, tetapi berubahlah menjadi lelaki perkasa ketika keadaan memanggilmu."

Sudah tentu setiap lelaki ingin menjadi 'anak kecil yang polos' ketika berbaring dalam pangkuan ibunya dan isterinya.

Sebaik-baik wanita (isteri), kata Nabi Muhammad s.a.w. adalah apabila kamu melihatnya menyenangkanmu. Isteri yang seperti inilah yang dapat menjadi sumber kebahagiaan, keamanan dan penjaga kehormatan diri. Apabila sumber itu hilang atau kering, tragedi cintalah yang akan terjadi.

Hanya saja, kecintaan kepada isteri harus rasional. Tidak sekadar menonjolkan rasa, tetapi cinta terhadap isteri hendaknya diletakkan demi kepentingan agama.

Cintailah isterimu di bawah cinta kepada Allah! Saling mengasihi yang tidak dilandasi agama, suatu ketika bakal menjadi batu sandungan dakwah.

Semoga para suami di luar sana sentiasa mengingati pesan Rasulullah s.a.w. ini, "Janganlah lelaki Mukmin membenci isterinya yang Mukminin. Apabila ada perangai isteri yang tidak disukai, dia pasti reda (senang) dengan perangai isteri yang lain." (Riwayat Muslim)


MIDI - Disember 2012





20121128

++ Sudah Selamat ++

Alhamdulillah.....

Abg ngan Ammar dah selamat berkhatan masa raya Deepavali ari tu. 

Derang punyer turn dlm pkl 11.45, tp klinik pkl 11.15 dah tipon suh datang.... Sib baik ler dekat. Pun dah sesiap pakai kain sudah. On your mark, get set, goooooo......

Pak aji ikut sekali menengok kan cucu2 nya nak bersunat.

Ibu kat umah bizi masak sbb pak aji ngan mak ajah nak mkn kat umah akk.

Akhirnya, penantian dan debaran ibu berakhir sudah almost 1 1/2 hour slps itu. Abg dgn muka kontrol macho walaupun berkerut-kerut dahinya... Ammar cam biasa, mulut dia mmg bising sket...

After two weeks baru abahnya izinkan pakai suar. Aterrr... sorang ok, sorang lom, kenalah adil...

Sumer pun sibuk tanya, bila nak buat kenduri?

Satu pertanyaan lah, WAJIB ker? PERLU ker? Well, lain orang lainlah pendapat nya. Bagi kami suami isteri, yg wajib telah terlaksana, kenduri hanyalah adat...

Kalau buat akikah pun, insyaALLAH, kami akan seggregate kan utk sedara mara, takyah ler kenduri kendara segala bagai.... Simple & Normal....




20121123

++ 4 Tanda Hidup Tidak Berkat ++


Tazkirah Jumaat:

4 Tanda Hidup Tidak Berkat

Banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA. Nauzubillah.
...

Berikut Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis. Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.


2. Buat kerja, tak siap. Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat. Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia. Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan.

Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit.

Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas? Mari kita sama-sama muhasabah diri.

Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Nauzubillah.

Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah SWT untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.


Sama-sama muhasabah dan siri ingatan diri sendiri juga.
JazakAllah Khayr ( جزاك اللهُ خيراً)



Email yg diterima dari seorang teman. Peringatan yg tersangat diperlukan di saat-saat akk adalah dlm keadaan agak 'down' minggu nie.... Syukran, masih ada yg mahu berkongsi dlm memperbaiki diri ini..... Alhamdulillah....



20121115

++ Selamat Tahun Baru 1434H ++

Alhamdulillah... masih dpt meraikan tahun baru bersama2 keluarga tercinta...

Azam? perlukah?

Niat tidak semestinya di tahun baru sahaja. Bila2 pun boleh, asalkan dari hati yg ikhlas...


SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1434 


Renung2 kan kisah penghijrahan Nabi s.a.w. utk muhasabah diri...





20121112

++ HAPPY DEEPAVALI ++

To all readers,

May the glow of prosperity, happiness and joy brighten your days in the year ahead.

HAPPY DEEPAVALI

20121109

++ Orang Ikhlas Itu Tertindas? ++


Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi. 

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.


“Mengapa?” balas saya.

“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.” 


Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji? 

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”


Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.


“Oh ramai encik…”

“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.


“Kakak, boleh saya bertanya?”

“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi. 

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”


Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!” 

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.


“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.


“Maksud encik?”

“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”

“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”


“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”

“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”


“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”


“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!” 

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.


“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…” 

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.


“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?” 

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”


“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’

“Pasti ada! Insya-Allah.”

“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.” 

“Subhanallah!”


“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”

“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan. 


“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”


“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”

“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.” 


“Maksud encik?”

Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”

“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!” 

Giliran saya pula tersenyum.


“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar. 

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”


“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Maksud encik?”


“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”


“Kenapa?”

“Kita akan sakit jiwa!”

“Kenapa?”

“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran. 

“Tetapi
Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.


“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”


“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas? 



Email yg saya terima dari rakan utk renungan kita bersama. Peringatan utk diri saya terutamanya.... Ikhlas lah dlm segalanya.... Ya ALLAH, kau permudahkan lah segala urusan ku di dunia dan di akhirat. Jauhi aku dari segala hasad dengki manusia.... AMINNNN.....





20121101

++ Ambil Buku Teks Dan Buku Laporan ++

Owhhh... sudah sampai ke penghujung penggal persekolahan 2012 rupa-rupanya....

Pagi ni ke sekolah Sya ngan Abang. Ingatkan amik buku teks jer, sbb surat yg dibagi kata amik buku teks, rupa-rupanya sekali amik report kad ker ibu salah baca... huhuhu....

Sampai jer kat sekolah, mak pak dah penuh dah amik buku teks kat dewan sekolah. Parking keta pun jauh sbb sumer pun dah penuh kiri kanan jalan. Jauhnya bu.... abang komplen. Aterrr.... dtg lambat, parking ler jauh. Takper, eksais lah bang...

Sib baik ler dedua pun kat satu blok, sama floor tingkat 3. Sian lemak2 kat badan akk ni haaa... Tak cukup napas dibuatnya... 

Masuk kelas abang duluan... beratur yea ibu-ibu, bapak-bapak... Cikgu bilang, abang adalah drop sesangat... Expect top 5, udahnya no. 13!!!!!! Ibu pitam, nampak bintang bulan jap... Apa sudah jadi, abang?????? Camana nak sambung jadik pengawas nih? 

Ke kelas Sya pulak... Cikgu Sya ni sangatlah lembutnya bila berbicara, Cikgu Suhaimi. 2b3c, nak pitam lagi sekali rasanya ibu.... huruf yg pertama tu langsung takde.... sib baik cikgu bilang dia ok dlm kelas walaupun sebenarnya dia adalah anak yg garang klau kat umah. Pastu cikgu bilang, sya punyer karangan adalah sgt lemah. Murid lain dah siap hantar, dia masih terkial-kial lagi buat.... huhuhu... kurang membaca ler tu... Markah pun ibu tengok sumer cukup2 makan jer... 

Moh ler kita pi amik buku teks pulak... ibu udah mcm nak migrain dah ni...

Nak kuar kat pintu pagar, kakak security tu tegur. Anak dia dulu sekelas dgn abang... 

Errr.. ni nak tanya, sapa yg anak sedara ngan guru besar tu? Awak ker ayahnya?

Oh! ayahnya.... Mana tau?

Si amid bagitau... (security lagi satu, kawan my hubby)

Hikhik... guru besar sekolah tu pak sedara hubby akk... So, dptlah setahun ni atuk sedara jadik guru besor derang. Tapi setahun jer... Ujung tahun ni pencen sudahhhh...

Balik nak kena buat report dgn Yang Dipertua Rumah pulak nih....






20121031

++ Sakit Badan ++

Dah tua-tua ni, asyik ler sakit badan...

Anak 5, kalsium rasa mcm dah berkurangan plak. Sakit belakang mmg rajin dtg menjenguk semenjak dua menjak nih...

Dgn sakit urat lagik... aduyaiiiii....

Mana ler nak carik tukang urut terer nih?

Tetiba, cehhhh.... tetiba... ahaks... pd suatu hari... akk gi klinik, terrrrr nampak satu brosur kat kaunter dpn tuh. Amik ler, sesaja baca nak abiskan masa tunggu no. naik...

Eh, eh... ada lah khidmat urut mengurut nih... Kat mana kedai nih? Eh, kat selang tiga pat kedai jer dari klinik. Errrmmmm... leh try test nih...

Meh kita kol wat appointment....

Perrrghhhh..... mantap lah kakak tu urut... Akk panggil kakak, tp kakak tu masih tetap maintain vogue...

Kat situ, korang leh wat facial, mandi herba, mandi susu, mekap, urut. Nak urut bersalin pun boleh.... Ada pekej...

Korang kalau dok kat port klang, klang kalau nak carik orang urut bersalin, carik ler kakak nih.... Dia urut mmg mantap.... Sodap badan....

Shida Ras Aura - 012-2593149 (Kak Shida)




20121028

++ Telah Mendaftar ++

'Abah dah daftar kan....' Suatu hari slps makan malam.

'Mendenya?'

'Tuuuu.... anak bujang awak dua org tuh.... Dah register pagi tadi kat klinik dah...'

'Ohhh... iye ke? Bilanye?'

'Hurrrmmmm.... ari jumaat dah penuh, amik jer lah time deepavali...'

'Takpelah, ari cuti tu... tak yah lah awak amik cuti... senang sket...'

'Tapi doktor kata dia buat pagi, 8 sampai 10 jer tau....'

'Mmg ler slalu pagi... kejut jer lah anak bujang dua orang tu suh mandi air sejuk pepagi. Kecut sket....'

Ahaks..... my hubby dah register kan dua anak bujang nya utk di sunatkan cuti sekolah ni nnt... hohoho... ibu yg berdebar...

Makanya, kita tunggu dan jer lah apa yg akan terjadi di hari yg dah dijadualkan tu nnt....

Hopefully, dedua ok... jgn2 ibunya yg k.o, migrain....





20121026

++ Berkorban ++

Sebagai hamba Allah, anak, isteri, ibu, pekerja, teman, sahabat, adik, kakak.... 

You name it, dlm hidup perlukan pengorbanan.....

Sedikit sebanyak, apa yg anda lakukan tanpa sedar juga kadangkala adalah pengorbanan...

Tak perlu di ungkapkan secara terperinci, krn setiap pengorbanan kadangkala amat sukar utk diluahkan, sukar utk digambarkan....

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

SELAMAT HARI RAYA KORBAN

SELAMAT HARI KEMENANGAN UNTUK PARA JEMAAH HAJI DI KOTA SUCI MEKAH - SEMOGA KEMBALI DENGAN HAJI YANG MABRUR....





20121024

++ Kaedah Berkhatan ++


KAEDAH KONVENSIONAL


Kaedah konvensional ada banyak jenis. Tetapi untuk lebih mudah difahami, ia adalah membuang kulit di hujung kemaluan dengan memotongnya kemudian memberhentikan darah secara manual dan menjahit baki kulit.

Kaedah konvensional ini mengalami sedikit evolusi dengan kehadiran satu alat dipanggil cautery. Cautery ini adalah satu alat yang menggunakan elektrik atau bateri. Ia menghasilkan haba di hujungnya dan boleh digunakan untuk memotong lebihan kulit dan membakar salur darah. Ini menjadikan proses khatan kurang dari segi pendarahannya.


Ada ibu bapa menyalah anggap dan memanggilnya sebagai “laser” walaupun ia bukanlah sejenis laser. Cautery elektrik pada pasaran semasa berharga antara RM 2500 – RM 5000 mengikut jenisnya. Oleh itu bukan semua klinik atau doktor yang mempunyai alat ini. Cautery menggunakan bateri daripada jenis yang baik dan tahan lama adalah di dalam lingkungan RM 2000.


Kaedah menggunakan gunting dan pisau (blade) masih juga digunakan oleh sebilangan doktor. Pendarahan diberhentikan menggunakan teknik “Ligation” iaitu diikat menggunakan benang. Kaedah memberhentikan darah secara ini adalah selamat kerana, saluran darah besar akan tertutup dengan pasti menggunakan benang berbanding membakar menggunakan cautery.

Walaubagaimanapun, cara ini agak lambat. Ia mengambil masa dari 20 minit sehingga 45 minit seorang pesakit. Bergantung kepada pendarahan dan sebagainya. Cara konvensional lebih memudahkan berlaku pendarahan kerana memotong menggunakan gunting atau pisau tidak memberhentikan darah berbanding cautery.


Oleh itu ramai doktor menggunakan kaedah konvensional tetapi memotong kulit dan memberhentikan salur darah menggunakan cautery dan menjahit kulit menggunakan benang “catgut”. Ini mempercepatkan proses berkhatan dari 45 minit kepada 20 minit sahaja untuk seorang pesakit.



KAEDAH KLAMP


Kaedah klamp (tara klamp, smart klamp) adalah cara terikini untuk berkhatan. Ia adalah cara yang sangat cepat dan kurang pendarahan. Cuba bayangkan 80 orang boleh disunatkan di dalam masa 3-4 jam sahaja dengan 5 buah katil oleh 5 orang operator.


Setelah kanak-kanak diberi bius, ukuran klamp dikenalpasti dan alat yang sesuai dengan saiz kemaluan akan dimasukkan. Setelah klamp diaplikasikan di tempatnya yang sesuai, kulit-kulit yang berlebihan akan dipotong (samada menggunakan cautery atau pisau). Pendarahan adalah kurang kerana segala salur darah telah ditekan menggunakan alat tersebut.

Kaedah ini tidak perlu jahitan. Oleh itu ia sangat cepat. Selepas 7 hari pesakit akan datang ke klinik semula untuk membuka klamp tersebut. Adakalanya ia akan jatuh sendiri dan ini memudahkan urusan.


Dari segi kos, kaedah klamp ini agak mahal. Rata-ratanya di klinik mengenakan bayaran daripada RM 200 hingga RM 350 untuk satu prosedur. Harganya mungkin lebih murah di dalam lingkungan RM 150- RM 180 sekiranya diadakan berkahatan beramai-ramai kerana dari segi bilangan peserta yang ramai akan mengurangkan kos.


Masalah yang berlaku kepada klamp ialah apabila untuk membuang klamp selepas satu minggu. Klamp akan melekat di kawasan kemaluan untuk menutup salur darah dibahagian kulit yang dipotong. Untuk membukanya kadang-kadang pesakit akan merasa sakit. Sakitnya adalah sebagaimana dia bersunat dahulu. Ada yang menangis kerana kesakitan selama beberapa hari selepas itu.


Sedangkan, kaedah konvensional hanya merana pada waktu bersunat sahaja selepas itu tidak ada lagi kesakitan kerana benang yang dijahit akan hilang sendiri dan tidak perlu dibuang.

Ada juga pendarahan berlaku selepas klamp dibuang. Ini kerana kulit yang diklamp tidak tertutup sepenuhnya kerana masalah jangkitan. Masalah jangkitan boleh berlaku pada teknik klamp dan mengakibatkan luka lambat sembuh. Berbanding dengan kaedah jahitan, luka mudah terbuka kerana tidak ada jahitan yang menyokongnya.



Apapun pilihan anda, di dalam ibadat berkhatan, yang paling penting adalah kebersihan yang terhasil daripada proses tersebut. Ini kerana di dalam Islam, apabila kita berbincang tentang bab Feqah, perkara yang paling awal ialah Thaharah atau Penyucian. Maka kebersihan adalah matlamat utama ibadah ini.






20121020

++ Kenapa Perlu Berkhatan ++


Cewah.. cewah.. mementang ler abang ngan ammar dah besar, tetibe jer carik info pasal khatan berkhatan nih. Eventhough ammar baru 6 tahun, tapi badan dia adalah sedikit 'sihat' mcm budak darjah dua (org ckp ler....). Jadik, abahnya bilang, sunat dedua sekaligus (jimat belanja - yg sebenornya... hikhik..). As at todate, ammar adalah bersetuju dgn cadangan abahnya... Sok lusa tak tau ler akk... So, mari kita berkongsi info...



Berkhatan adalah pembedahan kecil yang dilakukan bagi membuang kulit hujung (muncung) zakar. Tujuan utamanya ialah untuk menjaga kebersihan. Sebagai satu tuntutan agama, berkhatan adalah satu kebiasaan dalam masyarakat Islam di Malaysia. Prosedur ini dilakukan ketika kanak-kanak berumur antara lima hingga 12 tahun dan amat digalakkan ketika mereka berumur 10 tahun ke bawah bagi menghindar sifat malu dan mereka perlu bersih dari najis dan kekotoran sebelum mengerjakan solat lima waktu.

Kelebihan khatan:
Kulit yang berlebihan pada hujung zakar mempunyai iklim yang amat sesuai untuk pertumbuhan kuman kerana ia sering cedera, lembap dan bersifat menakung. Ia menakung kotoran saki baki air kencing dan menghasilkan longgokan putih dan berbau busuk yang dikenali sebagai ‘smegma’. Smegma ialah najis yang membatalkan air wuduk dan sembahyang. Smegma juga menjadi faktor penyebab jangkitan kuman pada zakar seperti phimosis, paraphimosis atau balanitis. Dalam keadaan yang serius, ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan kesukaran membuang air kecil.


Kajian telah membuktikan bahawa bayi yang berkhatan mempunyai 10 kali lebih rendah kadar risiko jangkitan kuman salur kencing berbanding mereka yang tidak berkhatan. Jangkitan kuman salur kencing pada kanak-kanak kecil adalah serius kerana tanpa rawatan ia akan merosakkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan kuman tersebar ke seluruh tisu badan.


Berkhatan juga mampu mengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanser zakar, prostat, serta kanser serviks (pangkal rahim) dan payudara kepada wanita. Telah dibuktikan bahawa kuman yang dinamakan Human Papilloma Virus (HPV) adalah antara faktor pencetus kanser serviks di kalangan wanita. Kuman ini didapati berlindung di bawah kulit hujung zakar dan dipindahkan kepada wanita semasa persetubuhan. Terdapat kajian menunjukkan jika semua lelaki berkhatan, maka sebanyak 20 peratus kadar kejadian kanser serviks boleh dielakkan. Virus sama juga boleh mencetuskan kanser payudara.


Kajian pemerhatian turut menunjukkan risiko kanser zakar rendah di kalangan mereka yang berkhatan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkhatan pada umur kurang dari satu tahun. Hasil dari kajian ini, ramai orang bukan Islam juga mengamalkan khatan. Kajian di beberapa negara Eropah menunjukkan lelaki yang berkhatan mempunyai kadar risiko kanser prostat dua kali lebih rendah. Kejadian kanser ini ada hubung kait dengan penyakit kelamin di mana lelaki berkhatan mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit tersebut.


Pada 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan kenyataan penting berkenaan kaedah pencegahan kuman HIV. Kenyataan itu berbunyi, ‘kajian saintifik telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa lelaki berkhatan mengurangkan kadar perpindahan kuman virus HIV kepada wanita atau isteri. Seeloknya, berkhatan dilakukan sewaktu berumur lebih kurang satu tahun kerana kadar risiko dan komplikasi prosedur lebih rendah’. Berkhatan juga telah mula diamalkan di negara yang berisiko tinggi akan jangkitan HIV seperti di beberapa buah negara di benua Afrika.

Kesediaan anak:
Adakah anak-anak anda bersedia untuk dikhatankan? Sebagai ibu bapa, amat penting bagi kita memastikan fizikal dan minda anak kita sihat sebelum berkhatan. Ia dapat mengurangkan komplikasi. Kanak-kanak berada di dalam ketakutan bila mana ayah dan ibu menyuruh mereka berkhatan. Prosedur lebih mudah apabila kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan tenang dan faham apa yang akan dilakukan oleh doktor kepada mereka. Maklumat yang tidak tepat menyebabkan ada kanak-kanak menjerit semasa prosedur dijalankan, malah ada yang cabut lari.


Minda kanak-kanak lelaki perlu dipersiapkan terlebih dahulu sebelum prosedur dapat dilakukan dengan mudah dan selamat. Berilah asuhan agama yang mendalam kepada mereka. Terangkan kenapa berkhatan digalakkan dalam agama Islam. Beritahu mereka kelebihan berkhatan. Membawa kanak-kanak lelaki ke majlis kenduri berkhatan adalah cara yang baik. Ia memberi idea kepada kanak-kanak tersebut betapa pentingnya berkhatan. Kadang kala, kita perlu menjanjikan benda kesukaan mereka seperti alat permainan komputer atau basikal jika mereka bersetuju berkhatan. Ianya bukanlah rasuah tetapi sekadar pemudah cara.


Andai anak lelaki anda bersetuju untuk berkhatan, maka bawalah mereka berjumpa doktor atau mereka yang bertauliah. Anak anda perlu diperiksa oleh doktor bagi mengetahui tahap kesihatan dan juga bagi menghindarkan komplikasi prosedur tersebut. Doktor perlu mengetahui dan memastikan zakar anak anda normal, anak anda tiada penyakit hemofilia (penyakit gangguan pembekuan darah), tidak mengambil ubat yang boleh mengakibatkan pendarahan seperti aspirin atau warfarin, tidak menghidap penyakit jantung reumatik dan penyakit lain seperti kencing manis, sawan, asma dan alahan. Kanak-kanak yang mempunyai masalah sebegini akan dirujuk kepada doktor pakar bedah bagi menentukan kaedah berkhatan yang sesuai dan selamat.

Prosedur:
Bagi kanak-kanak yang normal dan sihat, pembedahan ‘dorsal slit’ adalah kaedah berkhatan pilihan Kementerian Kesihatan kerana ia mudah dan selamat. Kaedah-kaedah menggunakan peralatan moden seperti Tara Klamp atau Smart Klamp juga boleh digunakan. Walaubagaimanapun, kaedah ini hanya dilakukan di klinik atau hospital swasta kerana kosnya adalah lebih tinggi berbanding kaedah pembedahan di hospital atau klinik kerajaan.


Pada pagi sebelum ke hospital atau klinik, pastikan anak anda mandi dan beri penekanan kepada kebersihan zakar. Sebelum prosedur dilakukan, pastikan anak anda sudah membuang air besar atau kecil agar tiada sebarang masalah semasa prosedur dilakukan.


Selepas mendaftar dan borang keizinan prosedur ditandatangani, anak anda akan dimasukkan ke bilik pembedahan kecil. Anda boleh menemani anak anda dengan syarat segala prosedur bilik bedah diikuti. Sebelum prosedur, kawasan sekeliling zakar dibersihkan menggunakan bahan pembunuh kuman (disinfektan). Ia untuk memastikan kuman sekeliling tidak menjangkiti luka khatan kelak.


Ubat bius setempat diberikan agar anak anda tidak merasa sakit sepanjang prosedur. Malangnya suntikan ubat bius kali pertama sedikit menyakitkan. Sebaik sahaja anak anda mengatakan tidak sakit selepas kulit zakar mereka dikepit, maka doktor akan memulakan pembedahan. Untuk makluman semua, ubat bius hanya menghilangkan kesakitan. Anak anda masih boleh merasa zakar mereka disentuh dan dikhatankan.


Sebahagian kanak-kanak menganggap sentuhan gunting itu menyakitkan. Mereka akan menjerit kesakitan walaupun hakikatnya zakar mereka sudah kebas. Kanak-kanak sebegini akan diberikan ubat tidur atau ubat penenang. Pembedahan kecil ini kebiasaannya memakan masa antara 30 hingga 45 minit, bergantung kepada berlakunya komplikasi atau tidak.

Pemulihan:
Selepas prosedur siap, zakar akan dibalut sedikit ketat bagi mengelakkan pendarahan dan mengurangkan bengkak. Anak anda akan dimasukkan ke tempat khas untuk memastikan tiada pendarahan selepas prosedur dan dibenarkan pulang selepas pendarahan dan kesakitan terkawal. Ubat penahan sakit (seperti paracetamol) dan antibiotik dibekalkan untuk lima hari berikutnya. Anak anda dinasihatkan agar mengelakkan pergerakan cergas dalam jangkamasa 24 jam selepas berkhatan.


Selepas prosedur, zakar anak anda akan membesar dan lebam. Jangan risau, keadaan ini adalah normal. Ia akan beransur sembuh dalam satu atau dua minggu. Peringatan! Ibu bapa diarahkan membawa anak mereka ke hospital dengan segera jika berlakunya pendarahan atau zakar membengkak luar biasa. Doktor akan membuat pemeriksaan dan jika perlu zakar anak anda akan dibius sekali lagi bagi membolehkan doktor mencari punca pendarahan dan menghentikannya.


Penggunaan krim berubat untuk mencegah jangkitan kuman tidak digalakkan kerana bahan ini kebanyakannya menghakis pertumbuhan tisu baru dan ini melambatkan proses penyembuhan. Cara mudah untuk mengelakkan jangkitan ialah dengan merendamkan zakar anak anda ke dalam air suam yang sudah dimasak dan diisi satu sudu garam selama 10 hingga 15 minit berulangkali setiap hari sehingga luka betul-betul sembuh.


Sakit selepas berkhatan adalah fenomena yang normal. Kadar kesakitan adalah subjektif bergantung kepada persepsi kanak-kanak tersebut. Sebahagian daripada mereka tidak merasa sakit tetapi sebahagian pula mungkin melolong kesakitan. Jika ubat penahan sakit diperlukan, sila ikut nasihat doktor. Berlebihan dos atau kekerapan mengambil ubat tanpa panduan doktor boleh membahayakan nyawa anak anda. Sebagai contoh, berlebihan mengambil dos paracetamol mengakibatkan kerosakan hati dan kes sebegini telah beberapa kali berlaku di negara kita. Berjumpalah dengan doktor jika kesakitan tidak terkawal dengan dos ubat yang diberikan.


Jangan risau berkenaan benang jahitan pada luka zakar anak anda. Ia akan diserap dalam jangkamasa dua minggu. Jika luka telah sembuh dan benang masih wujud, dapatkan khidmat doktor untuk membuangnya. Membiarkan benang terlalu lama mengakibatkan wujudnya lubang-lubang kecil pada kulit zakar. Ia menyebabkan ketidakselesaan atau kesakitan semasa persetubuhan apabila mereka dewasa dan berkahwin kelak.


Kesimpulannya, berkhatan adalah pembedahan kecil yang amat digalakkan kerana terdapat pelbagai kebaikan yang telah dibuktikan oleh kajian saintifik. Persediaan fizikal dan minda amat penting kepada anak anda agar prosedur yang dijalankan selamat dan anak anda akan sembuh dengan cepat. Jika terdapat sebarang masalah selepas berkhatan, segera dapatkan nasihat doktor agar ianya tidak melarat.







20121002

++ Bolehkah Saya? ++

Wafa skrg ini adalah semakin gebu dan melasak...

Walaupun pompuan, tapi lasaknya.... alhamdulillah.  Sib baik abg2 ngan kakak2 nya rela utk menjaga adiknya yg sorang ni.

Tido mlm dah takde atas katil dahhhh.... Bentang jer toto kat ruang tamu nun... Mlm bila ibu terjaga jer, huh..... dah di luar petak kawasan sudahhhhh..... 

Segala mcm benda esp. mainan abg ammar dah tak leh sepah sesuka ati. Abis sumer segala dimasukkan dlm mulutnya. Risau sungguh... Ndaknya pulak ibu pun menjahit kat dpn nun... Takut jer jarum tersepah.... Maklumlah kekadang x perasan jarum terjatuh.  So, abahnya kekadang tu mlm sblm tido kena jadik pemerhati....

Skrg ni akk sdg menambahkan ilmu jahitan dgn lebih mendalam dan lebih byk lagi.  Nnt bolehlah korang sumer buat tempahan baju2 yg lain selain dr baju kurung. Doakan akk yea....

Sebenarnya niat di hati tu nak buat full time menjahit nih.... Dah penat rasanya bekerja makan gaji nih. Nak jugak buat sesuatu yg akk minat giler utk dijadikan mata pencarian. Org kata tu, buat sesuatu mmg ikhlas dan tulus dr lubuk hati ni. Cewahhhh....

Mcm2 pesen dlm kepala hotak ni nak dibuatnya. Lom berkesempatan jer lagik, sbb ada tempahan baru masuk.... Maklumlah, kakak pun dah anak dara, kan.  Leh pinjam ukuran badan dia...

Nnt klau akk dah boleh buat lain2 tempahan, akk kabo yea....





20120926

++ Order McDonald Delivery ++

Tapi x sampai-sampai....

Sudahlah masa mengorder tu @10.45am derang kata lom boleh order utk lunch.

Akk hentak2 tipon, nak gak order... alaaa.... lagi 15 min jer nak pkl 11. apa barang nak tipon balik. bila dah kul 11 nnt mesti jammed giler tipon tu bizi semedang....

Dah bagi order, dia bilang kena tunggu 2 jam sbb order 28 set - banyak... huh, banyak ker?  takpe, try antar sblm pkl 1 yea.... pastu katanya nnt supervisor akan kol utk konpem pesanan sbb large order. dlm 15 min katanya....

11.30 am - tak kol lagi pun supervisornya... kol baliklah, tanya status. 

'takpe cik, nnt saya remind supervisor saya suh kol cik urgent'

12.00 tgh - tak kol lagi... kol balik tanya status. 

'order cik masih pending lagi yea.... olh krn ini large order, kita akan deliver dlm masa 2 jam....'

'dik, dlm masa dua jam dah abis lunch hour dahhhh...'

'saya akan inform derang lagi sekali'  ntah sapa ntah derang tuh....

12.30 tgh - tak kol lagi.... manager akk dah hangin dah...

'pkl brp cik buat order yea?'  dah bagi order no., takkan dlm system derang takde stated masa...

'ini akan ambik masa 2 jam yea cik...'

'miss... since the very beginning we order u keep on mentioning 2 hours. its already 1 1/2 hour eversince we place order. im expecting to receive our order in 1/2 hour time...'

'i try ye miss...'

1.30 pm - pun TAK KOL lagi.... sudahnya big bos nak jadi hijau sudah.... CANCEL order.... bila akk kol derang, korang tau tak apa jawapannya?

'cik, order cik besar, kena tunggu 2 jam lagi'

APA HAL??????? tiga jam tipon, jawapannya sama jer.... eh, korang tak fwd ker aku nyer order kat branch korang? tido ker? kalau buat salah tu admit jerlah....

masa nak kensel tu, takdelah pulak ckp - dah on d way ker, in processing ker haper... takde langsung... maknanya mmg akk nyer order dah masuk tong sampah sblm ku kensel kan... hukhukhuk... sampai ati....