Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20131231

++ Cruise Tasik Putrajaya ++

Hari Krismas aritu bawak anak2 naik cruise kat Putrajaya.

Huh, 1st time kami sampai.... sian kan????

Beli tiket pukul 1, time lunch, dapat naik pukul 2.15 after lunch.

Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat: 10 pagi hingga 6 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah: 10 pagi hingga 7 petang

Ada dua jenis bot. Satu tu perahu yang boleh muat 7 orang. Ngam-ngam utk kami sekeluarga. Tapi kanak-kanak di bawah umur 3 tahun tak dibenarkan naik.... Hampalah....

Tapi kami naik bot lagi satu tu ada aircond - passenger cruise. Huiii.... ramai betul orang.... penuh.

Harga tiket terkini boleh klik kat sini yea.... Tapi kami dpt diskaun aritu sbb krismas... walaupun tanpa pakej famili, sbb w/o pakej lagi jimat selepas diskaun tu. Kami jimat almost 35% dari harga tiket sebenar utk 4 dewasa, 2 kanak-kanak.




























20131230

++ Perjumpaan Keluarga Haji Omar & Munirah ++







Ahad, 29 Disember 2013.

Lokasi: Lot 5641, Jalan Sukepi, Jenjarom, Selangor.

Ekceli, ini adalah sebelah hubby akk. Susur galur keluarga sebelah arwah abahnya - Azaman.

Akk tak reti nak kira anak akk ni generasi ke-6 @ ke-5. Tapi rasanya ke-5 kot....

Cer korang fahamkan....

Anak-anak akk ---> encik hubby, Fakri Anuar ---> arwah abah, Azaman ---> arwah atuk, Kassim ---> arwah moyang, Samsuri ---> arwah Haji Omar.

Nak tahu lebih lanjut lagi? Meh klik kat sini. Ustaz Jamil ni adalah orang yg bertanggungjawab mencari dan mengumpulkan keturunan keluarga Haji Omar nih. Syabas Ustaz!

Perjumpaan ni adalah kali ke-3. Pasni tak tau pulak kat mana diaorang nak gather. Kot dedekat sini boleh ler kami join....











20131229

++ Resipi Kami ++

Korang pernah makan tak bubur merah?

Tak pernah dengar?

Errr…. Akk pun x tau ler apa nama mende ni selain dari itu.  Meh akk explain, mana tau korang tau nama lain, boleh bagitau kat akk.

Bubur ni idak ler berwarna merah.  Tp mungkin disebabkan guna gula merah, dari situ ler dia dpt nama kot….

Memula dulu takut gak nak buat, takut x jadik.  Tp bila dah buat, eh senang ler pulak…

Selalunya kami org Jawa, especially mak ajah ler, rajin buat bubur ni utk meraikan sesuatu. Mcm besday ker, lulus exam ker…. Some sort mcm doa selamat ler gitu.  Maklumlah, nak buat kenduri doa selamat kan perlu byk belanja, maka ini adalah salah satu cara bersyukur dan bersedekah utk meraikan dgn cara yg lebih jimat sket….

Meh akk bagitau cara nak buatnya…

Bahan-bahannya:-
2-3 genggam pulut @ beras
Gula merah secukup warna
Gula putih secukup manis
Santan 1 kotak
Garam secukup rasa

Memula korang masak ler pulut @ beras tu sampai dia lembut / pecah (masak dgn air ler…). Jgn lupa letak garam yea anak-anak…. Karang tawar pulak mende tu tak sedap sudahh….

Pas korang dah puas hati dgn kekembangan pulut @ beras tu, masukkan santan 1 kotak tu….

Dah tu korang amik sket pulut @ beras tu (time ni dia warna putih dan dah rasa creamy dek krn garam dan santan tu tadi...)

Masukkan gula merah tu 2-3 sudu dolu. Tengok kalernya. Jgn ler hitam sgt, nnt pahit. Agak2 warna coklat cair tu, kira ok ler tu….

Amik sket rasa…. Klau ikut tekak akk, mmg x manis lagi nih…. Hah, korang tambah ler gula putih hinggalah tekak korang berpuas hati dgn kemanisannya…

Bila korang cedok bubur yg kaler coklat tu boh dlm pinggan, korang letak ler sesudu yg putih tadi kat tengah2 nya sbg perhiasan dan mencantikkan hidangan….

Haaa…. Akk buat ni sempena anniversary akk yg ke-16 aritu…. Hehehe.... cantik tak deko kat tengah tu? Wink…wink….













20131227

++ Camping Kat Belakang Rumah ++

Inilah aktiviti anak-beranak cuti sekolah ni.






Ayahnya telah merajinkan diri membuat barbeku utk anak2 nya.  Itupun pas anak2 nya remind 5-6 kali…. huk.. huk.. huk… Aterrrr…. ayah bizi keja manjang…

Kebetulan kami mula lambat aritu sbb bangun pun dah lambat. Pukul 3 baru dpt makan!

Sumer pun dah x tahan dgn bau yg menusuk-nusuk ke lubang hidung. Anak bongsu arwah angah pun kebetulan ada, hah… amik ko, 6 org anak akk…. Si kecik Wafa pun sibuk jugak…

Barbeku apa?

Kepak ayam

Peha ayam

Kentang

Sosej ayam

Sosej daging

Ikan pari

Nasi?  Eh, ada….. mana boleh tak ada. Tak sempurna lunch ayahnya tanpa nasi…

Buat black pepper sauce dgn kuah asam.  Perrgghhh…. Sodapppp….

Ngam-ngam abis jer membakar, tengah makan, hujan pun turun dgn lebatnya. Pastu tido, best…. hehehe….

Penat tp anak2 mintak buat lagik.  Ayahnya yg x larat…  Ibu follow jer….













20131225

++ Sukan Tahunan SKTG ++

Dah nak masuk tahun 2014, baru nak hapdet pasal sukan sekolah…. Citttt…..

Abang mmg aktif budaknya.

Pengawas lah, wakil sekolah lah, pastu masuk olahraga pulak…

Korang tengok medal yg dia menang aritu….








Siap bagitau kat ibu dia nak masuk 400 meter bila kat sekolah menengah nnt. Huuuiiii…. Semangat tinggi betul anak bujang sorang nih. InsyaALLAH nak…. Ibu doakan yg terbaik…














20131203

++ Yang ke-3 ++

Welcome to the world my new grand daughter....

No.3 dlm senarai cucu ku... hahaha... dah jadi nenda...





Sonoknya pak aji ngan mak ajah. Sekarang nih dah mula kira cicit pulak dah.... Maklumlah, anak2 nya pun ramai yg dah 'pencen'. Tapi insyaAllah next year dpt sorang cucu lagik.... Pastu tunggu adik bongsu akk kawin, kitaorang nak kira anak dia jer pulak...

Nenek akk panggil cucu akk nih, piut kan?

Cucu pak aji ngan mak ajah yg no.3 ngan no.4, dua2 pun lelaki. Lambat sket ler nampaknye.... Tapi pastu ada setahun tu diaorang dpt 3 cucu, tetiga anak dara ko..... Consider cucu yg no.5, 6, 7 ler tu. Sorang dah keja, sorang baru abis blaja, sorang lagi next year baru abis studi. Kitaorang mmg tengah tunggu nih, sapa yg nak jadi puan dulu.... huhuhu....

Pasti arwah along gembira di sana bila mendengar anak2 nya selamat melahirkan anak2 yg comel dan sihat. Dan semoga along juga gembira ditemani salah seorang cucunya di sana....

Al-fatihah buat arwah along dan arwah angah....















20131202

++ 16 Tahun ++

28 November 1997.

16 tahun yang penuh dengan segala macam dugaan.

Alhamdulillah, segalanya kami lalui dengan penuh muhasabah setakat ini.

1997 – ber dua

1998 – ber tiga

2001 – ber empat

2003 – ber lima

2006 – ber enam

2012 – ber tujuh

Amanah dan rezeki daripadaNya tak perlu di tolak, terima seadanya walaupun kita rasa kita belum bersedia dari segi kewangan terutamanya…. Dia yang memberi, pastinya ada perancangan untuk kita daripadaNya.

Hidup berumahtangga penuh dengan segala dugaan – manis, pahit, masam, masin, segalanya. Seperti juga masakan, kita perlu adunkan kesemuanya untuk menjadikan hidangan itu enak dan lazat untuk dinikmati. Jadi, jangan mencari manis sahaja kerana pahit masam masin itu juga perlu untuk kita nikmati….


Syukran atas segala kurniaMu, ya ALLAH….