20101229

++ Saya Ingin Menonton Filem Faster! ++




Wah.. wah.. kali ni akk nak mengajak korang sumer gi menonton filem omputeh... Tapi next year lah ye baru nak kuar kat panggung. Takpe... takpe... sebelum filem tu kuar, meh kita review sinopsis nya...

Filem aksi ini mengisahkan tentang seorang bekas banduan - James atau lebih dikenali dengan Driver (Dwayne Johnson) - yang baru dibebaskan setelah 10 tahun dalam penjara. Dipenjarakan atas sebab rompakan bank yang turut disertai oleh abangnya. Tapi, malangnya abangnya telah terbunuh atau lebih tepat lagi - dibunuh - oleh sekumpulan lelaki yang telah memintas mereka setelah rompakan lalu mengambil segala hasil rompakan tersebut. Jadi, setelah dibebaskan dari penjara, dia telah bertekad untuk satu misi. Ya! misi untuk membalas dendam atas kematian abangnya. Memburu dan diburu.... Driver memburu seorang demi seorang kumpulan lelaki yang bertanggungjawab atas kematian abangnya. Namun begitu, beliau juga diburu.... Diburu oleh dua orang manusia - seorang polis veteran (Billy Bob Thornton) dengan menjadikan kes Driver sebagai kesnya yang terakhir sebelum bersara dan seorang lagi pembunuh upahan (Oliver Jackson-Cohen - pelakon baru) yang menjadikan bisnes pembunuhan sebagai suka-suka walaupun beliau sebenarnya adalah seorang usahawan yang berjaya.

Jadi, apakah kesudahan filem tersebut? Adakah Driver berjaya menghapuskan semua pembunuh abangnya? Diantara kedua lelaki yang memburunya, siapakah yang dapat memintas Driver? Saksikan tayangannya di pawagam berdekatan pada 13 Januari 2011!!!!

Pengarah: George Tillman Jr. (Notorious, Men of Honor, Soul Food)

Barisan Pelakon: Dwayne Johnson (The Scorpion King, Mummy Returns) , Billy Bob Thornton (Eagle Eye, Bad Santa, Monster’s Ball), Oliver Jackson-Cohen, Carla Gugino (Watchmen), Moon Bloodgood (Terminator Salvation), Maggie Grace (Taken).

Produksi: produksi bersama CBS Films, the film division within CBS Corporation (NYSE: CBS.A and CBS), dan Sony Pictures Worldwide Acquisitions Group, a division of Sony Pictures Entertainment.



No comments: