Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20100712

++ Nota Untuk Angah ++

Kak,

Dua tahun telah berlalu.... kau pergi meninggalkan kami untuk selamanya.

Semoga engkau mengecapi kedamaian disana.

Kak,

Along juga telah meninggalkan kami hampir enam bulan.

Semoga kamu berdua dapat bersua muka disana.

Ceritanya dan ceritamu masih berbekas buat kami disini.

Kak,

Anak2 mu juga telah menginjak dua tahun lebih dewasa.

Ijul, sedang menyambung pengajiannya ke peringkat yg lebih tinggi lagi. Semoga kami akan ada chef yg berkaliber di kalangan keluarga kita. Telah berpacaran juga skrg ini.

Faten, sedang sibuk mengulangkaji pelajarannya utk spm yg bakal menjelang tiba di penghujung tahun ini. Perasaan yg sama dihadapinya tika menghadapi pmr dahulu.... ttp kali ini lebih tenang dan tabah. Doa kami selalu bersamanya....

Ijal, alhamdulillah telah menginjak ke alam sekolah menengah. Penghujung tahun lepas abang sunatkan dia kat hospital dan dia mintak utk tinggal ngan atuk dan nenek kat kdk. Abang ada buat kenduri doa selamat jugak utk dia kat rumah bkt. kapar. Angah ada dtg menjenguk tak waktu tu?

Myra, dah jadi anak dara yg cantik. Sudah darjah 4. Rajin juga abang bwk ke kdk klau cuti sekolah dan bermalam bersama2 sepupu2nya.

Naqiu, tetap nakal spt kanak2 lain. Dah sekolah tadika skrg ini. Pastinya kelak menjadi anak yg bijak. Org kata anak nakal selalunya bijak. InsyaALLAH.

Abang Khasan, masih tetap abang ipar kami selamanya.....

Abah dan emak skrg ni berada di Mekah mengerjakan umrah. Pergi dgn duit hasil titik peluh mrk sendiri, alhamdulillah. Jika angah ada disini, pastinya engkaulah orangnya yg paling sibuk sekali menguruskan segalanya.....

Kak,

Di kejauhan ini kami semua sentiasa mengingati kamu.

Doa kami tak pernah putus buat kamu dan along.

Semoga kita semua akan bersatu semula di hari perhitungan kelak..... InsyaALLAH.

Salam rindu penuh kesyahduan buat arwah kakakku - SAMSIAH BINTI BAHMAN yang telah meninggalkan kami semua selamanya tanggal 12 Julai 2008 bersamaan 8 Rejab 1429H.



No comments: