Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20090427

++ Lens dah habis.....!!!!!!! ++

This morning, bila tengah sibuk2 bersiap nak pegi kerja. Time nak pakai contact lens tu, tiba2 saya tengok lens saya dah terkoyak (right lens) !!!!!.


Alamak, ini dah kes haru..... Lens dah takde stock..... Nak pakai cermin mata, malas. Pakailah jugak. Pedih sket lah. Tapi takpe, nasib baik last Saturday nite saya dah booked. Since my lens is not the same power, so kenalah beli dua kotak. Optician tu kata it will take at least two or three days for the stock to arrive.


Nampaknya, kenalah guna sampai hari Selasa nie..... But, i think after this i'm gonna call them.


Need the lens URGENT ......!!!!!!!!!!!



.

++ Weekend (25-26/4) ++

I enjoyed my last weekend seperti biasa.











Saturday, saya masak permintaan suami saya, kerabu pucuk pakis. And then, saya buat udang goreng tepung untuk anak2. Petangnya, kami makan pengat pisang nangka + keledek + ubi + sagu biji. Saja buat pengat, lagipun mak mertua saya bagi pisang nangka.









Ahad, breakfast saya prepare nasi goreng jer. Then, lunch saya masak nasi impit + kuah kacang + rendang ayam. Dinner pulak saya masakkan nasi dagang utk hubby and anak bujang saya. Anak2 dara saya x mkn nasi dagang, so, saya masakkan nasi putih dgn ikan bawal (kecil) goreng.




Kami punye meal just simple jer. Saya akan masak apa yg anak2 dan hubby saya mkn saja. Sesekali saja saya akan masak sesuatu yg abnormal utk mrk. Kdg2 mrk suka, kdg2 tidak. So, klau dah tau they all x suka, maka saya akan jarang lah masak mknan tu......


20090423

++ Ramalan ++

Saja suka2 jer mencuba dlm facebook. Utk menghiburkan hati........

Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 25 Sya'aban iaitu jatuh pada hari Ahad. Maksud : Bulan ini terbit dari perkataan "Syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air. Sifat : Mempunyai perwatakan yang baik. Hidup anda selamat dan rezeki tidak putus-putus (aminnnn.....). Sewaktu kecil anda mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. kelakuan anda baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang pada anda. Semasa dewasa, anda akan berjaya dalam segala kerjaya dan mudah mendapat rezeki.


hensem tak ox nie?


Your Chinese zodiac is 2, year of Ox and you are born on Sunday. Personality : People born under the sign of Ox are patient, taciturn, and inspire confidence in others. They tend to be eccentric, and bigoted, and they anger easily. They have fierce tempers and although they speak little, when they do they are quite eloquent. Ox people are mentally and physically alert. Generally easy-going, they are remarkably stubborn, and they hate to fail or be opposed. They are most compatible with Snake, Rooster, and Rat people. (Aiiyaaa..... my hubby is Tiger lahh.... sorry lah, wrong prediction)



Warna Hari Lahir anda adalah Olive (apa warna nie yek????). Sifat : Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!



Well, that's me........ (not all lah)!!!!!!!!!!! Believe it or not ??????????????



20090421

Selamat Pengantin Baru




Last weekend makcik saya buat kenduri kahwin. Utk anak sulungnya, Marhidayu dan pasangannya Mohd Fadil. Oleh krn makcik yg buat kenduri, maka since sabtu saya dah ke sana utk 'rewang'.
And then malam pun saya ke sana. Jemputan yg tak dpt hadir the next day, dah sampai pd mlm nie. Ingatkan ada berinai kecil, rupanya takde. Yg ada hanyalah game utk anak2. Makcik saya nie mmg pemurah orgnya. Dia suka sgt bersedekah especially utk anak2 kecil.
Sunday....
Around 10am saya dah sampai dgn anak2. Hubby saya pegi kerja sekejap. Cuaca alhamdulillah amat lah baik. Panas hingga ke petang. Pelamin dlm warna black and white. Baju pengantin pun sama sedondon.
Oleh krn kami nie jawa, maka makanannya pun begitulah juga. Ada nasi putih dan nasi beriani. Lauknya ada rendang daging, dalca, pajeri nenas, lodeh kering, acar buah, rojak buah. Desert - agar2 sirap merah.
Pengantin sampai selepas zohor. Selepas mkn beradat, ada acara baling gula2. Yg bestnya, kat gula2 tu ada duit. Ada rm1, rm5. Rm10 pun ada jugak...... Apalagi berebut lah budak2 tu..... seronok sungguh.
Saya mengorak langkah pulang selepas tengok pengantin bersanding. Tak tunggu sampai habis upacara......
.

20090417

E-mail

Saya terima satu e-mail dr seorg teman. Antara kata2 nya ialah :-



WOMAN WAS MADE FROM THE RIB OF MAN

SHE WAS NOT CREATED FROM HIS HEAD TO TOP HIM

NOR FROM HIS FEET TO BE STEPPED UPON

SHE WAS MADE FROM HIS SIDE TO BE CLOSE TO HIM

FROM BENEATH HIS ARM TO BE PROTECTED BY HIM

NEAR HIS HEART TO BE LOVED BY HIM



Ianya adalah mengenai seorg isteri. Bila membace e-mail tu, terasa pulak yang saya nie adalah wanita sejati kerana ALLAH meletakkan wanita yg melahirkan itu di tempat yang mulia di sisiNya, kerana melahirkan/menambahkan umatNya.





Tapi, bila part mengenai isteri tu terasa sayu jer.... Iyelah, walaupun dosa kita suami tanggung, tak semestinya kita boleh mengabaikan segala suruhanNya. Yang wajib, yang sunat. Terasa plak masih byk kurangnya saya sebagai seorg isteri...... And then, segala kebaikan suami pulak, isteri dpt pahalanya.... Berapa byk kebaikan suami yang kita bantu utk dia melaksanakannya dgn baik dan sempurna?

Apa yang penting, urusan dunia dan akhirat, urusan pejabat dan rumah, segalanya harus seiring. Seiring dgn kualiti dan kuantiti. But, of course lah yg akhirat tu kita x dpt measure secara terang2 krn reward yg kita dpt pun kadang2 kita x nampak walaupun actually kita dah dpt......

.

20090415

Weekend (11-12/3)

Last weekend, my hubby kerja coz colleague dia gi kursus kawin. Haii... dah nak kawin si Daniel tu. Lepas nie nak cuti kawin lah plak.... Alhamdulillah....


So, we just stay at home. Doing our 'gardening' at the back of the house. We all ada tanam daun kunyit, serai, cili padi, cili merah, cili kering, kcg panjang, jagung n kailan. Ada pokok mangga yg dah 3 thn kitaorang tanam, tp belum pun menampakkan hasilnya. Daun pandan pun ada, daun kesom yg utk masak asam pedas n laksa tu pun ada. Pokok serai wangi, my father yg tanam. So, saya masa dlm pantang dulu, selalu lah mandi guna serai wangi tu...... Wangi you....


Last week, we all gi pasar malam, then we bought pokok limau purut n limau kasturi. Saya nie bukannye suka yg masam2, tp sesekali nak buat asam limau utk ikan bakar kena gak guna limau kasturi tu...... Limau purut tu letak kat rendang. Klau raya, tak yah susah2 gi beli, sumer dah ada kat belakang umah tu. Insya'allah.....

20090410

Nasi Lemak

Hari Jumaat selalunya adalah hari yang ditunggu2 oleh saya. Pertama kerana ianya adalah hari terakhir bekerja for the week.


Kedua, kerana ianya juga adalah hari yg rajin buat saya (but kekadang tu malas gak). Rajin krn anak ketiga saya yg di sekolah tadika harus membawa bekalan pd hari ini. Tadika tak menyediakan mknan pd hari Jumaat. So, this morning i cooked nasi lemak dgn sambal sotong kering.

Since yesterday saya dah mintak tlg kat hubby utk belikan sotong kering, timun n telur. Balik rumah terus potong cili kering utk buat cili boh. Prepare everything siap2. After preparing dinner around 8pm, tiba2 saya baru teringat. Saya nie nak memasak nasi lemak, tp santannya tak ada. Alamak..... haru betul. Nasib baik saya sempat kol hubby utk belikan santan. Klau tidak hampa harapan saya nak masak n.lemak.

But, my first child (a daughter - Qistina Nurjieha), takde mood pulak nak bwk bekal hari nie. My second daughter (Fakriathul Syasya) bwk dgn telur goreng jer..... Anak bujang saya yg tadika tu (Adam Harris) pun tak nak bwk bekal n.lemak hari nie. Dia bwk roti bakar dgn kaya jer.... So, balance tu ibu dgn abah nye lah kena mkn habis kan..... Patut le mak bapak nye 'sihat2' belaka.....



20090409

Blur day

Tak taulah kenapa hari nie saya a little bit blur...... Semua yang saya buat serba tak menjadi. Pastu mcm mengantuk plak. Rasa2nya cukup tido mlm tadi. Mungkin badan penat kot....

Anyway, today is thursday. Tinggal 1 hari jer lagi utk bekerja, pastu 2 hari cuti.....

20090408

Normal day

Assalamualaikum.....

Semalam adalah hari yang biasa bagi saya. Hari persekolahan mmg tak boleh keluar mlm. So, since saya x memasak semlm, hubby belikan masa dia on d way balik dr kerja. Anak2 mcm biasa, klau beli mknan kat luar mesti nak udang pedas. Saya pesan yong tau fu, tp so disappointed bcoz kuahnya rasa hangit. Alahai...... But then anak saya yg bongsu bangun dr tido and request nak mkn nasi lemak. Abahnya dgn senang hati pegi belikan, so, saya pun pesan lah sebungkus yg biasa jer.... At least hilang sket rasa kecewa tu...

Hari nie saya puasa. Alaa... biasa lah org pompuan, puasa ganti.... Mlm tak masak, so, bangun pagi dah takde mknan. Nak masak malas..... Apalagi mkn lah bihun segera Mamee..... Alhamdulillah, so far still ok lagi....

Ok lah, semoga berjumpa lagi di lain catatan.....

20090407

Hari Permulaan

Salam Sejahtera......

Hari ini adalah hari pertama saya menulis blog ini. Tak tau kenapa saya tiba-tiba berminat untuk menulis blog. Sedangkan saya nie kureng sket ttg nak mengarang nie.....

Anyway, support dr anda semua saya alu-alukan.....

Hidup nie perlukan cabaran setiap hari, baru kita terasa untuk teruskan hidup. Tapi pada yg kena buang kerja tu, harap2 akan lebih tabah dan bersyukur pada ketentuan hidup ini.... Cabaran yang ini kekadang buat orang terasa untuk TIDAK teruskan hidup. Kenapa ye?

Setakat ini untuk permulaan. Semoga berjumpa lagi di lain catatan....