Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20130329

++ Teaser: Pertunangan Andak ++

mekaseh incik gugel




Saat ini, akk adalah kebizian di rumah kakak ipar akk di Klang Perdana.

Semuanya kerana adik iparku nak melangsungkan pertunangannya esok hari.

Nurul Huda binti Azaman.

Perasaan:

Gembira sebab sorang adik iparku akan bergelar tunangan orang.

Sedih sebab MIL tiada utk menyaksikan anak daranya di sunting orang.

Gementar sebab akk kena jadik tukang masak!!!! finin sudah....

Setelah hampir 16 tahun.... akhirnya....











++ Renungan Terbaik Untuk Kaum Wanita Bergelar Isteri ++







Mengapa Redha suami itu adalah syurga bagimu wahai para isteri:

1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya sehingga dia meningkat dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru sahaja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.

3. Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anak kamu dan dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anak kamu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

4. Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi penyelesaian. padahal boleh sahaja disaat engkau mengadu itu, dia sedang mempunyai masalah yang lebih besar. namun tetap saja masalahmu di utamakan berbanding masalah yang dihadapi sendiri.

5. Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa lisannya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

6. Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, kerana dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri ...



By: Halimislam Online











++ One One One ++




Terima kasih kepada semua yang sudi follow blog akk yg tak berapa nak cun sangat nih.... Rasanya masih ada lagi yang akk tak follow balik. Tapi ada juga yang akk tak jumpa link nya.... Mmg susah kalau cenggitu... Tolong check balik yea kat profile setting tu... TQ









20130324

++ Formula Rahsia ++

Karangan Luar Biasa oleh Cikgu Fizi.

Beliau adalah guru tuisyen sepenuh masa yang selalu menganjurkan Bengkel Bijak Belajar Bersama Cikgu Fizi.

Juga merupakan Setiausaha bagi Persatuan Kebajikan Projek Iqra' seMalaysia.

Klik sini untuk website beliau.

Klik sini untuk hubungi beliau melalui fesbuk.

Klik sini untuk fanpage fesbuk beliau.

Klik sini untuk Persatuan Kebajikan Projek Iqra'.

Pelaburan untuk anak-anak especially Sya. Percaya tak, dalam byk2 matapelajaran, BM dia selalu tak o.k di sebabkan karangan....














++ Anak Dara Manja ++

Akk rasa akk tak pernah share gambar Nurin Wafa kat sini, kan?

Inilah dia anak dara kecik yang manja, yang kiut, bertambah mengada-ngada bila ibunya dah 24 jam ada di rumah....

Buah hati ibu, ayah, kakak2 dan abang2 nya....

1 tahun 1 bulan+. Gigi dah ada lapan batang. Empat di atas, empat di bawah. Segala macam dah di makannya. Dah berlari, penat sumer orang mengejarnya. Tiap petang, salah sorang kakak kena bawak dia jenjalan dari umah sampai ke depan umah nenek. Dah tahu makna jenjalan, melilau mata mencarik kasut nak gi jenjalan....














20130322

++ MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara ++


1. Follow Blog Bicara Mak Dara
2. Buat entri dengan tajuk 
"MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara"
3. Masukkan Banner Di Atas Ke Dalam Entry dan Linkkan Ke sini 
4. Copy paste senarai penaja di bawah ke dalam entry anda itu.
SheilaSalim,MrsVelentine,PuanGojes,MasZull,SeneoritaBaharin,Hazmanakaspecies1980,NadiaFarahida,Keyme,mamahannybunny,SiMatatajam,DayangDeno,AimanAziz,SuWaRaEntertainment,BetaKupu,SyidaRasyida,HanaMaroo,DatinTyka,ShimaMazlan,MimeMF,ZamaniAbe,MrsValentine,NormiNieza,SayaSukaGelak,CTCHEERY,ERAY,AYUJEAN,Lynn Si Pipi Merah,Kesuma Angsana,Kyle Kesha,Mohd Ridzwan

5 .Tag 3 Orang Rakan Anda Untuk Menyertai GA Ini. (Dan mereka harus tahu akan GA ini)
6. Setelah selesai sila tinggalkan Url link entry di kotak komen di bawah ya..

Giveaway ini terbuka kepada semua rakan blogger (termasuk para penaja).Tarikh tutup untuk GA ini adalah pada 31hb Mac 2013. Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap seorang dari 30 penaja yang sudi untuk sponsor hadiah hadiah yang sungguh awesome ini.. Mak benar benar terharu dengan kesudian, keikhlasan dan kesupportan anda.


Satu Giveaway, 30 Penaja, 

56 Hadiah, Siapakah Yang Bertuah?
MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER 
by Mak Dara




Sila klik gambar untuk join!!!!!!
















20130317

++ Pentaksiran Berasaskan Sekolah ++

@ PBS...

Sebagai ibubapa, adakah anda alert mengenainya?

Tahukah anda bahawa murid-murid Tahun 1, 2 & 3 serta Tingkatan 1 & 2 pada 2013 telah dengan secara rasminya menggunakan PBS...

PBS adalah merupakan pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek intelek, emosi dan rohani serta jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

Pelaksanaan PBS untuk UPSR adalah pada tahun 2016 manakala untuk PMR adalah pada tahun 2014.

Peperiksaan UPSR masih akan berjalan seperti biasa, namun berdasarkan kepada ratio 60:40 iaitu 60% dinilaikan melalui segala pembelajaran yang telah dinilai oleh sekolah, manakala 40% adalah kepada penilaian pusat.

Peperiksaan PMR pula akan dimansuhkan sama sekali. Maknanya murid-murid sekolah menengah hanya akan menduduki satu sahaja peperiksaan iaitu SPM.



sebagai wakil NYDP










20130316

++ Saya Bergelar Manager Sekarang ++

Huhuhu.... berangan benor ler kompeni nak naikkan pangkat akk ke manager.

Meja pun belum tentu lagik yea...

Maka, dengan rasminya akk adalah bergelar House Manager - full time housewife. Suka anak-anak akk... Abahnya lagilah suka....

Alhamdulillah.... semoga segalanya dipermudahkan olehNya. Rezeki adalah ditanganNya. Biarpun housewife tapi akk tetap menjahit kat umah.... yehaaaaa..... sila klik sini.... TQ








20130315

++ Random ++

Baju yang abang dapat dari perkhemahan perdana last week.


Depan

Belakang


Birthday cake Fakriathul Syasya


Di order mcm biasa, dari Yang Cantikmanis


Close-up
Suka tengok kaler merahnya













20130308

++ Selamat Hari Wanita ++











++ Perkhemahan Perdana ++

Masa mula2 dpt surat ni, abang kemain gumbira lagik.... Memang bersungguh dia nak pergi. Impian dia nih, nak gi camping. Hurrrmmm.... bagilah dia gi. Biar dia rasa berdikari tu camana. Ni idak, asyik ler berkepit ngan ibu ayahnya....


Perkhemahan Perdana
Gabungan Sekolah Rendah
Negeri Selangor


5 - 7 Mac


bas rombongan
penuh tempat letak bagasi 


sorang bawak dua beg...
tikar, sleeping bag


Rosli Travel & Tours
3 bas penuh = 120 orang


balik sudahhh....
'abang tak nak gi lagi'
'napa?'
'takde apa2...'
?????? ibu musykil


Disebabkan acara perkhemahan perdana ni, sekolah telah menangguhkan ujian bulanan yg telah bermula pada hari Isnin hari tu....












++ Sudah 12 tahun ++

Anak dara akk - Fakriathul Syasya.

Kemegahanku Yang Berseri-seri.

This year nak amik UPSR, semoga semuanya ok.... Dont expect beyond the boundries..... Bukan memperkecilkan, tapi mmg masa kakak dulu pun mmg cenggitu. Ibu takut nak target lebih, nnt sendiri yg frust..... huhuhu...mcm lah ibu yg amik exam....






20130307

++ Tengah Kebosanan ++

Huarrrgghhh..... mulut nganga besar-besar menguap.... ish..ish..cecepat tutup mulut bila teringat akan segala tuk nek moyang cucu cicit setan berlumba-lumba nak masuk mulut ku ini....

Operation dept. plus trade dept. tengah plus logistic dept. sumer tengah masuk bilik - meeting. Yg tinggal hanyalah kerani-kerani cabuk dgn admin dept. - akk ler tu.... hahaha.... bohsan giler... apatah lagi bila skrg nih tengah duk membilang hari...

Nak bukak fesbuk takleh, kena block. Bengong betul akk, sib baik boleh bukak tenet... Padahal kat sebelah bilik Executive Director COD. Bosss.... dok diam-diam kat bilik tu jgn kuar yea...

Ingat nak gi jenjalan kat ofis agency bawah lah.... ramai sket kawan nak bergossip... ok, tata titi tutu... daaaaa..... baibai...




20130304

++ Mesyuarat PIBG Lagi ++

Wakakaka..... mood attend meeting. 

Kali ni mesyuarat PIBG SK Telok Gadong plak (idak ku amik gambarnya...)

Sametime, abang dapat jemputan jugak utk dtg amik penghargaan.

Penghargaan sbb wakil sekolah hingga peringkat akhir zon Klang kategori melagukan syair.  Alhamdulillah....

Pi amik hadiah, dpt satu sampul. Abang jenguk-jenguk, dia bilang dia dpt $100. Huh, berangan.... bila ibu tengok, ada sekeping jer - $50.

Bila ibu kata boleh belanja sket drp duit tuh, gumbira sungguh dia... Nak patung rimau katanya.... but unfortunately, dia dah lupa kat mana dia nampak patung rimau bosar tuh.... Dia sememangnya pencinta haiwan.

Jadi, nak buat apa ngan duit tu? Simpan ler bangggg..... huhuhu.....