Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20131229

++ Resipi Kami ++

Korang pernah makan tak bubur merah?

Tak pernah dengar?

Errr…. Akk pun x tau ler apa nama mende ni selain dari itu.  Meh akk explain, mana tau korang tau nama lain, boleh bagitau kat akk.

Bubur ni idak ler berwarna merah.  Tp mungkin disebabkan guna gula merah, dari situ ler dia dpt nama kot….

Memula dulu takut gak nak buat, takut x jadik.  Tp bila dah buat, eh senang ler pulak…

Selalunya kami org Jawa, especially mak ajah ler, rajin buat bubur ni utk meraikan sesuatu. Mcm besday ker, lulus exam ker…. Some sort mcm doa selamat ler gitu.  Maklumlah, nak buat kenduri doa selamat kan perlu byk belanja, maka ini adalah salah satu cara bersyukur dan bersedekah utk meraikan dgn cara yg lebih jimat sket….

Meh akk bagitau cara nak buatnya…

Bahan-bahannya:-
2-3 genggam pulut @ beras
Gula merah secukup warna
Gula putih secukup manis
Santan 1 kotak
Garam secukup rasa

Memula korang masak ler pulut @ beras tu sampai dia lembut / pecah (masak dgn air ler…). Jgn lupa letak garam yea anak-anak…. Karang tawar pulak mende tu tak sedap sudahh….

Pas korang dah puas hati dgn kekembangan pulut @ beras tu, masukkan santan 1 kotak tu….

Dah tu korang amik sket pulut @ beras tu (time ni dia warna putih dan dah rasa creamy dek krn garam dan santan tu tadi...)

Masukkan gula merah tu 2-3 sudu dolu. Tengok kalernya. Jgn ler hitam sgt, nnt pahit. Agak2 warna coklat cair tu, kira ok ler tu….

Amik sket rasa…. Klau ikut tekak akk, mmg x manis lagi nih…. Hah, korang tambah ler gula putih hinggalah tekak korang berpuas hati dgn kemanisannya…

Bila korang cedok bubur yg kaler coklat tu boh dlm pinggan, korang letak ler sesudu yg putih tadi kat tengah2 nya sbg perhiasan dan mencantikkan hidangan….

Haaa…. Akk buat ni sempena anniversary akk yg ke-16 aritu…. Hehehe.... cantik tak deko kat tengah tu? Wink…wink….













No comments: