20100722

++ Another Story of Abang ++

Macam2 sungguh lah anak bujang akk nih...

Korang kan biasa nengok lukisan dia kat blog akk nih.

Haaa..... dgn bergeliga nya fikiran dia, tanpa pengetahuan ibu dan abah, maka dia telah membuat sesuatu yg amat mengejutkan ibu dan abah.

Apa dia?????

Ada ke patut dia pi jual lukisan dia yg tak seberapa tuh kat kawan2 kelas dia. Amacam? Bergeliga kan fikiran dia..... Otak bisnes....

Camana kami boleh tau?

Adalah satu malam tuh, dia dah tido. Tetiba abah ternampak satu lukisan dia, siap ada tulis 80 sen. Tegezut abahnya.... Pi tanya kat kakaknya - Syasya, dia bilang - ha'ah, abang jual lukisan dia....

Kaget sekejapan abahnya.... Nak konpem ngan abang - dah tido.... Sudahnya gi mengadu kat ibu, suh ibu gi tanya kat abang. Ibu jugak yg kena...!!!

Makanya, the next night ibu nengok abang ngah seronok main2, ibu panggil....

"Abang, meh sini jap"

"Napa bu?"

"Abang ada jual lukisan abang kat kawan ke?"

Memula dia tak nak ngaku. Senyap jer.....

"Napa abang jual kat kawan?" slow jer tanya....

"Kawan nak..."

"Klau kawan nak, bagi ajerlah"

"Abang dah cakap, tp diaorg nak bagi duit jugak"

"Takpe.... pasnih abang tak payah amik duit. Bagi jer... Kesian... klau kawan abang org miskin camana? Klau abang jual 50 posen, entah2 itu duit belanja sekolah dia. Sian dia tak dpt beli makanan, tak dpt beli air. Nnt dia minum air paip jer. Air paip tu tak elok... Klau dia sakit, camana?"

Huh, ibu bagi syarahan sadis jer utk abang....

Sekejapan dia gi amik bantal tekup muka dia.... Abang mmg sensitif sket orgnya.... Jiwang lah jugak.... Dlm hati ada taman.....

Tengok dia dah camtu, ibu terus berenti syarahan.

Bila dia dah ok, dah bukak bantal dia, ibu sambung balik.....

"Pasnih jgn jual tau... Nnt klau lukisan abg dah cantik, abg dah kaler lawa2, baru abg boleh jual mahal2 sket. Nnt klau ada pertandingan, ibu antar abg, ok"

"OK"

Entahlah actually dia faham ke tidak. Hopefully fahamlah.

Sian kat bebudak tuh.... Silap aribulan kang makpak bebudak tu gi serang pulak anak akk.... Kes haru plak sudah....

Ishhh.... abang.... abang....





No comments: