20110415

++ Wakil Sukan ++

Sesapa yg pernah tengok akk nyer 2nd daughter, Fakriathul Syasya, mesti cakap dia kecik.

Ekceli, mmg kecik pun.  Sama jer saiznye ngan adiknya yg no.3, Adam Harris (abang).

But, surprisingly.... semalam dia balik umah, dgn sengihnya, dgn bangganya, dia bagitau kat ibu...

"Ibu... sya dapat wakil sukan"

"Hurrmmm..... sukan apa?"

"Lari 100 meter dgn lontar peluru"

"Lontar peluru????"

Musykil sungguh ibu....

"Sya larat ker angkat peluru tu?"

"Tak.... sebenarnya sya tak larat nak angkat..."

"Habis tu, camana sya boleh terpilih?"

"Masa sya angkat tu, tangan sya dah gigil2 dahhh.... Pastu tu bila cikgu cakap suruh baling, sya pun baling jer lah, sbb sya dah tak tahan lagi...."

Ohhh... cenggitu rupanya.  Sbb dah tak tahan, tak larat, so main lontar jer, tu yang terjauh sekali tuh...

Anw, nak kena support dia.... Dia bilang end of this month ada pertandingan.  Tapi ibu sebenarnya blur sket... sbb konpius dia wakil rumah ker, wakil kelas ker, ataupun sukaneka jer... hurrrmmmm.....




No comments: