20110205

++ QAYYIM AMMAR BIN FAKRI ANUAR ++


Adalah anak ke-4 akk. Yang bermaksud 'Ketua Yang Kuat Iman' - InsyaALLAH.....

Berusia 5 tahun pada hari ini.

HAPPY BIRTHDAY, AMMAR!!!!!

Abang ngan kakak2 nya panggil dia Qayyim. Ibu ngan abah panggil Ammar.

Mana-mana satu pun boleh. Tapi jangan panggil dia selain drp nama itu..... Mmg cukup pantang betul akk kalau anak2 akk dipanggil dgn nama like gegirl ke boboi ke manja ke... selain drp abang ngan kakak....

Lagi satu, kalau cikgu salah eja, mmg akan ku sound direct cikgu tu.... hihihi... uiiihhh.... penting tuh... sbb dah lain makna.... memanggil nama yg betul tu kan satu doa?

Ok... ok... back to the track....

Dia adalah satu-satunya anak yang dilahirkan di hospital swasta sbb masa tu malas nak gi klinik desa, penat dahhh.... Hospital tu pun bakang opis jer.... Tu yg senang sket. Bila agak-agak dah kurang kerja, gi ler jalan kaki slow and steady, lenggang lengguk....

Dan dia juga adalah satu-satunya anak yang dilahirkan awal. Awal 3 hari.... Bukan krn natural contraction, tapi dia adalah di paksa keluar on that date (hari ahad)...

Semuanya bermula bila pada malam sabtu tu dia adalah kurang bergerak. Sat pulak adalah hari bekerja akk. Inform my hubby, dia bagitau suh gi sepital check.

Gerak hati seorang ibu is above all. Bilamana doktor beritahu dia adalah ok di dalam, akk tanya doktor whether dia dah boleh di lahirkan ke belum? Bila doktor said 'yes', maka sepantas itu jugak akk cakap, 'ok, tomorrow i'll come n deliver. is it ok?' 'sure, why not...'

Next day, bila akk menghantar kakak-kakak dan abang nya ke rumah neneknya, sumer pun dok tanya, 'dah sakit ke?' akk iyekan ajerlah.... kalau tidak, mak akk sure bising....

Admitted, jalan-jalan sendiri, sbb x sakit... Pastuh nurse cakap, meh kita gi labor room....

Kita pecahkan water bag, yea.... Nurse tanya, 'sakit?' 'Takkkkk......'

Maka, menunggulah di dalam labor room ditemani oleh hubby yg relax-relax sambil berborak-borak..... uiihhh.... lama tu menunggu contraction datang.... 1 jam++... lama, kan?

Bila contraction tu dah datang, nurse pulak tanya, nak oksigen ke? Boleh juga?

Laaa... rupanya oksigen tu bikin akk mengantuk daaaa..... Tak sedar apa yang berlaku. Akk cuma sedar bila doktor sebut nama akk dan disuruh push....

Bila kepala baby dah keluar, dengar doktor bercakap-cakap ngan nurse. Ntah apa ntah dia bilang...

Anak akk selamat dilahirkan pada pukul 1.43 petang, 5/2/2006 dengan berat 3.4kg.

Alkisahnya, bila akk tanya nurse apa yang doktor sok-sek-sok-sek tadi, nurse bilang 'oh, tali pusat anak puan dah terbelit di lehernya'

WHAT???!!!!!

Alhamdulillah, gerak hati seorang ibu menyelamatkan nyawa anaknya.....

Semenjak dah sekolah ni, baca doa makan pun dah jelas sebutannya....

Harapan?

Sama seperti ibu-ibu lain..... Semoga menjadi anak yang soleh, bijak, bertanggungjawab....






No comments: