Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20110410

++ Sempatkah Kita Meraikannya? ++

Berapakah umur anda sekarang?

Sudahkah anda berkahwin? Kalau sudah, dah berapa lama?

Akk berkahwin pada November 1997, bermakna tahun ni, insyaALLAH, akk akan meraikan ulangtahun yang ke-14...

Ada lagi 11 tahun lagi untuk ulangtahun yang ke-25 - Jubli Perak.

Tapi, masih ada lagikah kita untuk meraikan ulangtahun perkahwinan yang ke-50? Jubli Emas.

Bayangkan betapa lamanya kita hidup berdua dengan suami/isteri membesarkan anak-anak dengan segala pahit, manis, susah, senang, tangis, tawa...

Sedangkan 50 hari pun macam-macam dugaan, inikan pula 50 tahun...

Kalau tak silap perkiraan akk, insyaALLAH, pak aji dan mak ajah akan meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 50 tahun tahun depan....

Ini mengikut congakan sempoa akk lah.... Arwah along 48 tahun, tahun ni (jika panjang umurnya...). Rasanya, mak ajah lahirkan dia setahun selepas perkahwinan. Masa tu mak ajah 13 ke 14 tahun, cenggitulah....

Kawin umur cenggitu, dapatlah merasa ulangtahun ke-50 kannnn???? Alhamdulillah.... InsyaALLAH...

Soklan lain timbul.... Apa pentingnya ulangtahun perkahwinan ke-50? Takdelah penting sangat pun... cuma, tidakkah anda kagum dgn mrk yg dpt bersama berdua melayari bahtera hidup berumahtangga selama itu?

Anw, dah nak kena planning ngan adik badik yg lain.....







 

No comments: