Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20110201

++ Ops Sikap Ke-23 ++

Seperti biasalah, di setiap perayaan pastinya PDRM akan buat operasi.

Ops Sikap ke-23 kali ni adalah untuk perayaan Tahun Baru Cina yang akan menjengah dalam masa 2 hari ni.

Statistik yang dikeluarkan semalam menyatakan bahawa semenjak operasi bermula hari Khamis yang lalu (27 Jan 2011), 12 kematian dicatatkan menjadikan jumlah kematian adalah seramai 37 orang.

Kadangkala terfikir, betul ke jumlah kematian yang dicatatkan di kala musim perayaan adalah melebihi pada hari-hari biasa?

Ataupun adakah kerana operasi dijalankan hanya pada musim perayaan maka menjadikan ianya kelihatan melibatkan terlalu banyak kematian?

Apa-apa pun, tak kira musim perayaan atau tidak, pemanduan yang berhemah adalah amat perlu. Terutama sekali sekarang ini bilangan kenderaan yang menggunakan jalanraya adalah meningkat dari sehari ke sehari.

Kadang-kadang kita sebagai pemandu dah ambik extra pre caution untuk keselamatan diri kita sendiri dan penumpang kita. Tetapi ada segelintir manusia yang kurang sivik di jalanraya menyebabkan orang lain menderita.

Pada saya, kalau mereka itu eksiden hanya melibatkan diri mereka sendiri akibat kecuaian sendiri, serve them right.... (kasar bunyinya, tapi sekurang-kurangnya itu balasan dan peringatan buat diri sendiri). Tapi adakah berbaloi dek kerana kecuaian orang lain, maka orang yang tidak bersalah menerima akibatnya. Kalau terus meninggal (walaupun pahit) takpe jugak, bagaimana pula bagi mereka yang patah riuk, koma, potong sana, potong sini sampai tak cukup sifat, jadi OKU.... sapa yang nak menanggung hidup dan penderitaan mereka? Boleh claim ke dengan sedara mara orang yang bertanggungjawab tu?

Oh, diharapkan tak adalah kemalangan ngeri yang berlaku pada kali ini... Hopefully semuanya akan berjalan dengan lancar....

Pandulah dengan berhati-hati dan jadilah pemandu yang berhemah dan mempunyai nilai sivik yang tinggi ketika memandu. JANGAN JADI SAMSENG JALANRAYA juga......


No comments: