Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20110210

++ ADAM HARRIS BIN FAKRI ANUAR ++


HAPPY BIRTHDAY, ABANG!!!!!

Anak lelaki sulung cum anak ketiga akk.

Dilahirkan lewat 5 hari tepat jam 6.23 pagi hari Isnin.

Gigih abahnya mencari nama yg sesuai utk anak lelakinya yg 1st.

Teladan, Pelindung. Semoga sentiasa menjadi teladan untuk orang-orang disekelilingnya juga menjadi pelindung kepada mereka-mereka yang menjadi tanggungjawabnya kelak..... InsyaALLAH....

Selalu pesan dgn abang (panggilannya di rumah),

- abang anak lelaki sulung, kena jaga abah ngan ibu bila dah tua nnt.

- klau abah ngan ibu dah mati, jaga adik juga kakak-kakak.

- walaupun abang adalah adik, sok klau abah mati, kakak-kakak nak kawin, abang kena jadik wali...

- ingat solat

- kena jadik kuat dan berani juga tabah

Dia adalah seorang yg penuh dgn question mark. Sapa pernah terbaca entry ni? Haaa.... klau korang lah sebagai ibu, korang nak jawab apa?

Dia juga adalah seorang yg penyabar. Walau adiknya yg nakal tu smack down dia, henyak-henyak dia masa dia tengan meniarap tengok tv, dia tetap sabar. Tapi sabar ada limitnya!!!! Haaaa.... bila dia dah jadi 'hijau', abis satu rumah dia kejar adiknya. huhuhu.....

Melahirkan dia di pagi isnin setelah sakit 2 hari 3 malam adalah sesuatu yg sungguh manis.

Pergi ke hospital petang ahad, walaupun sakit masih boleh berjalan naik ke tingkat satu HTAR tanpa banyak songeh. Bila doktor check, dia bilang 'you'll deliver next morning'. Konpiden jer doktor tu cakap. Nak menjawab gak tuh, 'if i'm not?' 'we'll make u deliver' huhuhu.... tulah byk cakap lagik....

Malam isnin tu dlm wad, walaupun contraction datang setiap 5-10 minit, akk masih boleh bertahan. Cuma bila ada sorang S/N tu dtg check bp ngan nadi, dia yg trace contraction tuh.... dia plak yg panik, akk selamba jer..... Mungkin sbb tulah abang menjadi seorang anak yg penyabar....

Kat hujung-hujung contraction bila dah terasa nak meneran, akk di tolak ke labor room. Tahu tak? At that time adalah jam terakhir utk shift malam. Bayangkan sumer S/N, K/J ngan Dr. kat dlm labor room tu sumer udah penat menyambut baby satu malam, tetiba nak balik adalah pulak sorang nak banak lagik.....

Amatlah senang melahirkan abang hanya dengan tiga kali push tanpa bantuan nurse selain yg jaga baby nak kuar tu jer.... Fuhhh... alhamdulillah....

Bila tanya kat nurse pelatih berat abang, punyelah tegezut..... 3.6kg compare to his size. Adalah anak yg paling berat sekali.

Semoga membesar menjadi anak yg ingat akan orang tuanya, agama, keluarga. Menjadi anak yg soleh, serta dapat membimbing semua disekelilingnya, menghormati satu sama lain....





No comments: