Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20130317

++ Pentaksiran Berasaskan Sekolah ++

@ PBS...

Sebagai ibubapa, adakah anda alert mengenainya?

Tahukah anda bahawa murid-murid Tahun 1, 2 & 3 serta Tingkatan 1 & 2 pada 2013 telah dengan secara rasminya menggunakan PBS...

PBS adalah merupakan pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek intelek, emosi dan rohani serta jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

Pelaksanaan PBS untuk UPSR adalah pada tahun 2016 manakala untuk PMR adalah pada tahun 2014.

Peperiksaan UPSR masih akan berjalan seperti biasa, namun berdasarkan kepada ratio 60:40 iaitu 60% dinilaikan melalui segala pembelajaran yang telah dinilai oleh sekolah, manakala 40% adalah kepada penilaian pusat.

Peperiksaan PMR pula akan dimansuhkan sama sekali. Maknanya murid-murid sekolah menengah hanya akan menduduki satu sahaja peperiksaan iaitu SPM.



sebagai wakil NYDP










No comments: