Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20130101

++ Tahun Yang Penuh Debaran ++

Macam nak kawin pulak.... hehehe....

Oh, bila mengenangkan apa yang akan berlaku, terasa diri ini memang dah semakin tua... dah besar dah anak2 rupanya...

Kakak akan mengambil peperiksaan PMR nya tahun ni.

Sya pula akan menghabiskan sekolah rendahnya, dan yang pasti akan menempuhi UPSR juga.

UPSR bulan September, PMR bulan Oktober.

Fuhhhh.... berpeluh ibunya. Maunya tidak, anak2 amik satu exam jer setiap sorang, tapi ibu akan amik dua exam... Rasa cam nak heart attack pun ada.

So, dah bagi tau kat sumer (even abang ngan ammar pun terkena tempias sekali). Segala aktiviti luaran - jalan2 ker segala bagai akan dihentikan selepas cuti sekolah pertengahan tahun. Most and foremost is sebab dah nak posa pun time tuh....

Maka, ibu ngan abah jugak lah kena pau nampaknya.... Terpaksa (insyaALLAH, kalau di izinkanNya....) menunaikan hasrat jalan2 anak2 time cuti sekolah tengah tahun tuh.... Ibu adalah membizikan diri awal2 tahun nih.... Gapo dio? Adalah.... nnt akk stori mori, kay....

Doakan yang terbaik untuk kakak dan Sya, semoga semuanya diterangkan minda, ditenangkan hati, dikuatkan iman.....




No comments: