Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20131202

++ 16 Tahun ++

28 November 1997.

16 tahun yang penuh dengan segala macam dugaan.

Alhamdulillah, segalanya kami lalui dengan penuh muhasabah setakat ini.

1997 – ber dua

1998 – ber tiga

2001 – ber empat

2003 – ber lima

2006 – ber enam

2012 – ber tujuh

Amanah dan rezeki daripadaNya tak perlu di tolak, terima seadanya walaupun kita rasa kita belum bersedia dari segi kewangan terutamanya…. Dia yang memberi, pastinya ada perancangan untuk kita daripadaNya.

Hidup berumahtangga penuh dengan segala dugaan – manis, pahit, masam, masin, segalanya. Seperti juga masakan, kita perlu adunkan kesemuanya untuk menjadikan hidangan itu enak dan lazat untuk dinikmati. Jadi, jangan mencari manis sahaja kerana pahit masam masin itu juga perlu untuk kita nikmati….


Syukran atas segala kurniaMu, ya ALLAH….                                                                            







No comments: