20100331

++ Terkenang.... ++

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi kami akan melangsungkan perkahwinan anak sulung arwah along....

Sebenarnya, kenduri ini adalah perkara yg sentiasa didlm ingatan along sepanjang dia sakit...

Dia selalu memikirkan utk buat itu dan ini.

Ada juga dia memberitahu apa yg diingininya utk kenduri tersebut.

Kami semua - emak, abah, suaminya, anak2, adik beradik, ipar duai - sedaya upaya kami cuba utk memenuhi segala yg kami mampu....

Walaupun mungkin ianya tak seperti yg diharapkan oleh along, tapi...... ianya adalah yg terbaik dr kami untuk dia... demi dia dan juga anaknya....

Kami - adik beradik perempuan - hanya tinggal bertiga shj.  Jadi kami cuba utk menjadi ibu kpd anaknya.  Cuba bertanya sptmana seorg ibu....  Cuba mengambil tahu apa2 shj yg perlu kami selesaikan dan tolong...

Kesian..... seorg anak perempuan nak berkahwin tanpa ada ibu disisi.  Apatah lagi baru shj kehilangannya.... pasti terasa....

Kdg2 menitik air mata bila terkenangkan arwah kakak2....  Semoga roh mrk sentiasa tenang dan aman di SANA.....

My hubby selalu berpesan, jgn hanya menitiskan airmata bila terenangkan mrk...  Sedekahkan mrk al-fatihah dan doa.  Semoga itu dpt membantu mrk di sana....

Ya ALLAH....  semoga semuanya akan lancar dan sempurna.....  AMINNNNN.....



No comments: