20100911

++ Penulis Blog Tegar? ++

Actually, kekadang tuh rasa envy jer tengok org lain nyer blog.

Iyelah, satu hari kekadang tuh sampai ada 3-4 entry. Or at least 1 entry per day.

Blog nih tenggelam timbul lah pulak.

Coz kekadang tu rasa malas nak menaip. Ataupun mmg takde citer yg nak di kongsikan....

Sebenarnya kehidupan akk tidak dipenuhi dgn cerita2 yg super duper like others.

Im a normal person yg hidup secara simple eversince im a kid.

Pak aji hanyalah penggunting rambut yg merantau dr Muar, Johor mencari rezeki di Selangor. Mak ajah pula suri rumah yg gigih dlm segalanya. Dgn adik beradik seramai 10 orang setiap satunya berselang 2-3 tahun, kami membesar dlm suasana yg amat sederhana....

Berkahwin dgn seseorg yg sederhana menjadikan hidup ini tidak ada apa2 yg perlu di banggakan spt sesetengah penulis blog yg mewah dgn segalanya.

Tapi, tak taulah knp blog ini wujud.... Mungkin krn niat di hati bhw blog ini adalah spt diari, e-diari....

Kadang ada cerita nak di kongsikan, ttp bila di fikir di belek, rasanya tak perlulah....

Kadang ada perasaan ingin diluahkan, ttp setelah di halusi, apa perlunya....

Entahlah....

Terimalah segala yg ada seadanya.... Jgn dipandang apa yg org ada, tp lihat apa yg mrk tiada. Syukur pasti akan terbit jua....





No comments: