Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20110521

++ Lama Menghilang Diri ++

Assalamualaikum!!!!!!!

Wahhh... dah lama akk tak mengupdate new entry kat blog ni, kan?

Antara sbb2 yg amatlah kritikal adalah kerana lappy kat umah adalah amat @#$!^%>}~_)@@ - bengang dan bengong akk dibuatnya.....

Entah bilalah nak dpt yg baru wink... wink... oh my hubby....

Pastu, nak hapdet kat opis plak.... Ishhh... ishhh... ada plak staff yg berenti 24 jam. Haru biru kelam kabut dibuatnya....  Subordinate plak tu.  Kenalah cover keja orang.... hamik ko....

Ni pun kena datang opis sbb nak hapdet keja sendiri.  Kalau tak, end month ni akk yang tergolek pulak nak hapdet akaun ku....

Stay tune for more info.....

TQ sooooo much.... mmmuahhhh.....





20110509

++ Wanita Bekerja Tak Perlu Nafkah Suami? ++

Saya terbaca dalam Majalah Solusi (Isu 30) tentang soalan seorang isteri.

‘Suami saya telah bernikah lagi di Thailand tanpa pengetahuan saya. Semenjak berkahwin dua, dia tidak pernah memberikan wang saku kepada saya seperti dahulu iaitu semasa dia belum berkahwin dua. Bukan itu sahaja, bahkan nafkah anak-anak juga kadangkala terabai.

Apabila saya membuat aduan kepada pihak berkuasa agama, seorang pegawai agama memberitahu bahawa apabila seorang isteri diizinkan bekerja oleh suaminya, maka keizinan tersebut boleh menggantikan nafkah yang wajib diberikan setiap bulan.’

Dari sudut hukum syarak – sama ada berpoligami atau tidak – sudah menjadi kewajipan kepada suami untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya.

Poligami seharusnya tidak dijadikan alasan untuk tidak memberi nafkah.

Sementara dalam soal benarkah isteri yang bekerja dikecualikan daripada menerima nafkah suami pula.

Sebahagian ulama fiqah kontemporari berpendapat bahawa isteri yang bekerja (di luar rumah) tetap berhak mendapat nafkah daripada suaminya, dengan syarat dia bekerja dengan keizinan daripada suaminya. Ini bererti, apabila si isteri bekerja tanpa mendapat keizinan suami, maka ketika itulah dia tidak berhak mendapat nafkah.

Ini disebabkan hukum asal bagi wanita adalah mereka tidak perlu keluar rumah untuk bekerja kerana nafkahnya ditanggung oleh suami bagi yang telah berkahwin, manakala yang belum berkahwin pula akan ditanggung oleh bapa atau wali nya.

Tetapi isu ini masih lagi menjadi perbahasan dan perdebatan para cendekiawan.

Bagi para isteri di luar sana, jika anda menghadapi masalah seperti ini, rujuklah kepada Mahkamah Syariah untuk jalan penyelesaian terbaik. Tetapi jika anda ingin meneruskan dengan perceraian, buatlah dengan cara yang baik. Tuntutlah dengan kaedah fasakh ataupun taklik. Sila rujuk lafaz taklik anda di surat nikah seperti yang pernah di lafazkan oleh suami sewaktu pernikahan dahulu.








20110507

++ Jari Jemari Tangan ++

Apabila kita mengkaji struktur anatomi tangan, kita akan dapati ia sebenarnya satu struktur yang sangat kompleks, berliku-liku dan juga sangat menarik.

Meskipun tangan merupakan sebahagian struktur tubuh yang agak kecil, namun ia sebenarnya dibentuk oleh 27 tulang daripada pergelangan tangan sehingga ke hujung jari.

Ia di kategorikan sebagai tulang karpal yang membentuk pergelangan tangan, metakarpal yang membentuk tangan dan tulang falanks (tulang ruas jari) yang membentuk jari jemari.

Setiap jari mempunyai tiga tulang falanks melainkan ibu jari yang mempunyai dua tulang falanks sahaja. Ia dibahagikan kepada tiga barisan iaitu barisan pertama (proximal phalanx), barisan pertengahan (middle phalanx) dan barisan hujung (distal phalanx). Setiap barisan disambung oleh sendi-sendi kecil yang begitu kompleks dan unik.

Setiap sendi disokong oleh ligamen-ligamen untuk memastikan kestabilannya dalam melakukan kerja. Menariknya, tiada struktur lain di dalam badan kita yang mana tulang-tulang kecil disambung dan dibenarkan bergerak bebas ke hadapan dan ke belakang, ke kiri dan ke kanan. Ia hanya terdapat pada jari jemari sahaja.

Antara nikmat Allah s.w.t. yang begitu besar kepada kita adalah tangan.

Setiap tangan lazimnya mempunyai lima jari dan ia memiliki fungsi yang tidak terkira banyaknya. Dengan jari inilah kita mengambil dan meletakkan sesuatu barang, menggenggam, memukul, membuat kerja, menulis, menggunakan komputer dan sebagainya.

Jari jemari yang Allah s.w.t. kurniakan kepada kita sebenarnya boleh mempengaruhi destinasi kita di akhirat kelak, samada syurga atau neraka.

Dengan jari jemari kita melakukan kebaikan dan ibadah kepada Allah s.w.t. Kita menghitung kalimah zikir dengan jari. Kita meluruskan jari telunjuk ketika solat apabila mengucapkan kalimah syahadah. Kita bersedekah dengan menghulurkan wang menggunakan jari (tangan).

Dan dengan jari jemari juga kita melakukan dosa. Menulis fitnah dan sesuatu yang tidak berasas di blog atau di website. Penjenayah menarik picu pistol untuk mencederakan orang juga menggunakan jari jemari.

Antara keajaiban jari jemari adalah terletak pada ibu jarinya. Setiap manusia di dunia ini walau kembar sekalipun, mempunyai pola cap jari yang berlainan. Ianya akan kekal dan tidak berubah melainkan terdapat kecederaan yang mengakibatkan parut kekal pada ibu jari. Kajian menyatakan bahawa cap jari mulai terbentuk sejak kita berusia tiga bulan di dalam kandungan lagi!

Alangkah indah dan unik nya ciptaan Allah s.w.t. ini. Sesungguhnya jari jemari yang sangat kompleks mampu disusun cipta oleh Allah s.w.t. dan disusun kembali di hari akhirat kelak, apatah lagi struktur lain yang besar dan tidak kompleks.

Wallahu’alam…..




- Solusi






20110506

++ Terima Kasih Sepupuku! ++

Last Wed, masa pi amik bakul baju anak2 kat umah mak ajah, tetiba mak ajah datang ke kereta akk...

"Kamu ada bagitau k.intan guna fesbuk ke?"

Blur sekejapan..... k.intan? fesbuk? (terer tu mak ajah nyebutnya..... ) Mana ada fesbuk, blog adalah.... takkan nak bagitau blog pulak, karang blur pulak mak ajah.

"Ha'ah" iyekan jerlah....  "Napa?"

"Tadi abg onn datang tengok a.amin (my BIL)"

"Hurrmmm.... k.intan pun ada cakap ari tu a.onn ada balik sini.  Entah sempat datang entah tidak... Sampai jugak ke?"

"Sampai dahhhh..... Siap urut a.amin lagik...."

Oh, tidak ku tahu sepupuku itu pandai mengurut.  Alhamdulillah.....  Di urutnya satu badan.  My BIL kata lega sket....

Btw, nak bagitau, abang onn tu adalah sepupu akk yang sekarang ni tinggal di Brunei.  Dia balik Malaysia kejap, tak taulah ada urusan apa.  Akk selalu jugak keep in touch dengan wife dia, kak intan (nama manja gitu.... ) sebab dia ada blog.  Meh klik sini http://naqhuhines.blogspot.com (banyak informasi berguna disana di samping diari famili).  Melalui blog tu lah kami tau serba sedikit perjalanan kehidupan mereka di Brunei.

So, bukan hanya melalui fesbuk dan twitter sahaja kita dapat keep in touch, dengan blog pun boleh juga.  Lagi siap boleh citer panjang.  Nak buat novel ke, cerpen ke, nota ke, sukahati korang ler....

Nak ucapkan TERIMA KASIH untuk Encik Hasmeon dan Puan Mazzuin (sori, lupa nama penuh...). 

Ekceli mak ajah ada suh kontek masa pagi khamis tu, try kolling-kolling, tak dapat go through pulak....  mesti a.onn dah sampai kat Brunei nih....

ARIGATO GOZAIMAS!!!!!!!!!  Len kali balik sini, singgah yea.....







20110501

++ Apabila Si Dia Tidak Mencintai Lagi ++

Apatah lagi dalam konteks hubungan suami isteri.

Sesetengah dari kita akan hilang kewarasan berfikir, hilang semangat juang.  Malah ada juga yang sakit jiwa – hidup dalam kemurungan dalam “neraka” buatan sendiri.


Terseksa Kerana Memiliki dan Dimiliki

Kita rasa terseksa kerana kita rasa kita memiliki si dia.  Kita harus tanamkan dalam diri kita bahawa kita hanyalah peminjam, kita tidak pernah memiliki apa-apa di dunia ini.  Segalanya hanya pinjaman dari Allah s.w.t., Dia yang memiliki segalanya….

Bila kita rasa kita dimiliki, kita akan terdorong untuk melakukan segala-galanya untuk si dia.  Jadi bila si dia telah tiada, kita akan terasa kosong.  Tanpanya dunia kita gelap, tiada mentari lagi.

Tanamkan saja dalam diri kita, kita adalah milik-Nya dan kita memiliki-Nya.  Allah itu satu, dia kekal, sudah pasti kita tidak akan kehilangan-Nya sampai bila-bila pun…


Cintai Seadanya

Orang yang kita akan paling benci adalah orang yang pernah kita sayangi dengan sepenuh hati kita.  Hingga wujudnya permusuhan dan dendam di hati kita lantas akan mengakibatkan sesuatu yang tidak terduga dan di luar jangkauan dan batasan.

Bagi yang belum pernah bercinta, ingatlah pesan ini….

“Cintailah seseorang itu seadanya, kerana suatu hari nanti dia mungkin akan menjadi orang yang kita paling benci.  Dan bencilah seseorang itu sekadarnya, kerana suatu hari nanti dia mungkin akan menjadi orang yang kita sayangi sedalamnya”


Kita Tetap Ada ALLAH

Sesuatu yang kita cintai belum tentu membawa kebaikan kepada kita.  Dan sesuatu yang kita benci belum tentu memudaratkan kita.

Percayakah kita kalau dahulu jika diberitahu bahawa sutera yang lembut dan indah itu berasal dari seekor ulat?

Yakinlah bahawa pandangan kita amat terbatas tetapi pandangan Allah s.w.t. adalah amat luas tanpa jangkauan.


Kecewa Jangan Panjang

Memang kita kecewa jika si dia tidak mencintai kita dan tidak lagi bersama dengan kita, kan? 

Pujuklah hati kita dengan mengatakan bahawa dia bukan yang terbaik untuk kita.   Mungkin dia terbaik untuk orang lain.  Yang terbaik untuk kita mungkin belum ditemukan, dan jika sudah ketemu pastinya kita tidak akan terjangka bagaimana dan dimana.


ALLAH Tidak Pernah Mengecewakan

Kita sepatutnya sedar bahawa jika kita tidak disayangi lagi oleh si dia, sesungguhnya kita adalah yang terpilih, bukan yang tersisih.

Terpilih kerana kita kembali mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Pencipta kita.  Kecintaan kita kepada Allah s.w.t. pasti akan terbalas tanpa ada paksaan.



- Solusi #30