Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20101221

++ Resipi ++

Huhuhu..... akk nak memberi resipi plak ari nih....

Dah lama tak share rasanya...

Spt yg anda sumer tahu, akk adalah pengusaha cendawan tiram kelabu. Tanam kat mana? Emm... tanam kat tempat parking keta jer yg sekangkang kera tu....

Talking about cendawan, oleh krn skang nih musim hujan, maka cendawan adalah berebut2 nak keluar. Kemain banyak lagik.... Sampai tak cukup bakul nak letak. Sebelah menyebelah bongkah sumer pun nak kuar. Sudahnya kelopak cendawan ada yg cam cacat sket coz tak cukup tempat nak berkembang sbb dah berebut2 nak kuar.

Benarlah spt kata pepatah org tua2.... 'Seperti cendawan tumbuh selepas hujan'. Last Sun jer dpt 5kg++ utk 100 bongkah jer....

Ok... ok... nak share resipi tepung cendawan yg selalu akk gunakan utk menggoreng cendawan. Kat umah tu pun dah habis, nak kena buat stok lagik, so senanglah nnt abah ngan kakak nak menggoreng, just senduk jer....

Bahan-bahannya:-
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung goreng pisang
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
1/2 cawan serbuk kari @ serbuk cili (ikut suka)

Campurkan semuanya sebati.

Akk selalu siat2kan cendawan jadik kecil2 supaya cepat garing. Sbb korang taulah kan yg cendawan adalah agak basah...

Pastuh, telur.... jgn guna bebanyak. Sbb nnt klau terlembik tak sedap, susah nak garing. Sekadar boleh menyaluti keseluruhan cendawan.

Tepung pun, korang jgn ler letak bebanyak sampai cam tepung gomak... Cukup sekadar bila korang gaul tepung tuh, dia melekat. Jgn ada belen2 tepung tuh.... Sbb nnt klau ada belen2 tepung tuh, minyak akan cepat kotor dan tak cantik....

Akk selalu guna periuk bila nak goreng cendawan nih. Senang.... Sbb bila minyak dah panas, then korang masukkan cendawan, minyak nya nak naik berbuih. So, for safety, gunalah periuk.....

Ok, itulah sahaja. Harap2 berguna utk korang bila nak goreng cendawan nnt. Klau susah sgt nak jumpa cendawan, order jer dr akk...... huahuahua....






No comments: