Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20090531

++ Birthday Invitation ++

I received one birthday invitation by e-mail from a friend of mine. A very cute invitation card.



At first, i thought it was on Sunday. But when he called me, then only i realize it was on SATURDAY !!!



Very SORRY lah Encik Azman, we me and family cannot make it........ we miss all the fun..... maybe some other time we will drop by for a visit.







Have you seen this invitation card somewhere? Look familiar? Yeah, this friend of mine also is a husband to Lizanorm As Normal As I Can Be.

HAPPY BIRTHDAY MIRA (princess), ILHAM (hero) & ALIYA (baby) !!!!!



20090529

++ Cartoons ++

Ada tak kanak2 yg tak menonton siri kartun kat tv? Mungkin ada, tp x ramai.....


Me and hubby takdelah galakkan anak2, cuma kekadang tu kita mesti bagi mrk space utk release tension gak.... The youngest tu, mmg lah suka tengok tv especially ultraman, bidaman, ben 10, hagemaru dll....


But, for my second daughter, dia nie special sket..... Dia klau menonton, sambil belajar... i mean setiap perkataan tu dia akan match dgn perbuatan. Then, dia confirm balik ngan ibunye, klau betul, sukalah dia. Klau tak, maka its my duty utk membetulkan perbuatan dgn perkataan yg betul especially in english.


Pernah tengok tak kartun nie......






atau pun ini.....



The first kartun tu, Wonderpet. First time saya tengok kartun nie, cam nak tergelak pun ada. Coz kartun tu takdelah cam cantik sgt..... But after a few time tengok, baru tau byk pengajaran yg ada kat situ..... Korang mesti pernah dengar this word - 'apa yg penting, kerjasama.....'. Itulah tagline utk kartun nie....... Antara lain kata2/lagu nya adalah - 'walaupun kami x besar dan kami x kuat, tp bila bekerjasama, semua jadi mudah.......' Kan bagus, kartun tu menggalak kan anak2 utk bekerjasama dgn kawan2....


Dora the Explorer - walaupun anak2 suka tengok yg alihbahasa, dlm b.Malaysia, tp ada certain perkataan tu, dia akan ckp blm b.Inggeris. So, budak2 sedikit sebanyak akan faham apa sebenarnya yg terjadi....



Tak semua citer kartun tu melalaikan. Skrg nie pun media dah tau, mesti nak bagi info sket utk budak2, baru jalan cerita tu akan menarik.....


Pernah tengok rancangan Backyard Science? Tak pastilah saya channel berapa kat astro tu..... Its under TVIQ.... Elok utk anak2 tonton, tp siaplah lepas tu mrk jalankan eksperimen..... Jgn membebel dgn mrk udah ler.....




20090527

++ Last Night Dinner ++

Last night my hubby request to cooked for him sotong masak lemak cili api. He is pure Selangor, but he like masak lemak cili api so muchhhhh................









I took half of the sotong and fry. My anak2 suka makan sotong goreng... And for me, chicken soup + kentang.... my favourite tuu...



Thinking to cook ayam goreng kunyit and masak lemak ikan kering lah tonite..... masak lemak lagi....



++ Kaya Durian ++

Actually, it was my anak bujang request. A few times already he asked for it. So, last Saturday nite at pasar malam, i ternampak this durian. So, we bought 2 bijik. We eat 1 1/2 biji, another half i keep.


Coz Saturday he already berlari dgn bersungguh-sungguh, so i thought i want to credit him for that. So, i make him the kaya durian which he request for. Wah, sooooo happy.

terliur tak?

mkn ngan roti pun sodappp.....

emmm.... lazatnya....

sampai x sempat nak mandi...

20090525

++ Petua untuk Wanita ++

Wanita yang sempurna tidak semestinya cantik pada paras rupa. Sempurna itu adalah kombinasi kecantikan paras rupa, keindahan budi bahasa, perwatakan dan tingkah laku yang menarik. Hanya ingin berkongsi apa yang saya baca dlm sebuah akhbar tempatan. Antara kombinasi kesempurnaan :-

> sentiasa tersenyum dan jgn sombong bila berinteraksi



> jujur dan merendah diri (jgn keterlaluan)



> jgn terlalu mengongkong



> jaga penampilan



> bijak menyesuaikan diri dlm apa jua keadaan



> tidak mudah putus ada dan berdikari



> elak bercakap benda yg x berfaedah



> jgn bandingkan dia dgn lelaki lain



> menjadi temannya ketika susah dan senang



> menjadi pendengar yg setia



> menghormati dirinya, keluarga dan teman



> sentiasa bersederhana dan tidak boros



> mempunyai sifat keibuan (tp bkn berleter kpdnya)




Tapi perlu juga di ingat, bhw OKU juga walaupun tidak cukup sifat tp mrk juga sempurna.


Walaupun begitu, cantik atau buruk seseorg itu adalah 'in the eyes of the beholder'. Cuba tanya pd pasangan masing2, sure mrk tertarik kpd anda krn sesuatu. Sesuatu yg pd mrk sempurna untuk melengkapkan anda berdua....... Bak kata org negatif + positif pasti akan tertarik antara satu sama lain.....



++ Mari bersukan..... ++

Last Saturday, anak bujang saya (Adam Harris) yg bersekolah kat Tadika Islam An-Nur Bestari bersukan. Oleh krn takde padang sekolah, sukan buat kat Stadium Kota Raja @ Padang Sultan Sulaiman (sebelah Istana Klang).








Early in the morning saya dah kejut sumer anak2. My hubby keja, tp dia hantar we all gi stadium, pastu baru dia gi keja. Bersemangat sungguh saya tengok anak bujang saya tu..... Ibu, kakak ngan adik nya pun kenalah ala2 bersukan gitu....


Mengikut aturcara, acara bermula jam 7.30 am. We all keluar rumah pun pkl 7.30, tp when we arrive there acara lom bermula pun..... Panas dan berbahang sungguh pagi tu....


Anak bujang saya terus masuk barisan dia.



Berbaris nak baca ikrar





Baru start lari, laju tuh....


Nasib baik sempat amik kat ujung......







Melepasi halangan meluru utk buat


pusingan U kat depan sana......





Keseluruhannya, umah kuning dapat


nombor 3. Jadilah.......




Nie le hadiah yg ada kat dlm tu....




Yg nie lak acara utk bwh 3 thn...


Kakak tengah ajar adik apa nak buat



Adik dgn semangat nya pi kutip


gula2 ngan cokelat



Yeah.. yeah....


inilah penat lelah ku....



20090522

++ Today is Friday ++

Today is FRIDAY !!!!!!!!!

Last day of working for the week. But actually, since last night i'm having my migraine. Ingatkan klau bangun tido dah ok, rupanya tak jugak hilang..... Sampai la nie x hilang lagi.

Actually, Friday is my relax day. Walaupun pagi need to prepare breakfast, but mlm NO NEED to prepare dinner! Why? Simply because mlm nie ada pasar malam!! Yeah.. yeah....

Even my youngest son pun dah pandai nak gi pasar malam. Pantang nampak muka ibunya balik kerja, mesti mintak gi pasar... Not sure ptg nie leh gi pasar malam or not coz i'm still headache. If my hubby balik cepat, boleh le gi, if not kenalah mintak dia tapau jer utk dinner.

My weekend this few week back, always full of activity. Kendurilah, anak seminarlah, gi kelas masaklah, then tomorrow my anak bujang lak sukan. Tu pasallah my hobby menjahit been postpone every week. Dah siap potong dua pasang tp x sempat nak jahit lagi.... Maybe cuti sekolah nie sempat kot....

20090521

++ Taubat ++

Taubat yang syaratnya gagal dipenuhi

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Fri May 08, 09 1:02:22 pm MYT



Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan."

Orang yang tidak ditimpa runsing dalam kehidupannya, adalah merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT. Berapa ramai manusia yang memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi tidak sunyi daripada dilanda runsing. Kekadang kehidupan seseorang sederhana sahaja tetapi mereka aman daripada sebarang kerunsingan jiwa dan fikirannya.



Jika berikhtiar menghilangkan kerunsingan dengan bukan jalan Allah SWT, seperti dengan berhibur yang melampau, maka usaha itu seperti menghilangkan gatal dengan menggaru akan hilang gatal sejenak. Dengan menggaru boleh menyebabkan calar berdarah bertukar jadi kudis.
Apabila kuman yang menyebabkan kegatalan aktif semula, maka gatal akan muncul kembali malah lebih parah lagi dengan munculnya kudis akibat luka digaru.



Fadilat beristighfar ialah Allah SWT akan memberi jalan penyelesaian daripada sebarang kesempitan, sama ada kesulitan hidup di dunia berbentuk kebendaan atau pemikiran dan perasaan.



Fadilatnya lagi ialah dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduga. Lebih istimewa lagi jika rezeki datang mecurah pada saat amat diperlukan.



Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya aku seorang Nabi memohon ampun dosa (istighfar) kepada Allah SWT, setiap hari sebanyak 70 kali."
Meskipun Nabi s.a.w. maksum (dikawal) dosa oleh Allah SWT, namun baginda tetap memohon ampun sebanyak 70 kali saban hari.
Apakah tujuan Nabi s.a.w. mohon ampun kepada Allah SWT dalam keadaan maksum. Tujuannya ialah untuk mentarbiyah umatnya supaya tidak mengabaikan istighfar mohon supaya Tuhan ampuni dosanya.



Jika Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar 70 kali, umatnya sebagai insan biasa yang bergelumang dosa, secara logiknya mestilah mohon ampun kepada Allah SWT setiap hari lebih daripada yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. itu. Bagi Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar itu bukanlah untuk mohon ampun dosa, tetapi istighfar Nabi s.a.w. ialah mohon ampun daripada perkara yang dikira silap. Ini kerana amalan baik bagi orang yang jujur (abrar) itu, masih dikira sesuatu yang buruk bagi golongan 'muqorrobin' seperti golongan para nabi itu.



Contohnya, jika melakukan solat fardu didahului dan diiringi dengan solat rawatib, juga mendirikan solat malam tahjud empat rakaat dan tiga rakaat witir, jika boleh kekalkan sudah dikira termasuk golongan 'abrar'. Tetapi sekadar itu tidak layak bagi golongan para anbiya, ia dikira berdosa bagi golongn muqarrabin jika ibadatnya sekadar itu.



Adapun istighfar yang sering diucapkan oleh Nabi s.a.w. seperti berikut: "Allahummaghfirli ma qaddamtu wama akhkhartu wama asrartu wama a'alantu wama Anta a'alamu bihi minni wa Antal muqaddimu wa Antal muakhkhir wa Anta 'ala kulli syai-in qadir."
Ia bermaksud: "Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu."



Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar katanya: "Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta." Apabila seseorang beristighfar bererti dia mohon ampun kepada Allah SWT, apa ertinya dia mohon ampun kalau terus melakukan dosa maksiat.
Sedangkan syarat taubat ialah insaf dan menyesal, bertekad untuk tidak melakukannya lagi. Sangat pembohong bagi seorang yang mohon ampun kepada Tuhan, tetapi tidak berhasrat uantuk meninggalkan dosa dan menyesalinya. Perbuatan itu umpama orang solat dengan memakai kain yang tercemar dengan najis, setelah dia sedar lalu digantinya dengan kain baru, sayangnya kain baru itu adalah kain curi. Dia tinggalkan dosa diganti dengan dosa yang lain pula. Apakah ertinya itu jika dia tidak sedar sedang menipu diri sendiri?



Seorang wali besar yang masyhur dalam sejarah Islam, seorang wanita bernama Rabi'ah Al-'Adawiyyah berkata: "Sesungguhnya minta ampun bukan sekadar kerana berdosa, tetapi istighfar kerana kesalahan minta ampun daripada taubat yang tidak memenuhi syarat taubat itu."
Ertinya adalah dianggap satu dosa bagi orang minta ampun (istighfar) dalam keadaan dia tetap melakukan dosa, kerana sepatutnya dia menyesal serta berazam untuk tidak lakukannya lagi.
Beristighfar dalam keadaan demikian bererti dia sedang berdusta, seolah-olah mempermain-main dengan Allah SWT dengan istilah taubat.



Bertaubat dalam suasana demikian lebih buruk daripada melakukan dosa yang sebenar, kerana taubat seperti itu merupakan suatu dosa yang perlu bertaubat semula kerana bertaubat yang menyalahi syarat taubat. Inilah taubat manusia pendusta terhadap Tuhan

20090519

++ Resipi ++

SULTANAH LAYER CAKE

Bahan-bahannya :-
300gm Butter
280gm Gula Castor
5 biji Telur
1 sudu Jus Oren
150gm Tepung Naik Sendiri
150gm Tepung Gandum
1 sudu Parutan Kulit Limau Oren
300gm Biskut Sultanah

Untuk Hiasan : Kepingan Badam
Kelapa Kering


Cara membuatnya:-
- Putar butter + gula castor selama 10 min
- Setelah itu masukkan telur sebiji demi sebiji, putar selama 5 min lagi
- Masukkan jus oren
- Perlahan kan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Tp jgn terlalu lama putaran.
Habis masukkan tepung, gaul sebati menggunakan senduk pulak.
- Setelah siap, masukkan dlm acuan sedikit bancuhan tepung. Kemudian lapiskan dgn
biskut Sultanah tadi. Lapis tepung lagi. Kemudian biskut lagi. Sehingga habis bancuhan
tepung tadi. Sebelah atasnya, taburkan kepingan badam dan kelapa kering.....


Selamat Mencuba................

20090518

++ Cantik Hakiki ++

Source : Majalah Anis



"Sesungguhnya Allah itu cantik. Allah suka kepada kecantikan."



Kecantikan, keindahan serta kebahagiaan adalah impian semua insan.



(1) Menjaga Solat

"Sesungguhnya solat itu mencegah kita dari perkara buruk & mungkar"

Kita perlu menjaga solat bermula dgn wudhuk. Wudhuk yg sempurna, wajah akan berseri2 jika tidak di dunia, maka di akhirat kelak......



(2) Menjaga Hubungan

Hubungan sesama manusia juga perlu dititik beratkan. Yang paling penting - ibubapa. Kemudian, jiran tetangga, rakan sekerja, ex-colleagues, ex-school mate, guru2 dan mrk yg disekeliling kita yg mengambil berat ttg kita.



(3) Menjaga Hati

Banyakkan berselawat. Jgn hitamkan hati dgn hasad dengki.



(4) Sentiasa Senyum

Senyum merupakan satu terapi yg paling bkesan utk sentiasa cantik. Senyuman juga adalah satu sedekah.



(5) Berfikiran Positif

Sentiasa bsangka baik dgn apa yg berlaku. Mempositif pemikiran antara pkr yg sukar utk dilakukan. Tp alah bisa tegal biasa.



(6) Adab Sopan

Kelakuan kita biarlah sedap dilihat. Bertudung cantik dan berwajah ayu tanpa menjaga adab juga menjadikan seseorg itu buruk di mata org lain.



(7) Konsisten

Pkr yg baik perlu dilakukan secara berterusan agar ianya sebati dgn diri & jiwa kita.





Untuk cantik, tidak hanya luaran ttp dlman yg paling penting..................



++ Dari Dapur ke Meja Solek ++

Last Saturday, i attend a seminar anjuran Biro Wanita Sg. Udang. Dirasmikan oleh YB Hjh.Dr. Halimah Ali (ADUN Selat Klang).

Oleh kerana tajuknya jer dah begitu, maka ianya mmg dikhaskan utk kaum wanita shj. Ada gak lelaki attend, tapi committee lah..... Tetamu undangan ialah Raja Mazian Raja Mohamed dan Chef Liza Zainol. Sorilah, takde gambar coz kekonon bizi mendengar segala ceramah yg diberi....

Dapat souvenir - fail, notepad & pen.

Penceramah pertama, Raja Mazian menerangkan ttg keterampilan wanita. Antara isi kandungannya ialah, mengikut kesimpulan sayalah :-

Keterampilan diri itu bermula dr dalam diri. Cara kita berfikir, nawaitu kita akan mempengaruhi perlakuan dan cara kita berpakaian. Ini krn kedua2nya berhubung kait dgn keterampilan diri kita. Oleh sbb itu, wanita yg bertudung tp kelakuan x senonoh tetap x menarik. Begitu juga klau wanita yg ayu, digilai ramai lelaki tp tak menutup aurat pun tetap x menarik juga......

Tengah syok2 Raja Mazian berceramah, puan pengerusi dah berdiri kat belakang. Signal lah tu, times up already....... Tak dapat lah nak nengok demo pemakaian tudung.....

Pas habis R.Mazian, tibalah kemuncaknya, time masak memasak. Tapi Chef Liza nie expertise dlm kulinari jer..... So, that day dpt lah resipi biskut satu, resipi kek satu and resipi salad satu..... Lom sempat buat pun lagi..... Nak resipinya? Nnt lah saya akan siarkan satu........

But, they all dah rancang nak jemput Chef Liza dtg lagi utk kelas masakan. Tp, kena bayar lah sket kan..... Takkan lah nak free jer....... Insya'allah sblm bulan puasa nie lah kot.... Coz Chef nak bagi kitaorg berjualan utk puasa n hari raya......

Tunggu dan lihat saja lah nnt........ Klau jadi, maka akan saya blog kan, biasalah............




20090515

++ Sleeping ++

Agak2 nye pernah tak alami spt ini.... Just to share one e-mail i receive .......



Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu.Fenomena kene tindih...kepercayaan dan kebenaran..just to share... byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni....... betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) .... ni nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer ' sleep paralysis '




Sleep paralysis atau dimelayukan ' lumpuh waktu tidur ' ...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara).. ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis).



bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)...... otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS.......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....



Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations(halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)

4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy



So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu.....





Boleh faham ke?????





20090512

++ Cukur Jambul ++

Last Saturday, my auntie buat majlis cukur jambul dan birthday untuk dua org cucunya....







Actually, intend to go to her house in the morning. Tapi, kereta plak buat hal...... so, sudahnya malam jer lah pegi.....






Uiihh.... ramai sungguh jemputan yg hadir. Sampai x cukup tempat utk makan, kena queue.





Menu :- Nasi Impit, kuah kacang, kuah lodeh. Pastu, ada nasi ambeng..... Sure korang pernah dengar about this..... Saya kalau time mengandung dulu, cukup suka makan nasi ambeng. My father klau gi umah org kenduri sure antor kat umah saya coz saya mmg suka nasi ambeng nie.... Maklumlah, org Jawa kann....... Menu nasi ambeng :- Of course nasi putih, mee goreng, serunding kelapa (sodap....), paceri nenas, ayam masak kicap. Balik umah kenyang giler....... Mlm kepanasan tambahan plak takde letrik (arrgghhhh...... tnb tak baik tau, umah sebelah ada letrik, napa pick and choose umah nie....?????? eh, bayar letrik tau....!!!!)





Oppss.... berbalik kpd topik asal..... Birthday girl lak temanya :- Mickey Mouse (apsal Mickey, ek?). Siap ada gambor bday girl atas biskut, x sampai hati nak gigit......


20090511

++ Seminar ++

My first daughter (Qistina Nurjieha) is busy attending seminar. Walaupun dia baru standard 5 this year, tapi saya galakkan dia gi seminar untuk persediaan UPSR. So that, dia boleh praktikkan apa yg dia belajar for the next one year and get use to it.


Last Sunday (week before - 3rd May) dia gi satu seminar kat Shah Alam. Kami tak menghantar dia coz ada transport. Hantar sampai kat sekolah jer...... One whole day dia kat sana.



kat belakang tu bas sekolah yg disediakan....

(kecik jer....)




sijil penyertaan

Then, last Saturday (9th May) dia attend lagi satu seminar, tapi kali nie kat dewan sekolah jer..... And for half day only.



Sampai umah, ibu nya kenalah gak tengok kan apa yg dia belajar tu. If not, everything will gone with the wind. Wonder if i also can attend this type of seminar so that i can teach them at home........



Semua parents pray for the best utk anak2, kan? So, at least kita taklah menyesal di kemudian hari nnt..... Insya'allah....



++ Selamat Hari Ibu ++

Anak sulung saya very rajin to give me something during mother's day. She's been practising this few year's back. Ever since she knows about mother's day.


Takde lah dia bagi hadiah yg besar2. It just a flower..... Walaupun sebatang bunga plastik, tapi yg pastinya itu adalah ikhlas....



This year i get this.....






And this......









Walaupun hanya sekeping kertas (so simple), tapi saya tahu itu adalah her effort to make her mother feel happy.



Tak mengharapkan lebih, just pray hard that all my children will be one day success dlm segalanya. Pelajaran, kerjaya, perhubungan, kehidupan dunia dan akhirat....... Dan menghargai kedua ibu dan bapa mrk serta segala yang ada pada mrk ....... AMINNNN........



So, HAPPY MOTHER's DAY untuk semua yang bergelar ibu dan bakal bergelar ibu........







20090507

++ Ibu, engkaulah ratu hatiku..... ++

Bila dahaga, yang susukan aku....mak

Bila lapar, yang suapkan aku....mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak

Bila nangis, orang pertama yang datang ...mak

Bila nak bermanja, aku dekati....mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak

Bila nakal, yang memarahi aku....mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak

Aku selalu teringatkan ....mak

Bila sedih, aku mesti talipon....mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah....mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak

Yang selalu berleter kat aku...mak

Yang selalu puji aku....mak

Yang selalu nasihat aku....mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak




Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......



Actually it's not only meant for mother but also for father. Kerana tanpa keduanya, tiadalah kita di dunia ini..... Kasih dan sayang mrk kepada anak2 tiada sempadan..... Maka, tunjukkan lah kasih dan sayang kpd mrk sementara mrk masih hidup di dunia ini.


Untuk ibuku - SOM BINTI MOHD SAAT dan bapaku BAHMAN BIN ABDUL WAHID -

TERIMA KASIH untuk segalanya.......



20090506

++ Toys ++

For some parents, maybe they didn't pamper their children with all the toys and games and etc.... But for me, i will buy for them if it 's not beyond the limit..... Tapi tak beyond pun, klau gi pasar malam tu kenalah bawak lebih sket for the kids...... But not always lah.....



badak sumbu, t-rex, gajah


seal nie nickname dia 'gajamina'





It's only for my two sons. Walaupun yg ketiga tu dah sekolah tadika, but sometimes dia pun jeles gak bila adiknya beli mainan..... He like mostly is haiwan nyer toys.....



yg nie atuk ultraman






yg nie plak, ultraman brothers......




Adiknye plak suka ultraman.... Nak which ultraman, sumer ada..... Ultraman nebius, ultraman tiga, ultraman brothers, macam2 ada..... Pastu dia suka sgt Bidaman. Pada sapa2 yg takde anak sure konpius apa yg saya bagitau nie..... Amende lah tu, ek? Entahlah, actually saya pun tak berapa pasti gak... tapi permainan yg ada guli....



Nanti dah ada anak, boleh le layannnnn.........

20090504

++ Fever week ++

Last week is a fever week for me. Not me, but my hubby and my two child.

Monday, my hubby already taken an mc. But it still continue until thursday. So, thursday tu dia amik le E.L. For my second daughter, it started on Tuesday. Pagi dia pegi sekolah agama ok, but in the afternoon my hubby kol kata anak tak ke sekolah, demam...... And then my third son pulak berjangkit on Wednesday. Thursday early morning i tak cukup tido, coz my two child keep on bangun bergilir-gilir pegi toilet. Kesian......

So, since my hubby amik E.L, i pun kena lah amik jugak coz nak bwk dia gi klinik. Monday dia dah gi klinik panel, so Wednesday tu dia try lak gi our famili klinik. Doktor bagi one injection untuk demam..... but still not ok.

Saturday, bila dia balik dari kerja jer, dia terus bagitau suruh antar gi GH. Terkejut gak. Tanya apasal? Katanya, dah tak tahan seminggu demam..... So, we went to the clinic first untuk dapatkan surat doktor. At least senang sket, tak yah nak cerita banyak2, bagi jer surat.....

Went to the hospital about 3pm. Mula2 gi kat kaunter pendaftaran emergency. Pastu, gi bayar. Then, dok kat satu corner tunggu M.A. Dlm 10 min, M.A datang. Dah check pastu dia suruh tunggu lagi. No. dipanggil dlm 15 min, masuk kat check-up room, kena tunggu lagi utk ambik darah. Lepas amik darah, tunggu keputusan lak........ All type of patient ada kat situ, yg paling kesian baby ngan org tua..... Ada satu patient tu, a boy ngan mak dia since morning kat situ. Kesian lah budak2 tu, dahlah tangan bercucuk ngan jarum.....

Sudahnya, pukul 7.30 (maghrib) my hubby suruh balik dulu coz anak2 pun dah penat. Around, 8.30 pm saya kol hubby, dia kata still takde keputusan...... Setelah penat menunggu, akhirnya around 9.15 pm baru hubby saya kol. Alhamdulillah, cuma demam biasa jer....

Memang betullah org kata, klau berurusan dgn government dept. nie kena byk bersabar......



++ At Last.... ++

Finally, i receive my stock of contact lens on Wednesday.....


The optician promise to call, but ended i yang kena call dia. Alasan - stok baru sampai, belum sempat nak call.


So, after work i pujuk my hubby to go and take the stock..... Malas nak drive thru the jammed at Bandar Klang (wonder till when the construction will go on....)


Takdelah pedih mata lagi lepas nie..... Ingat after this nak order yg ada kaler nyer, ok tak yek......?