Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20130102

++ Yang Ke-4 Bersekolah ++

Qayyim Ammar telah memasuki darjah 1 !!!!

Syukur alhamdulillah....

Tapi, prestasi dia adalah amat misteri. Misteri interms of dia ni mmg lah malas kalau di ajarkan kat rumah. Sumer orang pun - ibu, ayah, kakak, abang - akan naik angin dgn dia kalau mengajar.

Mana idaknya, sekejap jer dah bosan. Pastu jap lagi dia akan membebel tah mende tah. Meraban mende yg takde kena mengena ngan subjek. 

Cikgu sekolah kebangsaan nya garang.... huhuhu.... siap ler dia mesti kena marah selalu... But one thing is, dia mmg pandai bodek orang.. hahaha... ibu goreng telur pun dia ckp sedapppppp.... 

Boleh tak, ibu ngan ayahnya terlupa nak register sekolah agama? Aritu masa cuti sekolah, dah bulan Disember baru teringat anak tak register sekolah agama lagik..... Huh, berpeluh ibu... Sudahnya ayahnya kena gi kat Pejabat Agama minta sokongan, sib baik dapat.

Alkisahnya pulak, semalam masa nak gi bayar yuran, nama dia tak tersenarai. Hah, gabra ibu ngan ayah. Gi opis, kerani lom sampai. Takpe, takpe, kita gi bayar yuran abang ngan kak sya duluan. Ayah bayar yuran kak sya, ibu bayar yuran abang. Ayah dah abis bayar, terus gi opis. Lega rasanya..... ada nama dia kat kelas Abu Bakar.




No comments: