Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20110428

++ Anak Autisme ++

Anak autistik bukan pembawa masalah, sebaliknya memberi peluang kepada kita, terutama ibu bapa, keluarga dan guru untuk berfikir lebih kreatif cara hendak mendekati, menjaga, mendidik dan berinteraksi dengan mereka.

Ini kerana, jika diberi pendidikan sesuai, mereka boleh berdikari – mengikut tahap keupayaan masing-masing.

Walaupun sesetengah kanak-kanak autistik kurang bertutur, mereka masih boleh berkomunikasi melalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan gambar yang sesuai.

Memang perkembangan kanak-kanak autistik lebih perlahan tetapi ia tidak bermakna mereka bodoh.

Antara ciri utama autisme ialah:-

§  Tidak menghiraukan orang lain

§  Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain

§  Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap

§  Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)

§  Susah bekerjasama, berkongsi atau tidak sabar menunggu giliran

§  Lebih suka bermain sendiri

§  Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan interaksi

§  Lambat bercakap

§  Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang

§  Tidak boleh berkomunikasi dengan baik

§  Bercakap dalam nada yang pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot

§  Sukar memulakan percakapan.

§  Mungkin mengulang perkataan sama tetapi tidak faham maksudnya

§  Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa

§  Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan.  Mereka mudah terganggu jika disuruh berubah

§  Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek

§  Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan

§  Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang

§  Tidak boleh duduk diam (hyperaktif)

§  Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)

§  Suka mengasingkan diri

§  Bersikap pasif – tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk







No comments: