Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20110212

++ Presiden Hosni Mubarak Letak Jawatan ++

Sumber: Berita Harian Online

KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa kepada pihak tentera, kata Naib Presiden, Omar Suleiman dalam kenyataan ringkas yang disiarkan menerusi televisyen.

“Mengambil kira keadaan sukar yang dihadapi negara, Presiden Mohammed Hosni Mubarak membuat keputusan untuk melepaskan jawatan presiden republik dan menugaskan Majlis Agung Angkatan Bersenjata untuk mentadbir hal ehwal negara," kata Suleiman. - AFP

Persoalannya: Dapatkah Mesir seorang pemimpin seperti yang diimpikan oleh penunjuk perasaan? Adakah mereka mendapat pemimpin yang lebih baik atau sama atau lebih teruk drp Hosni Mubarak? Sama-sama kita tunggu dan lihat apakah masa depan Mesir di tangan pemimpin yang baru.

Harap-harap oklah pemimpin baru tu, kan? Sebab, kesian pelajar-pelajar kita yg masih mahu menuntut ilmu di sana. Tergendala segala pembelajaran mereka....




No comments: